Skip to main content

Euro Trip - Prague, Vienna dan Budapest

Assalamualikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, mood nak menaip datang balik. So aku sambung balik perjalanan aku dari Cologne, German ke Prague, Republic Czech iaitu negara ke-5 kitorang untuk trip ni. Dari Cologne kitorang amik bas Kolner Dom terus ke Praha Hlavni Nadrazi Station. Ni kira station utama kat Prague. Biasanya orang akan turun sini atau lagi satu station iaitu Praha UAN Florenc. Tapi dua station ni tak jauh sangat pon, dalam 10 minit je. Kitorang amik overningt bas so jimat 1 malam tidur dalam bas. Harga tiket bas ialah €30 untuk seorang. Mahal sikit sebab perjalanan pon amik masa lebih kurang 9 jam.

Kitorang sampai sini lebih kurang pukul 6.30 pagi so agak awal untuk kitorang keluar berjalan. Sebelum keluar, kitorang beli 1 day transport pass dulu kat sini. Pasal harga 1 day pass ni boleh rujuk kat tips kat bawah. Mula-mula kitorang plan tak nak tukar pon duit CZK tapi masa nak beli tiket tu dorang tak nak terima Euro. So terpaksa la cari money changer. Cuma nak pesan, kalau nak tukar duit, sila cari tempat yang amik 0% komisyen sebab masa kitorang tukar dalam station ni kena caj almost 20% komisyen. Banyak giler kot. Kat area Lesser Town dengan Old Town banyak je money changer yang amik 0% komisyen. Lepas dah beli transport pass, kami lepak minum kopi kejap dan simpan beg sebelum keluar pusing bandar Prague.

*gambar tak letak watermark sebab malas. Alif lam lam ha. Siapa curi dia yang berdosa.... (Baca ala nada zaman budak-budak dulu)

Lawa giler kan Prague ni? 
Tak silap aku tu la Charles Bridge. Time ni awal lagi, so xde orang sangat.

Bagi aku, dalam banyak-banyak bandar yang aku singgah di Europe ni, Prague ialah bandar yang paling lawa sebab bangunan kat sini banyak yang cantik-cantik dan unik. Cumanya crowded sikit sebab ramai pelancong. Nak berjalan kat sini pon tak susah sebab banyak public transport dan 1 day pass dorang pon tak mahal sangat. Masa awal pagi tu kitorang amik train dan stop kat mana ntah sebab kitorang nampak signboard dalam train kat situ macam ade tempat best. Tapi bila keluar cuma ade pasar orang jual buah je. Hahaa.... Maybe tempat tu terlindung kot so kitorang tak jumpa. Nak tanya orang pon x boleh sebab kitorang tak tahu ape nama tempat tu, just nampak gambar je dalam train.

1st station yang kitorang singgah. Pasar buah tu kat belakang. Orang duk tidur lagi time ni. Haha....





Lepas tu kitorang patah balik ke Lesser Town. Lesser Town kita tempat paling ramai tourist dan area sini pon banyak tempat best dan sangat dekat dengan tempat-tempat yang aku dah listkan untuk pergi. Tapi disebabkan kitorang xde internet, last-last kitorang pusing sampai Old Town area. Permandangan kat sini serious lawa giler. Tak rasa penat pon menapak. Tambah-tambah suhu sejuk plak tu. Sebelum sampai Old Town tu kitorang singgah makan dulu kat kedai kebab. Pastu lepak bergambar sini kejap, pergi Hard Rock Cafe dan patah balik ke Lesser Town. Tapi tak jugak sampai lesser town sebab kami singgah tempat lain dulu. Hahaha....

Old Town Square, Prague
Bergambar di Charles Bridge. Ramai sudah orang.
Selain lesser town ni, tempat wajib yang kena singgah ialah Charles Bridge. Kat Prague ni banyak giler bridge sampai aku confius mana satu Charles Bridge. Dah la rupa pon macam lebih kurang je. Tapi lepas tanya polis kat situ, jumpa la jugak bridge tu. Ramai ya amat orang time kitorang sampai tu. Padahal xde ape pon kat Bridge tu. Aku pon x faham kenape dia famous. Haha.... Maybe korang patut google sendiri sebab ape bridge tu famous. Berdekatan sini jugak ada Dancing Building. Kira salah satu iconic building yang ade kat Prague ni yang wajib korang singgah. Cumnya building ni versi moden. Nak ke sini boleh naik Tram. Tram akan berhenti betul-betul depan Dancing Building ni. Nama stesen ni ialan Národní divadlo Stn.

