Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mood masih berbelah bagi, nak update pasal trip ke Korea dengan Group Kak Zack ari tu ke atau trip ke Europe? Tapi disebabkan permintaan Trip Europe lagi tinggi, so aku dahulukan Trip Europe dulu. Haha....Ramai yang mesej tanya pasal kos aku ke 10 negara di Europe hari tu. Kali ni aku just nak share cerita dari awal sampai tamat trip. Dalam ni aku akan selit sikit pasal kos. Tak terlalu details macam trip sebelum ni sebab bagi aku kos yang kami habiskan untuk trip euro ni agak tinggi sebab perancangan yang last minute. Bayangkan kawan aku mesej nak ajak join trip ni bulan September dan trip start awal bulan November hari tu. Dah la bulan October aku busy dengan Malaysia Road Conference 2018. So macam biasa, itinerari, tempahan hotel, pengangkutan dan lain-lain semua aku uruskan. Soal itinerari ni pon main hentam je sebab tak cukup masa nak buat research tapi alhamdulillah 99% dari itinerari bejaya dipenuhi.
Untuk trip kali ni aku pergi berdua je. Seatutnya bertiga, tapi kawan kitorang lagi sorang tu terpaksa tarik diri last minute sebab ade urusan yang tak dapat dielakkan. So tinggallah kami berdua. Ni trip aku yang kedua aku pergi ke luar negara hanya berdua. Trip kali ni amik masa selama 18 hari iaitu dari 16 November hingga 4 Disember 2018 merangkumi 10 buah negara iaitu Greece (Athens & Santorini), Netherland (Amsterdam), Belgium (Brussels), German (Cologne), Republic Checz (Prague), Austira (Vienna), Hungary (Budapest), Croatia (Zagreb, Rastoke, Lake Plitvice), Bosnia I Herzegovina (Bihac, Mostar, Sarajevo), dan Switzerland (Zurich, Lauterbrunnen, Zermatt).
Negara pertama yang aku pergi ialah Greece. Flight dari Malaysia pukul 11:35 malam dari Kuala Lumpur ke Athens via Turkish Airlines so transit kejap kat Istanbul. Biasa aku naik Airasia je sebelum ni, tapi kali ni upgrade sikit. Haha... Bagi aku xde la beza sangat pon kecuali leg room besar sikit, ada in-flight entertainment dan ade makanan disediakan. Disebabkan bertolak lewat malam so aku banyak habiskan masa aku dalam flight dengan tidur je. 11 jam perjalanan tu rasa kejap je. Masa nak ke Istanbul, kitorang satu flight dengan Akak Sajat. Sama-sama transit Istanbul tapi dia pergi tempat lain. Kalau aku tahu die nak pergi buat video joget-joget pakai bikini tu, aku jentik telur die time tu. Hahaa.... Masa kat Istanbul agak kelam kabut sikit sebab kitorang transit 1 jam je, then ramai plak tu pelancong yg transit kat Istanbul sampai kena beratur panajang utk International transfer. Nasib baik la sempat. Dari Istanbul nak ke Athens hanya 1 jam 5 minit je.
Sampai je Athens, kitorang terus ke stesen train utk beli transport pass. Untuk transport pass di Athens ni bagi aku serabut sikit sebab banyak sangat options yang korang boleh pilih. Ada dua jenis pass atau tiket, satu Athena Card dan satu lagi Athena Tickets. Yg card tu macam kad touch and go and korang boleh top up anytime je. Yang Athena Tikects tu plak just paper ticktes yang ade limit and duration of validity. Contoh mcm kitorang amik 3 days tourist ticket yang berharga EUR22, kalau amik bas nak ke bandar je pon dah EUR6 sehala. Tiket valid selama 3 hari include semua jenis transport dalam Athens dan juga 2 kali free untuk airport transfer. Nak lagi senang faham korang boleh refer SINI. Kitorang stay kat Athens sehari je sebab esok dah fly ke Santorini tapi kitorang amik 3 days sebab after balik dari Satorini kami akan lepak di Athens lagi sekali sebelum fly ke Amsterdam. Tapi bagi aku kalau korang plan betul-betul, tak perlu pon beli pass yang mahal nak mampus ni. Just amik airport transfer je. Nak senang kat bawah ni aku share tips yang aku google before ke Athens. Malas nak taip panjang-panjang. Copy paste je. Hahaha....
Tips di Athens.
1. Luggage Storage di Airport
Lepas keluar dari Arrival hall, belok ke kiri. Kedai dia hujung sekali dekat toilet dan pintu exit. € 9 untuk 2 beg kecil 12 jam.
1. Luggage Storage di Airport
Lepas keluar dari Arrival hall, belok ke kiri. Kedai dia hujung sekali dekat toilet dan pintu exit. € 9 untuk 2 beg kecil 12 jam.
*Tapi kat airport ni mahal sikit. Nak murah simpan kat Monastiraki Station, exit ke Themidos. Jalan terus je lintas jalan dan kedai luggage tu undergound sebelah Iceroll. Satu beg EUR4 je x silap. Simpan dlu then bayar masa nak amik beg. STaff situ sangat friendly.
2. Transportation.
Tiket bas ke bandar (Syntagma Stn) €6 utk one way.
Local sightseeing boleh amik Athena Ticket (Kertas-€4.50) utk 24 hour or amik yg 5-day (€9) sebab kita akan patah balik lepas ke Santorini.
Kalau amik Aanonymous Ath.ena card, amik 3 days tourist tix (€22) termasuk airport transfers pg balik (sekali je). Tapi akan rugi €1 kalau compare ngan Athena Ticket. Cumanya kad ni plastic, yg atas td kertas.
3. Kedai Halal
- Monastiraki Area (Kedai kebab)
- Depan Hard Rock Café
2. Transportation.
Tiket bas ke bandar (Syntagma Stn) €6 utk one way.
Local sightseeing boleh amik Athena Ticket (Kertas-€4.50) utk 24 hour or amik yg 5-day (€9) sebab kita akan patah balik lepas ke Santorini.
Kalau amik Aanonymous Ath.ena card, amik 3 days tourist tix (€22) termasuk airport transfers pg balik (sekali je). Tapi akan rugi €1 kalau compare ngan Athena Ticket. Cumanya kad ni plastic, yg atas td kertas.
3. Kedai Halal
- Monastiraki Area (Kedai kebab)
- Depan Hard Rock Café
*Tips ni aku buat sebelum pergi dari pengalaman yang orang share. Lepas dah pergi sana, dah puas aku pusing, satu kedai halal pon tak jumpa. Tanya Abg Bangla yg keje kat sana, memang di Athens ni xde kedai halal. So kitorang just masuk kedai makan makanan berasaskan seafood.
4. Sight-seeing.
Ade banyak tempat FREE tapi paling famous Acropolis (Tiket masuk €10) tapi kena mendaki sikit. Boleh naik happy train di Syntagma Square €5 utk 1 day trip. Pusing2 bandar Athens. Tp kalau dah amik 5-days or 3-days pass x perlu la amik ni.
4. Sight-seeing.
Ade banyak tempat FREE tapi paling famous Acropolis (Tiket masuk €10) tapi kena mendaki sikit. Boleh naik happy train di Syntagma Square €5 utk 1 day trip. Pusing2 bandar Athens. Tp kalau dah amik 5-days or 3-days pass x perlu la amik ni.
Sekarang aku nak sambung balik cerita di Athens walaupun aku tahu korang dah malas baca seba dah dapat tips kat ataskan? Sape tak baca sampai habis aku sumpah ko sesat kat Athens. Hahaha.... Just kidding. Pagi masa sampai di airport tu suhu sejuk giler sampai mengigil. Muka tangan habis kebas. Ko bayangkan 1st day dah tak tahan dengan suhu yang extreme. Tapi bila sampai je Bandar Athens, suhu dan naik balik dan tak sejuk sangat. Lepas drop beg kitorang terus jalan kaki pusing Bandar Athens. Korang boleh amik map di Airport atau dengan penjaga kaunter tempat simpan beg. Semua tempat menarik kat Athens ni ialah within walking distance. Sebab tu aku cakap tak perlu pon nak beli pass yang mahal nak mampus tu. Unless kalau penginapan ko jauh dari bandar. Korang boleh turun di Monastraki atau Syntagma Station utk lawat tempat-tempat menarik di Athens. Bagi aku xde la menarik sangat pon. Hahaha... Sebab tempat-tempat kat sini lebih kepada monumen tinggalan sejarah yang ala-ala dah nak roboh tu. Sape yang follow blog aku dari dulu mesti tahu yg aku ni spesis tak minat sejarah dan sebab tu la bagi aku Athens ni macam xde pape sangat.
Mencari direction untuk ke stesen train. Boleh tahan pening nak baca bahasa dorang ni. Tapi ade je translation to English. |
Menahan kesejukan. |
Bangunan roboh macam ni pon kena bayar kalau nak tengok. A Famosa free je kot. Hahaa.... |
Banyak jugak tempat yang kitorang singgah tapi kitorang just tengok dari luar pagar je sebab semua tempat tu nak masuk kena bayar. Nak tengok bangunan roboh pon kena bayar. Dah la mahal plak tu. Tapi bila low season tiket akan jadi half price. Half price pon mahal. Ceih.... Hahaa... Tapi ramai kawan aku yang pernah ke Athens cakap berbaloi kalau masuk ke Acropolis. Tapi Acropolis pon kitorang tak masuk sebab ingatkan nak masuk masa lepas balik Santorini tu, tapi sebab rushing sangat jadi semua kitorang tengok dari luar je.
Monastiraki Square. Belakang tu ialah bekas masjid yang dah dijadikan museum. |
Kat area Monastraki dan Plaka ni banyak kedai souvenir. Antara 10 negara yang aku pergi ni, Athens ialah salah satu negara yang souvenir murah. Satu fridge magnet atau Key cain boleh dapat dengan harga EUR1. Selain Athens, Bosnia pon antara negara yang murah. Negara lain jangan harap. Kalau yang jenis suka shopping barang branded plak, Athens ni bukanlah syurga untuk shopping sebab bandar die pon xde la besar sangat. Part yang aku paling tak suka dengan Athens ni ialah banyak mamat itam (Niger) kat area Monastraki Square yang duk menjual gelang ape ntah. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 je untuk Athens. Hahaha..... Review ni untk Athens sahaja yer. Ade banyak lagi tempat kat Greece ni so review aku ni hanya untuk Athens. Lain orang lain pendapat so mungkin ade yang suka. Athens bukanlah tak best tapi sebab aku pergi 10 negara so mestilah ade perbandingan dengan negara lain. Hehe...
Shrimp spagetti, EUR13. Kedai area masjid. |
Sotong celup tepung. EUR8. |
Monastiraki Square waktu malam. Penuh dgn mamat itam. |
Di Athens ni kami stay di SunBow Olive Apartment. Booked melalui booking[dot]com. Rumah ni memang cantik dan bersih tp sayangnya kami just stay kejap je sebab pukul 12 malam dah gerak ke airport sebab nak amik flight pagi ke Santorini. Cumanya untuk ke rumah ni jauh sikit kena jalan kaki dari Kerameikos Station iaitu lebih kurang 700m.
Untuk ke Santorini, kami amik flight Ryan Air. Ryan Air ni ialah penerbangan tambang murah macam AirAsia yang semua benda kena add on kemudian. Harga tiket pergi balik termasuk 20kg luggage untuk seorang ialah RM751.24. Kena ingat yer, ni harga agak last minute so aku rasa kalau awal minit boleh dapat lagi murah kot. Flight 6.05 pagi dari Athens dan mengambil masa 45 minit untuk sampai di Santorini.
**Untuk yang naik Ryan Air, anda diingatkan untuk buat web check-in
dahulu sebelum ke kaunter. Kalau tak anda tak dibenarkan untuk check in
bag. Kalau sempat buat kat airport okay lagi, tapi kalau dah x sempat,
sila sediakan duit scukup rasa untuk bayar denda. Haha.....
Tips di Santorini
1. Luggage Storage di Airport
*Atau contact je penginapan tanya boleh drop luggage dulu tak kalau sampai sana awal.
2. Transportation
Ada bus yang akan ke bandar utama Santorini iaitu Fira dengan berharga €1.80. So tak perlu amik dgn hostel. Hostel caj €5 utk one way.
Untuk ke tempat lain Tambang bus bermula dari €1.80 sehingga €3.00. Utk ke Oia dan Kamari cuma €1.80 per trip.
3. Kedai Halal
So far aku baca xde kedai makanan halal. Boleh try seafood atau makan Brahim atau Maggie je. Hehe….
4. Sight-seeing.
Paling famous sini ialah Oia (Eeya) especially time sunset. Nak cari souvenir murah dekat area Fira.
1. Luggage Storage di Airport
*Atau contact je penginapan tanya boleh drop luggage dulu tak kalau sampai sana awal.
2. Transportation
Ada bus yang akan ke bandar utama Santorini iaitu Fira dengan berharga €1.80. So tak perlu amik dgn hostel. Hostel caj €5 utk one way.
Untuk ke tempat lain Tambang bus bermula dari €1.80 sehingga €3.00. Utk ke Oia dan Kamari cuma €1.80 per trip.
3. Kedai Halal
So far aku baca xde kedai makanan halal. Boleh try seafood atau makan Brahim atau Maggie je. Hehe….
4. Sight-seeing.
Paling famous sini ialah Oia (Eeya) especially time sunset. Nak cari souvenir murah dekat area Fira.
Ini ialah Peta Santorini. So boleh plan trip korang nak pergi mana. Thira aka Fira adalah bandar utama di Santorini. |
Sampai je Airport kitorang amik bas untuk ke Fira. Kalau amik local bas, harga cuma EUR1.8 je. Kalau amik airport transfer dengan hotel kena caj EUR5 sehala. Kalau amik private couch plak ialah EUR10. Hotel aku booked ni dekat giler dengan stesen bas, so kitorang naik local bas je. Kuar je airport, pusing kiri then akan nampak sign board local bus.
Gambar dari google. |
Disebabkan kitorang sampai awal pagi, kitorang terus ke hotel untuk drop bag. Hotel yang kami menginap di Santorini ialah Antonio Apartment, book via booking[dot]com jugak. Yang bestnya, walaupun kitorang sampai pukul 7.30 pagi tapi bilik kitorang dah ready dan boleh terus check in. So boleh la rehat kejap minum kopi. Layanan dari pihak hotel pon bagus. Aku bagi 5 bintang. After rehat kitorang keluar jalan-jalan sekitar Pekan Fira. Pagi ni kebetulan hujan turun renyai-renyai so kitorang patah balik cari kedai untuk brekfast. Ingatkan nak breakfast je tapi terorder makanan yang kenyang sampai ke petang. Set mix grilled seafood platters. Harga untuk set ni ialah EUR48. Hambik ko. Patut la kenyang sampai ke petang. Kalau tak kenyang pon buat-buat kenyang. Hahaha....
Kedai semua tutup sebab kitorang kuar awal sangat. hehe.. |
Mix grilled seafood. EUR48. |
Lepas dah makan, dan hujan pon dah stop, kitorang sambung balik jalan-jalan kat Fira. Fira ni pon cantik jugak lebih kurang Oia tapi aku rasa Oia tu famous sebab situ menghadap sunset so orang ramai nak ke situ sebab nak tengok sunset. Kalau ikutkan, kat Fira pon banyak jugak tempat lawa dan menarik dan penginapan kat sini pon lagi murah compare dengan Oia.
Kat Santorini semua bangunan spesen je. So mana-mana pon cantik. Cuma kat Oia bangunan lebih colorful |
Plan asal lepas ke Fira kitorang nak ke Kamari. Kamari ni famous time summer sebab boleh mandi laut dan lepak-lepak berjemur tepi pantai. Tapi ko bayangkan la datang time musim sejuk dengan awan mendung pastu nak pergi berjemur tepi pantai. Macam bongok je. Hahaa.... So kami tukar plan ke Akrotiri. Untuk ke Akrotiri ni amik bas di stesen bas yang sama di Fira. Tambang untuk ke Akrotiri ialah EUR2 seorang. Akrotiri ni famous dengan red beach. Untuk ke red beach kena menapak lebih kurang 1km jugak dari stesen bas. Santorini ni paling sesuai datang ialah pada musim panas atau suam kuku, kalau musim sejuk memang datang just pergi amik gambar je la sebab nak buat aktiviti air memang x dapat. So lepas dah puas bergambar, kitorang balik ke Fira balik. Rehat kejap sebelum ke Oia untuk tengok sunset.
Red Beach. Akrotiri. |
Lepas dah rehat, pukul 3 petang kitorang keluar untuk ke Oia atau orang tempatan panggil Eeya. Tiket bas ke Oia dari Fira ialah EUR2. Disebabkan kitornag pergi ni winter season, so pukul 4.30 pm tu dah nak malam. Jadi sunset pon awal. Awal-awal ingatkan tak dapat tengok sunset sebab cuaca mendung tapi masa nak balik tu tengok langit makin cerah dan matahari pon keluar. Sumpah cantik giler view sunset kat Oia ni. Patut la semua pakat nak g tengok sunset kat situ. Alhamdulillah tercapai hajat nak tengok sunset di Oia. Masa kat Oia tu, gigih aku pusing satu kawasan situ sebab nak amik gambar macam dalam google tapi tak jumpa-jumpa sebab banyak kedai tutup dan laluan ke roof top dorang pon tutup skali. Kat Fira dan Oia ni pon banyak jugak kedai souvenir tapi kalau nak beli fridge magnet seketul tu better beli je kat Athens sebab situ lagi murah dari Santorini. Malam plak kitorang just lepak bilik je, tidur awal sebab tak cukup tidur dah 2 hari.
Untuk Santorini ni plak aku rate 4/5. Sebab rasa tenang je lepak sini. Maybe sebab aku datang time low season kot so tak serabut sangat. Esoknya pukul 6.30 pagi kitorang ke airport menaiki van yang disediakan oleh hotel, EUR5 untuk ke airport sebab tak sempat nak amik bas. Bas paling awal pukul 7.10 pagi tak silap. Selepas sampai di Athens airport, kitorang simpan bag di Bagagge Storage. Lepas keluar dari Arrival hall, belok ke kiri. Kedai dia hujung sekali dekat toilet dan pintu exit. Caj untuk satu beg kat sini ialah EUR5.5 untuk beg galas 50 litre. Kalau beg kecik EUR4.5 je jika kurang dari 6 jam. Kalau lebih 6 jam kena tambah EUR1 untuk satu beg. So kalau nak murah better simpan di Monastiraki Station, tempat yang kami simpan masa 1st day.
Hari terakhir di Athens ni kitorang gigih pusing Plaka sebab nak cari tempat macam dalam gambar kat internet. Akhirnya jumpa jugak. Punya la gigih pusing area situ berkali-kali. Haha.... Padahal bukan ade benda ape pon, just pokok bunga kertas yang merimbun je pon. Haha....
Hari terakhir di Athens ni kitorang gigih pusing Plaka sebab nak cari tempat macam dalam gambar kat internet. Akhirnya jumpa jugak. Punya la gigih pusing area situ berkali-kali. Haha.... Padahal bukan ade benda ape pon, just pokok bunga kertas yang merimbun je pon. Haha....
Salmon ape benda ntah. EUR12 x silap aku. Order 1, share 2 orang. |
Untuk ke bandar Athens, kami kena beli tiket lain sebab kitorang dah guna 2 kali airport transfer yg dah include dalam 3 days pass kitorang. Kitorang amik bas X95 dari airport ke Syntagma Station, EUR6 untuk sehala. Tak silap aku kaunter tiket untuk bas X95 ni ialah kat Pintu 4. Boleh beli kat kaunter atau vending mesin. Aku sarankan lepas beli ko beratur siap-siap paling depan sebab nanti kena berdiri selama 1 jam untuk sampai Syntagma Station. Sampai je di Syntagma, kitorang amik train ke Monastiraki Station plak untuk jalan-jalan cari barang orang kirim dan lepak di Plaka. PUsing kejap je lepas tu balik ke airport untuk amik flight ke Amsterdam via Transvania Airlines. Tiket seorang RM489 seorang termasuk 30kg luggage.
Untuk negara lain, nanti aku sambung dalam next entry. Ade yang nak baca ke? Hehe....
Untuk negara lain, nanti aku sambung dalam next entry. Ade yang nak baca ke? Hehe....
aku baca, sambung ..
ReplyDeleteBestnya. Cantik-cantik pemandangannya. Nak lagi.
ReplyDeleteseronoknya cantik2 gambar. hehe sampai kat A Famosa free je da gelak da adus.
ReplyDeleteinsyallah one day. tapi kalo bawa mak kena guna agent la. free n easy mcam ni kena kalo dengan kawan =)
Wooowwwww best nya ... Bila lah nk dpt dtg ke Santorini...
ReplyDeleteWaah best2.. Bila nak sambung part 2? Belum dapat seru lagi ehh? Hahahahaha
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTerima kasih share. Saya baca sampai habis dan akan ikut tips ni. Saya last minute buat plan ni sempena anniversary me and mu wife. and this article saved my life! Thank you again.
ReplyDeleteThanks for sharing semua info..
ReplyDelete