Skip to main content

Backpackers Trip to Koh Samui, Thailand (1st & 2nd Day)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Trip seterusnya aku dan travelmates aku ke Koh Samui, Surat Thani pada 14-17 Februari 2015. Aku dah beli tiket dari bulan 2 tahun lepas. Time tu ngah ada promo so harga tiket RM116 pergi dan balik. Alhamdulillah cuti aku diluluskan walaupun bos aku mula-mula macam x nak bagi. Dah kena bebel baru nak bagi. Nak buat camne memang bos aku spesis kuat membebel. Dah la minggu lepas memang banyak kerja. Sampaikan malam nak fly tu pon aku kena stay kat office sorang-sorang untuk siapkan report. trip kali nie ak pergi dengan geng-geng ke Korea tahun lepas iaitu Walid, Anis dan Syieda. 

14-02-2015 - Kitorang bertolak dari KLIA 2. Sebelum boarding kitorang breakfast dulu kat Airport. Harga makanan kat Airport KLIA 2 boleh tahan mahal padahal rasa x sedap mana pon. Flight kitorang pukul 12.00 tengah hari. Sampai Surat Thani pukul 12.15 tengah hari waktu Thailand. Waktu kat Thailand 1 jam lebih awal dari Malaysia. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit tapi flight kitorang awal 15 minit. Alhamdulillah selamat sampai ke Surat Thani walaupun masa dalam flight tu, kapal terbang duk bergegar sebab angin terlalu kuat. Duk mengucap panjang aku dalam tu sebab teringat kat kes MH370, MH17 dan flight airasia baru-baru nie.

Sampai je Airport Surat Thani, kitorang terus cari Kaunter tiket untuk beli Tiket Bas dan Ferry untuk ke Koh Samui. Keluar dari Arrival Hall tu, pergi ke Kanan, Korang akan jumpa Booth Seatran Ferry. Dorang ade provide banyak pakej. Korang boleh beli tiket Bas ke Dongsak Pier + Ferry ke Koh Samui atau nak amik pakej transport terus ke Hotel. Aku amik pakej Bas dari Airport ke Dongsak Pier + Ferry ke Koh Samui je. Harga 400Baht. Rate tukaran RM ke Bath masa kitorang pergi nie ialah 100Baht = RM11.20. Time nie ringgit tengah jatuh, so agak merugikan la. Perjalanan dari Airport ke Dongsak Pier lebih kurang 1.5 jam. Time dalam bas tu akan ade sorang agent dari Phantip Travel yang akan promote korang 'Tour Package' dan 'Transport Package' untuk korang balik nanti. Kitorang setuju untuk amik 'Tour Package' dari dia iaitu Trip Koh Angthong, 1000Baht tapi dia cakap we still have to pay another 300Baht untuk Entrance Fee nanti (Bayar pada Guide yang jaga masa nak naik Ferry ke Koh Angthong nanti). So total package ialah 1300Baht. Bagi aku harga 'Tour Package' yang ditawarkan tu berbaloi la jugak sebab daripada blog-blog yang aku baca sebelum nie, ada yang cakap rate dari 1800Baht-2000Baht. Lagi satu pakej ialah ke Koh Tao dan Koh Nang Yuan iaitu 1300Baht. Mahal sikit sebab maybe ke 2 buah pulau. Tapi aktiviti kat sini lebih santai berbanding pekaj ke Koh Angthong. Dan kitorang jugak beli tiket transports balik dari hotel sampai ke Surat Thani Bus Station iaitu 450Baht sebab sebelum balik Malaysia, kitorang akan menginap di Surat Thani 1 hari.

Kepada sesiapa yang mabuk laut, don't worry sebab Ferry dari Dongsak Pier nak ke Koh Samui memang besar dan selesa. Lagi besar dari Ferry nak ke Pulau Langkawi dan Pulau Redang. Ferry 3 tingkat, kat tingkat bawah untuk pengangkutan macam kereta dan lain-lain, tingkat 1 dan 2 untuk penumpang. Ada bahagian tertutup yang ber'air cond' and ada bahagian terbuka. Kitorang duduk di bahagian yang terbuka sebab nak merasa angin laut. Kat dalam Ferry ada mini mart yang jual makanan. Since kitorang pon kelaparan time tu, so kitorang beli Nasi Putih + Telur Mata + Paprik Sotong dengan harga 50Baht sahaja. Nasi goreng seafood pon ada. Mula-mula aku risau jugak soal HALAL makanan kat situ, tapi ak nampak ada sorang mak cik siam muslim yang bertudung makan benda tu. Tapi dalam blog sebelum nie yang aku baca, dorang pon ada mentioned pasal Nasi Paprik Sotong nie. So kalau korang yakin, korang boleh cuba. :) Perjalanan amik masa 1.5 jam untuk tiba di Koh Samui.
Permandangan dari Seatran Ferry.
Ferry kat belakang tulah yang kitorang naik.

Sampai je Koh Samui, kitorang amik Van untuk ke Hotel, 100Baht seorang. Hotel yang aku tempah kat sini ialah Cheeky Monkey's Samui Hotel. Bajet hotel yang aku booking dari booking.com. Yang best pasal booking.com nie ialah tempahan hotel dibuat tanpa advance payment which mean kita akan bayar bila kita dah sampai hotel nanti. Dari jetty Koh Samui nak ke Hotel amik masa 45 minit. Cheeky Monkey's Hotel nie area Chaweng Beach. Kat Koh Samui ada banyak Beach. Chaweng adalah beach yang paling ramai orang dan bit crowded ngan bar, kedai-kedai jual souvenir dan kedai makan. If korang nak tempat yang tenang dan kurang manusia, korang boleh cari hotel di Lamai Beach. Perjalanan hari nie untuk sampai ke Hotel dari Airport memang agak lama, lebih kurang 3 jam 45 minit. Sampai je Hotel kitorang solat dan bersiap-siap untuk keluar.

 Area Chaweng Beach nie banyak jugak kedai makanan HALAL tapi kebanyakannya ialah Indian Food dan Middle East Food. Since kitorang kat Thailand, xkan la nak makan makanan India. Aku dah la anti makanan India. So kitorang berjalan la untuk cari Thai Halal Restauran. Actually aku dah search senarai kedai Halal kat sana, tp mostly kedai tu a bit jauh dari tempat kitorang stay. Kitorang berjalan kaki lebih kurang 2 jam tapi satu kedai pon x jumpa. Last-last kitorang tahan 'Tuktuk' untuk ke Bangkok Hospital sebab depan Bangkok Hospital ada satu kedai Halal iaitu Faria Muslim Food Restauran. Tapi sampai je situ, tengok-tengok kedai tu tutup. Kitorang menapak lah lagi untuk cari kedai makan. Time tu memang dah kelaparan giler. Ingat nak tahan Tuktuk je balik hotel je, tapi area situ memang susah nak ade teksi dan tuktuk yang lalu. So menapak la lagi sampailah kitorang jumpa satu gerai makan yang jual Nasi Ganja. Orang Perlis mesti tahu pasal Nasi Ganja. Kedai nie kecik je, die just jual makanan untuk dibungkus. So kitorang bungkus Nasi Ganja untuk makan kat bilik. Harga nasi depend on size ayam yang ko amik. Harga seketul ayam dari 10Baht - 40Baht. Harga nasi tanpa ayam 30Baht. Nama akak yang jual tu ialah Nadia. Sangat disarankan untuk korang try Nasi Ganja akak nie. Sangat sedap! Nak cari gerai akak ni senang je, dari Bangkok Hospital (Make sure Bangkok Hospital sebelah kiri korang), korang jalan terus je dalam 300m, lepas tu korang akan jumpa traffic light simpang 3, korang terus je lebih kurang 10m dan korang akan nampak gerai akak Nadia tu sebelah kanan jalan. Ade sign board HALAL warna biru dan banner 'Muslim Halal Food'. On the way nak balik hotel, mula-mula kitorang ingat nak jalan kaki sebab perut dan kenyang tapi dah tak tahu mana hala kitorng berjalan. Last-last tahan teksi balik Hotel. Haha.... Harga satu kepala untuk tutktuk dan teksi tadi ialah 50Baht. Lepas makan terus tidur.
Halal Food. Gerai Nasi Ganja dan Ayam Goreng Kak Nadia. Must Try.
Babi golek. Antara makanan paling famous kat sana. Sepanjang jalan kat Chewang Beach boleh jumpa si oink-oink nie. hehe
Night Market Area Chaweng Beach. Ada satu kedai makan HALAL kat sini.

15-02-2015 - 6.45 pagi kitorang bersiap-siap tunggu kat Hotel's Lobby untuk ke Koh Angthong. 7.15 pagi van datang amik kitorang untuk hantar ke Jetty. Sebelum naik kitorang kena bayar 300Baht iaitu Entrance Fee nak ke Koh Angthong iaitu National Marine Park. Kitorang amik pakej nie sebab activities kat sini more to adventurous. Aktiviti yang disediakan ialah Mendaki, Berkayak, Snorkeling, dan Sight Seeing. Bayaran 1000Baht tu termasuk semua aktiviti dan juga makanan. Makanan yang disediakan kat atas boat nie HALAL sebab belum sempat kitorang tanya, dorang dah bagi tahu makanan yang disediakan tu Halal. Sebelum nak berlepas dorang ade provide coffee, tea dan beberapa kudapan utk korang breakfast. Self service. Perjalanan nak ke Koh Angthong amik masa 1 jam. Boat nie lebih kurang Boat House macam kat Tasik Kenyir, tapi besar skit. To those yang jenis mabuk laut, boleh mintak pil mabuk laut dari brother yang jaga boat.
Bot untuk ke Koh ANgthong. Kitorang je Melayu dan juga orang Islam kat atas bot tu.
Setelah satu jam berlayar, akhirnya sampai jugak kat Koh Angthong.
Dari bot besar tadi, kitorang perlu naik sbot kecik untuk ke pantai. Dah la kecik, lepas tu kena naik ramai-ramai.

1st acktiviti kat sini ialah mendaki bukit dengan ketinggian 500m. Ni adalah benda yang aku paling teringin nak buat lepas aku survey tempat menarik kat Koh Angthong sebab view dekat atas bukit nie memang cantik giler. Tak ramai yang sampai ke puncak sebab tak dinafikan memang memenatkan dengan keadaan batu yang sangat licin dan agak curam. Sepanjang perjalanan untuk mendaki, dorang ade provide tali untuk memudahkan pendaki berpaut. The biggest mistake aku buat masa mendaki nie ialah aku pakai selipar jepun dan bawak barang yang sangat berat. Aku sorang je yang gigih naik sampai ke puncak. Anis, syieda dan Walid just sampai kat aras 200m. Sebelum sampai puncak, ade beberapa stop yang korang boleh brenti berehat dan bergambar. Masa yang diberikan ialah 1.5 jam untuk korang mendaki dan turun balik. Seriously view kat atas sangat tak mengecewakan dengan penat lelah yang ko rasa.
Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak panjat bukit nie and amik gambar kat puncak.
Boleh tengok sendiri curam yang korang kena panjat sebelum sampai ke puncak. Dah la batu tu tajam. Kalau jatuh, Innalillah.
Sampai je bawah, kitorang terus dipanggil untuk ke aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Sebelum berkayak, dorang provide Lunch. Menu lunch kitorang ialah nasi putih, gulai ayam, sup ayam, dan sayur masak apa ntah. Boleh tahan la sedap tapi maybe sebab aku terlalu lapar kot. Lepas makan, kitorang terus ke sebuah pulau untuk teruskan aktiviti berkayak. Syieda ngan Anis tak pernah berkayak, so aku naik ngan Syieda, Anis naik ngan Walid. Kitorang tak leh berkayak sesuka hati mana nak pergi, tapi kena ikut brother boat yang bawak kitorang. Jauh jugak la... Laluan celah celah batu, masuk gua dan kat tengah-tengah laut. Dah la time tu angin kuat. nasib baik kayak kitorang tak terbalik.

Lepas berkayak, kitorang ke Blue Lagoon. Lagi skali kitorang kena panjat tangga yang tinggi untuk tengok Blue Lagoon nie. Blue Lagoon ialah sebuah tasik di tengah pulau yang berwarna emerald green. Tapi x boleh mandi, just untuk tengok je. Lepas ke Blue Lagoon kitorang mandi Laut. Kalau ikutkan pakej, sepatutnya ada aktiviti snorkeling, tapi kitorang termiss atau dorang tak bawak pergi. Beriya ak nak snorkeling, last lepas mandi laut tu naik bot dan terus balik. Hampeh betul....

Blue Lagoon.
Permandangan dari atas Blue Lagoon. Memang cantik.

Muka hampa tak dapat nak snorkeling. :(
Pukul 5.30 petang kitorang sampai hotel. Bersiap-sipa, solat dan mandi. Kitorang keluar sewa motor. Satu skuter untuk satu hari ialah 200Baht. Satu motor share 2 orang. Masa nak sewa motor tu, kena tinggalkan lesen dan pasport. Ak tanya dorang, incase kalau polis tahan macam mane. Dorang cakap gitaw je motor tu motor sewa. Owh, senang macam tu jer. Dapat je motor, Kitorang ke Ihsan Restauran untuk Dinner. Ihsan restauran nie dekat je ngan Chaweng Beach tapi tersorok sikit. Dari trafiic light sebelum Kedai Nasi Ganja tadi tu, masuk simpang ke kanan. Terus je dalam 100m then jumpa la kedai Ihsan nie sebelah kanan. Makanan kat sini superb delicious. Must try kalau korang datang sini. Tapi sedikit lambat sebab tukang masak sorang je. Makan malam ak time nie ialah 180Baht. Aku order nasi putih 10Baht, Tomyam Putih 80Baht, Salad Glass Noodles 80Baht dan Teh O Ais 10Baht. Kawan-kawan aku yang lain order menu lain tapi semua sedap. Puas hati makan makanan kat sini.
Antara menu yang kitorang order di Ihsan Restauran.

Lepas makan kitorang pergi shopping souvenir. Maklumlah ade travelmates perempuan, so kena la ikut kemahuan nafsu dorang. Haha.... macam-macam nak beli padahal bawak duit cipuk je. Aku pon siap terikut skali. Sempat la beli keychian dan magnet fridget 2 3 ketul sebagai tanda yang ak pernah sampai Koh Samui. Barang kat sini xde la murah sngat. Mungkin sebab sini ramai mat saleh, so harga yang dorng jual tu pon consider murah giler dah bagi mat saleh. So bila kitorang mintak kurang, dapat sikit je diskaun. Nak tak nak, beli la jugak. Tu pon after survey a few kedai. Key chain satu set ade 5 dapat la dalam 150Baht. Magnet fridge satu 40Baht, baju Koh Samui 150Baht dan Sabun ape ntah satu 60Baht.

Lepas membeli barang, then kitorang balik bilik sebab penat sangat satu hari di Koh Angthong tadi. Sebelum masuk bilik, sempat teman Anis ngan Syieda yang nak sangat makan Pancake depan hotel kitorang. Pancake nie halal dan banyak yang jual. Rasa mcm roti canai je actually tapi ada macm-macam rasa korang boleh mintak. Rupa dah mengalahkan 'Dip & Dip'. So kalau ke Koh Samui, korang boleh cuba pancake nie.

 Lagi 2 hari, aku akan cerita dalam entry seterusnya. Kalau aku rajin nanti aku akan share skali itinerary ke Koh Samui. Untuk gambar wide angle di atas aku ambil mengunkan SJ5000wifi. (Review for Sj5000wifi). Untuk Tips ke Koh Samui, aku akan selitkan dalam entry seterusnya. :)

Comments

  1. Hahaha. Been there few days ago. Best betul trip. Memang susah nak jumpa orang asian kat sini. Majoriti western people je membanjiri tempat indah ni. Part babi tu... aku teruja kejap bila lalu dekat Chaweng tu. Hahahaha. Menyesal tak sempat buat visit marine park semua tu (cantik betul eh) dan kayak pun tak sempat buat. I'll definitely come here again untuk buat semua aktiviti tu. Anyway, lawa gambar-gambar bro! Terbaek

    ReplyDelete
  2. salam bratha. nak tanya pasal your trip to koh samui. email me at dilakhilal@yahoo.com pls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM me on my FB's page. Cari page ' Budak Baru Belajar'

      Delete
  3. Replies
    1. Dalam RM600 termasuk beli souvenir. :) Dulu punya exchange rate. Skrng mybe lebih la skit kot. hehee

      Delete
  4. mana full story saya akan ke sana nanti ..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam..nk tnye bpe hari lg better utk trip koh samui ni?4d3n or 5d4n?

    ReplyDelete
  6. Salam..nk tnye mne lg better?5d4n or 4d3n to koh samui?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kena stay more than 4 days sbb ari tu kami pergi 4 hari pon x cukup sbb rushing nak ke Airport. Unless flight kamu direct ke Koh Samui.

      Delete
  7. Salam dik.nak tnya sbb akak ingt nak ambil trip ang thong ni tp ada plak kne mendaki dgn scary-nya & plg penting kitorg nk snorkel tp xda.ada recommendations lain x utk day trip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kalau nak snorkeling better amik trip ke Koh Tao & Koh Nang Yuan. Satu pakej tp akan ke dua pulau ni. Trip ke Koh Ang Thong adventurous sikit sbb banyak memanjat. :)

      Delete
  8. Haha..dh book tiket flight dh..4d3n..agak rushing la sebab hari last pepagi lagi kne keluar dari koh samui..agak2 sempat tak nk check in kat airport?depart pukul 1pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try amik ferry paling awal kalau boleh sbb dr koh samui nak ke airport surat thani tu mmg amik masa... Almost 5 hours.

      Delete
  9. Salam,boleh ke kalau nak itinerary ke Koh Samui ni?

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya nak bertanya beberapa soalan boleh? Saya akan pergi Koh Samui bulan November ni. Saya pun seperti awak juga gak. Naik Airasia turun Surat Thani. Berapa kos bawah ye dalam 4 hari 3 malam. Saya stay dekat koh samui 3 hari dua malam dan satu hari di surat thani. Dalam anggaran berapa ye ? Dekat thailand ada line tak untuk internet atau kene beli simcard thailand ??

    ReplyDelete
  11. dan ada lagi soalan. dia ada bayar tax tak masa dekat airport surat thani time waktu balik ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos dlm RM600 pergi balik x termasuk flight.... Xde tax kat airport.... x beli simcard, ktorg guna wifi hotel je.

      Delete
  12. Rm600 tu sekali dengan tour package ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. skali ngan beli souvenir.... tp pda harga hotel awak menginap dan jenis makanan jugak... sy stay kat hotel bajet je....

      Delete
  13. hotel saya murah sahaja sbb kita orang pergi empat orang. sorang bayar rm75 kalau duit malaysia. itu semua kita orang dah bahagia kan siap siap untuk duit hotel. saya cuma nak tahu bajet je bawak time dekat koh samui. risau tak cukup je. saya ingat kene bawak 1k duit malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin, boleh kira sendiri total bajet sbb saya ade gtaw harga setiap items dlm post ni. hehe... kalau nak itinerary, boleh drop email.

      Delete
  14. salam.
    nak tgk itinerary bro email me johndaisuke@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. medinazahri@gmail.com . Ni email saya..

    ReplyDelete
  16. salam azwan. nak itinerary jgk plss :)

    ReplyDelete
  17. nk jugak itinerary tu..loislane_aqish@yahoo.com.. tq ;)

    ReplyDelete
  18. Hi, bleh send itinerary pd sy razreenar@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Salam. boleh email itinerary isabel_m3h@yahoo.com . tq :)

    ReplyDelete
  20. Hi boleh send itenary di mhhas_317512@yahoo.com
    Hajat ingin kesana pada bulan 3 2016 :)

    ReplyDelete
  21. Salam... Mohon share itinerary dgn saya. Tq
    Ingat nak backpack juga bulan 2 next year

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum .. Boleh email itinerary pada saya .. black_diamond2867@yahoo.com..
    Thank u 😀

    ReplyDelete
  23. jonvelrof@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Hi. Pm me ur iti xyramj@gmail.com

    ReplyDelete
  25. Hai. Share itinerary boleh?
    syazwanazmin94@gmail.com

    ReplyDelete
  26. Hai. Share itinerary boleh?
    syazwanazmin94@gmail.com

    ReplyDelete
  27. Hai. Share itinerary boleh?
    syazwanazmin94@gmail.com

    ReplyDelete
  28. Hi can i have ur itinerary? Kindly email me at nurliyanam95@gmail.com

    ReplyDelete
  29. Salam bro..ingt nak try la jalan sana...bleh kongsi itinerary x...email saya sydilyas90@gmail...tq bro..

    ReplyDelete
  30. KEPADA SEMUA YANG INGINKAN ITINERARI, SILA DOWNLOAD DARI LINK YANG SAYA KONGSIKAN DIBAWAH. SEBARANG PERMINTAAN MELALUI EMAIL TIDAK AKAN DILAYAN. SEKIRANYA ADA SOALAN INGIN DIAJUKAN. SILA PM PAGE 'BUDAK BARU BELAJAR' DI FACEBOOK. Sekian terima kasih. 😊

    ReplyDelete
  31. hi please drop the itinerary to zja1313@yahoo.com TQ

    ReplyDelete
  32. Dalam banyak2 blog.. blog kau paling mantap. thanks bro

    ReplyDelete
  33. Menarik! insyaAllah akan ke sana juga soon.

    Btw, saya makan pil tahan mabuk tu tetap mabuk juga (tapi naik botlah)

    ReplyDelete
  34. salam , boleh mintak intinerary ? haifarezarel94@gmail.com thankyou :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...