Tragedi Black Out di Malaysia VS Tragedi Black Out di India

Assalamualaikum.. kum ape? Kombat. Bat ape? Batman. Man ape. Mentol? blabla.... Baru aku sedar dulu aku suke nanyi lagu nie, tapi padahal xde kesinambungan langsung disetiap hujung perkataan dan perkataan seterusnya. Emm.... aku ade bende nak cerita nie. Criter pasal dua hari lepas, tapi baru hari nie nak cerita sebab busy giler nak mampus kena buat report pasal satellite. Name je nanosatellite, tapi macam-macam benda ade dalam tu. 

Criternya bermula macam nie, pada malam 2 hari lepas lebih kurang pukul 11.30 malam, aku ngah busy duk buat report ngan lagi sorang roommate aku. Pastu tetiba black out. Disebabkan SV kitorang suh kitorang submit report nie esok jugak, so aku pon gigih la menaip dalam gelap. Bayangkan 66 pages report, kitorang buat dalam masa satu malam. Nak kena rephrase balik semua benda yg kitorang excerpt dari journal, web dan sebagainya. Sape yang ade pengalaman mesti tahu bertapa deritanya buat report atau pape keje last minute nie. Selalunya time black out nie, aku ngan budak-budak Malaysia yang lain akan lepak kat roof top, sembang-sembang sampai la ade elektrik. Jadi malam tu, aku ngan member aku lagi sorang tu x jadi naik roof top, walaupun yang lain semua dah naik. Nak dijadikan cerita pulak, selalunya aku suke buat kerja sambil dengar lagu, tapi masalahnya bateri laptop aku nie tak berapa nak elok dan terpaksa la buat report tanpa dengar lagu untuk jimat bateri.

Tetiba masa aku duk menaip tu aku dengar macam ade suara orang bercakap mcm whispering each other. Cara die bercakap tu memang suspicious dan tak faham sebab bunyi macam bahasa tamil atau hindi. Kebetulan sebab katil aku paling hujung dan paling dekat ngan pintu. Pintu pulak aku buka luas2x sebab nak bagi angin masuk. Kawan aku lg sorang tu duk jauh sikit so die macam tak perasan sangat. Aku memang xde niat pon nak curi-curi dengar, lagi pon aku bukan faham bahasa dorang. Then aku terdengar macam dorang buka pintu..... "kreeeeeeeeekkkkkk". Pintu tu macam dekat sngat, 2 3 bilik dari balik aku. Dan yang pastu 2 bilik sebelah bilik aku nie ialah bilik budak Malaysia jugak.

Aku rasa mcam ade benda yang tak kena je. Aku pon bangun dari kerusi dan gerak kerusi tu bagi kuar bunyi terseret dengan kuat. Tetiba aku dengar ade orang cube melarikan diri. Faham x maksud aku. Sorry ayat BM x power. Bunyi tapak kaki orang melarikan diri dari kena kejar. So aku pon berdiri kat pintu dan bagi tahu kat member aku yang aku rasa macam ade orang cube pecah masuk bilik member aku kat sebelah. Mula-mula tu aku cube la jugak intai kot2x nampak la kelibat sesiapa kan. Masalahnya dah la black out pastu, faham-faham je la camne rupe budak India. Senang-senang dorang camouflage dalam gelap. Nasib baik time tu aku x sempat nak bertukar jadi orang minyak. hehee....

Aku pon ajak la budak bilik aku tadi pergi tengok bilik sebelah. Then aku perasan bilik kawan aku tu terbuka tapi xde orang pon kat dalam. Selalunya kalau kitorang nak lepak kat roof top, kitorang memang akan kunci bilik. Aku pon suluh2x dalam bilik tu guna phone tp xde orang dan laptop semua tas meja. Maybe pencuri tu x sempat nak masuk kot. Dia baru je nak buka pintu, aku dah perasan dulu. Aku pon amik padlock bilik aku, aku kunci bilik kawan aku. Aku suh kawan aku lagi sorang tu tnggu kat bawah dan aku pon pergi panggil dorang kat atas gtaw bilik dorang kena pecah masuk. (walaupun x sempat). Yang lawaknya, pencuri tu sempat bawa lari padlock je, yang lain x sempat. hehee.....

So malam tu semua x jadi lepak kat atas. Semua duk bilik cari sape punya angkara. Then setengah jam lepas tu, elektrik pon ade balik. Semua lepak kat bilik kawan aku yang kena pecah tu. Time aku ngan member aku nak keluar, pastu kitorang ternampak padlock yang pencuri tadi tu amik, ade atas selipar kawan aku. Semua terdiam.... Bodoh punya pencuri, kesian pon ade. hahaa.... Lepas pada tu semua dah berjaga-jaga risau nak tinggalkan bilik. Bila teringat balik cerita nie, nak tergelak pon ade sebab teringat ragam politik masa PRU13 ari tu. Orang cakap undi bertambah selepas black out. Tp betul ke x, Allahu'alam... Kitorang pulak, padlock muncul tiba-tiba lepas black out. :)
 

Comments

  1. Kesian kat korang semua. Harap2 dalam keadaan selamat hendaknya.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah.. thanks sebab mendoakan. :)

    ReplyDelete
  3. hahah..sib baik tak bertukar jd orang minyak
    sempat lagi tuh nak mencuri time black out

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..... tu la pasal....
      dorang mmang expert bab2x manyamar dalam gelap nie...
      just joking(kan ade yg nak sue plak nt) hehee

      Delete
  4. Baca ni. Baca dari mula smpi habis. Tapi nape tak boring eh? Hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? hahaa.... btw thanks sbb baca. hehee

      Delete

Post a Comment

Popular Posts