Skip to main content

Musim Luruh di Korea - Waktu Yang Sesuai Untuk Melawat Korea

Assalamualaikum..... dan Salam Sejahtera..... Alhamdulillah, kembali lagi dengan cerita seterusnya. Actually last month, aku ke Korea lagi bersama Ez Kembara untuk bawa a group of peserta ke sana dengan konsep backpacking. Kebetulan time tu was the peak season of autumn so the view is superb awesome giler. 

But before that, actually aku dapat banyak giler comments requesting for itinerary ke Koh Samui. Sekarang ni musim melawat Koh Samui ke? Ade jgak yang mintak itinerari ke Korea, tapi yang ke Korea nie mmg aku tak reply sbb dorang ni jenis malas membaca. Aku dah gigih buat sticky post untuk dorang download itinerary, but still mintak aku email. Kesian aku menaip panjang-panjang tapi xde orang pon nak baca. Hehehe..... Currently aku dah moved back to Shah Alam sbb sambung belajar, dan rumah sewa aku plak takde internet. Jadi, itulah sebabnya, aku x dapat nk reply email korang sepantas kilat....

Tips melawat Korea.

Post kali nie, just nak cerita how beautiful Korea is during autumn season. Actually aku dah ke Korea sebanyak 4 kali. 2 kali time autumn, 1 spring and 1 kali winter. Bagi aku spring and autumn adelah yang terbaik. But kalau ko insist nak aku pilih satu je, then aku pilih Autumn. TAPI make sure ko pergi  pada waktu yang betul la. For autumn season, waktu yang paling sesuai ialah... End of October till Mid of November. Bulan lepas aku pergi pada 8-14 November 2015. 1st autumn trip tu aku pergi awal bulan 10, so view mcm biasa-biasa je. Xde ape yang menarik sangat kecuali cuaca yang lebih nyaman dan tak terlampau sejuk.  For spring lak, waktu yang sesuai bergantung pada kawasan ko nak pergi. Let say ko nak tengok bunga Sakura, untuk Jeju, waktu paling sesuai adalah end of March, untuk Busan plak early April, dan Seoul Mid April. Sebab time tu lah bunga sakura baru nak mengembang. Tapi korang kena ingat, bunga sakura ni hanya berkembang selama 1-2 minggu sahaja. So kalau dah pergi hujung bulan tu, maybe dapat tengok daun je la.

Takde benda sangat aku nak cerita sebab mostly cerita pasal Korea ni banyak aku dah cerita dalam entry sebelum ni. So kali ni, aku just nak spam this post dengan gambar-gambar yang aku amik hari tu. Siyesly lawa giler. Lagi lawa kalau korang tengok dengan mata korang sediri.


Gambar ni di ambil di Nami Island. Kebanyakan gambar aku post ni adelah kat Nami Island, and some kat Cyeondokgung Palace. Tempat lain pon lawa, tapi aku malas nak edit. hehehe......

Sekali lagi aku nak bagi tahu, if korang nak itinerary ke Korea, sila download kat sticky post diatas. Kalau boleh, sila drop a comment sebagai tanda terima kasih. Cewahh... hehehe..... Time kitorang sampai Nami ni, lewat skit jadinya ramai lah manusia kalau datang lewat-lewat. Kalau datang awal, kurang sikit dan barulah best nak bergambar feeling-feeling macam lost in the jungle.


Yang oren merah ni ialah Maple Tree. Pokok ni mulanya warna hijau, tapi bila masuk autumn, daun akan bertukar jadi warna macam ni.



Sebelum ni, aku dah cerita macam mana nak ke Nami Island ni. Nak senang korang download je itinerary kat bawah skali lepas ruangan komen tu. Mula-mula aku letak kat atas tapi ramai yang tak perasan. So aku letak kat bawah supaya masa ko menaip, “BRO boleh email itinerary bla..bla…bla…” tu, ko perasan la link aku bagi tu. Jenuh kot aku nak email sorang-sorang. Tu belum kira yang panggil aku Bro lagi. Aku dah cakap tak suka orang panggil aku BRO tapi nak jugak panggil BRO. Kalau aku panggil ko BEDAH ko suke tak?   



Tiket masuk nak ke Nami Island ni 8000 won je termasuk feri pergi balik. Dari station Gapyeong tu korang boleh amik taxi. Satu taxi boleh share 4 orang dan tambang lebih kurang 3000-4000 won. Soal makanan HALAL, korang tak perlu risau sebab kat Nami Island ni ade kedai makanan Halal. Tapi masa kitorang pergi ni kitorang makan Nasi Goncang je. Satu nasi tu 6000 won je. Kedai nasi goncang nie terkebelakang skit. Dari bangunan yang ade surau tu, korang pusing ke sebelah kanan. Nanti korang akan perasan ade satu kedai yang berkonsepkan outdoor yang ade banyak-banyak paying.


Bagi aku makanan kat sini boleh tahan la. Nasi putih campur tuna, kimchi dan telur sebiji. Kenyang la jugak. Aku kalau pergi tempat orang, aku lagi suka makan makan tempatan dari makan makanan ala-ala middile east or Indian foods. Lepas makan, pusing satu pulau. Masa ni aku jalan sorang-sorang je sebab yang lain sibuk dengan pasangan masing-masing. First time aku pusing satu pulau tu. Berjalan kaki pulak tu. Kalau nak sewa basikal pon ada, tapi 1 jam 5,000 won. Jimat punya pasal, baik aku jalan kaki je. Penat jugak la menapak satu pulau tu. Memandangkan permandangan masa tu memang cantik giler. So aku tak terasa sangat kepenatan tu. Setiap tempat aku berhenti amik gambar. Yang tak bestnya ialah xde orang yang nak amikan gambar aku sebab tu la banyak gambar permandangan. Lagi pon kalau aku letak gambar aku kat sini, mesti korang scroll laju-laju kan? Hehehe……


 Aku ade nak buat satu announcment. Ade sesiapa yang berminat ke Korea dengan less bajet tak? Aku nak offer diri aku untuk jadi tour guide korang. 

PAKEJ BY AZWAN
Pay me RM2500 je.
Harga diatas adalah untuk kos aku sebagai tour guide je. Kos ni dah termasuk aku punya tiket flight, makanan, dan penginapan. Meaning that, korang cuma bayar aku RM2500 untuk satu trip. Tak kisah korang nak pergi berape orang. Lagi ramai so lagi murah la korang nak share. Let say korang pergi 10 orang, so sorang just spend RM250 sahaja. Aku akan guide korang dari A sampai Z untuk menjimatkan trip korang (Anggaran ground cost seorang RM1500 (5H4M) tapi depends pada mana tempat korang nak pergi).
 


Autumn is a second spring where all leaves are flowers.









Untung la rumah sebelah Pulau Nami je. haha.....



That girl tengah tunggu kawan dia photoshot pasangan pengantin kat tepi tasik. Teringin nak bergambar ngan pasangan kat Nami ni. Ahakkk.... hehee

Masa kitorang sampai ni, daun-daun kuning ni dah banyak yang gugur. Tinggal pokok maple je.


 Gambar-gambar kat bawah ni adalah di Cyeondokgung Palace kecuali gambar melompat tu je di Namsangol Hanok Village.



Kalau korang datang Korea, jangan lupa singgah salah satu Istana yang ada kat Seoul ni. Sama ada Cyeondokgung atau Gyeonbokgung. Kalau ko dah penat berjalan, ko boleh masuk Cyeondokgung sebab Istana ni kecik skit kecuali kalau ko masuk skali Secret Garden. Geonbokgung ngan Cyeondokgung ni tak jauh mana pon. Ko jalan kaki pon boleh sampai. TAPI kalau korang datang masa autumn yang tengah lawa ni, disarankan sangat untuk ko masuk Secret Garden kat Cyeondokgung tu. Korang tak leh simply masuk je, korang kena beli tiket kat gate utama, lepas tu nanti masa nak masuk, akan ade guide yang bawak korang sebab dorang nak preserve betul-betul taman ni. Untuk pengetahuan korang, landskap dalam taman ni masih kekal sejak zaman pemerintahan raja dorang yang dulu-dulu tu lagi. Dorang takde ubah langsung atau tanam pokok baru kecuali pokok asal yang dah membesar.
 



Kawasan kat toilet pon lawa. :)


Untuk ke Namsan-gol Hanok Village ni, korang boleh naik subway dan stop kat Chungmuro Station sebelah je ngan Myeondong. So sebelom korang nak ke Myeondong tu, korang boleh la singgah sini kejap. Namsan-gol ni berkonsepkan muzium sbb rumah-rumah kat sini memang khas untuk tatapan pelancong. Berbeza dengan Bukchon Hanok Village sebab kat sini rumah-rumah masik didiami oleh orang tempatan. Dua-dua kampong ni aku dah pernah pergi, tapi aku lagi prefer Namsan-gol ni lagi sebab dekan ngan subway dan xde la sebesar Bukchon yang berbukit plak tu. Penat nak jalan. Hahaa….  


Belanja sikit muka tuan tanah. Hehe.....
P/s : kalau nak download itinerary ke Korea. Sila ke SINI. Dan please drop a comment kat sini before anda download. Terima kasih.

Comments

  1. Alah. Saya pergi awal october. Tak jumpa la pemandangan lawa cenggini.

    ReplyDelete
  2. Salam. Boleh try pergi ke Pyeongchang trout festival di Pyeongchang. Start pertengahan bulan 12 ke hujung bulan 1. Memancing ikan trout dibawah ais

    ReplyDelete
  3. Salam..kak minta izin download yer..tq

    ReplyDelete
  4. tqvm Adik sebab share yang bagus. Nanti Akak contact yer nak p Korea

    ReplyDelete
  5. Nak nangis smpai sebab cantik sangat. Will go there this Nov. Thank you for the itinerary. Download ya. Thanks

    ReplyDelete
  6. Gomawo...bru smpi sni..bru tehegeh2 mcm mne nak g sok..

    ReplyDelete
  7. Salam..mintak izin download iti ye..tq😊

    ReplyDelete
  8. salam, minx izin download iti ya. may Allah bless you. aminn

    ReplyDelete
  9. koreaaaa...miss u..
    Best baca cite2 azwan..👍👍👍

    ReplyDelete
  10. Salam, minta download itinerary ye. Terima kasih

    ReplyDelete
  11. Assalam.. mintak izin nak download ye. Thank you :)

    ReplyDelete
  12. Terima kasih...sa dah pergi musim winter 2015...kali ni nak cuba pergi musim autum pula...hehe

    ReplyDelete
  13. saya copy itenary ye.pic2 dlm blog awak sume cantik2.anyway tq 4 d info

    ReplyDelete
  14. sy copy itenary ye.cantik sgt2 pic kt blog awak.tq 4 d' info

    ReplyDelete
  15. Kalau gi 16-21/10...autum cantik tak

    ReplyDelete
  16. cantiknya....tak sabar nak pergi sana nanti.. sy nk copy iti ye....tqvm..=)

    ReplyDelete
  17. cantiknya autumn..thanks for iti

    ReplyDelete
  18. tq Azwan for the itinerary :) gambar cantik2 !

    ReplyDelete
  19. thanx azwan. cantik sgt2 gbr. tp kcewa ckit dgr sebab saya ke sana 1-7 oct. daun belum luruh lagi. uwaaaa

    ReplyDelete
  20. sy donload ye.tqq. echah

    ReplyDelete
  21. cantiknyaaaa..sy nak download boleh..TQ :)

    ReplyDelete
  22. Hi Azwan! Baru jumpa blog ni and good sharing! Definately will read each entry of yours haha! Nampak dekat atas tu Azwan ade tulis perfect timing for autumn season is end oct untill mid nov. Tu memang sama tiap2 tahun ke? Sorry kalau soalan ni pelik hahahah. Sebab plan nak pergi Busan whether Sept or Nov 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... kalau nak tengok daun yg dah tukar warna, perti time end oct untill mid nov. Kalau sept baru masuk musim autumn so daun masih hijau lagi.

      Delete
  23. alhamdulillah..tq for the itinerary!!semoga Allah bagi pahala bnyk2 kat awak..

    ReplyDelete
  24. jazakallahukhairan..info yg sngt bermanfaat

    ReplyDelete
  25. Salam,. Saya download ya Terima kasih ��

    ReplyDelete
  26. nk tnya. klau g lebih kurang deepavali thun dpn musim apa ya

    ReplyDelete
  27. macam mane nk booking encik ni?

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Saya Saiful dari www.naracards.com

    boleh saya tahu bagaimana nak hubungi melalui email?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  29. Salam encik,

    Klau untuk tahun 2019 kos berapa sekarang?

    ReplyDelete
  30. minta izin download ye..terima kasih daun keladi

    ReplyDelete
  31. Minta izin download ye. Tq😊

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum..sy mohon download iti...terima kasih..

    ReplyDelete
  33. Salam, minta izin download. Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...