Skip to main content

Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-5 & ke-6

Salam.... setelah sekian lama aku cuba menaip balik. Bapak malas nak merapu kat blog. Aku pon hampir-hampir lupa perjalanan trip ke Jepun dulu. Aku cuba ingkatkan balik mana tahu ade yang menunggu sambungan post pasal Jepun ni. Bajet famous. Hahaa....

Lepas je kitorang sampai di Tokyo, kitorang terus amik bas ke Kawaguchi-go. Aku dah book bas ni dari Malaysia lagi. Terminal bas untuk ke Kawaguchi-go sama je yang terimnal bas express dari Osaka ni iaitu di Shinjuku Station. Sebelum kitorang naik bas, kitorang tinggalkan luggage kitorang di Tourist Information Counter. Harga bergantung pada jumlah beg, x silap aku 1 beg = 800yen.  Perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchi-go station ialah selama 100 minit. 


Sampai je di Kawaguchi-go kitorang pening tak tahu nak pergi mana Kebetulan masa tu pulak berkabus, nak tengok Gunung Fuji pon tak nampak. Kecewa giler. Padahal kitorang datang sini memang sebab nak tengok Gunung Fuji je pon. Ingatkan nak pergi taman tema Fuji-Q tapi disebabkan kitorang ni bajet nan-hado so kitorang tak jadi pergi. Lepas dah duk berpusing-pusing kat stesen tu selama 15 minit, kitorang pon decide nak menapak je ke Tasik Kawaguchi-go. Aku rasa ada la dalam 1km jugak kot menapak. Tapi sepanjang jalan tu view lawa giler sebab masa ni tengah peak season autumn. Kebanyakan daun pokok maple dah start menguning. Mana nak sampai tasik tu hujan plak. Dah la sejuk beku pastu hujan pulak. Kejung kaki ngan tangan aku. Sampai je kat tasik kitorang beli pakej boat crusing + cable car. Tak silap aku total untuk dua aktiviti ni ialah 1300yen. Berbaloi jugak la sebab dapat tengok view yang superb lawa. 

Permandangan nampak kuning je sampaikan kwn aku ingat aku yang edit gambar bagi kuning.
Kalau korang ada masa dan bajet lebih, korang boleh amik pakej ni sebab view kat puncak bukit lepas naik cable tu boleh taan lawa. Boleh tengok permandangan keliling tasik dan Gunung Fuji. Kat puncak bukit tu ade kedai dan tempat lepak untuk korang piknic. Masa kitorang kat sini tak lama sngat sbb pukul 12.30 pm kitorang dah kena balik Tokyo sbb tiket yg ktorag beli ni dah ade masa siap-siap. Lepas je turun dari bukit tu kitorang terus gerak balik ke Tokyo.

Permandangan dari puncak bukit semasa naik cable car. Hujan renyai-renyai time ni.

Gunung Fuji yang dilitupi awan. Hampeh betul.
Sampai ke Tokyo, kitorang beli 48 days Toei Metro Pass dan Suica card untuk naik train aliran Jr. Lepas tu terus gerak ke penginapan kitorang yang dah booked melalui AirBnB berdekatan stesen Kameido. Rumah ni dibooked oleh Haziq sbb aku x pernah book penginapan melalui AirBnB sebab aku biasanya tinggal kat hostel atau dorm je. Tapi rumah yang kitorang sewa ni memang superb lawa can selesa. Satu rumah ade 4 bilik dan sorang stay dalam satu bilik. Rumah lengkap dengan semua peralatan dan memang puas hati. Kalau sape datang sini memang aku suggest sangat korang stay sini. Cumanya harga yg kitorang dapat masa booked rumah ni ialah harga permulaan sebab dorang baru je start sewakan rumah ni. Yang masalahnya aku dah lupa apa nama rumah ni sebab berbulan-bulan baru nak taip entry pasal trip di Tokyo ni. Sampai je kitorang lepak kejap, makan then petang kitorang keluar untuk jumpa member kitorang yang kerja kat Jepun di Odaiba. Kebetulan waktu ni hujan renyai-renyai dan cuaca sejuk plak tu. Mengigil keluar rumah. Gambar kedua tu ialah bilik yang aku tidur.


Gambar kitchen yang kemas giler.
Ni pulak living hall. Tempat kitorang membawang dan kira-kira bajet dan hutang yg telah dibelanjakan.
Sampai je Odaiba, tunggu kejap Pak Lah. Masa tunggu Pak Lah ni rasa mcm jejak kasih sebab almost 10 years kot tak jumpa sebab Pak Lah dari abes foundation terus belajar kat Jepun dan terus kerja kat Jepun. Tapi aku ngan Haziq je la satu skolah ngan Pak Lah, lagi 2 tu just jadi saksi pertemuan kitorang di stesen Odaiba. Gittew. Lepas tu Pak Lah bawak kitorang jalan-jalan sekitar Odaiba. Kat sini boleh tengok rainbow bridge, robot gundam dan ade a few museums yang free je. Sempat la tengok pertunjukan robot gundam yang 3 minit tu lepas tu masuk museum. Macam biasa la, aku memang tak berapa gemar sangat bab-bab museum ni. Haha....

Raindow bridge di Daiba.
*Untuk persembahan Gundam ni, tak silap aku every 30 minutes kot. So ko tunggu la kat situ kalau rasa nak tengok. Aku tak berapa nak menghayati sangat sebab sibuk duk merakam. Lenguh giler tangan. Haha... Odaiba ni actually sebuah pulau buatan manusia yang didiami oleh orang elite. So korg boleh bayangkan harga rumah atau sewa kat sini kalau korg merasa nak stay sini sebab kat kawasan lain pon harga mahal gilos.


Lepas ke Odaiba, Pak Lah bawak kitorang dinner di Restaurant Tendon Tenya. Kedai ni jual seafood tempura dan kata Pak Lah kedai ni ade banyak kat Jepun dan antara alternatif makanan yang boleh dimakan utk muslim sbb seafood je. Sedap jugak actually sampai kitorang repeat masa last day. Tapi kedai yang Pak Lah belanja ari ni aku lupa kat mana tapi x silap aku kat  Nihombashi Station. Kalau korang nak cari affordable foods boleh cuba makan kat sini. Ade set untuk nasi dan udon/soba.


The next day kitorang jumpa Pak Lah lagi. Kitorang janji jumpa kat Ueno Park before kitorang ke tempat seterusnya. Gigih Pak Lah amik cuti sebab nak jalan-jalan ngan kitorang. Sampai Ueno Park, kitorang jalan-jalan pusing area sini jap. Orang kata taman ni lawa time musim sakura, tapi masa kitorang datang ni macam xde pape sangat. Lagi pon masa kitorang sampai ni awal giler, orang sibuk pergi kerja, kitorang sibuk pergi taman. 

3 org schoolmates yg dah bertahun tak jumpa. Tip Jepun ni menemukan kitorang.
Pokok Sakura yg dah start gugur.
Lepas ke Ueno Park, kitorang ke Asakusa plak. Tempat famous kat Asakusa ni ialah Sensoji Shrine. Kat sini bnyak kedai untuk beli souvenir sepanjang laluan nak ke SHrine tu. So mostly souvenir yang ak beli adalah beli kat sini. Aku x sure brape harga kalau kat tempat lain, tapi kat sini FM ko boleh dapat 3 ketul 900 - 1000 yen. Tshirst I Love Japan semua tu pon boleh beli kat sini je. Lepas dah puas shopping, kitorang lepas makan jap. Padahal bekal tu untuk tengah hari tapi kitorang dah lapar giler sbb cuaca sejuk. So makan terus sebelum ke next point. Lepas makan pergi tibai Melon Pan pulak. Haha...Melon Pan ni benda yang korang patut try. Rasa mcm roti boy + ais krim. Teringat tragedi Haziq hilang phone kat kedai ni padahal phone ade poket baju die. Pening cari. Hahaa....
Pintu gerbang Sensoji Shrine.
Kedai-kedai souvenir sebelum ke shrine.
Melon pan yg aku makan ni perasa matcha. Ada dua flavor, satu matcha, satu vanila. X silap aku harga 900Yen kot.
Sebenarnya ak dah malas menaip ni sebab ak dah lupa mana aku pergi tapi yg aku ingat lepas pada ni kitorang ke Akihabara sebab nak cari arang orang kirim. Penat nak mampus cari barang orang tapi last-last tak jadi beli. Memang siot perangai orang macam ni. Kesian kat travelmates lain sebab kena follow cari barang dorg pastu tak jadi. Macam-macam kedai gak kitorang masuk. Pastu kitorang ke Roponggi untuk ke Hard Rock Cafe. Ni pon pergi sebab nak beli barang orang kirim. Pastu kitorang ke Tokyo Tower bergambar dan balik ajak Pak Lah datang rumah makan maggi. Hahaa... Sekian Terima Kasih




Comments

  1. cantiknyaaaaaaaa autumn foliage !!!

    ReplyDelete
  2. Wan, nak tanya, macam mana weather masa pergi tu?
    Over tak kalau pakaikan winter coat utk budak 2-3 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kitorg pergi ni boleh tahan sejuk sebab ade hari yg hujan. Boleh je nak pakai winter coat cumanya tengah hari kelau ade matahari xde la sejuk sngat. suhu dlm 6-15C.

      Delete
  3. Sah memang edit bagi kuning! Hahaha. Comel pulak Japun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time autumn bro, mmg la pokok warna kuning. Cumanya increase warmth skit.

      Delete
  4. saya mmg tgu post ni..awk mmg femes. Rindu Jepun, baca blog pon jadi la

    ReplyDelete
  5. Salam Encik Azwan, nak tanya bas dari Osaka ke Tokyo tu berapa jam agak2? Terima kasih diatas perkongsian itinerary yee :)

    ReplyDelete
  6. @nyontalee... Dalam 8 jam x silap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...