Pertandingan Kriket Twenty20 Anjuran UKM

date:22-27hd 2010
venue:bayuemas, klang, UKM, bangi

1st game: UiTM vs UIIM
kalau korang nak tahu, nie la lawan kami yang paling kami benci. Nama je Islamic Universiti tapi perangai macam B#%i. Ok, hari pertama nie, ramai player UiTm x sempat sampai sebab pertukaran tarikh yang agak lambat. so yang main kali nie, semua geng-geng simpanan termasuklah aku. Pasukan terpaksa bating first sebab kalah tos. Main punya main akhirnya kami kalah jugak. Hahahaha..... tapi memang sengit giler. UIIM passed score kami dalam 19.2 over..... cuma tinggal 4 balingan jer lagi. Mungkin xde luck kot. Memadailah ngan performance kami kli nie dengan 121 run with 7 wickets.

2nd game:UiTM vs USM
xde mood ar aku nak criter panjang-panjang, sebab game kali nie pon kitorang kalah. 88 run with all out. x pass score. Tak tahu kenapa semua player time perlawanan nie macam down jer. Sedangkan, peluang kitorang nak menang, hampir 80%. Mungkin xde luck jugak kot.

3rd game: UiTM vs UCTI
yang nie lagi la..... player sume macam international player. Bayangkan semua player dalam padang ialah foreigner..... dah la umur mencecah 40-an. sekali hayun, 6 and 4 run dorang dapat. yang kami nie, tengok je la. tapi tyme game nie, kami ade chance untuk menang, however banyak misfield and drop ball yang menyebabkan dorang dapat live free-free. Gami kali nie, semua player perform baek pnyer, walaupun x memang tapi kami buat highest score dengan 154 run.


Sebab-sebab kekalahan
#kesemua player dari U len ialah foreigner yang dah tua baka, mostly dari pakistan & bangladesh
#player UiTM langsung tak training sebab datang dari kampus berlainan
#pertukaran tarikh secara tiba-tiba menyebabkan ramai yang tak dapat datang
#xde luck

hahahahaha..... boleh terima tak?? gambar x dapat nak uploadkan sebab ade masalah ngan MMC camera kau. Hampeh....


ARKIB : 26/03/2010

UKM kumpul angka tertinggi untuk belasah UMP


PEMBALING UiTM, Mohd. Safwan Naim mempamerkan aksi mantap menentang UCTI dalam saingan kriket Twenty20 UKM di padang Bayuemas Oval, Klang, semalam.


KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempamerkan kegarangan menerusi Aminudin Ramly yang melakukan 180 larian tanpa tewas sekali gus membelasah Universiti Malaysia Pahang dengan 194 larian dalam pertemuan hari ketiga saingan kriket Twenty20 UKM di UKM Oval, Bangi semalam.

Kemenangan besar itu pasti menggoyahkan naib juara tahun lepas, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang bakal berentap dengan UKM dalam separuh akhir hari ini.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, pendatang baru yang semakin garang, University College of Technology and Innovation (UCTI) akan bertemu Universiti Multimedia juga di UKM Oval.

UKM yang memukul terdahulu mencipta rekod kejohanan untuk menamatkan ining dengan mengumpulkan 245-1 di mana penjaga wiket sambilannya, Zaid Asyraf Norazmi turut bergaya dengan 50 larian tanpa tewas.

UMP cuma bertahan setakat 51 larian dalam 16.1 over.

UCTI turut hebat dengan pengumpulan 237-3 dalam pertemuan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bayuemas Oval, Klang. UiTM tidak terdaya tetapi mampu memukul sehingga 154-9.

Comments

  1. Tanya sikit, kriket uitm deorang training kat mana? nak join.

    ReplyDelete
  2. xde training pon.... tapi skg UiTM shah Alam ade budak projek. so dorg training kat bayuemas Klang. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts