Trip Bajet ke Pulau Jeju (3) - Udo Island & Jeju Folk Village Museum

Hari nie, mengikut plan dalam itinerary, 1st place yang kitorang akan pergi ialah Seongsang Ilchulbong , GPS no. 7830959. Pagi tu Zul drive kereta. Keluar je GH, kitorang terus ke Ichulbong tanpa singgah mana-mana. Tak sangka hari nie ramai giler pelancong yang nak ke Ilchulbong sampaikan jalan nak masuk parking pon boleh jammed. Sampai Ilchubong, kitorang tak jadi masuk sebab tak sangka plak yang Ilchubong nie pon kena panjat tangga, tinggi plak tu. Masing-masing dah tak larat nak panjat tangga tangga dan menapak jauh-jauh sebab penat panjat gunung semalam belum hilang lagi. Kalau tahu penat macam nie, better aku plan panjat gunung masa hari last. Kitorang stop kejap je amik gambar dan blah. Tak silap aku, tiket masuk ke Ilchulbong adalah 2500 won.
Seongsang Ilchulbong. Punya la ramai umat manusia kat sini. Tetiba rasa menyesal tak masuk..

Lepas ke Ilchulbong, kitorang ke Udo Island. Ferry jetty untuk ke Udo Island nie tak jauh pon dari Ilchulbong. Lebih kurang 1.8 km je berpandukan GPS no. 7843136. Tiket feri ke Udo Island ialah 5,500 won untuk seorang. Ferry bergerak setiap 30 minit. Kitorang punya feri pagi tu ialh pukul 11 pagi. Actually, kereta pon boleh bawak masuk dalam feri tapi aku tak tahu time tu. Dah naik feri baru perasan yang kereta pon boleh angkut sekali. Kalau tak boleh round satu pula utu dengan naik kereta yang kitorang sewa tu je. Time kitorang pergi nie, angin kuat dan laut bergelombang. Pening kepala aku nak tunggu sampai Udo Island. Padahal tak de la lama mana pon. Cuma dalam 15 minit je.
Seagulls yang follow belakang feri sebab ade orang baling makanan.
Sampai je ke Udo Island, kitorang terus ke tempat sewa basikal. 3 jam untuk satu basikal ialah 10,000 won. Selain basikal, ada lagi pengangkutan lain yang disewakan i.e. ATV, dan skuter tapi memerlukan IDP. Since aku sorang je yang ada IDP, so terpaksa la amik basikal. So selama 3 jam nie kitorang pusing la satu Udo Island nie. Pulau nie xde la besar mana pon tapi 3 jam tu still x cukup sebab kitorang banyak brenti amik gambar. Kalau boleh, spend je half day kat sini. Kebetulan kitorang datang nie musim bunga sakura dan canola. Sepanjang perjalanan kat Udo Island nie dihiasi dengan bunga-bunga canola yang menguning. Sekekliling pulau nie, ada banyak tempat yang korang boleh singgah. Ada satu bukit kat pulau yang view dari atas tu memang cantik tapi seperti aku cakap tadi, kitorang dah sakit lutut untuk panjat segala jenis bukit termasuklah tangga. Terpaksalah amik gambar dari jauh je. 

Penat panjat gunung tak hilang lagi, then berbasikal plak.
Yang merah kuning tu lah kot yang dorang panggil skuter.
Ladang bunga canola.
 
 
 
Kitorang sempat singgah kat satu kedai Pak cik yang menjual makanan seperti jagung rebus, roti ikan (BungeopPang), kacang dan fish cake rebus. Satu fish cake rebus tu berharga 1000 won dan roti ikan inti kacang hitam plak 1000 won untuk 2 ketul. Since dah tengah hari, so kitorang alas perut dengan makan fish cake dan roti ikan (BungeopPang) tu je dulu. Lepas makan, kitorang berpecah, aku ngan Zul, Aman ngan Adli. 
Pak cik penjual fish cake yang tahu cakap Melayu sikit-sikit sebab pernah stay kat Indonesia.
Penduduk Jeju yang meniaga Sashimi. Satu pinggan 10,000 won. 3 slice siput, 3 slices sea cucumber dan 3 slices menatang macam pokemon tu. hahaa...

