Skip to main content

Tips Membuat Tempahan Train Di India

[Tips untuk book train di India]

Salam semua, lanjutan dari cerita kena tipu di Taj mahal tadi, ade yang request macam mana nak book train dan keadaan train kat India ni. Sini aku nak share cara nak book train kat India. Actually memang complicated giler nak book train kat India nie.

Paling mudah korang boleh book mengunakan website nie http://www.cleartrip.com/ bukan setakat train, semua jenis pengangkutan korang boleh book.

Atau pon guna je official website train dorang yang ni http://www.indianrail.gov.in/ . Tapi website nie tak berape nak mesra pelancong. Kalau nak cek jadual train, korang kena tahu station codes, class codes semua tu tapi boleh je cek kat website tu kat bahagian ‘View Codes’.

 Ataupun guna website nie http://www.makemytrip.com/railways/ untuk sekadar nak tahu info pasal train (Time, Train No, Clasess provided etc).

Hari tu aku guna http://www.cleartrip.com/ sebab lebih mesra pengguna. Tapi yang jadi MASALAH ialah korang kena register dulu dengan Indian Railway Catering and Tourism Corperated Limited kat sini https://www.irctc.co.in/eticketing/loginHome.jsf . Masalahnya , masa nak register tu korang kena masukan local phone no sebab masa nak log in die mintak code no yang dihantar kat phone no korang masukan tadi.. Tips aku nak gtaw… Masukan je no phone Malaysia atau tipu-tipu. Lepas tu ko email kat IRCTC tu cakap ko xde local phone no dan suruh die send kat email ko je. Yang jadi masalah lagi ialah dia amik masa beberapa hari. (boleh refer sini http://www.travelindiasmart.com/train_tickets.php)

Disebabkan aku dah dekat sangat nak pergi, last-last aku mintak kawan kat India belikan. Walhal aku dah email IRCTC tu untuk request send verification code tu kat email, tapi lambat sangat nak tunggu dorang reply. So  make sure korang book awal atau pon nanti direct je ke kaunter untuk beli tiket (Tu pon kalau ade seat yg available).

Kalau nak tahu lagi banyak info boleh baca sini http://www.seat61.com/India.htm#.VgkvtH2KKSo . Sangat-sangat membantu.


Camne keadaan dalam train plak?
Aku pernah naik 3 classes iaitu 1st Class AC, 2nd Class AC with bed and sleeper class. Dari segi luaran train dorang ni nampak sama je. KTM lagi lawa kot. Hehe….

Dulu aku pernah pergi Taj Mahal menaiki ‘Sleeper Class’… First impression, not that bad sebab ade katil boleh tidur. Ade ruang tu ade 3 tingkat katil kiri kanan. TAPI tak berape nak selamat sebab open for public. Masa pergi okay lagi sebab bertolak awal pagi, tapi masa nak balik tu penuh dengan peminta sedekah dan pemeras ugut. Lelaki yang pakai baju perempuan lepas tu paksa-paksa mintak duit. Siap tampar-tampar lagi kalau tak bagi. (True Story sbb kawan aku yang kena).
Sleeper Class
Dari Delhi ke Mumbai aku naik 2nd Class AC with Bed. Yang nie kira okay la. Selesa dan lebih selamat. Dorang ade provide makanan. Bnyak plak tu. Tak brenti-brenti dorang hantar makanan. Tapi sayangan aku puasa time tu. Indian cakap klu nak naik train paling selesa dan laju ialah Train Mumbai Radjani. Bagi aku okay dan selesa sangat.

2nd Class AC with Bed
Semalam punya trip aku amik 1st Class AC tu pon sebab kawan aku yang book. Aku tak mintak pon 1st nak naik 1st class tu. Harga dalam Rs1010 dr Delhi ke Agra Cantt. Seat duduk mcm KTM. Selesa jugak dan paling best ialah makanan disediakan. Ko tak sempat nak lelap sebab setiap masa ade je makanan yang sampai. Selamat pon selamat.
1st Class AC

Nak tips dan itinreray ke cek previous entry tahun 2013. Check je kat achive. hehe.....

Alhamdulillah dah dua kali aku sampai Taj Mahal. Cukup la dua kali.... ENOUGH! hahaa

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...