Backpacking Trip ke Jepun Hari Pertama & ke-2 (Download Itinerari)

Asslamualaikum dan salam sejahtera... Lama kan aku tak update blog? Sebab tahun 2017 ialah tahun mereput. Duk rumah je. Hahaa... Bukan xnak travel pergi memana tapi banyak sangat masalah. Kena scam ngan someone hampir RM60,000 dan kemalangan masa balik keje. Habis berparut muka aku yang hensem ini. Hahahaa.... Okay sila kecam ramai-ramai. :p Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Japan pada 10-17 November baru-baru ni. Sepatutnya trip ni aku pergi bertiga tapi last minute ade sorang cancel dan tambah lagi 2 orang untuk join. Sape travelmates aku untuk trip ni biarla rahisa. Yang penting bukan travelmates from hell. Haha...

Boleh kata 100% itinerari aku yang plan dengan persetujuan travelmates yang lain. Kitorang pergi ke Osaka dan balik dari Tokyo. Alhamdulillah travelmates kali ni bagi kerjasama yang baik sebelum dan selepas pergi walaupun dorang ni actually tak kenal pon each other. Cukup dah kot intro, so jom aku start dengan cerita kitorang masa kat sana. Flight kitorang pukul 8.30 pagi dari KLIA2 ke Kansai Airport. Malam tu ktorang sampai awal dan lepak kat airport sampai pagi macam biasa aku buat sebelum ni sebab risau tertinggal flight. Lebih kurang pukul 3.30 petang kitorang sampai di Osaka. Sampai je kitorang terus ke Tourist Information Kaunter untuk beli segala pass yang kitorang nak guna di area Kansai. 2 pass yang kitorang beli iaitu 2 Days Kansai Thru Pass & 1 Day Osaka Amazing Pass. Pemilihan pass ni pon penting jugak sebab boleh jimatkan bajet trip korang. Harga untuk 1 Day Osaka Amazing Pass 2,500 Yen dan 2 Days Kansai Thru Pass 3,300 Yen. Lepas beli pass kitorang terus amik bas untuk ke Namba Station. Bas boleh amik kat Platform 8 dan tambang bas 1,050 Yen untuk sehala. Namba Station ni stesen yang terakhir so tak perlu risau bila nak turun. Kalau korang tak tahu macam mana nak beli tiket, korang boleh je tanya pak cik yang bertugas kat situ. Mostly tiket untuk pengangkutan awam kat Jepun ni kena beli melalui vending machine.


Sunset dari airport nak ke Namba Station.