Masa pusing pulau tu, aku ternampak yang ade satu kedai sotong bakar. Dari satu blog yang aku pernah baca sebelum nie, dia ada suggest tu rasa sotong tu. Aku pon beli la satu. Sekor sotong 5000 won. Masa order tu, Ahjumma tu akan suruh ko pergi pilih sotong yang tengah tergantung tepi pantai. Lepas dah pilih, then bagi die untuk dibakar. Sotong nie rasa sotong semata-mata. Xda perasa langsung. Sedap lagi sotong bakar yang aku makan kat Itaewon dulu. Cukup la sekadar nak merasa walaupun harga boleh tahan mahal. Haha… Dah la aku sorang je yang makan, Zul rasa sikit dah xnak. Disebabkan mahal, so terpaksalah aku habiskan.
Sotong yang di jemur sebelum di bakar. Pilih je yang mana nak, nanti bagi kat Ahjumma tu suruh dia bakar.

Bukan setakat nak panjat tangga je kitorang tak larat, nak kayuh basikal pon tak larat. Setiap kali naik bukit je, kitorang tolak basikal tu. Haha…. Kitorang tak sempat nak pusing satu pulau, sebab banyak brenti amik gambar dan masa 3 jam tu tak berapa nak cukup. Aku rasa xde masalah pon kalau nak hantar basikal tu lambat sebab masa bayar tu dorang bukan ade mintak deposit atau jaminan pape pon. Ko just tinggal je basikal kat situ then blah je buat tak tahu. Hahaha…
 
 
 
 
 
 
Lepas ke Udo Island, kitorang proceed ke Jeju Folk Village Museum. GPS no. 7551976. Kali nie aku yang drive. Dari Jetty ke Udo Island nak ke Jeju Folk Village Museuem nie xde la jauh mana, dalam 19km je. Drive kat Jeju nie xde la mankutkan sangat sebab jalan kat sini lebih kurang macam highway kat Malaysia je. Jalan pon x busy kecuali sebelah petang time orang balik keje. Tapi yang paling sakit hati ialah bila drive menggunkan GPS, setiap kali korang drive melebihi speed limit, nanti GPS tu akan berbunyi bagi warning. Padahal kalau tengok local driver dorang bawak boleh tahan laju.

Lebih kurang pukul 4 petang kitorang sampai di Jeju Folk Village Museum. Tiket masuk ke Musim nie ialah 9,000 won. Nie adalah satu-satunya museum yang kitorang masuk kat Jeju nie walaupun ada banyak museum lain sebab kebanyakan tiket masuk ke museum kat sini mahal-mahal belaka ye adik-adik. So jimat duit aku yang jenis tak minat segala jenis nama museum ni sebab bila dengar museum je aku ingat subjek Sejarah yang dari dulu kini dan selamanya aku memang tak minat. Haha…. Padahl ade je museum yang xde kaitan langsung ngan sejarah. 
 
Jeju Folk Village museum nie mempamerkan sejarah hidup masyarakat Korea terutamannya masyarakat tempat di Pulau Jeju pada tahun 1890’s. Terdapat lebih kurang 117 buah rumah dan fasiliti yang digunkan pada zaman dahulu dipamerkan di sekitar kawasan museum nie. Boleh tahan jugak besar museum nie. Sebelum masuk, staff dorang akan bagi satu map. Dorang bahagikan tempat-tempat mengikut susunan nombor. Jadi korang boleh cek nombor mana yang korang dah pergi sebab setiap tempat yang berlainan nombor tu mempunyai penceritaan yang berbeza. (Tak tahu camne nak explain).

Ade satu benda je yang aku tertarik ngan cerita orang zaman dulu di Pulau Jeju nie dimana dorang bela Khinzir (Bajet polite la sikit panggil Khinzir dari panggil Babi) untuk makan tahik dorang. Dorang akan buat satu tempat khas untuk dorang melabur, dan sisa kumbahan dorang tu akan jatuh dalam kawasan Khinzir tu. So nanti Khinzir tu akan makan sisa kumbahan aka tahik tu lepas tu dorang makan Khinzir tu. Emm sedapnyaaa….. hahaa…
Skulpture orang tengah berak lepas tu si Khinzir pergi makan tahi dia.

Ade jugak lifestyle dorang nie yang sama je dengan masyarakat Malaysia pada Zaman Penjajah dulu. Xde beza sangat pon. Satu kampong tu akan ade nalayan, petani, penternak dan golongan bangsawasan. Macam biasa la, rumah geng bangsawasan nie lagi cantik dari yang bawahan. Tapi sebagai seorang Engineer (bajet-bajet je), aku tertarik dengan kaedah pembinaan sebuah rumah yang dorang gunakan pada zaman dulu walau hanya menggunkan sumber-sumber semula jadi seperti tali instead of guna paku, atap rumbia instead of atap zin, selut instead of simen dan macam-macam lagi. Permandangan sekitar kampong nie memang cantik. Susun atur rumah-rumah yang dorang pon xde la serabut sangat.
Pokok-pokok sakura yang dah mula tumbuh daun.
Setiap tempat akan ade papan tanda yang menceritakan tentang sejarah-sejarah hidup dorang termasuklah peralatan yang dorang gunakan dalam kehidupan seharian dorang. Selain itu, dorang ade sediakan permainan-permainan tradisional yang korang boleh cuba. Permainan yang paling kitorang suka main ialah baling stick dalam lubang. Aku tak tahu apa nama sebenar permainan nie tapi satu-satunya permainan yang kitorang faham macam mana nak main. Yang lain tu macam menarik tapi tak tahu cara nak main. Hahaa…
 
 

Macam biasalah, kalau ikut itinerary macam-macam tempat aku nak pergi dalam satu hari. Masa yang dihabiskan untuk bergambar je dah boleh cover satu tempat dalam satu hari. Jadi terpaksa sikit yang lain-lain. Hehe… Sebelum hantar kereta sewa, kitorang singgah kejap di Dongmun Market untuk cari souvenir. GPS No. 7523001. Dongmun market nie tak jauh pon daru GH dan tempat nak hantar kereta. Dari Dongmun Market nak ke Jeju Auto House Cuma 2.7km.

Di Dongmun Market nie, korang boleh cari barang-barang souvenir untuk diberikan pada orang tersayang. Kebanyak barang yang dijual disini ialah buah-buahan especially Hallabong, Chocolate, Food, Pakaian dan Souvenir. Since trip aku nie consider trip bajet, so aku sekadar window shopping je tanpa membeli satu benda pon. Lepas abes pusing satu market nie, kitorang terus pergi hantar kereta. Alhamdulillah, tiada charge tambahan yang dikenakan. Sebelum kitorang hantar kereta, kitorang isi minyak dulu sebab syarat hantar kereta, make sure minyak mesti penuh. Dah la minyak kat sana mahal, nasib baik la kerata tu jimat minyak, selama 3 hari perjalanan kitorang kat sana, minyak yang perlu diisi adalah sebanyak 46,000 won. Dari Jeju Auto House je GH kitorang naik meter taxi, tambang Cuma 4600 won. So far Alhamdulillah xde masalah lagi naik taxi kat Jeju nie. Xde lagi kena tipu atau bayar mahal macam pelancong asing selalu kena oleh driver taxi di Malaysia. Bukan semua macam tu tapi tak dinafikan ada yang amik kesempatan sebab aku pon pernah kena.

Comments

  1. Assalamualaikum. Nak tanya. Gambar dalam entry yang ni ambil guna iPhone atau SJcam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, ada yang guna iPhone, ade yang guna Sj5000. Yang kat udo island mostly guna Sj cam. :)

      Delete
  2. wah nice pic :) best2 g koreaa..

    ReplyDelete
  3. Azwan. Awak dekat jeju tinggal dekat guest house yang berlainan ke? Ke stay satu tempat je.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu tempat je... you & I guesthouse....

      Delete
    2. Tq azwan.. Pada pendapat awak elok tinggal satu tempat ke? Saya study2 cakap tempat best tu ada bahagian west, South n near jeju City? Tapi saya kurang pasti jarak tu dekat ke jauh.. Tq azwan

      Delete
    3. Mmg jauh pon sbb jeju ni besar.... Boleh je nak stay lain2 tempat, tapi Jeju Auto House tu kat Jeju City so senang nak amik dan hantar kereta kalau stay area bandar. hehee

      Delete
  4. Ok azwan..i owe ur guidances..thanks.hihi

    ReplyDelete
  5. hi nk tnye sewe kete kat jeju auto house tu bpe bajet dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cek kat webste sbb harga ikut jenis kereta dan jumlah hari. Dan sometime ade diskaun.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts