Backpacking Trip ke New Zealand - Christchurch dan Auckland

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya setelah almost 2 years baru aku ade mood nak sambung cerita trip ke New Zealand aku ni. Ade yang tertunggu-tunggu tak? Hahaha.... Untuk entry kali ni aku akan cerita keseluruhan dari hari ke-9 hinggalah hari terakhir di Auckland iaitu 6 hari semuanya. Lagipon tak banyak sangat tempat yang aku melawat sekitar Christchurch dan Auckland. Sebabnya masa kat Christchurh minyak kereta dah E, so masing-masing kedekut nak isi minyak sebab nak jimat duit (Bukan aku). So terpaksa la pergi tempat-tempat yang boleh sampai dengan berjalan kaki je. 

Actually pagi tu aku dah ajak member aku ni pergi Hill Port. Hill Port ni ialah puncak tertinggi kat Christchurh. So kat sini korang boleh tengok permandangan sekitar Christchurch dari atas bukit. Nak naik Gondola pon boleh. Memang dari Malaysia aku dah search pasal tempat ni dan memang nak sangat pergi. Tapi disebabkan makhluk Allah lagi sorang ni macam xnak pergi. Minyak pon xnak isi so pagi tu dah gerak sampai Dyers Pass pastu kitorang patah balik ke Guesthouse. Rasa macam bodoh giler. Padahal sikit je lagi nak sampai. Bila ingat balik rasa menyesal pon ade. Lepas balik tu, melangut kat guesthouse kejap sampai tengahari then baru lah aku kuar jalan sorang-sorang ke kawasan sekitar bandar Christchurch. Senang hidup bila travel sorang-sorang sebab x perlu nak layan manusia yang jenis mood swing dah suke ikut perasaan sendiri je. Eh termarah plak. Hahaha..... 

First tempat aku singgah ialah Christchurch Botanic Garden. Jarak dalam 1km lebih dari Kiwi Guesthouse. Nasib baik la cuaca sejuk so tak terasa sangat la penat. Bangunan sekitar bandara Christchurch tak banyak sangat yang tinggi-tinggi sebab banyak kat sini pernah berlaku earthquake yang terus dan banyak bangunan yang terjejas sebab kejadian earthquake tu. Dan banyak jugak bangunan yang dalam proses untuk dirobohkan. Aku ade borak dengan sorang orang tempatan kat sini, dia cakap bangunan kat sini baru nak dirobohkan sedangkan earthquake tu dah berlaku 5 tahun lepas iaitu tahun 2011 sebab dorang nak tunggu claim insuran yang agak lama.

Rumah-rumah yang tengah renovate sebab earthquake. Sayang betul, dah la cantik rumah.
Ni pulak aku rasa rumah yg dah terbengkalai sbb sunyi sepi je. Mostly bangunan tinggal sebab earthquake tu ada contengan grafiti.

Berdekatan Christchurch Botanic Garden ade Canterbury Museum. Nak masuk museum ni free ni. Besar jugak so alang-alang dan sampai di Christchurch Botanic Garden, boleh la singgah sini skali. Dah nama pon museum mestilah cerita pasal sejarah. Since aku tak minat sejarah so aku masuk dengan sepantas kilat. Hahaha..... Tak berapa nak menghayati sangat. Hehe... Botanic Garden ni adalah tempat paling best ak pergi kat Christchurch sebab rasa tenang giler lepak sini dalam cuaca sejuk-sejuk nyaman ni. Kalau stress putus cinta ke, stress gaduh ngan travel buddies ke, so datang la lepak sini. Hahaa.... Tak sekitar taman ni dorang tanam ngan pokok-pokok bunga yang rare dan xde kat Malaysia. Dah la lawa. Jadi mat bunga kejap masa aku lawat taman ni. Hehe.... Pergi taman bunga so mesti la gambar penuh dengan gambar bunga.

Bunga ni bau wangi giler. Bau semerbak satu taman.




Lepas ke taman tu aku jalan pusing sekitar Bandar Christchurch. Xde la pusing angat sebenarnya, just aku jalan balik ke Kiwi House pastu singgah la mana-mana tempat along the way tu. Sempat la beli souvenir kat satu kedai tapi aku lupa nama apa. Kedai ni boleh tahan murah la kalau nak beli souvenir. Pastu berdekatan satu memorial bridge sempena earthquake ari tu dorang ade buat macam tapak yang ade kedai-kedai dibuat dari kontena. Kast sini ade jual kebab halal. So kalau nak cari makanan halal boleh cari kat sini. Tapi aku tak beli pon, jalan-jalan tengok je.  Dah penat aku terus balik Kiwi House. Malam xde buat ape pon, lepak kat hostel sambil main fb sebab nak kluar pon x tahu pergi mana. Pekan Christchurch ni pon aku rasa tak hidup sangat malam.



Bridge of remembrance. Perasan tak belakang tu ade kontena warna kuning tu, so tu la tempat yg aku cakap tu.

Esoknya lepas breakfast kitorang terus gerak ke Apex Car Rental untuk hantar kereta. Sebelum hantar kitorang isi minyak dulu bagi full sebab masa dapat kereta tu minyak dah full so return pon kena full. Proses penghantaran kereta ni xde la susah sangat, die datang cek apa yg patut pastu terus settle. Tempat nak hantar kereta ni x jauh dari airport, lepas hantar staff dorg akan bawak korang terus ke airport so senang tak perlu amik taxi. Flight kitorang ke Auckland pukul 10.30 pagi so lepak keja kat airport sebelum berlepas ke auckland.

Di Auckland kitorang sewa hostel di X-Base jugak. Harga sama je ngan kat Queenstown iaitu NZD15. Tapi bagi aku yg Queenstown lagi selesa sbb kitorang dapat bilik yg dah ade couple yg stay berbulan-bulan dalam tu. Bilik pon dorg buat mcm bilik dorg sendiri dah. Ngan baju berlongok atas katil pastu dorg plak tu atas katil yg sama and aku plak tidur katil belah atas. Lepas check in kitorang keluar pergi beli barang basah dulu utk bekal makan kitorang kat auckland ni. Aku cuma beli barang dalam NZD 11 je sebab baki dari South Island dulu pon ade bnyak lagi lebih. Lepas masak untuk lunch, lepas makan kitorang jalan-jalan sekitar Bandar Auckland tu. Tapi tak pergi jauh sangat pon. Just jalan dekat-dekat je. Btw dari airport tadi kitorang naik bas ke Papatoetoe Train Station, then naik train ke Britomart.

Menara paling tinggi kat auckland. Boleh naik sampai observation deck tp for sure la kena bayar.
Kitorang ade lagi 4 hari kat Auckland sebelum balik Malaysia. The next day aku jalan sorang-sorang. Dah bosan jalan berdua so aku decide jalan sorang. Senang nak pergi mana-mana sebab tak serabut otak. Hehee.... 1st tempat aku tuju ialan Mount Eden. Mount Eden ni ialah puncak tertinggi kat Auckland. Aku just menapak je dari hostel Boleh tahan jauh jugak. Tapi berbaloi la jugak perjalanan tu sebab view boleh tahan lawa. Aku rasa dalam 8km jugak aku menapak untuk sampai ke Mount Eden. Dari puncak Mount Eden ni, korang boleh nampak satu bandar Auckland tu. Sebelum aku gerak datang sini aku dah masak lunch siap-siap. Sampai ke kat puncak, aku terus lepak kejap sambil layan view kat atas puncak tu. Time ie rasa berkobar-kobar giler nak travel solo lepas ni sebab rasa tenang je dari drama-drama manusia goblok. Hahaha....

Bunga sakura berbunga lebat giler walaupun time ni bukan musim bunga.


Kesian awek tu duk sorang-sorang. Baru putus cinta kot. Padahal aku pon sorang-sorang gak. Hahaha....
Aku pergi ke Mount Eden ni berpandukan peta yg aku amik dari hostel je sebab phone aku xde internet. Internet dalam phone lagi sorang. Tapi xde la susah nak cari Mount Eden ni sebab dari jauh pon boleh nampak. Lepas ke Mount Eden ni aku ke Museum ape ntah. Macam biasa, museum-museum ni bukanlah tempat kegemaran aku. So aku sekadar masuk kejap je pastu keluar. Tapi kat museum ni ade taman bunga yang boleh tahan lawa. So aku pusing-pusing la keja kat mana tu untuk amik gambar. Lepas tu aku balik hostel balik sebab dahaga. Lupa nak bawak air. Nak beli kedekut. Hahaa... Sebelum sampai hostel aku beli Rice Kebab, harga NZD5. Boleh tahan banyak portion rice kabab ni. Aku bawak balik makan kat hostel, rehat kejap pastu keluar balik untuk kejar sunset kat pelabuhan. Pelabuhan ni tak jauh pon dari hostel aku.

Seronok dorang main rugbi pukul 12 tengahari mentang tak panas.
Kalau korang xde benda nak buat boleh la pergi port untuk tengok sunset. View memang lawa dan sepanjang jalan ni bnyak pub. Bolah tahan ramai orang tambah-tambah lagi tengah musim sejuk so lagi suka dorang minum arak. Aku lepak kejap sampai dah gelap pastu aku pon balik sebab tak tahan sejuk. Macam biasa malam aku tak pergi memana sangat sebab malam yang ade cuma pub je.
Lorong celah-celah hostel kitorang. Masa ni aku tengah rehat sebab penat.

Hari sterusnya kitorang pergi Onehunga Dress Mart. Onehunga Dress Mart ni lebih kuranag macam GPO atau JPO kat Malaysia. Premium outlet yg jual baju branded murah-murah. Sempat la aku grab satu sandal yang yg sampai skrang aku duk pakai sebab selesa giler. Aku dah lupa macam mana nak kesini tapi kitorang naik bas. Bas no brape aku dah lupa. Lepas ke Onehunga Dress Mart, aku ke Park n Save untuk beli souvenir dan habiskan duit. Beli coklat je pon sebab tak tahu nak beli ape. Haha.... Onehunga Dress Mart ni boleh tahan jauh. SO hari ni sempat pergi sini je pastu balik lepak bilik. Bosan giler hari-hari aku di Auckland. Hahaha....

Last day kitorang kat sini, lepas breakfast kitorang terus check out. Tapi flight kitorang pukul 7 malam tak silap. Sebelum ke airport tu aku just jalan-jalan kat sekitar hostel tu je. Sempat la masuk art museum dan pergi taman-taman area situ. Pastu naik flight terus balik Malaysia. Tamat. Hahaha....

Aku amik gambar pastu awek ni teleng ingat ak nak amik gambar die. Eleh... nasi ko lawa.
Tercapai jugak hajat aku nak kejar sunset.

Sebelum sunset.
Lepas dah sunset

So tamat sudah entry aku pasal New Zealand walaupun amik masa selama 2 tahun nak siapkan. Hahaa..... Sebarang pertanyaan boleh drop komen. Bye-bye.

Comments

Post a Comment

Popular Posts