Skip to main content

Travelog Day 2 - PEERs GLOBAL to Korea

Teringat Farah Afiza buat travelog ke Kemboja hari tu, so hari nie aku decide untuk ceritakan travelog aku ke Korea hari tu untuk hari ke dua. Kalau aku rajin, aku akan cerita hingga ke hari terakhir.....

*********

Hari nie aku dan semua penghuni bilik 105 bangun lambat disebabkan tidur lewat malam semalam gara-gara bersembang dengan Nani dan Izatty sambil makan Nasi Chon. Actually aku dah set alarm untuk bangun awal tapi bila alarm bunyi je, aku snoozed sebab aku ingatkan akan ade orang yang kejutkan sekiranya aku lewat. Kitorang sepatutnya berkumpul pukul 9 pagi tapi pagi tu aku yang paling awal bangun (awal la sangat) antara 4 orang roommates yang lain iaitu Adzri, Hadi dan En Sham.  Mengikut tentatif, hari nie kitorang akan ke Ewha Womans University dan Hongik University, so semua diwajibkan pakai pakaian yang seragam iaitu Baju Koperat Badan Peer Kauselor yang berwarna hitam kuning. Thanks kat Wani Peach sebab tolong gosokkan baju semalam. Hari nie aku tak sempat nak breakfast disebabkan dah lewat, tapi aku sempat bancuh secawan kopi 3 in 1 tapi tawar giler disebabkan aku letak terlebih air.

Sebelum gerak, kitorang berkumpul di hadapan Guest House. Aku ingatkan aku yang paling lambat, rupanya ada lagi yang lambat. Pergi melabur katanya. :) Nak tergelak tengok gelagat setiap orang pagi tu. Boy dengan kasut kulit hitam yang licin berkilat, Iffa degan kasut yang talinya warna lain sebelah. Mungkin fesyen zaman sekarang. Maklumlah budak dari course tekstil. Semua lengkap berbaju korperat PEERs kecuali Hanim dan Hadi. Baju mengecil kata mereka. Pagi tu, aku berasa sedikit tak selesa kerana kulit muka terasa kering. Bab kata Hazim, kering dan kusam. Thanks kat Ain sebab pinjamkan moisturizer. 

Lepas dan cukup semua, kitorang gerak ke Ewha University dengan berjalan kaki kerana mengikut Zul (tour agent) universiti nie dekat je dengan penginapan kitorang. Fatin tak habis-habis dengan monopod die. Setiap saat, setiap sudut pasti nak bergambar. Fateen dan Kina pon boleh tahan jugak. Cuaca hari nie boleh tahan sejuk, tapi aku ngan Nani je yang x pakai baju sejuk coz kami 'HOT!".  Teringat Haziana dan Syahirah buat muka bila aku cakap macam tu. :) Hahaha.... Actually aku xde baju sejuk nak pakai disebabkan aku bawak winter jacket yang tebal nak mampus. Cuaca sejuk pon boleh rasa macam duk dalam Sauna. So terpaksa la buat-buat 'Cool' kononnye tahan sejuk. Eh silap, buat-buat 'Hot'. hehee......


Aku berjalan sedikit kehadapan disebabkan langkah panjang. Semasa dalam perjalanan, kami ternampak sebuah kedai pakaian yang diberi nama BABI-J. Siyes lawak giler. Aku rasa owner kedai tu nak namakan kedai die BABY-J tapi nak bagi nampak style sikit, so die tukar jadi BABI-J so that senang sikit nak sebut. Agaknya.... Haha..... Yang si Fateen boleh plak cakap, geli giler nama kedai macam tu. Hahaa...
Ngah syok berjalan, tetiba perut aku buat hal plak. Terasa nak buang kat situ jugak. Since dari tadi aku dah bajet-bajet Hot, so terpaksa la aku tahan dan control kesakitan tu. Sampai je kat Ewha, aku terpukau sekajap tengok bertapa cantiknya U dorang. Bukan saja seni bina, malah landskap sekitar U dorang pon sangat-sangatlah cantik. Semua tak habis-habis puji yang bertapa cantiknya U dorang. Ade yang berlari nak pergi bergambar, tapi dilarang oleh En Sham, so terpaksa la behave walaupun still ade yang curi-curi amik gambar. Kemudian kitorang ke ke gallery atau macam exhibition hall universiti tu, tapi kitorang tak dibenarkan masuk disebabkan kena buat tempahan dahulu. Trip kitorang nie diuruskan orleh seorang student Malaysia yang belajar kat sana, tapi aku tak sempat nak berkenalan sebab aku nie anti-sosial. Lagi pon time tu aku fikir 'Mana toilet?' je. Lepas tu kitorang ke Ewha Womans University Museum. Since aku nie spesis manusia yang tak minat sejarah, so aku, Nani dan Izatty lepak luar sambil bergambar manakala yang lain-lain penuh kusyuk menghayati tinggalan sejarah dan artifak-artifak yang ade dalam tu. Hahaa... Actually ak pon x tahu ape yang ade dalam tu. Izatty tak berapa nak aktif disebabkan sakit kepala. Aku plak tak berapa nak selesa sebab perut duk buat hal. Alhamdulillah, nasib baik la dalam muzium tu ade tandas lelaki. Mula-mula aku ingat terpaksa tahan sampai ke Hongik Universiti disebabkan universiti nie xde provide tandas lelaki disebabkan nama U pon dan Ehwa WOMANS University. Selesai je, aku keluar balik lepak dengan beberapa orang lain yang spesis tak minat sejarah.

Muka-muka tang minat sejarah. Hehe....
Selesai majlis penyerahan cenderahati kepada Pengarah Pentadbiran Musium, kitorang di beri masa lebih kurang satu jam untuk bergambar di sekitar U. Time tu semua dan macam hilang arah, excited sangat nak bergambar. Tapi aku tak join yang lain, aku just jalan dengan Nani dan Hadi. Izatty tak join disebabkan kepala still sakit. Hadi ikut sekejap je sebelum die blah sebab nak pergi usha awek Korea. haha.... So tinggal aku ngan Nani. Kitorng jalan pusing satu U. Time pusing tu, berkobar-kobar semangat aku fikir untuk further study kat oversea. Setiap tempat aku ngan Nani amik gambar. Aku amik gambar Nani, Nani amik gambar aku. Hahaa.....


Thank Nani sebab amikkan gambar nie. :)
Tamat je masa yang diberikan, kitorang terus gerak ke Hongik University dengan menaiki Subway. Kebetulan masa OTW ke stesen subway, ade beberapa orang promoter lelaki sedangkan mengedarkan majalah ape ntah skali dengan tester produk Cetaphill.  Semangat aku jalan perlahan-lahan kearah promoter tu tapi hampeh tak bagi. Tetiba Adzri offer kat aku yang die punya tapi aku amik Cetaphill tu je. Tak silap aku, Adzri pon x dapat, tapi Wani yang bagi. So sweet dorang nie. Haha.... Majalah aku bagi Ain. Aku rasa Ain tak perasan yang aku bagi tu cuma majalah je. Haha... Aku tengok die excited semacam je, siap amik sampai empat. Nak bagi souvenir kat kawan katanya. Jimat duit. Hampeh punya budak. Bijak-bijak. :) hehee.....

Dari Ewha Uni Station ke Hongik Station, kitorang kena tukar dari line 2 ke line 4. Since aku pernah ke Korea sebelum nie, so macam dah familiar tukar-tukar station nie. Dekat Malaysia pon aku selalu naik KTM ke KL. Dalam perjalanan ke Hongik Universiti, ternampak seorang Ahjussi sedang menjual patung kertas yang boleh berjoget dengan sendirinya. Mula-mula aku terpegun jugak bila tengok, tapi bila En Sham bagi tahu yang sebenarnya patung kertas tu digantung dengan benang halus yang berwarna putih. Terus hilang rasa terpegun. Then aku terus proceed berjalan ke Hongik Universiti meninggalakan yang lain walaupun masih ramai yang duk tengok benda tu.

Tiba di Hongik Universiti.... Otw nak ke tempat dituju, aku berjalan bersebelahan dengan Hafiz. Tetiba aku dan Hafiz ternampak  dua pasangan sedang bercium. Mula-mulanya aku ingat aku sorang je yang nampak, rupanya Hafiz pon nampak. Then die tergelak-gelak sambil pegang bahu aku. Haha.... Tak sangka betul Hafiz yang baik tu boleh bertindak sedemikian rupa.  :p Aku sempat singgah beli air kejap kat vending machine dalam U tu. Aku beli Air Kelapa yang harga W700, tapi langsung xde rasa kelapa. Penipu betul orang Korea. haha.... Aku bagi hadi untuk habiskan. Aku tak tahu kemana sebenarnya kitorang nak pergi tapi aku just ikut orang hadapan. Last-last kitorang ke Gallery of Fine Arts. Aku tak tahu nak buat ape dalam tu. Kat sini la masing-masing menunjukan kepakaran mengambil gambar dengan penuh seni. Especially Wani, semua orang nak suh dia amikan. Termasuklah aku, siap tolak-tolak orang lain. Kesian Rain yang semangat tunggu turn tapi kena potong queue oleh aku. Siap merajuk terus xnak amik gambar. Disebabkan salah aku, so terpaksa pujuk balik. Hehee... Sorry Rain.



Disebabkan lift kat bangunan tu sangat sempit dan menyusahkan macam lift kat fakulti engineering UiTM satu masa dulu, so tinggalah segerombolan bebudak yang suka selfie. Gigih nak selfie depan lift. Bila pintu lift terbuka je, terus pura-pura buat macam xde pape. hehe.....

Ko dah kenape?
Selesai sesi lawatan, kitorang ke Restauran Yoogane untuk makan tengah hari. Aku orang pertama yang masuk ke restauran tu disebabkan terlalu lapar. Satu meja 4 orang, ade satu meja 5 orang. Nani, Hadi dan Adzri duduk satu meja dengan aku. Empat orang yang dah bekerjaya yang masih beriya join program untuk pelajar Universiti. hahaha..... Makan tengah hari kitorang hari nie ialah sejenis nasi goreng yang dimasak depan mata korang. Tak tahu nasi goreng perisa ape, tapi rase no bad la. Turut disediakan ialah Kimchi iaitu hidangan wajib pagi petang siang malam. hehee..... Tolak kari dengan dhal je, yang lain semua aku boleh makan. Hahaha.... Adzri dan Hadi nie plak spesis x makan sayur, so aku dan Nani je yang habiskan kimchi tu.
Lepas makan, kitorang terus ke Myeong-dong dengan menaiki subway. Sambil menunggu subway, masing-masing dengan hal sendiri. As usual, Fatin dengan monopodnya. Kina dan Fateen dengan gelagat ratu selfie dorang. Izatty pulak duk rakam video. Rain pulak sibut nak bergambar dengan student Malaysia tu. En sham, Pak Su, Adzri pon turut skali. Hafiz, Iffa dan Fatin plak ngah beratur tunggu turn nak bergambar dengan poster artis Korea di dinding cermin subway. Dapat bergambar ngan poster jadi la. Yang lain-lain diluar pandangan...... masuk je subway, semua cari tempat duduk gara-gara penat berjalan.

Jejak Kasih. Sama kan muka dorang?
Sampai je myeong-dong aku teringat masa pertama kalinya aku ke Korea. Pertama kalinya aku ke myeong-dong seolah-seolah trip 'Jalan-jalan Cari Makan'. Semua benda aku nak try time tu. So masa sampai kat situ, aku sempat suggest kat Nani, Izatty dan yang lain-lain untuk try sejenis kuih, termasuklah kuih ikan kap inti kacang merah dan jagung. Nani offer aku satu kuih ikan kap, rasa sama macam aku makan dulu kat Busan. Cuma kali nie, harga sedikit mahal dan bersaiz kecil. Since tempat nie sangat ramai orang, so aku decide untuk jalan dalam kelompok kecil. Seperti biasa, Nani, Izatty dan Adzri lah yang selalu bersama ngan aku. hehee.... Nani excited ajak masuk Daiso kat sana nak tengok apa barang yang dijual dan compare harga dengan Malaysia. Masuk pusing-pusing dan keluar balik. Since aku pernah datang sini, then aku ajak dorang ke Lotte World. Dari first floor sampailah floor paling atas kitorang pusing tapi satu apa pon kitorang tak beli sebab harga punyalah mahal walaupuan duty free. Tapi sebelum keluar sempatlah aku beli satu cap sebagai reward untuk diri sendiri sebab asyik beli barang orang je kalau travel ke luar negara. Beli susu pisang untuk Izatty dan Adzri tapi mak cik tu jual mahal dan tak nak bagi diskaun. Kedekut!! Adzri amik susu perisa honeydew. Rasa not bad la, tapi banana milk jugak jadi pilihan aku. Kata Adzri die tak minat susu, tapi setelah dia rasa susu pisang yang aku suggest semalam masa kat airport, so die teringin nak try yang lain. Nani x nak sebab dia cakap susu yang dia beli kat Dongdaemun semalam pon belum minum lagi. SO die just share ngan Zatty je.

Since masa diberikan untuk kitorang gather balik belum sampai lagi, so kitorang lepak kejap depan Seoul Chinese Primary School. Lepak-lepak, sembang-sembang sambil tengok gelagak orang korea sekliling. Nani excited sangat dapat beli Face Mask dengan harga W2500/10 pieces. Kiena nak beli jugak, tapi die tak jumpa kedai yang Nani beli. Kemudian, kitorang terus balik guesthouse.


Lepas solat Maghrib dan Isya' aku terus ke bawah untuk makan malam. Tapi time tu makanan belum sampai. Malam tu kitorang diberikan kebab sorang satu sebagai makan malam. Dan aku jugak lah yang pertama yang makan kebab tu sebab kelaparan. Walaupun badan kurus slim, tapi asyik cepat lapar je. Kebab tu tak berapa menyelerakan sangat sebab x cukup sos, tapi Alhamdulillah sebab masih ade makanan untuk makan.

Lepas makan, aku tunggu Nani, Adzri dan Izatty untuk keluar jalan-jalan area guesthouse tu. Since semalam ramai yang tak puas hati ngan kitorang sebab kuar pergi makan kat City Hall tak ajak dorang. So malam nie, Wani awal-awal lagi dah cakap yang die nak join kitorang. Fateen, Kiena, Hanim dan Rain pon ikut skali. Semasa lalu kat depan satu kedai ahjumma nie, Fateen asyik sebut "Kawan Kiena2x" sbb ahjumma tu mesra sangat layan kiena malam semalam. Lepas tu kitorang singgah la kejap. Time tu die ngah layan sorang customer, tapi die suh kitorang tunggu kejap. Si Rain plak berkenan dengan satu baju yang ahjumma tu jual tapi size kecik plak. So die tanyakan size yang lebih besar kat ahjumma tu. Beriya ahjumma tu explain tapi satu benda pon aku tak faham, tetiba je die pergi raba si Rain tu. Aku terus blah sebab lain macam betul ahjumma tu. Yang si Rain plak macam layan je. Hahaa.... Malam tu aku xde borong pape. Sampai la kitorang ke kedai The Face Shop, semua pakat nak beli Aloe Vera Cream. Disebabkan ramai yang nak beli, so dapat la murah sikit. Aku pon beli 2 sebab nak bagi kat mak dan akak aku. Balik guesthouse kitorang lepak kejap. Si Jali dan Iffa duk bermain piano. Dah macam pasangan couple aku tengok. Hehe..... Boy, En Sham, Hadi, Arep plak main kad teruk. Malam tu En Sham ajak buat perjumpaan kejap sebab nak bincang pasal tentatif untuk hari esok. Die tanya sama ade nak ke Everland atau tak sebab mengikut kata Zul, Everland tu antara tempat yang best kat Korea. So rugi kalau tak pergi bila sampai sana. Tapi if kitorang nak pergi, kitorang perlu bayar lebih kurang W45,000 seorang sebab tak include dalam kitorang punya pakej. Ade beberapa orang tak dapat join sebab tak cukup duit. Aku dan Hadi hampir bertekak gara-gara salah faham. Salah aku jugak sebab bergurau tak kena tempat. So kata putus malam tu semua decide tak jadi pergi sebab tak nak membebankan kawan-kawan yang tak cukup duit. En Sham masih teringin nak pergi, so die mintak Zul cuba dapatkan diskaun sekiranya boleh dapat lagi murah. After meeting, semua buat hal masing-masing. Aku pon lepak jugak kejap tengok Extreme Make Over sambil main Kad Teruk. Since semalam dah tidur lewat, so hari nie aku tidur lebih awal. Orang paling awal tidur dalam bilik 105. :)

Sekian untuk hari nie....

Comments

  1. seronoknya. bilalah tabung nak penuh. nak pi Korea juga..

    ReplyDelete
  2. Wan. takmo buat travelog langkawi dlu ke hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...