Skip to main content

Cara Mengumpul Duit Untuk Melancong ke Luar Negara

Salam, actually aku nie bukan la hardcore traveller yang suka travel ke merata tempat, tapi skrang nie memang dah jadi minat plak nak ke tempat orang. Alhamdulillah, setakat nie, dah 7 Negara aku pernah pergi iaitu Kemboja, Vietnam, India, Beijing, Thailand, Korea dan Indonesia. So hari nie aku nak share ngan korang camne aku menabung atau kumpul duit untuk travel ke 7 buah negara nie. Ramai yang ingat aku nie banyak duit sebab asyik berjalan je. Actually, nak travel tempat orang nie tak perlu duit beribu-riban pon. Cuma pandai plan je, BUT ade jugak a few tempat tu aku abes kan duit sampai seribu lebih tapi x lebih dari RM1500 untuk ground cost tu pon sebab duk beli macam-macam.

1) Menabung
Dengan menabung nie, bukan setakat nak pergi travel, nak beli cincin berlian pon boleh sebab dari kecik mak pesan suruh menabung. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dulu masa awal-awal nak travel tu ade la aku menabung dengan cara tolong mak aku berniaga. Sehari mak aku upah RM20. Tapi aku jarang ade kat rumah sebab balik time cuti belajar je. So menabung nie kira bukan kaedah utama yang aku pilih la sebab aku nie spesis boros. Tapi aku akan bagitahu kelebihan bila aku boros tu nanti. hehe... Those yang ade sifat sabar dan boleh simpan duit lama-lama, boleh cuba kaedah ni. Dah lagi satu, aku suka simpan duit aku kat orang lain. Maksud aku, duit tu bkn ada pada aku, so aku susah nak amik atau nak guna. Aku kawan aku yang cuba dengan menabung duit sebanyak RM5 sehari dengan mengurangkan kos makan. Contoh satu hari ko Makan lebih kurang RM15, so ko kurangkan jadi RM10 dan lagi RM5 ko simpan. Hari-hari dia simpan so kali dengan jumlah hari yang dia ade sebelum nak travel. Tapi kena konsisten la. Jangan hangat-hangat tahi ayam. :)

2)Berniaga
Berniaga nie adalah salah satu cara yang mudah untuk korang buat duit, sebab sekarang nie medium untuk berniaga memang banyak contoh Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya. Korang tak perlu keluarkan duit atau apa-ape modal pon untuk sewa tapak kecuali modal barang korang nak jual. Kaedah nie aku jarang buat tapi ak PERNAH buat. Aku jual produk SHAKLEE, dan ade a few things yang ak dah lupa. Tapi aku nie xde la berbakat sangat bab berniaga tapi aku tengok ramai kawan aku yang dapat duit sampingan dengan berniaga. So boleh la cuba, kalau tak nak kumpul buat travel pon boleh buat bisnes part time untuk masa depan. :)

3)Mengadai/Menjual
Keadah nie tak digalakkan. Menjual nie tak sama ngan meniaga. Oleh sebab apa yang aku nak ceritakan nie adalah cara aku cari duit belanja untuk travel. So ini adalah salah satu yang aku buat. Dalam kaedah satu tadi aku cerita yang aku nie spesis boros. Bila aku ade duit je, macam-macam benda aku nak beli. Tapi barang aku beli tu adalah barang tahan lama dan ade nilai. Contohnya aku beli DSLR, iPad, Camera, Phone or pape je la yang pada mulanya memang aku nak guna, tapi bila terdesak nak duit aku akan jual atau gadai. Walaupun sedikit rugi sebab barang yang aku beli dan jual dengan nilai yang agak rendah tapi bagi aku yang spesis tak reti simpan duit nie kira okay la. Make sure barang tu korang jual la dengan harga yang bersesuaian. Jangan la mentang-mentang dah terdesak, ko jual dengan harga terlampau murah. Memang rugi la kan.

4) Main 'Kutu'
Aku tak tahu la korang tahu tak main 'Kutu' nie apa. Bukan la kutu sejenis serangga tu, tapi sejenis cara menyimpan duit dengan memyimpan duit tersebut pada seseorang ketua 'Kutu'. Contohnya, ko ade 12 orang ahli 'Kutu', dan semua orang bersetuju untuk bermain 'Kutu' nie dengan simpanan wang sebanyak RM100 per month, so setiap bualan akan ade sorang yang akan menerima duit 'Kutu' nie dengan jumlah kseluruhan iaitu RM100 x 12 = RM1200. Bagi bulan seterusnya pulak, orang lain yang akan dapat duit tu. Kira macam penerima pertama nie pinjam duit dari ahli 'Kutu' yang lain untuk kegunaan pada bulan tersebut, then every month die kena bayar balik RM100 pada ketua 'Kutu'. Aku pon tak tahu kenapa sistem nie dipanggil main 'Kutu'. Macam xde nama lain je dorang nak bagi. Method nie aku guna bila nak travel jauh dan perlukan banyak duit. Dan aku akan request kat ketua 'Kutu' untuk terima duit pada bulan aku nak travel tu. Tak pon ak request tukar dengan orang yang sepatutnya dapat bulan tu sebab kadang-kadang nombor turutan penerima ni berdasarkan undian, so korang xleh pilih sape yang dapat dulu atau kemudian.

5) Simpanan ASB
Aku tak tahu apa status berkaitan Amanah Saham Berhad (ASB) nie. Ada ura-ura mengatakan kan ASB nie mempunyai unsur-unser konvensional yang diragui dalam Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google je atau tanya sama ustaz. Dulu aku pernah la simpan dalam ASB nie setiap kali dapat biasiswa. Bila dapat duit biasiswa aku akan simpan dalam RM500-RM1000 dalam ASB. Tujuan aku bukan nak bagi duit tu beranak-pinak pon, tapi sebab ASB nie susah nak withdraw. Kalau nak kuarkan duit kena pergi Bank atau Pejabat Pos menggunakan Buku Akaun. Meaning aku xde la kerap sangat kuarkan duit kecuali terdesak. Aku rasa kalau ASB nie ada mesin ATM, dah lama duit aku habis dalam tu. ASB nie kira macam tempat simpan duit aku buat sementara. :) Duit tu kena pandai-pandai cari la. hehe Kalau korang yakin dengan ASB, just simpan je duit dalam tu dan tunggu sampai hujung tahun sehingga dividen diumumkan. Banyak ko simpan, banyak la duit yang ko dapat.

Setakat itu saja kaedah yang aku guna. Kalau korang ade nak share macam mana korang simpan duit untuk travel boleh share di ruangan komen dibawah. Amatlah dialu-alukan. Tapi sebelum tu, seperti mana yang ak cakap, kaedah ini adalah kaedah yang diguna pakai oleh aku, lain orang lain kaedah so tak perlu pertikaikan setiap kaedah yang dinyatakan. Okay.... Chow shin chiii.....



Comments

  1. TUNGGU TABUNG AYAM PENUH, NAK GI KOREA HAJAT HATI NYA
    HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Tabung penuh jalan...kumpul lagi. Good idea.

    ReplyDelete
  3. good tips. mungkin boleh juga buat side income cth y saya buat:
    1. ambik upah translation
    2. ajar tuisen
    3. bg ceramah
    tukarkan kemahiran pada aktiviti yang menambah pendapatan bergantung pd skill masing2..

    menabung ni boleh juga dgn cara jimat duit belanja beli buku sebaiknya tukar2 buku dgn kawan...boleh gak jimat duit bli suratkhabar...(baca je online) & macam2 lagi. lawati blog saya:

    Blog Kembara Mania
    untuk bertukar-tukar maklumat

    ReplyDelete
  4. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete
  5. Melacur pun banyak duit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...