Kes Penipuan Oleh Pemandu Auto Rickshaw di Taj Mahal, India

 [TIPS MELANCONG KE INDIA]

"Kalau tak kena tipu bukan pergi India namanya".

Dulu aku pernah dengar ayat ni tapi semalam aku alami sendiri. 1st day kat Delhi dah kena tipu ngan driver auto mintak Rs100 padahal jarak tempat aku nak pergi tu x sampai 50m. Salah aku jugak tak alert sbb time tu x tahu kat mana dgn internet pon xde.

Tapi yang aku nak cerita ialah trip aku ke Taj Mahal, Agra semalam. Aku amik train dari Delhi ke Agra Cant pukul 6 pagi. Sampai Agra aku amik prepaid auto rickshaw. Aku pergi sini halfday je sebab malam nanti flight aku dah nak balik Malaysia dari Delhi. Masa nak ke Taj Mahal tu aku dah pelik dah kenape tetiba ade sorang Indian ikut kitorang sekali. Rupanya dia nak promote pakej tour die.

Aku memang dah x sedap hati masa tu. Lagi pon nie kali ke-2 aku kesana  so aku tahu la sikit muslihat dorang ni. Lepas tu si mamat ni nama die Akeel Khan, duk cerita pum pang pum pang pasal Agra. Die offer kat aku untuk bayar Rs1000 untuk halfday trip tu. Tapi ak cakap dlu ak datang sini bayar Rs500 je satu hari. Lepas tu dia cakap okay, bayar Rs500 je tapi kalau rsa puas hati ngan service die, then bagi la banyak mana nak bagi sebagai tips. 

Noh amik muka Akeel Khan aku upload kat blog aku. Famous ko. Bukan calang-calang orang aku upload gambar kat sini. Please thanks to me if you see this.
Nie die punya lesen die yang dah expired. Maybe sebab tu la kot die tukar profession.
Modus operandi dorang start bila dorang mintak tinggalkan beg kitorang kat satu kedai untuk senang kitorang nak kemana-mana. Padahal ak dah google kat Taj Mahal tu ade provide locker. Time tu ak dah marah-marah dah. Lepas tu dia main petik nama Islam plak. Dia cakap kalau aku nie betul Islam, aku patut percaya kat dia sebagai saudara Islam. Aku memang buat muka bengang abes dah time tu Tp die insist jugak bawak kat kedai tu sebab dia cakap tinggal kat situ FREE je.

Aku mcm terpaksa la jugak simpan bag kat situ. So bila die buat mcm ni, ktorg xleh la nak lari dr dorang sebab barang semua ade pada dorg kecuali brg2 berharga lain ktorg bawak la. Lepas tu die bawak pg Taj Mahal. Alhamdulillah semalam Taj Mahal masuk FREE je sempena India Tourism Day. Sebelum nak masuk tu die offer untuk jadi tour guide. Aku cakap, aku xnak sesape pon follow sebab ak tak suka. Lagi pon ak dah tahu dah cerita pasal Taj Mahal. Google je la. Hehe.... Die bg masa 1 jam 30 minit utk stay kat Taj Mahal. Tp tu pon dah x tahan sebab panas giler.

Lepas tu die cakap dah keluar nanti terus pg jumpa die sbb die akan bawak kitorang pergi kedai souvenir murah giler. Jangan beli kat area taj mahal tu sebab mahal. Sebenarnya die bawak kedai mahal nak mampus sebab die nak kan komisyen. Since kitorg dah smpai lewat kat Taj Mahal tu, cuaca memang panas giler. Kawan aku lagi sorang hampir nak pitam dah. So mmg x sempat nak round area Taj Mahal tu walaupun ak tahu kedai kat situ mmg murah.

Pastu kitorang nak pergi Agra Fort, then dia cakap xyah la masuk sebab x best lagi pon kena bayar. Padahal awal-awal tadi dia dah bagi tahu yg semua tempat free ari ni sbb India Tourism Day tu la. Aku x kisah sngat sebab dah pernah pergi. Dah die cakap mcm tu, kwn ak pon x jadi  nak pergi. Tapi sebelum tu aku dah bertekak dgn die sbb menipu. Lepas tu boleh plak die halau aku. Siap cakap aku jahat lagi sebab x cayakan die. Mcm2 gak die sound aku tapi ak buat bodoh je. Mmg xla ak nak blah sbb beg ak pda die kot.

Lepas ke Agra Fort (pusing2 luar je). Die pon bawak kitorg ke kedai souvenir. Kat kedai ni ak paling bengang. Kedai ni mmg jual mahal la tp masa aku tengah bargain tu dtg plak si Akeel Khan ni sibuk2 letak harga sendiri. Fridge Magent yg Rs200 seketul aku mintak Rs50. Dorg x nak bg tp ak ckp nak beli 40 ketul. Lepas tu die kurgkan jd Rs100. Ak ckp nak Rs50 gak tapi si Akeel ni dtg ckp you bagi Rs70 la kalau x tuan kedai x dpt profit. Mcm kedai bapak die plak. Aku yang nak beli ko yg sibuk. Sebab dlu ak beli Rs100 boleh dpt 3 ketul kot (2013). Kalau naik harga pon xkan la tinggi sngat. Kawan ak nie plak x tahu pape so hampir tertipu ngan geng2 penipu ni. Ak hasut la kwn ak ckp mahal xyah beli pastu ajak balik. Dorang mmg dh marah2 time tu siap pisahkan aku ngan kawan aku. Kononnya nak ajar aku main chess tp ak dah tahu cmne nak main. Haha... Last2 dpt gak fridge magnet tu seketul Rs60. Terpaksa la beli sbb mmg tahu die xkan bwk pg kedai lain. Kitorg plak rushing nak balik delhi plak.

Time nak makan tengahari, beriya die ckp die akan bawak pergi kedai bryani murah giler. Rs40 je semangkuk tp bila ajak pergi, dang2 cakap tutop. Siot betul. Pastu bawak ktorg pergi makan kedai tepi jalan yng tengok pon x lalu nak makan. Last2 die bawak kedai yg tertutup sikit dan ade aircond. Kat kedai ni lagi satu hal, si Akeel Khan ni pergi bergaduh ngan waiter sbb aku dah order makanan tapi die suruh pg tukar. Aku nak makan ko yang panas. Bengong. Siap ajak kitorg blah dr kedai tu sbb waiter tu xnak ikut ckp die. Lama jugak la die duk bertekak ngan waiter ngn owner kedai tu sampai malu ak sebab semua pandang. Last-last kwn ak pg leraikan sebab aku mmg rsa nak sepak je Akeel Khan tu. (mcm berani. Hehe... Tp mmg ak rsa nak sepak pon klu diberi peluang) Kwn aku ni jenis baik-baik skit so aku suruh die pergi leraikan.

Lepas makan die bawak pergi kedai jual Sari la Jual Batu la. Aku dah cakap suruh hantar kitorang balik tapi die bawak jugak. Tp ak tak beli pape pon. Cume kat kedai batu tu je sbb kwn ak berminat ngan star ruby sbb die ckp batu tu ade di Agra je.

Sepanjang jalan tu aku mmg tak tenang tengok muke si Aqeel Khan ni. Driver auto rickshaw tu diam je sbb xreti speaking. Aku perasan je die kutuk aku dalam bahasa Hindi tapi ktorg kutuk gak die cakap Melayu. Hehe...

Lepas amik beg, die pon ckp nak g isi minyak jap. Padahal aku syak die pg kedai batu tadi sbb amik komisyen. Nak balik ke Delhi kitorang amik bas. Stesen bas plak jauh giler dr Taj Mahal. Lepas tu siot je die hantar kitorng x sampai pon kat stesen bas. Die suruh naik auto lain.

Masa nak bayar tu aku bg la kat driver auto Rs500 dan die pon aku bagi Rs500 gak sebab aku kesian jugak dgn org India ni. (Jahat2 ak pon ade jugak rasa kesian ) Tu mungkin cara dorang cari makan dlm keadaan yang terdesak sbb taraf hidup sna mmg rendah dan susah nak cari makan. Sampaikan ade yang amik upah korek telinga. Tp sempat jugak la aku bg tazkirah skit. Aku cakap, "nak cari duit halal bukan mcm nie caranya. Saya tak suka cara awak berbisness tapi mungkin ini cara awak. Tapi sya ikhlas bgi duit ni supaya anak-anak awak dapat makan duit yang halal. Islam tak ajar cara memaksa dan menipu. Dan jangan guna Islam sebagai alasan dalam menipu." Lepas tu dia cakap sya janji xbuat lagi. Siap peluk aku lagi.

Alhamdulillah dah selamat sampai Msia. Kalau boleh, ak dah taknak ke Taj Mahal lagi. Honestly Certain kawasan kat India ni mmg sngat3x kotor dan berdebu (mcm semua kawasan je). Bising dgn bunyi hon dan bnyak kaki penipu. Ini cerita aku. Sempat gak aku amik gambar Si Akeel Khan tu dan license die. Ak mintak IC die utk amik gambar, die ckp tinggal kat rumah. Aku harap lepas ni die betul2 la berubah. 

Tips nak elakan benda ni berlaku, maybe masa ko bayar prepaid auto rickshaw tu, then if somone follow ko, ko cakaap kat driver tu jangan bagi orang tu follow kalau tak ko tak kan bagi resit pembayaran tadi. Sebabnya lepas die dah hantar ko tu, dia akan mintak satu resit yang ko bayar tu. kalau tak, dorang xleh nak claim tambang tadi tu. Kalau tak ko cari auto je rickshaw lain. Hehee....

Terima kasih sebab sudi baca. :)

Tambahan : Post nie bukan nak suruh korang jangan pergi India. Tapi aku cerita nie supaya korang berhati-hati dengan cara dorang cari makan ni sebabnya ko pergi negara orang mesti nak berjalan dan tenangkan fikiran tapi end up spoil sbb tertipu lagi2 time duit ngah xde. India nie kira negara ko kena melawat jugak la sbb ko boleh jumpa mcm2 jenis manusia. InshaAllah akan buka mata dan minda korang untuk jadi lebih bersyukur dgn apa yg ada sekarang. Banyak je tempat menarik kat India ni dan aku sendiri pon terasa nak pergi ke India lagi utk explore Ladakh dan Kashmir. Peaco yo.... Aduyaiii.... 

Aku dapat tahu yang ade orang curi copy cerita aku nie kat group BBM dan post kat blog die. Advance giler. Aku tak post lagi kat blog aku, ko dah post kat blog ko. Wah....wah..... Senang orang zaman sekarang buat keje. Aku taip panjang-panjang, ko sekadar tambah intro je. Aku siap bagi tips nak elakan lagi. Yang ko hadoooo???

Comments

  1. Betul, datang India tak sah kalau tak kena tipu. Phew

    ReplyDelete
  2. kalau p jalan2 pompuan ja selamat x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ramai mungkin okay, tp kalau solo tak disarankan... Tp kalau laki pon pg kena tipu, perempuan pon lagi la dorg nak tipu, so kena berhati2x. hehee

      Delete

Post a Comment

Popular Posts