Ini lah dia Dancing Building. 
View kat depan Dancing Building.
Finally kitorang ke Lesser Town. Lesser Town ni atas bukit so kena mendaki sikit. Tapi sepanjang jalan tu banyak kedai-kedai souvenir dan kedai makan. Jangan lupa try Trdelnik. Roti gulung dalam tu ade ais krim. Tapi ade je yang kosong dan calit coklat je. Harga pon berbeza la ikut ape inti dalam tu. Orang cakap wajib cuba tapi aku rasa macam donut gulung berinti je. Hahaa.... Tapi sedap la jugak. Kat Lesser Town ni ade banyak bangunan lawa-lawa dan paling wajib singgah ialah Prague Castle. Lepas dah habis pusing bandar Prague ni kami terus ke stesen Praha Hlavni Nadrazi balik untuk amik beg dan cari rumah yang kitorang sewa melalui Airbnb. Rumah yang kitorang sewa ni tak jauh sangat dari bandar dan sekitar kawasan rumah pon ade tempat-tempat menarik. Cumanya sampai rumah tu memang kitorang tak keluar. Just keluar beli groceries je untuk masak.

Trdelnik sapu coklat. Meleleh-leleh coklat tu sampai aku terpaksa buang glove tu sebab malas nak basuh. Beli kat Daiso je pon. Hehe.....
Serius giler muka akak penjual Trdelnik ni.
Boleh tahan lawa rumah ni dan owner pon baik. Rumah ni lengkap dengan semua kelengkapan. Dalam bilik kitorang pon ade dapur. So malam ni kitorang just masak sendiri dan makan kat rumah je. Rumah dan tuannya sama cantik dan elok. Tapi malangnya kami ada peristiwa hitam kat rumah ni. Boleh pulak malam tu kakak tuan rumah pun ada sewakan bilik untuk orang lain. Apa lagi, waktu kakak dia masuk rumah kami dok tengah sidai baju dan memasak, punya la dia frust bila tengok. Kami ingat memang rumah tu kami je yang duduk sebab adik dia kata memang boleh guna semua dalam rumah tu. Kami pun memang tak faham kenapa kakak dia badmood sangat. So bukan salah kami pun. Kami buat semua atas kebenaran tuan rumah. Selesai. Esok awal pagi kami dah nak blah dah pun. Tapi Alhamdulillah sebab owner ni review kitorang bagus-bagus lepas keluar tu.

Dengan host Airbnb di Prague. 

Tips di Prague
1. Luggage Storage
Located in the city center near Palladium shopping center and near Narodni trida just few steps from famous Cafe Louvre. Luggage Storage ade di Lebih dari 3 jam = 145 CZK. Kalau di Prague Mail Railway Station murah skit 100 CZK je.

2. Transportation. 
Currency di Prague ialah CZK, so kita kena tukar Euro ke CZK. Harga utk 1 day pass ialah CZK110 lebih krang €4.50.

3. Kedai Halal
Some excellent Halal restaurants can also be found in the city. Chez Amis at Spálená 15, Praha 1 is a fantastic spot for Arabic food for good value. Other popular Halal restaurants in Prague include Istanbul Kebab at Politických vězňů 933/17, Piccadilly Halal Fast food at Opletalová 22, Hallal Restaurant at Růžová 10, Hanedan at Jindřišská 20 and Khankhala Indian Restaurant on the top floor of Palladium shopping center, Namesti Republiky. Other places where visitors can find Halal food in Prague include Mailsi Restaurant, Casablanca Gyros Pizza, El Emir, Himalaya Restaurant, etc.

Dari Prague, kitorang amik bas awal pagi ke Wien Edburg Station, Vienna, Austria plak. Vienna ni kira macam transit je sebab kami tak bermalam pon. Lebih kurang macam kami ke Cologne la. Pergi pagi dan malam terus gerak ke Budapest, Hungary. Bas dari Prague ke Vienna cuma €15 je sorang. Dari Prague amik masa lebih kurang 4 jam 30 minit. Bas kitorang pukul 6.30 pagi dari Prague. So sepanjang jalan tu kami tidur je sebab tak cukup tidur. Sampai di Wien Edburg Station, kami simpan bag dalam locker dalam Stesen Bas dan terus gerak ke Stephanson Cathedral(Stephanzplatz). Tempat simpan luggage kat sini paling murah. Tak silap aku €1 je. 

Kebetulan masa kami ke Stephanson Cathedral ni ada demonstrasi ape benda ntah so agak serabut sikit la. Stephanson Cathedral ni kira macam main attaction kat sana. Macam The Grand Place kat Brussel. Sempat la kitorang pusing area sini kejap untuk cari makan tengahari di Nordsee dan beli souvenir di Hard Rock Cafe. Lepas tu kitorang ke Schonbrunn Palace. Schonbrunn Palace ni macam istana lama dan kat sekeliling istana ni ada taman yang boleh tahan besar. Kebetulan masa ni ada Christmas Market so meriah la dalam tu. Nak masuk sini free je. Kat sini kitorang ade berjanji  dengan Abg Hazman untuk jumpa dia. Abg Hazman ni Malaysian yang sekarang kerja kat Vienna. Aku kenal Abg Hazman ni dari facebook dan dia banyak share tips untuk melancong ke Europe.  Geng BBM dan MBC mesti kenal Abg Hazman ni sebab die agak aktif kat dalam group tu berkongsi tips untuk travel. Cumanya perjumpaan kitorang ni agak rushing sebab malam ni kitorang dah nak gerak ke Budapest. Sempat jugak la Abg Hazman bawak kitorang jalan-jalan kat a few tempat dan belanja kitorang makan.

Schonbrunn Palace. 
Christmas Market dalam Schonbrunn Palace. 


Abg Hazman ni ade bawak kitorang ke lagi satu palace tapi aku lupa apa nama Palace tu. Dari Schonbrunn Palace nak ke palace yang Abg Hazman bawak ni kitorang naik uber. Tu pon Abg Hazman yang order Uber sebab kami xde internet. Istana kedua ni xde la besar sangat, cumanya taman dalam istana ni yang besar. Dari 2nd Palace ni kitorang jalan kaki di sekitar Bandar Vienna. Seronok berjalan dengan Abg Hazman sebab semua tempat die nak amikkan gambar kitorang. Kalau tak, aku amik gambar ko, ko amik gambar aku. Hahaa.... Kalau korang nak follow FB page Abg Hazman boleh klik SINI. Banyak tips yang dia share, tips untuk nak buat investment pon ada.

Wefie bersama Abg Hazman. 
InshaAllah kalau ade rezeki nak ke europe lagi, akan aku singgah lagi di Austria untuk ke tempat lain yang best. Paling aku nak pergi ialah Hallstat. Dulu aku ingat Hallstat ni kat Switzerland.Kali ni tak sempat nak berjalan sangat sebab consider transit je kejap kat sini.

Sedikit pesanan. Kalau makan McDonald @ beberapa tempat yang ada nombor kod pada resit, jangan buang resit terlebih dulu sehingga betul-betul dah nak blah. Sebagai contoh, kami nak masuk tandas McD, mesti kena ada nombor kod untuk buka pintu tandas.

Tips di Vienna
1. Luggage Storage
Kat Edberg Station ade locker.

2. Transportation 
Amik 1 day pass EUR8 untuk 24 jam.

3. Kedai Halal
Kedai Halal mostly middle east. Kalau pergi negara mana-mana pon, kalau jumpa kedai Nordsee. Korang makan sini je sebab makanan sini semua berasaskan seafood. Kat Stephanzplatz ade 1. Atau makan McD (Fillet O Fish)

4. Sight-seeing.
Kebanyakan tempat accessible by public transport dan kebanyakannya ialah historical monument. 

Settle jalan-jalan kat Vienna ni, kitorang terus ke Wien Edburg Station balik untuk amik bas ke Budapest, Hungary. Kawan aku excited sikit nak ke Budapest ni sebab nak jumpa kawan dia Bro Mikloc Kovac. Dorang ni belajar sekali masa kat Mesir dulu. Dah bertahun-tahun tak jumpa. Ni aku copy ayat kawan aku kat die punya akaun Volo. "Fuh. Bukan senang nak jumpa sahabat yang bukan berasal dari negara yang sama dan apatah lagi duduk pun tempat masing-masing. Hampir 7 tahun langsung tak jumpa dan tak pernah terlintas di fikiran akan dapat bertemu beliau di Hungary." Nak baca perjalanan kisah dia di Volo boleh klik SINI.

Jejak Kasih Hafesz dan Bro Mikloc Kovac.
Dari Vienna nak ke Budapest ni lebih kurang 3 jam je. Sampai je di Budapest. Bro Mikloc ni dah tunggu kitorang di stesen bas. Lepas tu die terus bawak kitorang ke penginapan kitorang. Penginapan di Budapest ni pon aku dah booked melalui Airbnb. Rumah kat sini antara rumah yang paling lawa kitorang menginap. Tapi aku rasa macam semua rumah lawa. Haha.... Lepas dah letak barang semua, Bro Mikloc bawak kitorang pergi makan. Boleh tahan sedap makanan kat sini. Maybe kitorang lapar kot. Hahaa.... Lepas makan, terus kitorang balik rumah untuk rehat.


Keesokannya bermula la 1 day tour bersama Bro Mikloc. Pagi lepas sarapan 3 in 1,  terus Bro Mikloc datang pick up kitorang kat rumah untuk ke Buda Hill. Buda Hill adalah puncak tertinggi kat sini. Dari atas bukit ni boleh tengok kawasan sekitar Budapest. View memang cantik cumanya masa kami sampai ni hujan. So agak terbatas sikit nak berjalan. Budahill ni singkatan bagi Budapest Hill. Mula-mula ingat tempat sembahan orang-orang Buddha. Tapi memang ada gereja pun atas tu. Asalnya gereja yang telah dijadikan masjid pada zaman Uthmaniyyah. Tapi selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah,masjid ini dijadikan semula gereja. Ade banyak jugak bangunan menarik atas ni. Tak syok sangat nak berjalan sebab kami dah almost basah lencun. 

Asalnya gereja yang telah dijadikan masjid pada zaman Uthmaniyyah. Tapi selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah,masjid ini dijadikan semula gereja.
Depan tu ialah Chain Bdrige. Time ni kitorang tengah naik gondola nak ke bawah. Tiket gondola ni aku tak sure brape sebab ditaja oleh Bro Mikloc. hehe....



Selain tempat ni ade banyak lagi tempat lain yang Bro Mikloc bawak tapi aku tak tahu apa nama. Main follow je. Hehe..... Tapi tak silap aku tempat yang sama aku listkan dalam itinerari sebab dia ade mintak kitorang punya itinerari semalam. Antara tempat yang aku listkan St. Stephen’s Basilica, Heroes’ Square, Parliament Building, Chain Bridge dan lain-lain. Untuk trip di Budapest ni  memang tak keluar duit pon sebab ditanggung beres oleh Bro Mikloc Kovac. Bagus jugak ada kawan kat luar negara ni. Haha.... Thanks Hafesz dan Mikloc. :) Untuk Budapest dan negara seterusnya ni memang aku dah tak buat tips dah sebab ade orang local yang guide kitorang. So senang kerja aku tak perlu beriya-iya nak buat research. Haha.... 




Sampai sini je la untuk trip kali ni sebab aku pon dah agak malas nak menaip. Haha.... Inshallah, aku buat lagi 2 entry untuk Euro Trip ni. Ade berbaki laki 3 negara iaitu Croatia, Bosnia dan Switzerland. Masalahnya sekarang ada ke yang nak baca? Hahaa... Tapi aku pasti aku akan baca sendiri berkali-kali sebab aku peminat setia blog aku sendiri. Hahahaa.....

Comments

  1. Thank bro.....saya baca trip europe awk...... menarik...siap baca dr 1st entry & 2nd entry ni dari awl sampai akhir....tiap tmpt yg disebut...saya google balik utk tahu...terbayang nak travel europe style backpacker :) kira boleh jd tips utk kalau 1day travel sendiri...tq

    ReplyDelete
  2. Teruskan menulis dik. Saya suka membacanya. Sangat bermanfaat … tkasih.

    ReplyDelete
  3. Thanks sbb share. In Shaa Allah, this year ad rezeki smpi 🫶🏻

    ReplyDelete
  4. pink tulip little journeyJanuary 8, 2023 at 5:43 PM

    Thanks for the sharing, In shaa Allah.. tahun ni smpi.. tgh bt research utk itinerary

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...