Skip to main content

Trip Bajet ke Darjeeling, West Bengal, India

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia pagi tadi dari India. Untuk kali ni aku nak update mengenai trip aku ke Darjeeling, West Bengal India. Actually ni kali ke-4 aku ke India dan inshaAllah next month aku akan ke Kashmir pulak. Trip ke Darjeeling ni ialah trip yang tak plan sangat pon sebab aku dapat jemputan dari syarikat Ez Qurban Sdn Bhd untuk jadi wakil dorang bagi memantau proses pelaksanaan qurban di sana. So alang-alang dah sampai sana, aku pon extend beberapa hari untuk berjalan. Orang cakap sambil menyelam minum air. Hehee... Aku bukan nak cerita mengenai aktiviti qurban ni tapi aku nak cerita trip aku after qurban iaitu trip paling mencabar aku lalui setakat ni. Tapi kalau korang nak buat Qurban di luar negara, jangan lupa daftar dengan Ez Qurban. Boleh klik SINI untuk ke web Ez Qurban.

Antara negeri kat India yang aku pernah pergi ialah New Delhi, Mumbai, Uttar Pradesh, Kerala, Patna dan Tamilnadu. Tamilnadu paling lama sebab dulu aku study sana. So bila wakil Ez Qurban ni bagi tahu aku nak ajak ke West Bengal, terus aku excited sebab tak pernah pergi. Macam biasa, segala urusan untuk tempahan hotel dan itinerari semua aku yang uruskan. Alhamdulillah jugak sebab travel partner kali ni pon memang terbaik dan xde ciri-ciri typical travelmate from hell. Hahaha....

Belanja dulu sikit gambar kat Darjeeling

Untuk ke Darjeeling ni, korang perlu amik flight ke Bagdogra. Tapi dari Malaysia memang xde direct flight ke sini, so korang kena transit di Kolkata. Penerbangan dari Kolkata ke Bagdogra ni lebih kurang 1 jam. Flight kitorang dari Kolkata ialah pukul 10.45 pagi, tapi flight delay sampai dekat pukul 12 baru berlepas. Ko boleh pilih apa-apa airlines je sebab domestik flight kat India ni x mahal sangat. Kitorang terbang dengan Indigo. Airport Bagdogra ni kecik je tapi pack giler sbb banyak sangat penerbangan dalam satu hari. Sebelum keluar airport, kitorang lunch dulu sebab perjalanan nak ke Darjeeling amik masa lebih kurang 3 jam. Dan aku sarankan korang makan jugak kat airport ni sebab ade satu menu yang ramai recommend iaitu Grill Fish with Boiled Vegetables. Sedap! Restauran ni kat tingkat satu bahagian departure hall. Tapi korang boleh je masuk sini, cumanya kena tunjuk boarding pass kat polis yg jaga.

Grill Fish, Veg Fried Rice dan Fish Butter Masala
Lepas makan kitorang ke kaunter pre-paid taxi untuk booking taxi ke Darjeeling. Masa ni ade drama sikit. Lebih kurang masa aku pergi Taj Mahal dulu. Sape nak tahu cerita kat Taj Mahal boleh klik SINI. Taxi ni ade dua jenis iaitu kecik ngan besar kot. Aku tak sure sangat sebab aku tak faham dengan penerangan staff kat kaunter Pre-paid taxi ni. Slang pekat sangat. Aku amik yg die caj Rs1860. Dari apa yang aku baca, sini xde shared taxi. So kena book satu taxi terus tak kisah la ko pergi brape orang. Tapi yang bongoknya, nama pon pre-paid tapi sataff tu suruh aku bayar kat driver. Patutnya aku kena bayar kat die dulu then die akan bg slip bayaran. Nak tahu lebih lanjut korang boleh google je macam mana pre-paid taxi kat India ni beroperasi. Bila aku tanya dia cakap boleh je bayar kat driver tapi dia amik RS10 sebagai caj perkhidmatan untuk die. Siot je. Time ni aku dah rasa something fishy. 

Kuar je airport, geng-geng driver pakat berkerumun sebab nak offer taxi dorang. Pastu datang la 2 ekor ni ajak naik taxi dorang. So kitorang pon follow la. Masa nak ke taxi tu dorang cakap kalau nak hantar ke hotel aku ni kena tambah lagi Rs350 plus lagi Rs400 kalau aku nak kereta ade aircond. Aku dah bengang masa ni sebab tadi staff kat kaunter xde plak cakap aku kena tambah sampai Rs750. Bila sampai kat kereta tengok kereta tak macam taxi pon. Kereta kecik je, tak silap aku Suzuki Swift kot warna merah. Masa ni aku dah tinggikan suara cakap "korang ni bukan prepaid taxi kan?" Pastu dorang duk tak habis-habis cakap dorang ni memang prepaid taxi. Masa ni aku dah pasrah dah sebab malas nak gaduh, janji selamat sampai.

Kalau boleh, sebelum korang naik kereta prepaid ni yang rasa macam nak menipu ni,korang mintak lesen dorang.
Tapi sebelum nak bertolak boleh pulak si sekor ni mintak duit kat kitorang Rs200 sebab die nak bayar kat lagi sekor yg follow kitorang dari tadi. Time ni terus aku xleh tahan. Aku cakap "Asal kitorang nak kena bayar, kan tadi kitorang dah bayar kat kaunter?!" Padahal aku tipu je sebab tadikan aku gitaw yg staff kat kaunter suruh bayar kat driver. Hahaa... Terus dorang terkejut pastu ajak aku pergi balik kat kaunter. Pastu aku cakap lagi."Äku tahu ko ni bukan prepaid taxi. Kalau ye, tunjuk ko punya ID!" Pastu dia xnak bagi dan macam-macam alasan die beri. Terus aku ajak kawan aku keluar balik dari kereta tu, angkut beg dan patah balik ke airport. Time ni rasa rimah giler sebab dua ekor ni duk follow nak convince kan kitorang untuk naik jugak taxi die. Kitorang plak dan berpeluh lecak nak layan drama 2 ekor ni. To cut the long story short, aku pulangkan balik resit yang staff tu bagi then cari alternatif lain. Tengah duk bincang ngan kawan aku, pastu datang mamat owner kereta suzuki ni tadi dia offer balik kat kitorang dengan kos lagi murah iaitu RS1600 je terus sampai hotel. Tak perlu tambah sesen pon.  Ceritanya yg mamat ni sebenarnya orang tempatan dari Darjeeling. Die baru lepas hantar guest balik ke airport jadi untuk elakan balik tangan kosong so dia deal dengan driver prepaid taxi untuk offer harga lagi murah. Kiranya driver prepaid ni dapat komisyen dari dorang. Sebab tu la kereta die xde rupa taxi. Awalnya aku macam malas jugak nak naik ngan mamat ni, tapi disebabkan dah x tahan rimas sebab peluh dah mencurah ke ladang gandum, terus je decide naik ngan dia.


Nama driver ni Kuldiv ke Puldiv ke Kudis kot. Hahaha... Sebabnya kadang-kadang dorang ni eja lain tapi sebutnya bunyi lain. Tapi lebih kurang macam tu la bunyinya. Dalam perjalanan die duk berenti merata, nak beli telur la, nak minum kopi kejap la. Yg kitorang berkicap dalam kereta sebab kereta die x buka aircond. Harem sungguh. Alhamdulillah selamat la jugak sampai akhirnya walaupun aku tak tidur langsung sepanjang perjalanan tu sebab risau die buat benda bukan-bukan. Dah la jalan spanjang nak ke Darjeeling tu mengerumkan. Jalan dah la penuh pothole pastu macam ular kena palu plak tu. Tambah plak jalan xde penghadang. Kalau silap belok, jatuh gaung dan innalillah terus. Serius aku tak tipu jalan nak ke Darjeeling ni memang seram. Dah la kitorang sampai ni musim hujan. Lagi bertambah seram. Si Kuldiv ni plak bawak kereta memang macam nak berlumba. Sikit-sikit tanya pukul brape.
Budak-budak balik sekolah. Rupa dah macam budak melayu.
Mak cik -mak cik abru balik dari pasar.
Stesen kereta api betul2 tepi jalan raya.
Stesen keretapi Darjeelig. Antara stesen keretapi tertinggi di dunia.
Sebelum sampai ke Darjeeling, korang akan lalui beberapa buah pekan yang lain. Pekan ni pon bagi aku dah lawa, tapi Darjeeling ni lagi lawa gila baq hang. Penduduk kampung kat sini memang dah xde rupa typical Indian. Lagi ke atas lagi cantik dorang ni. Ada yang muka ala-ala Melayu, dan ada muka macam Mongolia, Japanese, Tibetan, Nepali dan macam-macam la. Macam lots of mixes like King Coco. Hahaa... Muka kitorang pon dah ala-ala local kat sana. Aku lagi la, memang dah rupa typical Indian sejak azali. Hahaha...... 

Masa sampai hotel dah lewat petang masa ni. Selesai check in, lepak kat bilik kejap. Kitorang bermalam di Dekeling Resort. Aku nak habaq kat hampa, kalau datang Darjeeling, sila la stay kat sini. Resort ni sumpah lawa giler dan layanan memang terbaik. Especially Mdm Pema yang jaga resort ni. Mdm ni style mak-mak sikit. Suka tanya, semalam tido lena ke tak. Esok breakfast nak makan ape dan macam-macam la. Harga untuk 2 malam kat sini ialah Rs7920. Tapi korang kena ingat, kat India ni korang kena bayar extra 18% untuk tax.  Rs7920 tu dah termasuk tax. Resort die jauh sikit dari pekan dan berada kat puncak bukit sikit sebab tu view dri bilik kitorang lawa giler. Cumanya nak ingatkan korang jangan tertukar antara Dekeling Resort dengan Dekeling Hotel. Dua tempat ni owner yg sama tapi tempat berbeza. Dekeling Hotel ni kat pekan tp view tak lawa sangat. So make sure korang pilih Dekeling Resort.

Dekeling Resort


Malam ni kawan aku pulak kena migrain maybe sebab naik kereta ala-ala roller coaster tadi, so xdapat la keluar makan malam skali. Aku pon kluar la sorang-sorang sebab cuaca sejuk ngan hujan plak tu memang cepat la rasa lapar. Resort ni ade provide service drop and pick up secara percuma untuk ke town. Masa sampai tadi dorang ade hidang chai and biscuit. Hotel lain xde pon bagi. Maksud aku hotel yg aku menginap sebelum ni di Kolkata dan Kharagpur.

Chai dan biskut yang disediakan oleh Mdm Pema.
Cuaca berkabus masa 1st day kitorang sampai kat sini.
Untuk pengetahuan korang, majoriti penduduk kat Darjeeling ni ialah beragama buddha so agak susah nak cari makanan yang betul-betul halal kecuali kalau korang makan makanan vegetarian. Nak cari makanan vegetarian kat sini memang tak susah tapi sebab hari-hari asyik makan Veg Fried Rice je so aku nak la cari kedai orang islam. Sebelum pergi tu aku tanya penduduk situ mana muslim restaurant. Dorang cakap Muslim Restaurant ni kat area masjid. Penat giler ak menapak turn naik bukit baru la jumpa masjid. Kat sity ade satu kedai halal. Tak silap aku nama kedai tu Islamia Restauran. Punya la happy sebab dah terbayang menu apa aku nak order. Skali masuk terus keluar balik tak toleh belakang. Hahahaa.... Sebabnya masa aku masuk ni aku nampak dapur dulu sebab dapur kat depan. Aku tak tahu macam mana describe. Haha.... Dari aku sengsara cirit birit, aku sanggup je makan Veg Fried Rice lagi. So menapak la lagi cari kedai Pure Veg. Kedai Lazeez ape ntah nama. Sini semua jual makanan berasaskan sayur. Harga Veg Fried Rice dalam Rs220 macam tu. Pastu aku order menu tambahan iaitu Chilly Paneer. Actually bukan ak nak order pon tapi sebab aku tak faham waiter tu cakap ape. Aku iya kan aje. Then tengok die bawak makanan tu. Hahaha...


Laluan nak ke masjid.
Masjid Darjeeling


Street food. Makana paling famous kat sini ialah Momo. Macam dumpling tu.
Balik resort dan lepas update instagram aku terus tidur sebab xde orang nak borak. Kawan aku dah tidur awal sebab sakit kepala. Kat sini subuh pkul 4.00 pagi. Pukul 5.30 pagi dah cerah. Tapi dorang start keje pukul 8 pagi macam biasa. So korang bayangkan brape banyak masa yang ada time hari dah cerah tu. Disebabkan body clock kitorang still ikut Malaysia, so pukul 5.30 pagi tu dah xleh nak tidur sebab rasa macam dah siang. Ceih.. padahal kat Malaysia kalau tak kerana nak pergi keje selagi tu la membuta. Haha....

Kebetulan masa malam aku nak keluar pergi dinner tu, staff resort ni ade offer kat aku pakej untuk one day tour esok. Dorang caj Rs2000 je. Masa sampai semalam si Kuldiv tu pon ade offer jugak, tapi die punya Rs2300. Jadi kitorang pon setuju amik dengan pihak resort je. Disebabkan cuaca tak berapa nak okay, so tak dapat nak tengok sunrise kat Tiger Hill. Kalau cuaca okay, pkul 4.30 dah kena keluar untuk tengok sunrise. Sedih giler sebab benda yang paling aku nak buat kat sini ialah tengok sunrise kat situ. Tiger Hill tempat yang korang boleh tengok dua puncak gunung tertinggi iaitu Gunung Everest dan Gunung Kangchenjunga. Untuk hari ni, kitorang gerak lewat sikit. Lepas breakfast dalam pukul 9 pagi macam tu baru kitorang keluar. Driver yang bawak kitorang nama dia Lama. Servis die memang terbaik dan ramah giler. Tempat pertama yang dia bawak ialah Peace Pagoda dan Lumbini Temple. Dua tempat ni berdekatan je. Time tu cuaca agak berkabus, nak bergambar pon tak jelas sangat. Kitorang pusing kejap je lepas tu belah.

View waktu pagi lepas kabus dah kurang sikit.
Ruang breakfast di Dekeling Resort.
Ni la Driver kitorang, Mr Lama. Kalau nak ke Darjeeling boleh contact die. H/P 9733462119 atau 9002772119
Tempat ke dua ialah Tiger Hill. Walaupun cuaca berkabus, tapi Lama ni still bawak jugak. Aku pon memang nak pergi sini. Walaupun tak dapat nak tengok view yang aku nak, tapi at least aku boleh cakap kat orang yang aku dah sampai sini. Hahaa.... Kitorang lepak  sambil minum nescoffee Rs10 dari mak cik yang jual kat sini. Boleh tahan sedap coffee mak cik ni jual. Kalau korang nak merasa benda-benda macam ni tips dia satu je. Jangan imagine macam mana dorang buat benda tu. Haha..... Amik gambar pastu selfie kejap then blah.

Gambar ni aku edit sebenarnya sebab time kitorang pergi tu berkabus tebal. Hahaha.....
Ni gambar dari google.
Tempat seterusnya ialah Rock Garden. Nak ke Rock Garden nie perjalanan memang MasyaAllah..... MasyaAllah sebab view lawa giler dan MasyaAllah sebab jalan nak ke situ seram giler. Hahaha.... Nak sampai ke Rock Garden tu kena turun valley yg curam ya amat. Tepi valley ni ade banyak tea plantations. Lebih kurang macam Cameron Highland BUT trust me, sini lagi lawa dari Cameron. Kepala kitorang pon sama-sama pusing dengan jalan nak ke situ. Rock Garden ni ialah tempat dimana ada satu air terjun bertingkat-tingkat. Boleh tahan lawa view kat sini. Cumanya macam tak terjaga sikit sebab banyak sampah. India dah sampah memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi tempat awam yang tak berbayar macam ni. Toilet apatah lagi. Terbantut hajat lepas masuk toilet kat sini. Rock Garden ni kira antara tempat yang korang kena lawat kat Darjeeling ni.




Otw nak ke next point tu, kitorang mintak lama berhenti kat ladang teh untuk amik gambar. View kat sini memang superb lawa. Berlatar belakangkan pekan Darjeeling dan valley yang cantik giler. Cuma aku pelik, ladang teh dorang ni macam xde laluan nak masuk celah-celah pokok teh tu. So tak dapat la nak feeling-feeling amik gambar celah tu.




Boleh nampak rumah-rumah dilereng bukit kat atas tu.


Disebabkan time ni dah  nak dekat pukul 2, so kitorang terus ajak Lama bawak kitorang untuk makan tengahari. Tapi Lama ni tak tahu kat mana kedai makan Muslim, jadi dia bawak kitorang ke Pekan Darjeeling. Kat Pekan ni ade banyak kedai makan so boleh sendiri pilih nak makan kedai mana. Sebelum makan kitorang pergi masjid kejap untuk solat. Kat area masjid ni ade kedai halal. Cumanya seperti yang aku cerita kat atas tadi, kedai yg sama aku masuk semalam. So lepas solat kitorang pergi makan kat kedai Pure Veg je. Makan nasi goreng sayur lagi. Hahaa....

Sape tengok citer Barfi mesti perasan scene kat Clock Tower ni.
Ni la rupa Veg Fried Rice yang kitorang selalu makan. Ade yang sedap, ade yang rasa macam hampeh.
Chilly Paneer.
Lepas makan, Lama nak ajak pergi tempat lain lagi tapi kitorang dah tak nak. Kitorang suruh je dia tunggu kat sini sebab kitorang nak jalan-jalan cari barang untuk buat balik ke Malaysia. Dalam masa yang sama kitorang nak cari toilet untuk membuang sebenarnya. Hahaha.... Kat Pekan ni ade beberapa local bazar yang korang boleh singgah untuk cari souvenir. Macam-macam benda la ade tapi kitorang tak beli sangat pon. Just beli fridge magnet yang orang kirim dan beli teh. Itu pon sebab ade orang komen kat fb aku kata teh Darjeeling ni sedap gila. Kat tengah-tengah pekan ni ada satu kawasan lapang yang memang meriah dengan pelancong. Kitorang lepak-lepak sini kejap pastu blah lepas barang yang kitorang cari tu dah dapat. Sebelum nak balik, kitorang lepak minum coffee kejap menghadap view Pekan Darjeeling. Best giler minum hot coffee dalam cuaca yang sejuk.

Ghum Railway Station. Kalau korang ade masa, boleh naik steam train kat sini. Kitorang tak sempat naik sebab masa tak cukup.
Time ni dah nak pukul 5 ptg, lepas minum coffee kitorang terus ajak Lama balik resort sebab dah malas nak jalan. Kepala dah pening dek jalan pusing-pusing plus cara drive orang sini yang dasyat giler. Sampai je bilik, kitorang mandi then lepak je atas katil sebab kesejukan. Malam ni kitorang tak keluar sebab malas. Just order dinner kat bilik je. Order nasi gorang sayur lagi. Hahaa..... Average untuk nasi goreng sayur ni dalam Rs200-Rs250. Bajet untuk sekali makan dalam RS300-Rs350 je. Kalau korang jenis makan sikit, korang boleh share je sebab portion makanan dorang ni banyak giler. Sampai x habis makan.

Esoknya kitorang tak de buat ape-ape aktiviti sebab pukul 10 pagi dah nak ke airport. Untuk airport transfer kitorang book dari resort je iaitu Rs2200. Bagi aku harga ni okay la sebab dapat kereta yang ade aircond. Kereta yang kitorang dapat ialah toyota Inova. Pagi ni kitorang just breakfast je. Breakfast makan telur dadar cheese, toast dan darjeeling tea. Sorang dalam Rs150. Yang bestnya untuk hari terakhir ni ialah cuaca dah makin elok. Sebelum sarapan tu semua kabus dah xde, so kitorang boleh nampak puncak gunung dari tingkap bilik kitorang. Sempat jugak snap gambar. Tapi sekejap sangat je cuaca elok, lepas tu kabus datang balik. Sadissss betul. Tu la, sape suruh datang time monsun. Mdm Pema cakap yang kitorang ni bernasib baik jugak la sebab ade yang stay sampai seminggu pon still x nampak puncak gunung tu sebab cuaca hari-hari berkabus. Actually ade banyak lagi tempat best, cumanya kitorang x snap gambar. Tapi Darjeeling memang salah satu tempat yang aku syorkan korang datang kalau nak ke India. Next month aku ke Kashmir pulak. Aku aku cerita pasal trip Kashmir pulak.

 


Typical rumah kat Darjeeling.

Nampak tak view gung kat belakang tu. Time ni kabus baru nak hilang.
Masa ni dah cerah so boleh nampak semua puncak gunung.
Flight kitorang dari Bagdogra ke Kolkata ialah pukul 3 ptg. Sebelum nak boarding, kitorang makan Grill Fish lagi. Hahaha... Tapi airport Bagdogra ni serius serabut giler. Sebab banyak sangat flight dalam satu hari. Penuh orang dalam airport. Nak lepas body scan tu satu hal. Memang kena ready awal-awal dan alert dengan announcement. Sakit hati giler. Dah la bila tanya kat dorang, dorang reply dalam Bahasa Hindi. Tahu la muka aku ala-ala mix Bollywood. Berkicap tunggu nak boarding. Sampai Kolkata, kitorang lepak sana satu malam sebelum balik Malaysia.  Sempat la lawat beberapa tempat kat sana tapi tempat biasa-biasa je. Tak menarik sangat untuk diceritakan.

Total cost trip nak ke Darjeeling ni ialah:
Hari Pertama
Airport Transfer ke Dekeling Resort : Rs1600/car
Dekeling Resort 3 Hari 2 Malam : Rs7920
Dinner : Rs300
Hari Kedua
Breakfast: Rs150
Darjeeling Excursion : Rs2000/car
Lunch : Rs250
Dinner : Rs250

Hari Ketiga
Breakfast : Rs150
Airport Transfer : Rs2200

Total : Rs14820 ~ RM889.20 (Tapi ni harga kalau ko datang sorang sebab airport transfer dan excursion tu utuk satu kereta. Kalau datang ramai, so murah la lagi)

Selain kos diatas ni, ada la lagi kos lain contohnya kitorang minum coffe, beli souvenir, beli teh dan lain-lain. Kos ni kira kos sampingan yang tak wajib kalau korang xnak beli. So kalau ikut kan kos untuk aku seorang dalam RM477.60 je .

Comments

  1. salam
    boleh naik train ke darjeeling tak

    ReplyDelete
  2. @hello stalker : tak sure ade ke tak train direct ke Darjeeling. Tapi ke Bagdogra ade rahsanya. Kat Darjeeling ade train, tp x sure dari mana ke mana.

    ReplyDelete
  3. Salam..kalau geng pompuan jek yg pergi selamat tak..
    Boleh contact saya at aziraaamin75@gmail.com
    Ada bemda urgent nak tanya..

    ReplyDelete
  4. @anon : InshaAllah selamat.... Kindly contact me at my fb page. Thanks :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...