Trip Bajet ke Krabi, Thailand - 1st & 2nd Day

Assalamualaikum…. Trip pertama aku tahun 2016 iaitu ke Krabi, Thailand. Orang cakap kalau nak start backpacking ke luar negara, wajib ke Krabi. Hehe….. Memang betul la sebab nak backacpking kat Krabi nie xde la mencabar sangat dan sesuai bagi amateur atau for beginner yang baru nak try backpacking. Aku nie pon xde la backpacker tegar tapi bagi aku Krabi ni macam Malaysia je. Senang nak survive. Trip bermula 14 – 18 Februari 2016. Tiket aku dah beli dari bulan 3 tahun 2015 lagi sebab ada promo masa tu. Dapat la RM112 untuk return flight walaupun boleh dapat lagi murah sebenarnya. Kalau dah harga flight lagi murah dari harga tiket bas tu kira okay la kan? 

Persediaan sama macam trip-trip sebelum ni. Segala hotel dan itinerary aku dah siapkan awal-awal supaya senang nak estimate bajet dan mana tempat nak pergi walaupun xde la follow 100% tapi at least ade planning. Flight kitorang bertolak dari KLIA2 pukul 7.20 am…. 1 jam je perjalanan untuk sampai di Krabi. Sebelum keluar airport, kami beli simcard dulu untuk aktifkan plan internet. Sebelum kuar pintu airport tu akan ade booth kecik dari 3 syarikat telco yang promote dorang punya pakej. Kami cuma beli untuk unlimited internet pass iaitu THB 100 dari Dtac. Pass ni valid selama 5 hari korang kat sana. Kira murah la jugak kan….. Yang maxis punya pon minimum RM3 satu hari guna dah abes. Malaysia ni semua benda nak mahal…… 

Untuk airport transfer lak, korang boleh beli dalam airport. Ade satu kaunter yang jual tiket bas untuk ke Aonang Beach. Korang sebut je nama hotel, nanti bas tu akan hantar sampai hotel. So tak perlu risau untuk cari direction nak ke hotel. Hotel yang aku booked kat Krabi ialah Aonang Mini Boxtel. Hostel nie xde lah murah sangat, tapi aku tertarik dengan konsep hostel yang berkotak-kotak dan ‘hispterr’. Sekarang ni semua benda nak hipster walaupun x rasional langsung harga. Haha….. Satu malam THB 550 include breakfast. Kalau tak nak include breakfast THB 490 je. Aku sarankan ko xyah amik breakfast sebab breakfast yang disediakan macam tak berbaloi je dengan kos THB 60. Baik ko pergi makanan kat kedai tepi jalan je. THB 60 boleh dapat nasi goreng cina satu.
Tempat lepak kat rooftop Aonang Mini Boxtel, Krabi.

Review Aonang Mini Boxtel (Klik SINI)

Lokasi: Sangat dekat dengan pantai (100m). Area hostel ade banyak kedai-kedai souvenir dan tempat makanan halal. Bawah hostel ade Family Mart yang buka 24 hours. Dekat jugak dengan farmasi dan Balai Polis Aonang.

Staff : Staff boleh tahan friendly tapi English x fasih sangat tapi still boleh communicate. 

Toilet : Toilet bersih tapi kat luar bilik dan share ( Toilet Lelaki & Toilet Perempuan). 

Bilik : Bilik cantik dan ade ciri-ciri privasi. Locker disediakan tapi tak de kunci, so kena bawak padlock sendiri. Cumanya yang tak best ialah mat-mat saleh ni lepas balik pantai terus masuk bilik. Lantai berpasir dan melekit dan tak selesa untuk nak buat solat. Kalau nak solat, boleh solat kat rooftop atau pergi je ke masjid berdekatan. Aircond hanya beroperasi pada pukul 3 petang hingga 9 pagi. Tengahari memang panas giler.
 

Kalau korang nak murah boleh stay Kat Fundee House iaitu THB350 satu malam, berdekatan Masjid Aonang tapi dalam 2 km dari pantai. Fundee House nie berkonsepkan dormitory, sangat bersih dan cantik. Disebabkan sorang kawan aku nak join last minute, so aku booked Fundee House ni sebab hostel kitorang dah penuh. Area Fundee House ni memang banyak kedai makanan Halal dan mostly dorang boleh cakap Melayu Pattani. Salah satu sebab kenape aku cakap Krabi ni lebih kurang Malaysia je sebab mana-mana pergi pon ramai yang tahu cakap Melayu. Xde la awkward sangat macam ayam itik kalau English ko pon macam biasa-biasa je. Hehe…..

Untuk hari pertama nie kitorang tak pergi kemana sangat sebab nak tunggu kawan kitorang lagi sorang sampai sebab die amik flight petang. Disebabkan kitorang sampai awal, so terpaksa menunggu untuk check in iaitu pukul 11.00 pagi. Lepas check in kitorang tidur dulu sampai pukul 3.00 petang sebab malam tadi tak dapat nak tidur kat KLIA2 gara-gara kesejukan tahap winter dah aku rasa.

Misi aku kali ni ialah lebih kepada Food Hunting sebab Thailand nie memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Lepas bangun, terus bersiap untuk lunch. Lunch hari ni kitorang makan di Bamboo Restaurant. Jalan kaki je dari Hostel. Harga makanan kat sini tak mahal dan tak murah. Kedai ni siap pasang lagu rock kapak Band Malaysia zaman 90-an. Dah rasa macam duk Malaysia dah. Hehe…. Makanan kat sini not bad la. Aku order Seafood Glass Noodles THB 149, Nasi Putih THB 15 dan Air Kelapa THB 60. Lain-lain menu yang kawan aku order ialah Tom Kha Ghai THB 139, Nasi Goreng THB 59. Tom Kha Ghai tu lebih kurang tom yam tapi dimasak menggunakan Susu atau Santan. Rasa tomyam yang berlemak manis. Sedap jugak…. Yang aku order tu plak macam Seafood salad tp mix ngan glass noodles. Kalau order tu, make sure order menu lain yang berkuah sebab menu tu x de kuah. Nak murah korang kongsi je ramai-ramai. Sorang order satu menu.Kalau aku rajin, nanti aku buat khas entry untuk makanan yang kitorang makan di Krabi. :)
 



Lepas makan kitorang lepak sight-seeing kat pantai je sementara tunggu kawan lagi sorang sampai. Bagi aku pantai kat Krabi nie biasa-biasa je macam pantai kat Port Dickson. Yang lawa-lawa tu ialah pantai di pulau-pulau berdekatan. Acara petang ni ialah berselfie dan bergambar beramai-ramai untuk upload kat social network sebab nak bagi kawan-kawan jelous. Typical village people kan. Hahaha……. Lepas jalan-jalan kat pantai, kami pergi survey pakej untuk island hoping plak. Ade banyak kedai tepi pantai yang offer pakej-pakej ni. Harga bergantung pada pakej mana atau pulau mana korang nak pergi. Ade yang murah ade yang mahal. Kebiasannya, ramai akan amik pakej ke Phi-phi island. Disebabkan ramai sangat pergi Phi-phi Island tu, so tak rare la kan kalau kami amik pakej ke Phi-phi jugak, so kami decide untuk ke Hong Island. Baru laaaa ‘Hipsterrrr’. Hahaha…..

Pakej yang kami beli ialah adri kedai yang ade signborad 'Tourist Information' tu. Akak yang jaga kaunter tu boleh cakap Melayu dan sangat ramah. Senang nak tawar-menawar.
Harga ke pakej Phi-phi Island yang kami dapat ialah THB 900 (+ THB 400 for National Park). Untuk Hong Island plak THB 800 (+ THB 300 for National Park). Kat Thailand ni banyak betul la National Park. Semua tempat nak pergi mesti ade National Park yang memerlukan korang bayar additional cost. Setiap National Park tu pulak tak sama harga. Sakit hati pulak kita bila dengar ada National Park. Jadi sebelum nak beli tu, korang tanya siap-siap ade hidden charge tak atau bayaran untuk national Park dah include belum. Kan tetiba terlupa bawak duit, sia-sia je kena campak kat tengah laut. Hehee….. Selain pakej ke pulau, ade lagi pakej lain seperti ke Emerald Pool, Hotspring, Tiger Cave Temple dan lain-lain. Harga bergantung mana korang nak pergi dan bargain untuk dapat lagi murah. Kitorang amik pakej tu untuk hari selasa sebab esok kitorang nak ronda pekan Krabi dengan motosikal. 
Tak cukup lagi sorang sebab belum sampai.
Lepas je kawan kitorang sampai, kitorang balik hostel dan rehat kejap sebelum makan malam. Untuk first day memag tak jalan mana sangat sebab penat overnight kat airport tak hilang lagi. Lepas maghrib kitorang keluar memburu ‘street food’ dengan menaiki motosikal yang kitorang sewa iaitu THB200 untuk satu hari. Satu mosikal boleh share dua orang untuk jimatkan lagi perbelanjaan trip korang.

Tempat yang dituju ialah kedai-kedai bersebelahan Masjid Aonang. Kat area masjid ni banyak kedai makanan Halal. Boleh kata semua yang meniaga kat situ ialah orang Islam. Makanan pon murah compare dengan restaurant yang berdekatan dengan pantai. Tapi murah tu tak la murah sangat contohnya satu gelas air teh hijau ialah THB25, Nasi Goreng THB 50. Bagi yang banyak duit tu tak terasa sangat la mahal melainkan rakyat marhaem macam aku yang masih belajar ni. Hehe…

Berdekatan masjid ni jugak ade banyak kedai souvenir yang murah-murah berbanding kedai yang dekat pantai. Baju Tshirt Krabi boleh dapat TH 100 sehelai. Lagi banyak korang beli, lagi murah boleh dapat. Lepas makan, kitorang balik hostel dan lepak kat rooftop untuk sesi merapatkan ukhwah. 

Hari kedua di Krabi kitorang just pusing area Pantai Aonang dan juga Pekan Krabi. Pagi tu lepas breakfast di hostel kami gerak ke pantai untuk tengok sunrise. Konon nak tengok sunrise tapi bangun pon dah pukul 9.00 pagi, breakfast lagi nak bersiap lagi, kuar-kuar je matahari dah terpacak atas kepala. Haha….. Sebelum ke Pekan krabi, kami jalan sekitar Pantai Aonang dulu untuk beli souvenir yang orang kirim. Risau nanti tak sempat nak beli. Aku memang xde beli souvenir untuk orang pon sebab bajet aku lebih kepada nak beli makanan. Lagi pon dah selalu sangat aku terkena, time aku pergi memang ramai mintak souvenir tapi bila turn dorang buat diam je. Hek eleh…… 


Since ade lagi yang belum breakfast, kitorng pergi makan kejap dekat kedai tepi jalan berdekatan Krabi Resort. Macam-macam makanan ade dan harga pon berpatutan jugak la. Cumanya tempat duduk sangat limited sebab kedai kecik je. Ade banyak kedai dan korang boleh pilih mana yang berkenan. 


Tengahari kitorang gerak ke Pekan Krabi. Jauh jugak pekan krabi dari Aonang Beach. Naik motosikal pon dalam 30 minutes jugak. Sampai pekan kitorang terus cari kedai makan untuk lunch. Aku lupa apa nama kedai ni tapi dari simpang 4 nak ke waterfront yang ade replica ketam tu, korang turn left dan jumpa small round about. Kedai makan ni betul-betul sebelah round about. Makanan kat sini pon sedap jugak. Makanan yang aku order ialah Tom Yam Gong ( Tom Yam Air Keruh) iaitu THB 150. Banyak jugak, cukup untuk share 5 orang. Dan Phad Ka Pau THB 50. Aku nie jenis tak reti nak describe rasa makanan tapi aku ni jenis cerewet bab rasa. Kalau aku kata sedap sangat tu maksudnya memang sedap la bagi aku. Kalau sedap atau biasa-biasa tu maksudnya ada yang lagi sedap dari tu tapi still rasanya boleh diterima.

Lepas makan, kitorang ronda-ronda jalan kaki sekitar pekan Krabi. Nak pergi pekan Krabi ni boleh waze je. Tak susah mana pon cumanya sedikit jauh dari pantai. Sepanjang perjalanan tu korang dapat tengok view-view yang sangat cantik. Tak de apa sangat pon kat Pekan Krabi ni, just small town dengan kedai-kedai yang menjual barang keperluan harian. Nak cari kedai jual souvenir pon tak jumpa. Kemudian kami stop kat waterfront kejap untuk bergambar. Tengah bergambar tu tetiba ade abang boat offer untuk trip by boat sekitar muara tu. Harga satu boat THB 400 sahaja. Bila share 5 orang, jadinya sorang THB 80 tapi tak termasuk THB 30 untuk National Park. Kan aku dah cakap, mana-mana pergi mesti ade National Park. Haha…. 

Wefie di Waterfront Pekan Krabi.
Permandangan yang cantik di muara sungai Krabi.
Trip lebih kurang satu jam, 30 minit di National Park dan 30 minutes di Koh Klang. Aku lupa apa nama National Park ni, tapi berbaloi la untuk korang singgah. Kat sini ade satu gua yang merupakan tempat tinggal manusia zaman dulu kala dan juga tempat bersembunyi tentera jepun masa zaman penjajahan dulu. Masa kitorang sampai ni dah nak dekat maghrib, masuk gua tu macam masuk rumah hantu. Seram giler…. Dalam gua tu ade pantung-pantung manusia zaman dulu dan juga tentera jepun. Boleh tahan luas jugak gua tu. Siap ade tengkorak manusia. Dah la kitorang je pelawat time tu. Bayangkan satu pulau tu hanya kami berlima je. Abang bot tunggu kat atas bot je. Seram-seram pon penuh jugak memori phone kami bergambar. Hehee….
 
Then singgah Koh Klang. Koh Klang ialah sebuah pulau yang didiami 99% orang Islam. Korang boleh pusing pulau ni dengan berjalan kaki. Pulau ni merupakan salah satu check point dalam Amazing Race. Lepas pusing satu pulau, kitorang terus bali ke Aonang balik sebab nak hantar motor. 

OTW nak ke Koh Klang
Tips sewa motosikal di Krabi : Dorang sewakan motosikal dengan minyak yang hampir kosong. So korang kena isi sendiri minyak dan make sure korang isi ikut banyak mana korang nak guna sebab dorang takkan pulangkan duit kalau korang pulangkan dengan minyak yang penuh. Malah dorang akan sedut minyak tu buat simpanan dorang. Disebabkan kitorang sendiri tak tahu nak pergi mana esok, jadi kitorang tersilap isi full tank iaitu lebih kurang THB100.

Oleh sebab kitorang ni kedekut tangkai jering, kitorang sedut balik minyak tu dan simpan dalam botol. Minyak mahal kot. Dah la 3 buah motor. Kalau satu motor kitorang halalkan je. Tu pon kena fikir dulu. ;p Yang kelakarnya, kitorang pergi sedut minyak tu sampai kering tangki. Memang kena marah la ngan owner motosikal tu. Hahaha……
aktiviti menyedut minyak giat dijalankan. Kenangan yang akan diingati sampai bila-bila.
Aktiviti sebelah malam ialah kitorang memburu makanan jalanan lagi lepas tu beli souvenir, tapi bukan aku la, dorang-dorang yang banyak duit. hehee..... Next entry untuk hari ketiga dan keempat. Aku akan share skali ngan itinerary. Tak perlu nak drop komen untuk mintak itinerary. penat nak email. :) Tapi based on cerita aku ni, korang dah boleh draft bajet dan tempat-tempat untuk nak pergi.

Comments

  1. cm best je gua lama yang korg pg tu...seram2 la br hipster...hipster sgt..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best-best... Kalau korang singgah pekan krabi, jangan lupa amik pakej ke situ. :) hehee

      Delete
    2. tq for the sharing adik! hakak tasabar nak ke krabi..lawak la korang

      Delete
  2. Isi RON91 atau RON95?

    ReplyDelete
  3. Sedut minyak tu pakai apa hahah

    ReplyDelete
  4. guna pipe getah yg dorang bagi.

    ReplyDelete
  5. sy punya flight smpai sana dah dekat pkol 6 , klo malam baru nak cari pakej island hoping masih sempat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat kot.... Sbb ade bnyak tempat offer pakej island hoping ni.

      Delete
  6. salam, sy punya flight smpai sana dah pukul 6 petang gitu. so, sempat lagi ke nak cari pakej island hoping malam tu?

    ReplyDelete
  7. terbaikkkk..sedut minyak..haha

    ReplyDelete
  8. Total budget berapa agak agak (tk trmasuk flight) utk 3h2m?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal budget ni susah nak estimate sbb depend mana awak nak pergi dan stay. :)

      Delete
    2. BOOKING MINI BOXTEL TU KT SITE MANA?

      Delete
  9. hai, nak tanya pasal Fundee Hostel tu, shared bathrooms dia separate tak lelaki perempuan ? search pun tak jumpa jawapan. sob. thank youuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade yg untuk perempuan je dan ade yg shared. Tapi single bathrooms. So x masuk skali la dalam tu. hehehe

      Delete
  10. Salam ...
    pakej perkhidmatan 4d3n Bandar Bandung (Hotel & pengangkutan) ... Murah Sampai pengsan ....

    Butiran Perjalanan

    Hari 1
    > Airport bandung
    > Pasar Baru Membeli belah
    > Studio Trans
    > TokoTiga (Branded Jeans)
    > Factory outlet
    > Makan malam

    Hari 2
    > Gunung Tangkuban Perahu
    > Grafika Cikole
    > Petik Strawberry
    >Luwak caffe
    > Naik kuda deranch
    > Floating market
    > Farhm House
    > Dusun Bambu{Cadangan}
    > Daun Kampung {Cadangan}
    > Rumah mode
    > Cihampelas Jeans Pusat
    > Paris van java
    > Makan malam

    Hari 3
    > Kawah putih
    > Valley Hot Spring
    > Kulit Cibaduyut kawasan jalan
    > Afrika Asia
    > Tebing keraton (Cadangan)
    > Kartika sari
    > Makan malam

    Hari 4
    > Keluar Hotel bandung
    > Airport Bandung

    syarat dan Syarat

    * Jumlah harga Seorang Adalah
    Rm 395/orang jika 2 orang
    Rm 330/orang jika 3 orang
    Rm 285/orang jika 4 orang
    Rm 250/orang jika 5 orang
    Rm 235/orang jika 6 orang

    -1 Bilik muat 2 orang tidak di join sehingga Selesa Sangat, semasa 4hari 3malam.
    -Termasuk sarapan pagi bufet.

    Hotel Bandar bandung Adalah

    #Hotel Star #

    -Dpalma
    -Hyper inn
    -Citra Dream
    -Raffles home

    > Tidak termasuk makan tengah hari dan makan malam

    > Tidak termasuk kos tiket lawatan per kereta atau perorang di Tempat lawatan dengan itenary.

    Sila Tuan / Puan memutuskan Tempat lawatan boleh Ikut tentatif Program yang Sudah di sediakan ATAU Ikut rancangan Sendiri.

    Untuk Perkhidmatan Kami Janji akan berikan PERKHIDMATAN yang tiptop,Baik,Ramah & bahasa berbudi.

    Syarikat Kami 100% pemandunya muslim Dan tidak payah Risau Mencari Tempat Makan Yang sedap Dan pastinya halal.

    Joom Tempah Sekarang dan dapatkan harga istimewa Dari Syarikat Kami.
    InsyaAlloh amanah dan barokah.

    Call / WhatsApp :
    +628 12 2121 567


    mytripbandoeng@gmail.com
    mytripbandoeng@yahoo.com

    www.sewakeretamurahbandung.com

    Semoga maklumat Yang Saya berikan memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih.
    Wassalam ... wr..wb.

    ReplyDelete
  11. sewa motor diorang mtk passport ke?kena ada lesen ke?

    ReplyDelete
  12. Yup kena bagi passport... Lesen kena la ade tp x perlu bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mtk passport, mcm mn kite nk bjln nt? slmt x?

      Delete
    2. passport tu guna utk masuk ke negara tu je masa kat imigresen.... dah masuk tu xde masalah nak tnggal kat hotel pon. tp kena jaga la.

      Delete
    3. kita sewa motor, pasport kne tinggal kt tmpt sewa ke kita pegang ?

      Delete
  13. slm nk tnye...y pakej islan hoping tu, harga dye per person ke atau per group ye?

    ReplyDelete
  14. Salam nak tanya, pakej islanf hopping Phi Phi Island tu kira per head ke per boat eh?

    ReplyDelete
  15. kawan2 awak yang bawak motor semua ada lesen ke?

    ReplyDelete
  16. Salam bro.. Nk tnya bro g sana pkai agen travel ker atau main redah jer..??? Sebab ngah rancang nk p sana tapi tak tau nk pkai agency apa..??? Klau bro leh rekemen okhey jgak email saya afrina1710@gmail.com terima kasih...

    ReplyDelete
  17. kami menawarkan perkhidmatan menyewa van vip & kereta (pajerosport) serta dengan pemandu

    -sesuai di gunakan atas pelbagai urusan seperti bercuti dengan keluarga,urusan bisnes,rombongan
    ke hadyai ,phuket,krabi,dan ke seluruh thailand

    -pemandu boleh bercakap melayu


    HUBUNGI KAMI
    En.hisham
    Hp : +6687-9891267
    wechat id: sunk191
    line id :sunk191
    facebook : https://www.facebook.com/sunkclick/?ref=settings

    ReplyDelete
  18. Best juga ke krabi ni cuti-cuti tengok tempat orang. Rilek2 tenangkan fikiran yang serabut 😀

    ReplyDelete
  19. salam, nak tanya..kalau sampai krabi dalam pukul 6ptg, hotel yg telah di booking awal dr malaysia masih valid x? risau gak kalau dia dh pass kat org lain sbb biasanya check in kol 3 kan....dan kalau gamble je sampai sana br cari penginapan ok x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpon. Tapi nak selamat email dorg gtaw bila akan sampai.

      Delete
  20. salam..sape ada agent di krabi yang harga paling murah dan selesa..mohon bg cadangan ya

    ReplyDelete
  21. klau dari hotel ke airport cmne dgn pengangkutan?

    ReplyDelete
  22. Salam.. hi kawan2 yg dah pergi krabi. Ak nk tnya ada sape2 blh share atau suggest secara mesra utk agent di krabi yg harga paling murah berbaloi lah katakan. Mohon bg tips ye kawan2 hehe

    ReplyDelete
  23. Salam.. kawan kawan yg dh pergi krabi. Ak nk tnya yg terbaik utk agent di sana . Yg paling murah dan berbaloi . Mohon tips tau heheh.. tq

    ReplyDelete
  24. boleh suggest tempat hotel budget yg murah x kat sana

    ReplyDelete
  25. nak tny. island hopping tu harga seorang atau group.??

    ReplyDelete
  26. Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    WhatsApp : +6282282222896
    WhatsApp : +6282214441280
    WhatsApp : +6282280000071
    Call : +6282280000071
    Call : +6282282222896
    Call : +6282214441280
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
    Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
    Terimakasih

    ReplyDelete
  27. Salam, senang tak cari makanan halal dekat sana?

    ReplyDelete
  28. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. Thanks very nice blog!

    ReplyDelete
  32. Sewa moto berapa xde lesen xpe ke hari tu penah pegi siap kene bayar saman haha

    ReplyDelete
  33. @afiq shahiri : kit0rang guna lesen Malaysia je.

    ReplyDelete
  34. Terbaiklah entry post ni, memang lengkap dan terbaik apa yang dicadangkan. Melancong ke Krabi sekarang memang mudah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts