Skip to main content

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee.... 

Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe....


Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat... Mungkin ade yang x faham, so biarlah aku translate kan... hehe.... TAPI tak semua perkataan Terengganu nie boleh ditranslatekan dengan mengunakan satu perkataan je... Dan kadang-kadang jugak, maksud die berubah mengikut situasi. Aku pon pening kepala nak transalate. Aku nie memang anak jati Terengganu, so kalau ade salah sikit tu harap dimaafkan la yer. hehee....

Loghat Tganu + KL : Tak sangka berbolok arok awak bercakap.
Bahasa Malaysaia : Tak sangka kalut betul awak bercakap. 

Actually maksud sebenar die bukan la 'Kalut' tapi lebih kurang la sebab tu aku cakap memang susah nak translate sijibik-jibik ayat Terengganu nie. Asalkan korang boleh faham sudah la yer. hehehe.... Kat bawah nie plak, antara ayat-ayat yang direka oleh member-member dalam group SAT tu. Semua sporting-sporting. hehee....

1. Situasi : Digigit Nyamuk

Loghat Tganu + KL : Kene kentit nyamak..bengkak bercombon2
Bahasa Malaysia :  Kene gigit nyamuk... bengkak teruk

Loghat Tganu + KL : Awak2 ni ckap psal nyamak...abis diketipnya saya...merah2 kulit nak kne como ubat.
Bahasa Malaysia : Kamu ni cakap pasal nyamuk, habis digigitnya saya, merah-merah kulit, nak kena sapu ubat.

Loghat Tganu + KL : Awak etep tak royak awal2x sini banyak nyamak, berbedam-bedam badan saya.
Bahasa Malaysia :  Awak punya pasallah tak bagi tahu awal-awal yang sini banyak nyamuk, habis bengkak-bengkak badan saya.

2. Situasi : Bergantung, bergayut, berpaut.

Loghat Tganu + KL : Jangan noneng atas pokok tu, nanti jatuh bengkak cobong baru taw.
Bahasa Malaysia : Jangan bergayut atas pokok tu, nanti jatuh, bengkak baru tahu.

Loghat Tganu + KL : Gegel : Awak, elok2 skit kan jatuh... Boboi : Xpe wak...saye dah MENONENG nih... Gegel : awak menoneng molek sikit.. kan drebar bus break mengejut, guling kepating awak nanti.
Bahasa Malaysia : Gegel : Awak, elok-elok sikit, nantikan jatuh... Boboi: Tak pe awak... saya dah berpaut ni..... Gegel : awak berpaut elok sikit.... nanti kalau driver bas break mengejut, terjatuh berguling-guling plak awak nanti. :)

3. Situasi : Menggunakan Alat Tulis

Loghat Tganu + KL : Boleh pinjam kayuro awak tak? Yang saya punya bila garis jadi beloks.macam reyoks je.
Bahasa Malaysia : Boleh pinjam pembaris awat tak? Saya punya bila garis jdi bengkang bengkok macam tak berapa lurus sangat.

Loghat Tganu + KL : Awak tulis salah tu... ROBA balik tu...
Bahasa Malaysia : Awak salah tulis tu... Padam balik.

Loghat Tganu + KL : Dah nok roba camne.. pemadam saya sape entah bahang... 
Bahasa Malaysia :  Dah nak padam camna... pemadam saya siapa entah yang ambil...

Loghat Tganu + KL : Kotok kalang sy hilang la.. x tahu sape bahang.. saya dah susut dah.. tapi ilang jugak.. nangis selok sy.. 
Bahasa Malaysia : Kotak pencil saya hilang la... Tak tahu siapa ambil. Saya dah sembunyi dah tapi hilang jugak. Menangis saya.  

Loghat Tganu + KL : Ho toh!!! Dah jumpa pon kotak kalang saye.
Bahasa Malaysia : Ha tu dia!! Dah jumpa pon kotak pencil saya.  

4. Situasi : Memasak

Loghat Tganu + KL : Awak masak ape? Menempuh-nempuh dalam kuali tu. 
Bahasa Malaysia : Awak masak ape tu,  memercik-mercik dalam kuali tu.

Loghat Tganu + KL : Mek comel susah la nk ranya...ubi xdak...tapi semaren sy goreng kerepok...abis menepus minyak...kikiki 
Bahasa Malaysia : Mek Comel (sejenis kuih) susah la nak gaul. Ubi tiada tapi semalam saya goreng keropok habis terpercik minyak..... kikiki....

Loghat Tganu + KLNanti saya tera buatkan jemput2 utk awak.. janji awak makan habis lincing ye
Bahasa Malaysia : Nanti saya cuba buatkan jemput-jemput untuk awak tapi awak kena janji yang awak makan sampai habis tak tinggal satu pon. 

Loghat Tganu + KL : Hati2 la menguca minyak tu ,kan dah menempuh minyak kat muka awak..rohak la awak ni.
Bahasa Malaysia : Hati-hati kacau minyak tu, kan dah terpercik minyak kat muka awak. Teruk la awak ni. 

Loghat Tganu + KL : Kubang hanya dapur saya sebab minyak masak menempuh.
Bahasa Malaysia : Habis kotor dapur saya sebab minyak masak terpercik. 

5. Situasi : Membeli

Loghat Tganu + KL : pakcik nak beli CAMBAH 50sen...
Bahasa Malaysia : Pak Cik nak beli taugeh 50 sen. 