Sampai Namba Station kitorang terus ke Koma Guesthouse iaitu penginapan kitorang selama 3 malam di Osaka. Walaupun kitorang akan ke Kyoto jugak tapi kitorang pilih untuk stay di Osaka je sebab malas nak mengangkut bag banyak kali. Lagi pon pass dah beli, ko boleh naik train anytime je selagi pass masih valid. Koma Guesthouse ni actually satu stesen je dari Namba Station dan boleh jalan kaki je pon tapi disebabkan kitorang bawak beg yang penuh dengan Brahim, so naik je la train. Untuk 1st day ni kitorang tak guna lagi pass sebab rugi je kalau guna sebab dah lewat dah pon. Sampai Guesthouse kitorang check in, rehat kejap dan makan sebab dari pagi tadi kitorang tak makan. Lepas makan terus gerak ke Dontobori. Kitorang jalan kaki je ke Dontobori. Jarak dalam 1km macam tu la. Pergi situ just nak tengok night life kat Osaka sebab Dontobori ni kira macam Bukit Bintang kalau kat Malaysia. Memang ramai la orang kat sini. Kitorang sekadar pergi amik gambar je pastu singgah Big Camera kejap dan balik. Sempat jugak la aku beli Tako Yaki 6 ketul, 600 Yen. Rasa Tako Yaki kat Japan ni memang lain dari Malaysia sebab Tako Yaki sini macam lembik dan kalau makan time panas rasa macam nak melecur lidah. Haha....
Famous spot kat Dontobori, gambar athlete tengah lari tu. X sure sebab ape famous.
Sempat merasa takoyaki kat sini. 6 biji 600 yen. Memang lain rasa dengan yang kat Malaysia tapi ak prefer yang Malaysia lagi. Haha....
King Crab. Teringin dari Malaysia nak cuba tapi ingatkan nak datang balik the next day tapi sebab penat, sampai balik Malaysia pon x sempat nak rasa. hehee...
The next day, awal-awal pagi daa pukul 6.30 lepas siap panaskan Brahim, kitorang terus gerak ke tempat pertama iaitu Nara Park. Nara park ni famous dengan rusa. Bersepah rusa kat taman ni. Dan macam lembu kalau kat Malaysia. Tapi lembu jenis jinak sampai datang sondol-sondol kat orang. Hahaa.... Dari Osaka nak ke Nara ni amik masa jugak. Lebih kurang satu jam. Btw sat tips bila korang nak travel kat Jepun ni, sila pastikan jenis train yang korang nasik sebab train ni ada banyak jenis. Ade express train, semi express dan local train. Dari nama tu pon mesti ko dah boleh agak kan yang mestilah express lagi cepat. So kalau nak cepat sila naik yang express. Express train pon cover je dalam pass yang aku mention tadi kecuali untuk JR Line. Owh lupa nak bagi tahu, untuk 1st and 2nd day ni aku guna Kansai Thru Pass (KTP) dulu. Osaka Amazing Pass (OAP) ni kitorang guna masa last day di Osaka. Sampai je Nara Station kitorang amik bas untuk ke Nara Park. Actually boleh jalan kaki je tapi penat la jugak sebab Nara Park ni boleh tahan besar. Bas ni tak cover oleh KTP, so kena bayar asing iaitu 210 Yen. Nak jimat jalan kaki.

Rusa kaki sondol.


Nah belanja sikit gambar travelmates kali ni.
Tuan blog pon nak mencapub jugak. Haha....
Penat jugak nak pusing satu taman ni. Dalam taman ni ade banyak tempat yang korang boleh singgah dan ade tempat yang kena bayar contohnya Todaiji Temple dan Isui-en Garden. Kitorang just pergi amik gambar kat pintu masuk pastu blah. Haha.... Cumanya ade satu taman iaitu Yoshikien Garden bersebelah Isui-en Garden yang korang boleh masuk free. Tourist je yang free, local kena bayar. Macam kelakar plak. Haha.... Selalu local yang diutamakan. View dalam taman ni serius lawa giler. Dah la kitorang samai waktu tengah peak season untuk autum so pokok dalam tu dah start tukar warna.

Yoshikien Garden

Yoshikien Garden
Berbaloi giler masuk sini.
Lepas dah puas bergambar kitorang terus ke tempat seterusnya iaitu Nijo Castle. Nijo Castle ni kat area Kyoto. Dari Nara kitorang gerak ke Kyoto Station. Dari Kyoto Station amik bas No 109 x silap aku. Kalau tak sure boleh tanya kat Tourist Information Center. Cumanya masa naik bas ni kitorang confuse sikit mana nak stop dan Jepun punya bas, untuk masuk kena guna pintu belakang dan keluar guna pintu depan. Kalau korang tak tekan butang alarm nak turun, driver bas takkan buka pintu depan dan korang x boleh turun sebab korang kena bayar tiket kat pintu depan masa nak keluar atau guna pass KTP. Masa nak ke sini kitorang terlajak satu stesen dan terpaksa menapak sikit untuk ke Nijo Castle. Tapi sebelum sampai tu kitorang jumpa satu grocery yang ade sediakan ruang untuk makan. Kitorang lepak situ jap untuk makan tengahari dengan bekal Brahim yang kitorang bawak dari GH. Lepas makan terus masuk Nijo Castle. Tiket masuk 600 Yen untuk seorang. Bagi aku castle ni lebih kurang macam palace yang kat Korea tu sebab aku ni bukan spesis minat sejarah so aku lagi tertarik dengan taman yang ade dalam castle tu je. Haha...

Pintu masuk ke Nijo Castle.

Taman kat dalam ni yang lagi menarik perhatian aku. hehe..

Dari Nijo Castle ni kitorang ke Nishiki Market. Sepatutnya kitorang akan ke Kyoto Imperial Palace dulu tapi kitorang skip sebab risau lambat sampai ke Gion. Orang cakap kalau nak tengok Geisha, waktu yang terbaik ialah pukul 5.30 ptg. So dari Nijo terus ke Nishiki Market. Actually boleh naik bas tapi sebab kitorang noob sangat tak tahu mana nak turun nanti (Padahal boleh je google). Haha... jadi kitorang pon jalan kaki je. Jarak dalam 800m macam tu. Kat Nishiki ni korang boleh cari produk Jepun untuk dijadikan souvenir dan jugak makanan yang best-best. Aku paling teringat scallop bakar yang beli kat sini. 1 cucuk ade 2 ketul giant scallop cuma 500 yen je. Makan sampai jilat jari. Sedap weh. Orang cakap kat sini ade kedai souvenir murah tapi aku pusing cari tak jumpa plak. So xde ape pon yang aku beli kat sini selain scallop tu. Habis pusing satu pasar terus gerak ke Gion dengan menapak jugak. Xde la jauh mana pon dari Nishiki Market. Kitorang jalan berpandukan google map je.

Scallop Bakar. Sedap giler weh!


Aku suka dengan permandangan kat Gion ni. Kat ni banyak kedai makan dan port yang best untuk lepak. Permandangan yang sangat lain dari tempat yang aku pernah pergi dan terasa la macam kat Jepun. Jalan-jalan celah lorong sambil memburu Geisha tapi petang tu hujan plak. So Geisha pon tak jumpa sebab aku syak dorang tak berani kuar masa hujan sebab risau make up cair. Haha.... Sekadar pusing amik gambar je then lepak 7E makan onigiri dan minum coffee panas.


Lorong belakang sekitar kawasan Gion.
Sungai area Gion. Ade ramai orang lepak tepi sungai ni. Orang kata time musim sakura lagi lawa.

Owner blog cari jodoh kat sini tapi tak jumpa. Haha...
Lepas lepak sini kitorang terus ke balik ke Osaka untuk misi memburu ramen plak. Banyak kedai ramen best area Osaka ni tapi 1st day ni kitorang ke Naritaya Halal Ramen berpandukan app Halal Navi. Kebetulan masa ni ade promo dapat free 3 ketul Karagae. Naritaya Halal Ramen ni dekat ngan Shinsaibashi Station. Dekat pon x dekat sangat la, penat jugak menapak. Haha.... Tapi bagi aku rasa ramen kat sini sedikit mengecewakan sebab rasa macam mee celup kicap masin je. Dah la mahal. Semangkuk 1,300 yen ramen yang aku makan. Lepas makan terus balik hostel mandi, solat dan tidur.

 
Naritaya Special Ramen. Rasa x special mana pon. Hehe...
Sape nak itinerari boleh download SINI.  Lepas download sila komen cakap terima kasih or komen je pape. Saje nak kasi traffic ke blog iolls sini naik lebih skit. Sape tak komen aku doakan dia sesat kat Jepun nanti. Hahaha....

Comments

  1. assalamualaikum.. alhamdulillah berpeluang ke jepun, insyaAllah shu pun teringin nak ke sana. :)

    ReplyDelete
  2. Tq for the sharing..good info

    ReplyDelete
  3. Tq for the sharing...good info..

    ReplyDelete
  4. Hi Azwan, thanks for sharing.mintak halal iti. Start baca blog awak since 2016 baca trip untuk ke korea. now tengah planning untuk ke Japan pulak insyaallah. info yg awak bagi sangat membantu plusss kelakar gilaaa weyy. tqq tqq.

    FR,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sebab sudi baca. hehee

      Delete
    2. welcomeee bro. ok tak suka dipanggil bro. haha. welcomeee azwan. nanti share lagi next travel ok.

      Delete
    3. Haip.... hahahaaa... InshaAllah. hehee

      Delete
  5. thanks for sharing.

    means dekat osaka ke kyoto, still guna Kansai Amazing Pass kan.

    ReplyDelete
  6. @Wawa : yup.... boleh guna KTP. Kalau nak cover Osaka je better guna OAP.

    ReplyDelete
  7. tq. Done download your iti :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih utk iti ��

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts