Skip to main content

Euro Trip - Amsterdam, Brussels dan Cologne

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sambung balik perjalanan aku ke Eropah pada bulan lepas. Selepas ke Greece, kami ke Amsterdam, Netherland. Plan asal xde pon nak pergi Amsterdam ni, tapi siapa yang biasa plan trip ke Europe tahu la. Lepas plan nak pergi negara ni tetiba “Eh, dekat pulak negara ni. So singgah sekali la.” So itulah puncanya trip kami jadi 10 negara. Tak silap aku plan asal dalam 6 ke 7 negara je. Haha.... Btw untuk yang jakun macam aku ni sebab first time ke Europe, so aku nak habaq mai kat hampa, kalau hampa jenis kumpul cop dalam passport, jangan duk berharap hampa boleh cop passport kat setiap negara hampa pi sebab depa kira sekali masuk dah settle. Hahaaa.... So sampai Amsterdam ni xde nak kena lalu imigresen dah, amik beg terus keluar. Aku yang jakun ni plak duk gigih cari mana kaunter imigresen. Hahaa.... Aku punya level malas tu sampai gambar pon malas nak letak watermark. Sape curi berdosa. Haha.... Macam lawa sangat je. :p

Bangunan-bangunan lama yang menajadi tarikan di negara eropah.
 
Lepas keluar dari airport, kitorang terus cari kedai untuk beli transport pass. Korang boleh beli di Tourist Information Kaunter atau dikedai buku ape nama ntah. Masa kami sampai Amsterdam ni dah lewat iaitu 11.30 malam, so kaunter TIC tu dah tutup. Terpaksa cari kedai buku tu dan Alhamdulillah masih buka. Untuk trip ni aku beli 1 Day Tourist Regional Pass. Ape beza pass ni, pass ni cover untuk route luar bandar. Kitorang amik pass ni sebab kitorang plan nak ke Zandam dan Zaanse Schans. Nak tahu pasal pass yang lain boleh refers Tips di Amsterdam kat bawah. Harga untuk pass yang kitorang beli ni iailah EUR18.50. Mahal skit compare ngan normal pass yang cover area bandar sahaja. Tapi nak pesan lagi satu. Pass ni valid dari jam 0:00 hingga jam 4:00 hari berikutnya. Maksudnya tak kisah la ko activate kad ni pukul 11 malam pon, kad ni akan tamat pda pkul 4 pagi keesokkannya. So make sure korang aktivate selepas pkul 12.00 malam ( jam 0:00) Disebabkan kitorang sampai pukul 11.30 malam, jadi kitorang lepak kejap sampai pukul 12.00 malam untuk aktifkan kad ni supaya valid sampai pukul 4 pagi keesokannya.

Dari airport, kitorang amik train menggunakan pass yg sama untuk ke Amsterdam Centraal Station. Keluar je dari Amsterdam Centraal, sejuk sampai rasa macam xde muka sebab kejung. Gigih jugak berjalan mencari hostel yang dah tempah melalui booking[dot]com. Nama hostel yang kami menginap die Amsterdam ialah Christian Shelter Hostel. Tak silap aku, satu malam lebih kurang RM100 untuk seorang. Nak tahu review pasal hostel ni boleh terus cek kat booking[dot]com. Hostel ni dekat giler dengan Red Light District. Jadi walaupun kami sampai lewat malam, tp laluan nak ke hostel kami ni masih meriah dengan kaum adam yang aku pon x sure dorang buat ape kat situ. Hahaha.....

Sampai je hostel, lepas check in dan buat ape yang patut, terus kitorang tidur sebab esok kitorang plan nak bangunan awal untuk ke ‘I am Amsterdam’. 5.15 pagi kitorang dah bangun. Lepas solat subuh, terus gerak sebab risau orang ramai.  Tapi time kami sampai tu dah ade dua tiga orang yang sedang bergambar. Tak sangka ada yang lagi awal dari kitorang. Haha.... Tapi sekarang ni ‘I am Amsterdam’ ni dah dipindahkan ke Airport Schipol. So kalau korang nak bergambar kat sini, kena la pergi ke Airport.

Sempat jugak bergambar sebelum benda ni dialihkan ke Schipol Airpot.
Then lepas tu kitorang terus ke Amsterdam Central. Dari Museumplein ni kitorang naik Tram tapi tersalah tram plak. Pelik driver Tram tu sebab dah sampai stesen last pon kitorang masih tak turun. Haha.... Lepas tu die drop kitorang sampai satu station ni dan suruh amik tram yg lain. Dari Amsterdam Centraal kitorang terus gerak ke Zaanse Schans. Aku ingat jauh, padahal dalam 20 minit camtu je dah sampai. Tak silap aku dalam 4-5 station je. Cumanya hari yang kitorang sampai ni, cuaca agak mendung dan berangin. Mendung tu satu hal, tapi bila berangin takkala dimusim sejuk ni memang menambah keazaban untuk menghayati detik-detik indah di Zaanse Schans. Sempat bergambar kejap lepas tu lepak dalam kedai keju Herling sambil merasa segala keju yang ade dalam tu lepas tu blah ke Zaandam.

Zaanse Schans. Tempat wajib singgah kalau ke Amsterdam.
Minum hot chocolate dalam cuaca sejuk. Nasib la aku pulak spesis tak minat chocolate. Haha....
Muka lepas makan segala keju yang ade kat dalam kedai ni. Ade yang sedap dan ade yang x sedap.
Zaandam ni plak x jauh dari Zaanse Schans tu. Kalau dari Amsteram Central akan lalu Zaandam tu dulu baru Zaanse Schans tapi kitorang plan nak pergi kemudian sebab nak lunch skali kat Zaandam sebab kat sini ade satu kedai kebab halal. Nak cari kedai kebab ni senang je. Dari bangunan ala-ala lego tu, jalan terus je sampai hujung jalan, nanti akan nampak kedai kebab sebelah kanan. Zaandam ni ala-ala premium outlet yang ade banyak-banyak kedai branded. So kalau datang musim sales seronok la aku rasa. Tapi Zaandam ni memberikam aku kenangan pahit apabila lens cap camera aku tercampak masuk ke dalam parit besar kat tengah-tengah laluan orang ramai. Gigih aku pinjam penyodok sampah dari cleaner yang tengah kerja kat situ tapi x berjaya jugak untuk dapatkan balik. Terpaksa beli baru kat situ jugak sebab risau lens kuar fungus. Dah la nak cuci je kena caj RM60 kat Malaysia ni. Kat Zaandam ni jugak kitorang gigih menapak cari surau sebab brother jual kebab tu cakap jalan depan sikit je akan jumpa surau. Tapi dah puas pusing pon tak jugak jumpa. Siap tanya minah yang bertudung kat situ, tapi die pon cakap x tahu yang area situ ade surau. Lepas tu kitorang terus patah balik ke hostel sebelum keluar balik jalan-jalan sekitar bandar Amsterdam dan singgah di Hard Rock Cafe.


Gigih mencedok lens cap camera yang tergolek masuk dalam parit. Mak cik cleaner sebelah tu tengok je risau rosak penyodok die. Haha....
Cube teka apa aktiviti kitorang pada sebelah malam di Amsterdam? Hahaha.... Mesti lah ke tempat paling ‘wajib’ singgah iaitu Red Light District. Actually bukan la nak singgah, tapi sebab hostel kitorang memang satu laluan dan 50 meter je dari Red Light District, so sambil menyelam, minum air la skali. Haha... Just pusing-pusing je sebab tengok meriah semacam je dekat situ. Acaha-acah budak baik. Dah puas pusing tu kitorang pon balik hostel. Dah tak tahan kesejukan lepak kat luar. Pastu malam tu curi keluar sorang-sorang. Pergi mana? Jeng..... jeng.... jeng...... haha.... Tak la aku tipu je. Mintak-mintak mak aku tak baca ni. haha... So tamat sudah perjalanan kitorang di Amsterdam sebab esoknya awal pagi kitorang dah check out untuk ke Brussels. Dari Amsterdam, kami amik Flix Bus dari Amsterdam Sloterdijk Station. Harga Flix Bus ni ialah EUR11 untuk seorang. If korang amik Flix Bus jugak, make sure korang google kat mana tempat nak tunggu bas ni sebab masa kitorang sampai ni pening mencari. Nasib baik la bas sampai lambat kalau tak dah tertinggal bas dah kitorang.


Red light district. Amik gambar dari jauh je sebab kalau dekat-dekat tak brani. Haha....
Tips di Amsterdam
1.    Transportation
Disebabkan kita sampai lewat malam. So kita kena amik train dr Airport ke City Centre €5.40. So utk next day, aku sarankan amik yg 24 hours.
Unlimited Tickets:
24 hours (1 day) € 7.50
48 hours (2 days) € 12.00
72 hours (3 days) € 16.50
(Tapi disebabkan kita ade nak ke Zaandam & Zanse Schans yg terletak kat luar bandar sikit, so better beli Amsterdam & Region Travel Ticket €18.50. Dapat skali airport transfer. (The ticket is valid for 1, 2, or 3 calendar days from first check in. A day in this context begins at 0:00 AM and ends the next day at 4:00 AM.)  Untuk single ticket plak €2.80 utk kita ke stesen bas.)

2.    Kedai Halal
Banyak kedai halal dan mostly ialah kebab.  Satu kebab €3-4. Kat Zanse Schans satu kebab €6.

3.    Sight-seeing
Kebanyakan tempat accessible by public transport dan boleh jalan kaki je.

Perjalanan ke Brussels amik masa selama 2 jam 45 minit. Ni adalah bas pertama yang kami amik dari negara ke negara yang lain. Dan lagi sekali aku rasa pelik sebab tak perlu lalu imigresen. Bangun tidur je tengok dah sampai di Brussels. Sebelum sampai di Brussels, aku dah buat tempahan penginapan melalui Airbnb.com tapi aku tersilap tempah penginapan yang jauh dari bandar iaitu di Tubize. Maklumlah aku pon x pernah sampai sini dan aku tengok rumah ni je paling murah. Bayangkan satu kepala RM36 je lepas dan convert. Hahaha.... So nak ke penginapan kitorang ni terpaksa la amik train yanag mana tak include dalam transport pass kat area bandar. Tiket untuk sehala EUR4.40. So bila dikira balik, baik la aku book dekat area bandar je. Bila dah sampai, kitorang terus ke Tubize untuk drop beg. Rumah di Tubize ni betul-betul sebelah train station dan amik masa lebih kurang 30 minit dari Gare Du Nord. Rehat kejap dan terus keluar ke destinasi yang dah disenaraikan dalam itinerari.


The Grand Place, ramai gilos manusia kat sini. Singgah bergambar kejap pastu chow.

Bilik yang kami sewa di Tubize. Abaikan aku yang tengah tidur tu. Kepenatan sebab asyik bangun awal je.

First tempat yang kami tuju ialah The Grand Place (Grote Markt). Untuk nak ke sini, korang perlu naik train dan turun di Bruxelles-Midi Station, dan dari sini jalan kaki je dalam 500 meter. Selain train, korang boleh je naik pengangkutan lain seperti tram, tapi yang ni korang google la sendiri nak turun stesen mana. The Grand Place kira macam most popular tourist spot kat Brussels ni, so kira wajib la singgah. Kat sini memang banyak bangunan cantik-cantik. Dan semua tempat yang kitorang pergi ni within walking distance je dari The Grand Place. Antara tempat yang kitorang singgah ialah Manneken Pis, Mont des Arts, Parc du Cinquantenaire, St. Catherine dan ade a few lagi yang tersinggah tanpa senagaja. Brussels antara negara yang senang nak dapat makanan halal sebab kat sini boleh nampak ramai orang islam berbanding negara lain. Even dari sumber yang aku baca, Subway kat sini pon ada sijil halal. Selain coklat Belgium, korang jangan lupa cuba Waffle di Brussels ni. Kat sekitar lorong nak ke Manneken Pis ni ada banyak kedai Waffle dan harga bergantung pada jenis waffle dan toping yang korang nak. Aku bukan la pengemar waffle sangat tapi aku boleh kata sedap la jugak waffle kat sini.

Lunch kitorang di Brussel. Satu set grill salmon + plain rice + extra fries.
Waffle di Brussels yang korang patut cuba.
Christmas Market yang baru nak set up.
Ni pulak sup escagot yang kitorang makan masa otw nak balik. Terjumpa kedai ni tapi aku lupa apa nama. X silap aku Nordsea kot. Kedai ni cuma jual seafoods je. Sedap gila habaq ang sup ni!
Actually masa sampai tadi sebelum ke Tubize kitorang ade beli transport pass di Brussels ni iaitu EUR7.5 untuk seorang tapi tak guna langsung sebab semua tempat yang kami pergi ni just jalan kaki je. Bazir duit je. Ini lah akibat plan trip last minute dan tak study betul-betul. Cumanya sebelum kami amik train balik ke Tubize, kami sempat pergi naik tram dan pusing sampai mana entah semata-mata nak guna transport pass tu. Lepas turun tram tu, kami patah balik ke stesen yang sama dan terus balik ke Tubize. Aku boleh kata mengenai Brussels ni ialah bandar lama cyang cantik la jugak tapi sehari pon dah cukup untuk dilawati. Cumanya yang aku perasan kat sini, masyarakat dorang lebih harmoni sebab ada macam-macam kaum, dan orang Islam pon ramai. Tapi yang aku rasa kureng sikit ialah kat sini ramai peminta sedekah. So aku rasa sehari di Brussels ni cukup la kot unless kalau ank cover tempat lain yang luar dari Brussels.






So esok awal pagi kitorang gerak ke Garde Du Nord untuk amik Flix Bus lagi sekali untuk ke Cologne. Actually di Cologne, German ni kami tak bermalam pon. Just transit kejap je sebelum kami gerak ke next country iaitu Prague, Republic Czech.

Orang-orang yang menunggu bas dalam kesejukan.
Tips di Brussels
1.    Luggage Storage
Di Brussels Midi Stn ade tempat simpan beg. Murah je contoh 5pcs (2 luggage, 2 backpack, 1 bag peti ais simpan foods), muat 1 locker dengan cas 5 EURO untuk 24 jam. Self Service.

2.    Transportation
Tiekt ade dijual dimana-mana station. 1-hour ticket costs €2.10 and 24-hour time ticket costs €7.50. You must validate these by using the machine inside the vehicle.

3.    Kedai Halal
Kat Brussel ni ade a few kedai Halal dan Subway pon Halal. Sini famous dgn waffle Beli 1 = €3.

4.    Sight-seeing.
Kebanyakan tempat accessible by public transport dan kebanyakannya ialah historical monument. Kalau nak lagi best boleh ke Bruges. 1jam 20 minit dari Brussels tapi risau dah penat. Tiket ke Bruges €28.20. Macam nice jugak tempat ni sebab ala-ala Venice.

Aku ingat nak buat 1 entry 2 negara je tapi disebabkan cerita pasal Brussels ni pendek je, so aku sambung terus cerita di Cologne. Perjalanan dari Brussels ke Cologne amik masa 3 jam 45 minit. Dari Brussels kitorang sepatutnya bertolak pukul 9 pagi tapi bas sampai lewat. Dah la masa ni suhu sejuk giler namati. Aku plak tak tahu yang dorang ade sediakan tempat menunggu. Gigih duk menunggu kat luar sampai menggigil. 
Sampai di Cologne plak, aku tersalah amik bas yang drop kitorang kat airport sebab nam tempat dalam Bahasa German. Mana la aku nak tahu. So kalau ko nak beli tiket, jangan beli ke tempat yang ada nama Flughafen sebab Flughafen ni ialah airport dalam Bahasa German. So dari Cologne Airport ni, terpaksa amik train ke Bandar Cologne aiatu le Köln Hbf. Tak silap aku harga train ni ialah EUR2.80. Tapi nasib baik la tiket ke Prague tu aku beli bukan dari airport. So tak perlu nak ulang alik.

Di Cologne, kitorang xde beli tarnsport pass sebab nak jalan kaki je ke semua tempat termasuklah Cologne Central Mosque lebih kurang 2.6km sehala dari Köln Hbf. Sebelum jalan tu kitorang singgah makan di sebuah thai restaurant. Alhamdulillah kedai ni memang certififed halal dan terubatlah rindu nak makan telur dadar dan tom yam. Haha.... Kira ni antara makanan yang paling puas hati aku makan sepanjang trip kat sana. Dan kat sini jugak kitorang solat sebab kedai ade sediakan tempat solat. Actually tempat solat ni xde la proper sangat cumanya ade satu bilik store yang ade disediakan satu sejadah untuk nak nak solat. Kalau ko datang ramai pon, kena tunggu sorang demi sorang untuk solat.

Tempat simpan beg di Koln Hbf yang paling canggih pernah aku jumpa.
Lunch kitorang di Cologne.

Kat Cologne ni pon aku tak de benda sangat nak cerita sebab singgah sekejap je pon. Dan kitorang pon main pusing je mana yang larat. Dan tempat wajib ialah Hard Rock Cafe. Antara tempat yang kami singgah ialah Cologne Cathedral (Kölner Dom), Great St. Martin Church (Gross Sankt Martin), Hohenzollern Bridge (Hohenzollernbrücke), dan Cologne Masjid. Kalau aku rajin ni, mungkin boleh siap satu karangan level budak SPM pasal Cologne je tapi sebab aku dah lupa dan mood tak brape nak onzz untuk menaip so aku ringkaskan je sebab aku rasa macam aku sendiri je yang baca nanti. Haha... Ke ade yang baca? Komen sikit kalau ade yang baca. hehe...

Hohenzollern Bridge


Cologne Masjid. Masjid terbesar di Europe. Cantik bentuk masjid ni.
Koln Hbf. Main train station di Cologne.
Tips di Cologne
1.    Luggage Storage
There is an automated luggage storage system in the West, D Passage of the Köln Hbf. 24 hours for 6€/day.

2.    Transportation.
KolnCard €9 seorang, tapi utk group max 5 orang better beli group card €19 je. Tapi xnak beli lsg pon xpe sbb tempat2 ni semua within watlking distance.

3.    Kedai Halal
Dekat Cologne ni ade masjid. Letaknya cuma kira-kira 10 minit sahaja dari Cologne Cathedral ni. Ade kedai makanan halal dan mostly from middle eastern.

4.    Sight-seeing.
Tempat-tempat kat Cologne yg nak pergi ni semua boleh jalan kaki je. So rasanya x beli transport pass pon xpe.

Pasar Christmas berdekatan Masjid Cologne. Singgah kejap je tegok ae dorang buat sampai ramai sangat orang kat situ. Rupanya minum kopi je pon. hahaa...
Sebelum bertolak ke Prague, kitorang dinner di Kedai Kebab berdekatan Catheral Dome dulu. Tapi nasi ni rasa pelik giler. Tak lalu nak makan.




Sebahagian gambar kat atas ni adalah dari intagram aku sebab tu ade yang edit dan ade yang tak. Haha....
Setakat ni je post kali ni. Kalau rajin aku sambung lagi untuk 6 buah negara yang lain. Aku pon dah ingat-ingat lupa actually. Tapi yang penting mood nak menaip tu datang. Haha....

Comments

  1. sila sambung ye.. ada je yg menanti ni :)

    ReplyDelete
  2. Saya baca!! Nk tahu juga apa org lain fikir tentang Cologne. Btw jalan dr hbf ke masjid?? 5 stesyen tuu XDD bagus betul dah jd mcm local XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...