Loghat Tganu + KL : makcik2....nak beli air botol 1, ltk PELETING ye...BESAK saya bayar.
Bahasa Malaysia : Mak cik 2x.... Nak beli air botol 1, letak straw yer... Esok saya bayar. 

Loghat Tganu + KL : Makcik nasi tu lauk dia bungkus dalam supik lain boleh..
Bahasa Malaysia : Mak cik, nasi tu lauk dia bungkus dalam plastik lain boleh?  

6. Situasi : Bergaduh

Loghat Tganu + KL : Sape yg ngate kt awak tu? meh saya tulun kantak...hih
Bahasa Malaysia : Siapa yang mengata awak tu? Biar sata tolong pukul.

Loghat Tganu + KL :  Awak jgnlah buat-buat xfhm, Saya KEKOK kepala awak nanti.
Bahasa Malaysia : Awak janganlah buat-buat tak faham. Saya ketuk kepala awak nanti. 

Loghat Tganu + KL : owwoh.. ngoset sedikit je.. dokkang tidak boleh..
Bahasa Malaysia : Alaa.... kacau sikit je, tak kan tak boleh?

Loghat Tganu + KL : Saye dah royak sy tak brehi kn,knp awk buat jgk..
Bahasa Malaysia : Saya dah bagitahu saya tak suka kan. Kenapa awak buat juga? 

Loghat Tganu + KL : Jangan la berbalah nanti berdosa. Awak balah la, saya malas nak cara.
Bahasa Malaysia : Jangan la bergaduh nanti berdosa. Awak bergaduh la, saya tak nak masuk campur. 

7. Situasi : Random

Loghat Tganu + KL : Sila kosongkan laluan..minta kebirai semua..
Bahasa Malaysia : Sila kosongkan laluan... minta ketepi semua.

Loghat Tganu + KL : Awak cakap ape? Saya tak faham setaram abuk.
Bahasa Malaysia : Awak cakap apa? Saya tak faham satu apa pon.

Loghat Tganu + KL : Jgn la glepo di atas lantai itu,habis carik tikar getah saya 
Bahasa Malaysia : Jangan la berguling-guling atas lantai itu, nanti habis koyak tikar saya. 

Loghat Tganu + KL : Nanti saya gerak awak bangun selalu yek!.. jangan biut pulak..
Bahasa Malaysia Nanti saya kejutkan, awak bangun terus la ye. Jangan liat pulak. 

Loghat Tganu + KL : Gelebek nyeng baju saya, tak sempat nak gosok.
Bahasa Malaysia : Berkedut-kedut baju saya, tak sempat nak gosok.

Loghat Tganu + KL : Eh beriok chok ogak-ogak dalam longkan rumah awak...
Bahasa Malaysia : Eh banyaknya jentik-jentik dalam longkang rumah awak.

Loghat Tganu + KL : banyaknya mainan dia...contek arek atas meja
Bahasa Malaysia : Banyaknya mainan dia, tersusun rapi atas meja.
  
Loghat Tganu + KL : Sumpah,saye tak menawak pom.
Bahasa Malaysia : Sumpah saya tak tipu pon.

Loghat Tganu + KL : Tadi kat sogo...terjerempok awak2 teganu...
Bahasa Malaysia : Tadi, di  Sogo saya terserempak dengan geng2x Tganu. 

Loghat Tganu + KL : eh.. excident la wk.. tguling bating orgnye..
Bahasa Malaysia : Eh! Excident la awak, bertaburan orangnya atas jalan (hahaa... aku x tahu nak translate)

Loghat Tganu + KL : bnyk nye taik lembu dekat sini, bertempek anret..
Bahasa Malaysia :Banyaknya tahi lembu di sini, bertaburan merata-rata.

Huhhh.... penat dah aku nak translate.... actually ade banyak lagi tapi pening dah kepala aku nak fikir maksud die bagi korang faham. hehe... Ade certain perkataan tu aku tak tahu nak gambarkan maksud sebenar tapi apa yang diterjemahkan tu lebih kurang la. Sebahagian perkataan tu diubah supaya nampak seperti kebakuan dan ke 'key ell' an die. hehee...  Kepada ahli-ahli SAT thanks sebab bagi idea unutuk menulis blog malam nie. Hari yang bosan di India nie diceriakan oleh anda semua. hehe.... 
  

Comments

  1. Orang ganu mung ni

    ReplyDelete
  2. nice entry laaaa....saya suka loghat utara...:)

    ReplyDelete
  3. azwan..
    akak pun gelak,tak jauh beza ganu ngan klate
    sbb tu apa yg azwan tulis ni akak paham ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... saya kalau kat U, sembang dengan kawan2x pantai timur guna loghat negeri masing2x jer... masing2x faham. hehee

      Delete
  4. hahaha dek kerana sy sedang mencari2..suatu makna perkataan dlm google translet sy ter jumpa blog ni..kbtln teman baru sy org tggnu..makanye sy fhm lah apa yg di maksudkn..klu area sini ayat tu dh di kira mencarut..mahu je sy remove dia dr senarai friend dr FB saya..mujur sy berusaha cr makne yg di maksudkn..rupanye sembang2 gune T'ganu..tima ksh

    ReplyDelete
  5. hahaha dek kerana sy sedang mencari2..suatu makna perkataan dlm google translet sy ter jumpa blog ni..kbtln teman baru sy org tggnu..makanye sy fhm lah apa yg di maksudkn..klu area sini ayat tu dh di kira mencarut..mahu je sy remove dia dr senarai friend dr FB saya..mujur sy berusaha cr makne yg di maksudkn..rupanye sembang2 gune T'ganu..tima ksh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...