Skip to main content

Aku Seorang Pengorek Telinga

Bukan aku pon yang korek telinga. Hehe.... Sebelum fly ke Patna, aku sempat pusing kat Connaught Place, New Delhi sebab nak cari kedai makan. Tetiba kitorang ternampak ade sorang brother Indian ni tengah cari pelanggan untuk servis korek telinga. Lepas tu ade sorang customer datang dan dia korek je tepi laluan orang lalu lalang tu. Aku sempat curi-curi amik gambar sebab bagi aku mcm rare giler pekerjaan ni. 

Sampai Patna, aku jumpa dengan sorang local kat sana. Sambil borak-borak, dia ada cerita pasal tempat-tempat kat India. Salah satunya ialah Mumbai. Mumbai ni kira lubuk untuk mencari pekerjaan untuk orang India. Selagi ko ade usaha untuk buat apa-apa kerja, pasti ko boleh survive kat sana. Die pon bagi contoh orang yang korek telinga. 

Time tu aku dah tergelak-gelak sebab ingat balik apa yang aku tengok kat Delhi tu. Aku pon buka phone dan tunjuk gambar yang aku amik ari tu kat die. Lepas tu dia cakap, abang die dulu pernah keje macam tu jugak tapi sekarang dah ade sebuah kedai barangan kulit sendiri kat Maharastra dan ada 10 pekerja yg bekerja bawah die. Aku pon dari "Hahaha...." terus jadi "Hehehe....."  (Based on True Story)

Masa kat Agra plak, dah angkut beg nak balik, tetiba dtg sorg budak laki nak jual FM dan pompuan tua mintak sedekah. Kebetulan aku ade duit syiling dlm poket, so aku bagi la pada 2 orang ni. Tapi budak laki tu xnak amik, die cakap suruh bagi pada perempuan tua. Dushh.... Skali lagi ak rasa mcm kena ketuk kat kepala, aku ingat dorang semua sama je. Rupanya tak semua Indian ni mengemis pemberian orang. Sorry2x.... 

Pengajaran dari cerita ni ialah jadilah seorang yang bersikap optimistik daripada menjadi seorang yang pesimistik Sebabnya :

Orang optimis akan cakap : "Bagus la dia nie. At least dia bekerja untuk cari makan daripada die mengemis."

Orang pesimis plak akan cakap : "Bodoh la die ni. Dah tahu kotor tapi nak jugak buat keje mcm tu. Xde keje lain ke nak buat. Korek telinga jugak yg ko buat."

Teringat zaman budak-budak dulu masa mak korek telinga, terus tertido atas riba mak. :)

Dalam hidup kita ni, selagi kita rajin berusaha, selagi itulah ada jalan untuk kita berjaya. Kadang-kadang kita tewas dengan ujian yang Allah berikan. Sedangkan hanya selangkah lagi sebelum kita capai apa yang kita nak. Apatah lagi, mungkin lebih dari itu. :)

Comments

  1. wahh.. lama gila x skodeng blog ko. haha.. nice entry.. part optimistic and pessimistic tu the best!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...