Trip ke-2 ke Korea - Pulau Nami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah, sekali lagi aku bekersempatan menjejaki kaki ke tanah Korea. Mula-mula aku ingat trip kali nie xde la menarik seperti mana trip yang lepas. Maklumlah trip ke-2. Tapi apa yang aku boleh cakap, Korea nie adalah tempat yang tak jemu kalau pergi sebab banyak benda yang boleh explore dari segi budaya dan juga tempat menarik. Ramai yang aku perasan terbabas atau tak sengaja ke blog aku sebab mencari tips nak ke Korea. Ramai jugak yang drop komen mintak itinerary, tapi tak ramai perasan yang aku ade bagi link dropbox untuk korang download itinerary tu. Aku nasihatkan, korang baca dulu apa yang aku taip sebelum korang drop komen. Membaca tu jambatan itu. So sesiapa yang drop comment mintak aku emailkan itenary lepas nie, aku tak akan email lagi dah. Korang boleh klik SINI untuk download itinerary yang aku dah buat.  Tips ke Korea.


Untuk kali nie, tak de banyak benda sangat yang aku nak ceritakan sebab a few tempat yang aku pergi kali nie pon sebahagiannya adalah tempat yang aku pernah pergi. Since trip yang dulu aku pergi adalah time Winter, dan kali nie pulak dalah Autumn so adalah sedikit kelainannya. OWh, lupa nak bagi tahu, kali nie aku pergi seramai 30 orang sebab kitorang kesana untuk menjayakan program PEERs GLOBAL anjuran persatuan Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam. Walaupun aku dah keje, tapi still dapat involve dengan program nie. Syukur Alhamdulillah. 

Post aku kali nie aku just nak cerita pasal Pulau Nami, Nami Island, Naminara dan sewaktu denganya. Memang tak nafikan pulau nie memang cantik dan view kat sini memag superb kalau datang time autumn. Tapi time kami datang nie adalah early autumn so pokok belum nak menguning walaupun ade a few yang start menguning. Since trip nie bersama budak-budak U yang masih belajar, so trip nie terpaksa di buat semasa cuti midterm break dorang. Kalau nak lebih best, datang la time early november. Kebiasaannya, time tu pokok semua dah start menguning.

If datang kena pada waktunya, so dapatla tengok view macam kat atas nie. Tapi since kitorang nie datang masih awal, so pokok belum bertukar kuning keseluruhannya dan masih belum banyak daun yang gugur. Sempat jugak bergambar di kawasan nie walaupun view tak sama. 

Dulu time winter aku takde perasan pulak yang kat Nami Island nie boleh sewa basikal, tapi hari tu aku tengok ramai pulak yang bersiar-siar dengan basikal. Since masa yang diberikan untuk kitorang pusing satu Nami nie ialah 1 jam 3o monit je, so kitorang decide untuk sewa basikal. Satu jam 10,000 won untuk basikal yang ade dua seat nie. Walaupun naik basikal, tapi still tak cukup untuk pusing satu nami dengan masa yang diberikan. Mana taknya, setiap sudut kitorang nak bergambar sebab setiap tempat lain tarikannya.


 Sekarang nie nami ialand nie dah mesra pelancong especially untuk orang Islam sebab kat sana ade disediakan surau dan juga restoren makanan Halal. Masakan Malaysia pon ade jual kat sana. Tapi time kat sini, aku ade makan nasi goncang. Nama sebenar aku tak tahu, tapi rasa not bad la. Ade orang xleh makan sebab nasi tu dicampur dengan tuna dan kimchi. Sebelum korang nak makan, korang kena goncang dulu sebelum nasi tu sebati dengan semua ramuan yang dicampur. Tak tahu la sama ada aku lapar sangat time tu sampai licin ak habiskan. hehee.....

Actually aku ade lagi banyak gambar nak share tapi since aku malas nak mengedit dan menaip so aku tamatkan kat sini jela. Kalau tengok pada penulisan aku kali nie pon macam karangan budak SPM je, kaku dan xde feeling nak bercerita sangat. Okay, Anyeong. Nanti aku cerita tentang tempat lain plak. Jangan lupa to those yang ade download dan follow aku punya itinerary, boleh share pengalaman korang kat ruangan komen.  

Comments

  1. Salam azwan..I nk pgi time raya cina ni..agaknye ok ke gi time tu..ada salji lgi x time tu eak

    ReplyDelete
  2. Assalam azwan..sy nk pgi time cuti raya cina ni..slji de lg x time tu

    ReplyDelete
  3. Salam azwan..I nk pgi time raya cina ni..agaknye ok ke gi time tu..ada salji lgi x time tu eak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salji ni mcm hujan, kdg2 ade kdg2 xde.... Kat seoul mungkin dah xde tp boleh pg mount seorak.... Last ktorg pg hujung bln 1 pon salji dah melting.... Tp kalau bernasib baik... Bln 2 tu still ade snowfall cuma x lebat je. Hehe

      Delete
  4. Bln 2 da nk masuk summer. Klu nk main salji better gi hjg dis or awal jan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts