Skip to main content

Total bajet trip ke Kashmir

Disebabkan hari tu aku lupa nak senaraikan kos trip Kashmir. Sape yg nak tahu tu boleh rujuk sini.



✈️Flight Airasia KL - Delhi - KL : RM576.84
✈️Flight AirIndia Delhi - Srinagar -Delhi : RM332.95

**Untuk duit rupee (Rs), aku dah convert siap-siap ke RM dengan tukar Rs100 = RM5.80

1st Day (17/09/2018)-Local Sight-Seeing di New Delhi

🏡Hotel Bloomrooms Delhi : RM174 (2 malam) *so far hotel ni paling terbaik antara hotel yg pernah aku stay kat Delhi
Airport Express To ND Railway Station : RM3.50
🚆Metro Qutb Minar : RM3.20
🚕Auto Rickshaw : RM1.20 (2 way - Better amik uber sebab tuktuk ni bawak pergi tempat lain dulu walaupun murah)
🏞Qutub Minar Entrance Fee : RM35
🚆Metro Chandi Chowk utk ke Jamak Masjid: RM2.30
🚕Auto Rickshaw to Karim : RM5.80/auto
Lunch : RM18.70 (Order mcm2 pastu share 6 orang)
🚆Metro Rajiv Chowk utk ke Connaught Place: RM0.60
🚙Uber Balik Hotel : RM9/car

Total : RM253.30


2nd Day (18/09/2018)-Delhi ke Srinagar (Local Sight-seeing di Srinagar)

🚙 Uber ke airport: RM15
🏡Aisha Hotel : RM230.14 (Hotel ni macam rumah. Kitorang book thru Airbnb)
Transport Package : RM116.60 (Selama 6 hari di Srinagar termasuk airport pick-up and drop)
Tips tukang angkat beg kt Srinagar Airport : RM4.50
🍱Lunch di Boulevard Avenue Restaurant: RM14
🏞Pari Mahal Entrance Fee : RM1.40
🏞Mughal Garden 2: RM1.40
🏞Shikara: RM29 (Satu boat boleh naik 3 – 4 orang)
Groceries utk breakfast dan picnic: RM49/6 (Sorang RM8.20)

Total : RM400.84

3rd Day (19/09/2018)-1 day trip to Pahalgam
🏞Ponny Ride : RM75.40 (Aku sarankan korang naik pony ni di Pahalgam je, tempat lain pilih aktiviti lain)
*🍱Lunch kitorang bawak bekal siap-siap dan picnic kat check point ke-3 atas bukit menghadap view yg superb lawa.
🍱Dinner at Mugal Restauranr: RM13.00
Groceries : RM47/6 (Sorang RM7.80

Total: RM96.20

4th Day (20/09/2018)
1 day trip to Sonamarg
🏞Untuk kat Sonamarg ni kitorang xde spend duit langsung sebab kitorang hiking sendiri ke sampai Thajiwas Glacier. Lepas tu kitorang picnic 🍱Lunch kitorang dah bawak bekal siap-siap dan makan tepi sungai glacier.
🍱Dinner di Boulevard Avenue Restaurant: RM18.90


Total : RM18.90

5th Day (21/09/2018)

Local Sight-seeing sebab hari ni banyak tempat tutup disebabkan Geng Syiah ade sambut perayaan.
🏞Badamvaer : RM1.20
🏞Nishaal Mughal Garden : RM1.40
🏞Hazrat Bal Darga : Masuk FREE
Shopping Time – Yg ni sendiri-sendiri la.
🍱Lunch Boulevard Avenue Restaurant: RM13.50

Total : RM16.10

6th Day (22/09/2018)-Gulmarg + Local Sight-Seeing

🏞Gondola ke Phase 2: RM98 (Kalau nak ke Phase 1 je Cuma RM43)
*🍱lunch kat puncak Gulmarg dengan bekal yg dah kitorang bawak siap-siap.
🏞Jamia Masjid : Masuk FREE
🏞Lal Chowck – Tempat shopping. Kalau nak shopping, tunggu sampai guide bawak dtg sini. Paling murah.
🍱Dinner di Tibetan Restauran: RM12

Total : RM110

Last day (23/09/2018)

Tips Sameer : RM30 (Sorang RM5 sorry duit dah habis. Hahaa…)
🍱Lunch dalam flight sebab Air India ada bagi makanan.
🚙Uber Red Fort : RM7.50
🍱Dinner di Jawahar Restauran: RM8.20
🚆Metro Airport Express to Airport : RM3.50

Total: RM24.20

Jumlah Keseluruhan: RM1829.33 (X termasuk shopping 😆)

Btw, kos kat atas ni tak termasuk visa dan insuran jugak sebab ni trip ke dua aku menggunakan visa yang sama. Visa RM463 valid selama setahun. Ada rezeki, next year aku nak pergi India lagi. Hahaha....

Kalau nak download itinerari, boleh refer previous post.




Comments

  1. boleh join ke jika ada trip lagi?

    ReplyDelete
  2. Tlg rekemen tour guide di Kashmir dan di Agra, Taj Mahal

    ReplyDelete
  3. As-salam, boleh rekemenkan tour guide di Kashmir dan di Delhi, Agra Taj Mahal

    ReplyDelete
  4. @rose naura refer comment on my older post.

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya.utk transport package yg rm 116 tu utk sight seeing dkat srinagar je ke.Ke termasuk sekali ke pahalgam sonamarg and gulmarg?sbb ada baca dkat iti naik sharing sumo?transport package tu under aisha hotel tu jgk ke?

    ReplyDelete
  6. @Unknown : Termasuk semua pergi dan balik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...