Skip to main content

Tips dan Anggaran Kos Melancong ke Taj Mahal, India.


Salam, kalau ade sesape nak pergi melancong ke Taj Mahal, kat sini aku nak bagi Tips dan anggaran kos untuk korang buat budget. SInce aku pergi bualan puasa. So untuk kos makanan kurang la skit. Tapi kos makanan tak lagi banyak pon. Dalam Rs150-Rs300 je untuk satu kepala. Harga tukaran wang RM ke Rs lebih kurang RM1=Rs16 camtu la. Depend pada harga semasa. Taj Mahal nie terletak kat Agra, dalam Negeri Utar Pradesh. Utar Pradesh nie besar, tapi kalau korang nak travel satu agra tu 3 hari 2 malam dah cukup. So pandai2x la budget masa dan kos korang. Bagi aku, tempat dorang nie xde la mahal mane pon. Korang scroll bawah sampai abes gambar , kat situ ade list tempat dan harga, sebab aku copy dr word so susah skit nak cut and paste.

Nie adalah gambar Agra Fort. Mengikut cerita orang tempatan, nie adalah tempat dimana Shah Jihan (Not sure eja nama Raja Moghul tu) kurung bapa die sebab bapanya marah die habiskan duit bina monumen ngarut2x.

 
Dari Agra Fort tu boleh lihat Taj Mahal. So dari situla bapa die usha anak die. Sampai la sibapa tu mati. Agra Fort nie memang besar dan mampus. Penat berjalan. Dah la pergi bualan puasa. Musim panas pulak tu.
 
Bagi chipmunk makan. Mula orang sebelah tu bagi makan. Then die tnye aku nak try ke tak? Bila aku try die mintak duit. Banyak cantik cara India cari duit.

Nie backview of Taj Mahal. Kat belakang nie ade satu tapak dimana Shah Jihan nak bina Black Taj Mahal tapi tak jadi dan diroboh sebab bapa die marah. Sebab tu la die kurung bapak die kat Agra Fort tu.



 
 Nie la gambar Taj Mahal dari angle yg orang selalu amik tu. Kitorang masuk Taj Mahal nie pukul 6.30 pagi,so agak berkabus skit.


 
Kalau nak pg Taj mahal, jangan pergi hari jumaat sebab hari jumaat Taj mahal tak buka sebab orang Islam sembahyang kat Masjid sebelah taj mahal. (Gambar atas)

Sape yang tak tahu pasal Taj mahal nie, actually taj Mahal ialah Makam jer. Makan yang dibina atas dasar cinta Shah Jihan kepada isteri die Mumtaz. So kat dalam tu ade dua makam, Shah Jihan da Mumtaz. Lepas Shah Jihan mati, die pon mintak dikuburkan sekali dalam Taj mahal nie. So xde pape pon dalam tu.

 
Actually banyak je gambar aku kat taj Mahal nie, malas nak upload sebab badan aku kurus kering time nie. Tak cukup makan selama 4 bulan duk di India. So yang samar2x je aku upload. hehehe....


Masa
Destinasi
Pengangkutan
Harga

AGRA (Hari 1)


5.15am







Flight direct ke Agra xde, so kitorang naik flight dari Tamilnadu ke Delhi dulu, pagi esok kitorang amik train pukul 5.15 pagi ke Agra.

**Kalau sampai Airport awal, better jangan terus ke Railway station sebab station keteapi dorang kotor dan ramai homeless yg tidur kat situ. Tandas xde dan nak duduk atas kerusi pon fikir banyak kali sebab kotor. Lagi bagus naik bas dari naik keteapi utk ke Agra.

Train
-New Delhi Railway Station ke Agra Canttoment




Rs255
(Sleeper Class)






8.00am

Sampai di Agra Cantt. Gerak pergi Hotel Kamal, Hotel Bajet yang betul2 belakang Taj Mahal.

Auto Rickshaw
(Satu Auto boleh muat 3-4 orang)

Rs100/auto

9.00am

Check in Hotel Kamal. Bilik ada aircond, TV, wifi. Berdekatan dengan Masjid, Kedai makan dan tempat shopping souvenir. Boleh tambah extra bed (charge Rs200)


Harga Bilik
Rs1600/night

10.30am

Kami amik pakej Tour Agra yg ditawarkan oleh pak cik auto. Satu Auto Rs550. Dia bawak pergi beberapa tempat.
-Agra Fort (Rs300)
-Baby Taj (Rs110)
-Chili Ka Rauzah (Free)
-Black Taj Mahal (Rs110)
-Tempat nak beli souvenir.

**Kadang2 dorang suke mintak extra tips. So bagi la berapa yg nak bg seikhlas hati. Tempat souvenir dorang bawak tu mmg mahal nak mampus. So better jgn beli sebab ade tempat yg lagi murah dari situ. Mahal bukan sikit, tapi banyak giler.

**Ada banyak lagi tempat yang menarik yg ktorg x sempat pergi. Tapi mostly historical places yg berkaitan dengan Kerajaan Moghul dan terletak jauh dari hotel kitorang menginap spt Fatehpur Sikri, Jama’ Masjid, Mehtab Bagh, Panch Mahal.. Setiap tempat dikenakan bayaran tiket masuk yang agak mahal buat foreigner.

Auto Rickshaw

Rs550

Tiket Masuk
Rs300
Rs110
Free
Rs110

6.30pm

Tamat tour & sightseeing. Balik hotel tunggu waktu berbuka.



7.21pm

Dinner (Gazi Beryani Hotel)
Nasi Beryani Ayam
Soft Drink

**kat India Hotel tu sebenarnya Restaurant.

Jalan Kaki


Rs50
Rs12
8.30pm
Jalan-jalan sekitar hotel. Kat situ ade banyak kedai yang jual souvenir dan batu-batu permata.

**harga murah giler kalau pandai haggle. Buat macam xnak beli. Nanti dorang bagi murah. Hehe…..

Jalan Kaki


AGRA (Hari ke-2)


6.30am




Siap-siap nak masuk Taj Mahal (Rs750)

**Better pergi awal-awal pagi sebelum matahari terik,kalau x panas giler sbb Taj mahal fully constructed by Marble. Ade 3 gates so boleh pilih nak masuk ikut gates mane. Hari jumaat tutup sebab orang Islam sembahyang Jumaat kat situ.


Jalan Kaki





Rs750



10.00am

Check out Hotel. Naik Auto pergi Agra Canttoment Railway Station untuk pergi Delhi.

Auto Rickshaw
-Hotel ke Agra Cantt

Rs80/auto

1.45pm
Departed from Agra Cantt to Delhi.

**Sleeper Class nie macam bed untuk tidur tapi murah punya so xde privasi dan sempit. Kalau bawak peserta kembara, better jangan amik koc nie sebab bahaya. Banyak peminta sedekah, pick pocket dan Pondan yg dtg mintak duit. Kalau x bagi, dorang pukul. Pernah jadi kat member kitorng. Dengar pondan tu mmg cam lawak, tp badan tough mcm gangster.


Train
-Agra Cantt ke Nizamudin Railway Station.

Rs255
(Sleeper Class)
TOTAL
AGRA 2 Days 1 Night
**Disebabkan kitorang datang bulan puasa so kos untuk makanan xde la banyak sangat. Tapi harga makanan x lari jauh. Untuk nasi beriyani/nasi goreng/ range Rs50 ke Rs120 sepinggan. Capati/Parota Rs25 dan Soft drink/mineral water Rs15-Rs30.

Rs4202


Comments

  1. TAJ MAHAL antara tempat yg ramai org nak pegi
    tapi kalau baca pengalaman azwan ni, akak pk banyak kali kalau nak bawak budak2
    mcm x sesuai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawak family, better pergi dgn tarvel agent. Teratur sikit perjalanan. hehe... sebab yg jd masalah kat sana transport je mcm train tu. Kalau amik koc yg mahal selamat skit, cume tambah bajet la skit. Kalau ade guide, dorg mybe tahu skit selok belok sana. Tp best jugak la pg sana. heehee

      Delete
  2. best jadi pondan kat sana, tak perlu melacurkan diri untuk mencari sesuap nasi.

    ReplyDelete
  3. so,, perbelanjaan korang dkt sane just rm200 mcm tu?? serius?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kitorg pergi rate die Rs18 = RM1 kot So lebih kurang Rm250 untuk 2H1M. hehee

      Delete
  4. harga utk tiket brape ye
    rm250 tu cover tuk belanje pe je ye
    penginapan? mkn2?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. harga flight x termasuk sbb kami pergi dari tamilnadu ke Delhi. So dari Malaysia not sure berapa. Harga kat atas tu dah termasuk penginapan, pengangkutan dan makan minum DAN tiket ke few tempat yg boleh dilawati disana. Siyes murah. hehee

      Delete
  6. Azwan, naik flight apa? ade facebook tak? nak tanya pasal india/.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Nie link. :) https://www.facebook.com/mohd.a.salleh.10?ref=tn_tnmn

      Delete
  7. salam azwan..mungkin dah agak lama.. i need some info.. me n 2 more friends plan nk backpacker ke india (new delhi-agra) ada lg tak tempat berdekatan yg kami bole lawat menggunakan jalan darat selain new delhi dan agra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi ke Kashmir. Tapi jalan darat nak kesana agak mencabar. Tapi view kat sana mmg superb. Bleh plan ke Mumbai jugak, mumbai banyak tempat menarik dan a bit crowded la. Boleh naik Train. AMik yang 2nd atau 1st class. Class lain kurang selamat dan kurang selesa.

      Delete
  8. Salam Azwan,

    Saya baru balik dari Tamilnadu lastweek. Turun kat Trichy then ke Madurai.
    Plan nak pegi Taj Mahal. So klau dr KL, nk turun mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun DL, amik train ke Agra. Better amik bus. Boleh tnye bas dr airport Delhi. Sbb tarin tak berape slemat expecillay untk coach murah. Kalu 1st and 2nd class mybe okay tp bit pricy ka.

      Delete
  9. Salam...saya nak ke india ogos ni. Tapi saya ada prob nak book tiket train. Annoying betul sebab all the websites are not user friendly at all, esp for foreigners. Boleh azwan tolong guide tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, dulu sya beli tiket kat kaunter sbb dorang ade khaskan tiket utk foreigner. Kalau nak tanya pape pon PM saya kat sini.

      https://www.facebook.com/pages/Budak-Baru-Belajar/142190359164182?ref=hl

      Kat sticky post di atas pon sya ade bagi link. :)

      Delete
  10. Jamat 4 bulan bleh jalan agra tuan.. Best2

    ReplyDelete
  11. salam azwan..ape nama fb awk ye..sy nk tnya pasal india

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete
  13. Azwan kak na nk tanya sebaiknya ambil travel agent dari sini atau disana.sebenarnya kak na nk ke Kashmir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better amik yg kat sana sbb kalau dr malaysia pon dorg hire guide sana jgak so mesti dorg akan Mark up.

      Delete
  14. Assalamualaikum. Nak tanya , dekat kashmir ni sesuai tak nak buat program kemasyarakatan utk pelajar universiti . Contohnya , macam di madrasah2. Bagi sumbangan di masjid2 di situ.. Adakah relevan dan sesuai ? Bajet berapa ye sorg kalau tiket sahaja?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat....