Skip to main content

Pakej Musim Luruh ke Korea 2018 oleh Ez Kembara Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, tak sangka entry pasal trip ke Kasmir hari tu ramai yang share. Setakat hari ni dah nak dekat 3000 shares. InshaAllah lepas ni, aku akan post lagi info-info bermanfaat tentang negara yang aku lawati. Kalau ikutkan, aku nak stop je jadi Engineer buat job lain yang more flexible atau kerja berkaitan dengan bidang tourism. Tapi apakan daya, komitmen banyak sangat so benda tu hanya jadi mimpi dalam mimpi sahaja. Cewah gittew...

Untuk post aku kali ni bukan untuk nak cerita trip terbaru ke apa, tapi nak cerita pasal Korea. Yeah Korea lagi. Hahaa.... Info paling banyak aku share dalam blog ini ialah mengenai Korea. Almaklumlah, Korea ni ialah negara paling kerap aku pergi walaupun rupa lebih kepada ala-ala negara aku baru balik hari tu. Hahaha.... 

Actually post ni adalah post iklan berbayar. Wah, sejak dah viral terus buat duit. Hahaha.... Aku nak promot pakej ke Korea yang ditawarkan oleh syarikat yang aku pernah kerja sebelum ni. Aku highlight kan part pernah kerja tu sebab nak bagi tahu aku tahu dan percaya la dengan syarikat ni iaitu Ez Kembara Sdn Bhd. Ez Kembara ni sebuah syarikat yang berdaftar dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI pautan terus ke website Ez Kembara.

Lately ramai yang mesej aku nak hire sebagai tour guide untuk ke Korea, bukan la aku tak nak job tu tapi setelah dah famous ni, masa terlalu mencemburui aku sebab tersangat la busy.  Sila la lempang kalau jumpa. Hahaha... Sebenarnya jadual aku tahun ni memang sangat pack, so aku mintak maaf sekiranya aku tolak offer tu. Jadi kalau korang nak jugak pergi tahun ni, why not korang amik pakej dengan Ez Kembara ni sebab dorang ni ade open trip ke Seoul, Korea pada musim luruh ni. Dan tarikh yang dorang pilih ni adalah tarikh yang sangat sesuai kalau korang nak tengok autumn foliage. Bagi aku, dalam banyak-banyak musim, autumn adalah musim paling cantik. Sebelum ni pon aku dah banyak share gambar-gambar time autumn di Korea. So kalau nak tengok, korang boleh cek kat post aku yg sebelum-sebelum ni. Nak promot pakej orang lain pon sempat lagi promot blog sendiri. Hahaha..... Okay sambung balik. Details trip kali ni seperti dibawah.

Autumn Trip 2018 by Ez Kembara Sdn Bhd

Tarikh : 1 - 5 November 2018

Harga : RM3090.00 (Dari RM3290) - Fullboard


Okay guys, korang perasan tak aku ade letak harga asal kat situ? Sebab staff Ez Kembara bagi tahu sekarang ada promo sebab nak cukupkan seat yang tinggal sikit je lagi. So dorang nak bagi chance untuk sape yang nak pergi ke Korea last minute tapi dapat harga murah. Mana ada orang nak bagi weh sebab ko beli tiket flight last minute pon konpem mahal. hehehe....


Mesti korang nak tahu kan macam mana nak daftar trip ni? Korang boleh hubungi no kat bawah ni. Guna kata kunci Azwan Handsome untuk dapat harga murah tu. Hahahaa.....

(Tel) +603 6184 / 6187 / 6189 1542
(Faks) +603 6177 5110
(Hp) +6013 673 9000
(Web) www.ezkembara.com


Kalau risau kena tipu ke ape, boleh la pergi sendiri ke pejabat Ez Kembara. InshaAllah pejabat dorang wujud lagi kat situ sebab aku baru je pergi semalam. Haha... Dorang akan buka dari Isnin sampai Sabtu tapi Sabtu tu separuh hari. Sebelum pergi boleh call dulu untuk kepastian.

EZ Kembara Sdn Bhb (953820-U) NO KPK/LN : 6814
NO 127, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint
68100 Batu Caves,
Selangor



Apa yang menarik tentang pakej ni? Pakej dorang ni ialah fullboard. Semua dah termasuk dalam tu kecuali duit shopping ko. So kalau ko bukan jenis shopping, ko pergi bawak pakaian je. Semua akan ditanggung. Bukan setakat makan minum je, kos hotel, kos transport, tiket penerbangan dan tiket masuk ke Everland pon dorang bayarkan sekali. Bestnya woi pergi Everland. Ramai pergi ke Korea tapi tak sempat merasa pergi Everland, tapi korang join trip ni konpem dapat pergi. Itinerari korang boleh request kat staff Ez Kembara nanti tapi aku akan senaraikan kat bawah antara tempat yang korang akan pergi.

1. Everland
2. Mt. Sorak
3. Nami Island
4. Namdaemun
5. Myeondong
6. Seoul Masjid, Itaewon
7. Namsan Tower dan lain-lain.




Okay guys, ape lagi? Cepat ajak kawan-kawan, mak, ayah, kakak, abang dan adik korang join trip ni! Tempat terhad dan tinggal beberapa seat je lagi.  Kalau korang malas nak skroll atas, nah skali lagi aku bagi no telefon dorang.

(Tel) +603 6184 / 6187 / 6189 1542
(Faks) +603 6177 5110
(Hp) +6013 673 9000
(Web) www.ezkembara.com


Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...