Trip Bajet ke Busan (6) - Taejongdae Park & Songdo Beach

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, kiranya ni adalah entry terakhir aku untuk trip bajet ke Korea kali nie. Actually ada lagi satu hari tapi hari terakhir tu aku tak pergi memana sebab kawan aku risau sangat kitorang terlewat sampai ke airport. Trauma yang berlaku masa 1st day kat KLIA belum hilang lagi.

Pagi nie sepatutnya kitorang akan ke Beomeosa Temple iaitu the largest Buddisht Temple kat Busan. Aku plan nak ke temple nie sebab aku tertarik dengan permandangan sekeliling je sebenarnya. Disebabkan kitorang akan ke airport awal pagi esok, so kitorang skip Beomeosa Temple dan tukar plan untuk ke Taejongdae Park. Sepatutnya Taejondae Park nie kitorang akan pergi pagi esok.

After breakfast kitorang terus gerak ke Taejongdae dengan Bas no 101. Kalau korang amik bas dari Busan Station, selain bas 101, korang boleh jugak amik Bas no 88. Last stop bagi kedua-dua bas nia adalah Taejongdae. So tak perlulah korang pening-pening nak fikir mana nak turun. Actually trip sebelum nie pon aku dah ke sini. Kalau nak baca previous entry boleh refer SINI. Tapi walaupun nie kali ke -2, tapi aku suka ke sini sebab pemandangan kat sini serious cantik giler. Walaupun kitorang dah penat berjalan selama 5 hari sebelum nie, tapi kitorang still decide untuk berjalan kaki instead of naik ‘Danubi’ iaitu sejenis train kecik macam kat Zoo Negara tu. X silap aku harga tiket Danubi tu 2,000 won kot. Taejongdae Park nie xde entrance fee so jimat la sikit. 

Taejongdae Park dekat dengan laut so sepanjang perjalanan tu view die memang cantik. Bukan cantik biasa-biasa je, tapi memang cantik giler. Serius puas hati datang sini. Sepanjang jalan, kitorang amik gambar je. Ade beberape tempat tu korang boleh turun sampai ke tepi pantai. Tapi nak mandi tu xleh la sebab cuaca sangat sejuk. Air laut kat sini biru macam air laut kat pulau. Air laut kat rumah aku pon xde sebiru macam kat sini. Dalam taman nie plak ade beberapa tempat menarik yang korang boleh singgah contohnya macam Tejongsa Temple, Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard.

 
 
 
 
Kalau nak tahu ape best pasal Taejondae nie boleh baca previous entry aku. Untuk kali nie, aku datang nie just nak mengimbau kenangan dan sebagai teman travel Zul yang baru pertama kali kesini. Masing-masing datang tempat orang nie guna duit, so takkan la aku nak mementingkan diri dan mengsia-siakan segala duit yang dia dah spent untuk kesini. Kan?? Teringat kenangan masa first time ke sini dulu masa aku pergi dengan Anis, Syieda, Aman dan Adli. Terjumpa sorang ahjuhssi yang cakap aku dari India. Aman hilang kad T-Money. Syieda ngan Anis asyik tertinggal di belakang sebab asyik amik gambar. Haha….
Observation Deck

 
Yeongdo Lighthouse

Lepas pusing satu taman nie, kitorang ke Songdo Beach. Dari bas station kat Taejondae Park, amik bas no 30 and stop kat entrance gate to Songdo Beach. Macam biasa, kalau tak tahu mana nak get off, tanye je pak cik driver tu. Songdo Beach nie lebih kurang je macam Haendae ngan Gwangalli cuma kat sini macam tak ramai orang sangat. Actually dari Taejondae Park, korang dah boleh nampak Songdo Beach nie. Kat sini kitorang just jalan-jalan amik gambar je, tu pon tak lama sebab tak tahan sejuk. 









Sepatutnya, lepas ke Songdo Beach, kitorang akan ke Amnam Park. Amnam Park nie lebih kurang jugak macam Taejondae Park. Sebuah taman tepi laut. Jarak nak ke Amanam Park Cuma 2 km je lagi dan boleh amik bas yang sama tapi disebabkan kitorang dah penat menapak kat Taejondae Park tadi. So kitorang tak jadi pergi Amnam Park dan terus Jagalchi Market untuk makan tengahari. Dari Songdo Beach, amik bas no 71. Bas nie akan brenti betul-betul depan Jagalchi Market. Since duit dah tak banyak, so kitorang cuma beli sekor Ikan Goreng, Nasi dan side dishes yang wajib dapat if korang makan kat sini. Ikan tu cuma 8,000 won je. Boleh tahan besar so cukup untuk kitorang dua orang makan. Satu mangkuk nasi plak 1,000 won termasuk side dishes i.e. kimchi, ikan bilis goreng, seaweed soup, lobak jeruk, dan macam-macam lagi.

Lepas makan, kitorang ke Gukje skali lagi untuk habiskan duit yang ada dan beli barang yang orang kirim. Kalau ikutkan itinerary, aku buat ‘FREE & EASY’ je so that dorang boleh decide sendiri mana nak pergi. Everytime kalau aku prepare itinerary, aku mesti set satu time untuk FREE and EASY sebab aku taknak terlalu terikat. Kadang-kadang ada yang nak rehat, ada yang nak shopping, ada yang nak pergi lawat STADIUM. So terpulanglah…..

Selepas ke Gukje Market, kitorang window shopping kat area Nampo-dong. Nampo-dong lebih kurang macam Myeong-dong kalau kat Seoul. Kat sini banyak butik barang-barang branded i.e Adidas, New Balance, Onizuka Tiger dan dll. Kedai kosmetik pon banyak. Those yang suka borong produk kosmetik tu boleh la ke sini. Kat Nampo-dong nie jugak ade Lotte World Shopping Complex yang menjual segala jenis barang branded yang kononnya duty free tapi harga still mahal nak mampus. Haha… Selesai mencari barang. Kitorang terus balik GH sebab dah tak larat nak berjalan. Esoknya balik Malaysia dan lusa aku masuk office sebab kena kerja. 

Comments

  1. gambo bro mmg terbaik.. guna kameraa apa? ada edit tak?

    ReplyDelete
  2. Guna Sj5000 wifi. Edit sikit guna adobe lightroom. :)

    ReplyDelete
  3. Seronok betul nampak kat sana :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts