Skip to main content

Tips dan Cara-cara Membuat Tempahan Hotel di Luar Negara


**Entry nie aku taip sebelum ke Korea hari tu tapi baru nak publish.

Assalamualaikum…. InshaAllah, this coming Sunday, aku akan fly ke Korea lagi. Orang cakap aku nie pergi Korea macam dah balik kampong sebab asyik ke Korea je. J Alkisahnya, aku berhajat nak pergi Jepun, tapi time nak beli tiket promo tu, tak jumpa travelmate yang nak ke Jepun, last-last jumpa yang nak ke Korea jugak. Mula-mula aku ngan Zul je, kawan yang aku kenal masa aku praktikal kat India dulu. Sama-sama travel ke India dulu. Then awal tahun hari tu, Walid kawan travel aku ke Korea dan Koh Samui hari tu decide nak join jugak trip kali walaupun dah pernah pergi hari tu. Walid decide nak join sebabnya trip kali nie aku just focus kat Busan ngan Jeju je. No more Seoul. Then baru je beberapa hari lepas, Aman plak cakap yang die nak join trip aku nie. Actually Aman pon pernah pergi skali ngan kitorang dulu masa first trip ke Korea. X tahu kenapa last minute die nak join jugak. Banyak duit barangkali. Hehe….

As usual, since trip nie diketuai oleh aku (xde la diketuai mana pon, just sebagai planner je), so dari itinerary dan booking semua aku buat. Dan aku la yang paling aktif kat group watsapp perbincangan kitorang, yang lain macam x berapa semangat je aku tengok. Ke aku yang terlebih excited? Hahaha…. Alhamdulillah, itinerary pon dah siap, booking hotel dan kereta sewa pon dah, makanan pon dah beli cume duit je belum tukar sebab duk tunggu rate murah, padahal hari-hari rate makin naik. Hempah betul! Masa first time aku pergi Korea kadar tukaran RM ke KRW ialah RM3.10 = KRW1000, second time plak RM3.20 = KRW1000, tapi hari nie aku cek RM3.43 = KRW1000. Memang bertambah lah kos nak travel lepas nie. Belum kaitkan ngan GST lagi. Haishhh….

Disebabkan aku belum pergi lagi, so entry kali nie aku just nak menceritakan cara-cara untuk korang buat tempahan hotel dan lain-lain bagi memudahkan trip korang nanti. First ialah tempahan hotel.

Tempahan hotel yang aku selalu buat ialah melalui www.booking.com sebabnya user friendly dan mudah nak serach ngan check review orang pasal hotel yang kita nak book tu. Tips atau cara-cara yang aku selalu buat sebelum membuat tempahan penginapan.





 Tips dan cara-cara membuat tempahan hotel

1) Search Hotel
Korang boleh search dengan bermacam-macam gaya, gaya bebas, gaya kuak lentang dan lain-lain. Haha…. Okay, tu melalut. Actually, korang boleh serach hotel nie sama ada menggunakan nama hotel tu sendiri atau kawasan korang nak pergi. Let say korang nak ke Koh Samui, korang boleh je taip Koh Samui, then masukkan tarikh yang korang nak stay tu. So nanti aku keluar semua nama hotel yang registered in booking.com tu di Koh Samui. Kalau nak kecikan sikit lagi skop pencarian, taip spesifik lokasi korang nak pergi i.e. Chaweng Beach, Koh Samui. So nanti akan kuar list hotels area Chaweng Beach tu. Kalau nak lagi specific korang boleh search nama hotel yang korang memang dari dulu kini dan selamanya memang berhajat duk situ. Korang boleh juga sort senarai hotel nie based on price, rating and so on.

2) Check Harga
Benda kedua aku selalu buat masa nak tempeh penginpan ialah aku cek harga. Tapi sebelum tu aku akan cek dulu average price hotel bajet sekitar kawasan aku nak pergi tu. So dari situ aku akan compare sama ada harga hotel yang ditawarkan tu betul-betul murah atau boleh dapatkan yang lagi murah. Since aku nie jenis traveller yang kedekut bajet, so aku suka pilih guesthouse atau hotel yang max up to 3 stars.

3) Check Rating
Lepas dah check harga, aku akan check plak rating hotel tu hasil dari review guests yang pernah stay situ. Normally aku akan cek hotel yang rating more 7.5 out of 10. So far hotel yang aku book nie memang selesa dan bersesuai dengan rating yang diberikan.

4) Check Guest’s Review/Comments
Comment daripada guest yang pernah duduk situ juga adalah benda penting yang korang perlu tengok sebab dari situ korang boleh tengok apa kelebihan dan kekurangan penginapan tu. Contohnya dari segi kebersihan, keselesaan bilik, staff, fasiliti, dan lokasi. Benda paling penting bagi aku ialah soal kebersihan dan lokasi penginapan tu. Bersih tempat tu, so selesa la untuk aku. Lokasi plak make sure cari penginapan yang mudah nak access menggunakan public transport atau berdekatan dengan kedai makanan Halal atau stesen pengangkutan awam.

Antara yang best mengenai booking.com nie ialah, kebanyakan tempahan dibuat tanpa advance payment. Meaning that bila dah sampai hotel baru korang bayar. Tapi masa nak booking tu, you still have to masukkan korang punya details bank card sebabnya dorang akan deduct korang punya akaun if korang cancel last minute. Masa nak booking tu, dorang akan gtaw bila tarikh terakhir yang korang boleh buat cancellation. Lepas je pada tarikh tu, if korang tak muncul-muncul kat hotel pada tarikh tempahan tu, automatic akaun korang akan ditolak.

Untuk trip kali nie, aku buat tempahan di Busan Sukbak Guesthouse, Busan dan You & I Guesthouse, Jeju-do. Busan Sukbak Guesthouse adalah tempat yang sama kitorng menginap masa trip lepas. Siyesly guethouse nie memang sangat selesa dan bersih. Staff yang uruskan guesthouse niepon sangat peramah. Harga satu malam boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Lokasi pulak berdekatan ngan Busan Station. Selain tu, istimewanya Sukbak Guesthouse nie ialah, after buat tempahan melalui booking.com, owner guesthouse tu akan hantar email pada kita untuk inform door password dan Tanya bila kita akan sampai.Tapi untuk You & I Guesthouse plak, aku yang email dorang dulu to inform yang aku akan sampai pada sekian-sekian waktu sebab risau dorang pergi cancel aku punya booking. Hari yang sama jugak, dorang reply and bagi direction untuk ke guesthouse dorang. Both guesthouse aku booked 6-beds dorm. Duk dorm lagi jimat dari amik bilik biasa. Lagi pon kita pergi tempat orang bukan nak terperuk dalam bilik pon, just sewa bilik untuk tidur je. Kalau selesa untuk tidur tu dah cukup memadai bagi aku. 
Sila klik image untuk ke website You & I Guesthouse

Sila klik image untuk ke website Busan Sukbak Guesthouse

Ada banyak website yang korang boleh guna untuk buat tempahan penginpan such as www.trivago.com, www.agoda.com, www.priceline.com, www.hotels.com dan lain-lain. Tapi honestly aku tak pernah cuba yang lain.

Selain dari tempahan hotel, trip kali nie jugak aku kena uruskan tempahan sewa kereta ketika di Jeju nanti. Ramai yang sarankan untuk sewa kereta di Jeju nanti sebab Jeju di boleh dikatakan agak besar dan public transport tak berapa nak efficient compare to bandar-bandar lain macam Busan dan Seoul. So ramai suggest untuk sewa kereta melalui website www.ktkumhorent.com . Yang special kalau korang buat tempahan melalui website nie ialah korang boleh dapat diskauan up to 60%.

Alhamdulillah, masa aku buat booking tu, aku dapat less 65% untuk 3 hari. Bayaran yang dikenakan hanyalah 108,000 won sahaja. Just sign up and isi segala details yang diperlukan. Lepas dah create akaun, korang boleh terus start booking. Korang boleh pilis jenis kereta apa korang nak sewa dan jangan lupa tick dekat English Nagivation (GPS) bagi memudahkan korang nak drive kat sana nanti. Tapi masa aku book tu, aku x dpt nak tick kat Eng Navigation tu. Maybe sebab dah fully booked kot. So aku tick je kat Korea Navigation sebab free of charge je. Dah sampai sana nanti aku mintak la tukar kalau ada yang English. :) Dan jangan lupa, if korang nak drive kat sana, korang kena apply IDP iaitu International Driving Permit. Boleh apply kat mana-mana cawangan JPJ terdekat.

Untuk permohonan IDP nie korang perlu bawa:-
1) Satu gambar Pasport
2) Lesen memandu yang tarikh tamat tempoh melebihi 1 tahun
3) Salinan IC dan Lesen
4) Isi boring permohonan IDP (Mintak kat kaunter JPJ)
5) Duit RM150

Sekejap je buat nie. If expired date lesen korang tak cukup setahun, jangan risau. Nanti mintak je JPJ tu renew kan skali bagi lebih 1 tahun. Harga depends on brape lama lg lesen korang nak tamat. Siap dalam masa 15 minit je. Cume nak menunggu giliran tu je yang makan masa gak lama. Aku sarankan korang pergi ke UTC yang terpencil macam Sentul tu sebab x ramai orang. Aku pernah pergi UTC Pudu, pergi pagi bali petang. Ramainya orang macam esok nak raya.

Itu saja tips travel untuk kali ini. Doakan trip kali nie berjalan lancer tanpa sebarang masalah. Nanti aku share itinerary yer. Itinerary untuk previous trip boleh download kat sticky post di atas. Sebarang komen mintak itinerary xkan dilayan sebab korang jenis malas membaca. Wekkkk :P

Comments

  1. Assalamualaikum Azwan. Nak tumpang tanya tentang Busan Sukbak Guesthous dengan You & I Guesthouse. Kedua-dua tempat ni boleh masak tak. Saya nak cari guesthouse yang boleh masak.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You & I boleh masak tapi Sukbak xleh masak. Cuma ade microwave dan periuk untk masak maggie je.

      Delete
  2. salam nak tanya yg sukbak tu boleh bayar cash on arrival x?tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Nak tanya jauh tak international ke domestic terminal kt busan airport?

    ReplyDelete
  4. salam.nk tnya.susah x drive belah kiri?? bahaya x jalan kt jeju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, awal2 tu kekok la jugak then leoas tu okay la. Bawak slow2 je sbb takut salah masuk lane. hehee

      Delete
  5. If nk booking hotel dkt booking.com better currency tu tukar pda negara yg nk pergi atau myr je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya harga hotel di luar negara ikut local currency. Kalau pilih myr, harga tu hanya anggaran je. Kalau tak silap.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...