Skip to main content

Cara-cara Memohon Visa ke India

Assalamualaikum, mood tengah sedih sebab terbaca whatsapp group kawan-kawan yang akan fly ke Perth malam nie yang mana sepatutnya aku fly skali ngan dorang. Disebab aku dah mula masuk kelas isnin nie, so terpaksa aku tunggu je update FB dan Instagram mana dorang pergi. :( Tapi dalam mood sedih nie jugak aku nak bagitahu dan kongsikan ngan korang cara-cara untuk membuat permohonan visa untuk ke India. Nak mohon visa ke India ni tak susah sebenarnya cuma kalau salah sikit je terbang duit dan masa.

Hari nie aku ditugaskan untuk buat visa bos aku yang nak fly ke India Jumaat nie. Disebabkan bos aku baru je fly ke Filipina minggu lepas, so terpaksa apply visa a bit last minute sbb passport original dia bawak pergi sana. Aku ingat nak buat Visa India nie boleh wakilkan je mcm buat pasport pergi China, TAPI kena owner passport tu sendiri yang pergi buat sebab nak kena dapatkan cap jari. Wakil hanya dibenarkan untuk collect visa sahaja. So urusan aku hari ni ternyata membuang masa sahaja. Hehe....

Actually nie bukan 1st time aku buat visa, sebelum nie ak pernah buatkan untuk aku masa nak pergi praktikal kat India dulu, tahun 2013. Definitely, aku dah lupa sbb dulu agent yang tolong. So untuk permohonan visa bos aku nie, aku tersalah isi borang. Aku pon tak sure sangat salah kat mana, tp dorang suruh aku tukar borang baru. Kalau nak dorang buatkan, kena charge RM20 exclude GST. Disebabkan aku malas nak balik office, so aku mintak je dorang buatkan. Tengok-tengok kena beratur tunggu turn yang punya la teramat sangat lama sebab ramai orang. Aku mengantuk giler nak tunggu, last-last kitorang bayar untuk Premium Services yang lagi cepat, pantas dan tangkas gitewww..... Tapi kena bayar lagi RM50 seorang exclude GST. Since benda nie pon dah last minute, so terpaksa la bayar untuk cepatkan proses. Ternyata memang cepat. So disarankan bagi sape yang ade duit lebih dan malas nak menunggu, boleh bayar untuk Premium Lounge ni. Korang just tunggu je dalam Premium Lounge, nanti staff dorang akan datang kat korang untuk settlekan segala benda. 

Cara-cara permohonan visa India (Regular Visa Application). 
1) Isi borang online kat sini https://indianvisaonline.gov.in/visa/
     ** make sure isi dengan betul
           i) Part nama tu selalunya ramai yang salah isi, contohnya yang betul :-
Bagi nama,contoh Ali bin Abu
Surname : Bin Abu
Given Name : Ali
(Make sure kat surname tu korang letak bin/binti bagi yang ade bin/binti. Kan tak pasal kena denda atau isi borang baru yang memerlukan korang bayar lebih)

**Yang last part die ade mintak reference name in India, address la, no phone la. So if korang xde kenal sesape kat sana. Korang just masukan nama, no. telefon dan alamat hotel yg korang akan menginap tu. Dan penting jugak details hotel ni sebab sampai sana nanti korang kena isi arrival form yang perlukan details hotel tu jgak.
 
2) Lepas dah isi borang, korang print borang tu dan bawak ke India Visa Centre yang beralamat di :-
G-01, Ground Floor, Bangunan Straits Trading, 
No 2, Lebuh Pasar Besar, 
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692
E-Mail: kl@indiavisa.com.my
Laman web: www.indiavisa.com.my

Antara dokumen-dokumen yang korang kena bawa ialah:-
i- Satu (1) salinan borang yang dah diisi online tadi.
ii- Dua (2) gambar berlatarbelakang warna putih.
(Pergi kedai cakap je nak buat gambar visa ke India. Kalau tak xde buat je kat sana tapi charge RM20)
iii- Satu (1) salinan tiket penerbangan pergi balik.
iv- Passport Original
v- Satu (1) salinan pasport. (x sure perlu ke tak tapi bawak je)
vi- Duit RM161.30 (Tak termasuk denda segala bagai, so  make sure isi betul-betul)

Dah cukupkan semua amik nombor, beratur dan tunggu no giliran di panggil. Kalau tak tak ade masalah, Alhamdulillah dan InshaAllah 3 hari dah boleh siap. Contohnya submit 1/9/2015, pukul 3.30 pm 3/9/2015 dah boleh pergi ambil kat tempat yang sama. Tapi ade certain type of visa kena amik kat Mont Kiara, macam visa masa aku nak praktikal dulu. Tapi untuk tourist visa ni boleh amik kat tempat yang sama je.

Nah belanja sikit gambar masa aku pergi Taj mahal masa tahun 2013 dulu. Teringat lagi pengalaman menyamar jadi rakyat India semasa nak beli tiket ke Red Fort. Berjaya dapatkan tiket Rs15 je instead of RS250 untuk foreigner. Hahaha.... Tetapi sekarang aku rasa bersalah plak. Sorry. :)



Comments

  1. Salam..

    Visa ke india, minimum kita boleh apply berapa awal - sebulan ke 2 bulan awal..

    Thanks

    ReplyDelete
  2. X sure, tapi rasanya xde masalah awal mana selagi tarikh masa nak pergi dan balik tu, visa still valid. :)

    ReplyDelete
  3. salam,borang nk isi tu,klu x buat online xbleh ke,,xda ke borang kt kedutaan india

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mintak dorg isikan tapi kena bayar RM20 x silap.

      Delete
  4. Klu yg x menetap di kl mcna? Nk kna g ofis kl la ye bt visa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade beberapa cawangan Visa India Centre ni... Boleh google kat mana.

      Delete
  5. Bang kalau malas, apply je online kat https://indianvisaonline.gov.in/visa/tvoa.html

    Visa fee lebih kurang USD48.00 kot, dah lupa.

    Dalam masa 72 jam, dia akan email visa kat kita. Tapi untuk tourist visa saja, business visa tak boleh. Tapi pastikan website tu betul seperti di atas, sebab sekarang ada website yang fake.

    Nickun Pai
    TripVisa.my

    ReplyDelete
  6. Salam tuan blog... nak tnya skit pasal mumbai boleh. Ada email x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, boleh search page sy 'Budak Baru Belajar' di FB and PM sy kat situ. :)

      Delete
  7. encik azwan..visa ke india ni last minit sempat ke buat?nk fly jummat ni?

    ReplyDelete
  8. Encik azwan...kalau pompuan pi holiday ke india alone..tak bahaya ke...?

    ReplyDelete
  9. Encik azwan...kalau pompuan pi holiday ke india alone..tak bahaya ke...?

    ReplyDelete
  10. Assalam
    Sy nak tanya macamana nak hantar duit dari india ke malaysia

    ReplyDelete
  11. salam. saya nak pergi india November ni. so kalau saya buat bulan ogos sempat lagi kan? sebab kekangan waktu pack dengan kerja. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat bulan November lagi bagus sebab visa tu valid 6 Bulan. Kalau nak pergi skali je okay kot. hehe

      Delete
  12. Bro, tiket air air asia blom dapat yg actual sbb blom check in... blh bawak yg salinan yg air asia email tu kan?

    ReplyDelete
  13. tumpang tanya. keliru antara e-Tourist Visa dengan Regular Visa...benda yang sama ke? nak pergi untuk konvokesyen dan jalan2 di india

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk travel... register je guna regular visa. :)

      Delete
  14. Salam, admin pernah pergi Goa tak?. Kalau pernah macamana caranya.

    ReplyDelete
  15. Expected Date of Arrival..x faham blh tlg nk tarikh apa..nk letak tarikh mana nk tiba sana or balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Expected date of arrival tu tarikh awal tiba disana la...

      Delete
  16. Salam..nk pergi india 14 hari nk ambik yg e-tourist or regular visa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duration of Visa (in Months) sy dah tertulis 30 dah terbuat so mcm mana..nk kena isi blik ke..ingatkan dia in day..

      Delete
    2. Isi balik. Sebab borang tu xleh salah. Kalau tak nanti isi kat sana pastu kena bayar. Regular visa normally valid for 6 months utk multiple entry. Kena cek balik yg tu sebab sy dah lupa.

      Delete
    3. No. of Entries ..sy nk kena isi single? so duration of visa letak 1? adoyai byk plak salah ni pergi 5 orang...

      Delete
    4. Salam..mcm mn nk isi visa ke india online utk psngn suami istri n sorg ank umr 4tahun?perlu isi borang scara berasingan or mcm mn ye?mohon pencerahan..trm ksh

      Delete
  17. Salam..nk tanye mcm mn nk isi visa online tu utk psgn suami isteri n sorg anak umur 4tahun?sekali isi or isi secara brasingan or camne?

    ReplyDelete
  18. Salam..nk tanye mcm mn nk isi visa online tu utk psgn suami isteri n sorg anak umur 4tahun?sekali isi or isi secara brasingan or camne?

    ReplyDelete
  19. Salam, saya beli ticket melalui agent and dia ckp minggu departure baru boleh bagi ticket so saya risau tak sempat buat visa. Then dia ckp boleh tak dia bagi fake ticket yg no booking je lain but date and time arrival apa semua and airlines betul. So boleh ke guna? Sbb kalau nak tunggu ticket betul mmg lambat and takut tak sempat buat visa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam afiqah... tumpang tny mcm mana hari tu apply visa boleh ke guna invoice tu je? saya juga mngalami masalah yang sama, tapi sempat je nak tunggu tiket keluar.. cuma klo boleh nak setel awal.. =)

      Delete
  20. Salam, details apa yg perlukan dlm salinan ticket asal? Kalau bagi invoice je without booking number, just tulis time and date of departure still boleh guna ke?

    ReplyDelete
  21. Wasalam, untuk kes macam awak ni saya tak sure. Tapi tak silap kena ade salinan tiket asal. Boleh contact embassy sana untuk tnya pasal ni.

    ReplyDelete
  22. Kalau tak letak bin atau binti mcm mna ya kena charge ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat ke belum? Xpe nanti dorang akak cek. Kalau ade silap nanti dorg akan suruh isi form balik. Kalau nak dorg isikan caj RM20.

      Delete
  23. Salam, klu buat visa ke india online, passport yg kita scan&upload tu hanya bahagian gambar sahaja tp bahagian yg ada tandatangan & barcod kita tak scan boleh terima tak permohonan visa online tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sorry x pernah buat visa secara online. Sy buat yg pergi kaunter je. hehe

      Delete
  24. nak tanya. country visited in last 10 years tu kena isi jugak ke kalau ada banyak? kena listkan semua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi yg mana ade cop dlm passport tu. Kalau x isi xpe rasanya.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...