Salam... kebosanan melampau setelah selesai semua paper. So ak godek satu laptop cari ape yang best. tetiba jumpa entry nie yang aku dah taip 2 tahun lepas kat word, then lupa nak publish kat blog. So ari nie aku just nak post cerita nie yang dah berkurun lama masa aku pergi Kemboja ngan PEERs dulu. Pada suatu hari.......
********************
Last sekali aku nak cerita mengenai
masyarakat kat sana. Kira last la nie sebab aku dah malas nak taip
panjang-panjang. Aku cakap berdasarkan ape yang aku dah lalui la, so aku tak
tahu la hakikat dorang sebenarnya macam mana. Masyarkat Kemboja nie mostly terdiri
daripada Kapiaq yang beragama Buddha. Macam Thailand la jugak. Masyarakat Islam
kat sana tak ramai, memang cerita masyarakat Islam kat sana, tak sampai pon
300,000 orang. Dikhabarkan juga, dahulunya masyarakat islam di Kemboja boleh
dikatakan golongan majority namun semasa Zaman Pemerintahan polpot beratus ribu
orang Islam telah dibunuh. So tinggallah berapa kerat jer. Jumlah yang dibunuh
ialah lebih ramai berbanding yang ada pada masa sekarang.
Aku nak cerita mengenai masyarakat Islam
kat sana dulu sebab aku lebih banyak meluangkan masa bersama masyarkat Islam
berbanding yang lain-lain. Masyarakat Islam kat Kampung Keh tu memang baik,
mesra, peramah, dan seangkatan dengannya. First, kenal dorang memang malu-malu.
Biasala, kalau kat Malaysia pon macam tu. Xkanla first time jumpe terus nak
ajak couple kan, mesti la usha-usha dulu. Cewahhh. Walaupun dorang x pandai
cakap Melayu, tapi anak-anak muda dorang dah educated macam kat Malaysia.
Dorang boleh cakap English fluently mengalahkan aku kot. So walaupun
tergagap-gagap dapat la aku berkomunikasi ngan dorang daripada tak faham
langsung. Anak-anak muda dorang kat sana siyes bagus, xde nak blagak macam kat
Malaysia. Sume low profile je. Sesuai sangat nak buat calon suami dan Isteri.
Nie masa ktorang nak tinggalkan kampung keh. So dorang datang kat bas lambai2x. Ade a few yang menangis bila kami chow dari kampung tu. Aku pon rasa nak nangis gak. Tapi control macho... hehee |
Bende yang paling aku respek habes ialah
dorang memang rajin giler. Setiap hari anak-anak muda dan orang tua kat sana
akan bangun awal-awal pagi untuk buat kerja. Bukan la pergi pejabat sebab takut
jalan jam, tapi dorang pergi sawah, angkut air, membajak dan macam-macam lagi la.
Dorang kat sana takde supplier air macam kat Malaysia nie ex: SYABAS, SATU, dan
ape2 je la. So dorang terpaksa amik air dari kolam-kolam takungan berdekatan
rumah mereka. That why air kat rumah dorang sejuk giler macam air peti. Time
kat sana, bende yang paling aku malas nak buat ialah mandi pagi. Kadang-kadang
tu aku gosok gigi je dulu, tengah hari baru aku mandi. Hohohohohoho……. Lagi
satu, dah dorang nie jenis bangun awal, so tidur pon awal la. Kat sana mane ade
kedai mamak dan lepak sampai pagi. Lampu jalan pon xde, so duk rumah je la.
Kalau jenis yang x reti duk rumah tu, sengsara la ko kat sana. Lebih kurang
pukul 9.30 malam, sunyi je kampung tu. Nak dengar bunyi ekzos pon susah sebab
mostly dorang guna basikal tua.
Pastu plak, walaupun dorang nie serba
kekurangan, tapi tak de alasan untuk dorang tak beribadat walaupun beragama
Islam. Mengikut pandangan aku la, cara dorang mengamalkan ajaran Islam lebih
baik dari sebahagian masyarakat kat Malaysia.Ada jugak antara anak-anak muda
kat sana yang menuntut Ilmu agama di Mesir dan sekolah pondok di Malaysia. Bukan
tu saja, malas dorang juga ada bina sekolah tahfiz untuk anak-anak dorang
belajar agama. Kat Malaysia nie kita bernasib baik sebab kat sekolah kita ade
subjek Pendidikan Islam, so kat sana sekolah tahfiz tu la yang menjadi tempat
dorang menimba ilmu keagamaan.
Kawan aku aswad ngah ngajar dorang mengaji menggunakan Kaedah Al-baghdadi. Even dah tua, tapi dorang masih bersemangat nak belajar. |
*******************
So tu je la citer die, yang kapiaq tu ak lupa nak taip kot. Dan ak pon malas nak taip skrang nie. Rasanya semua tempat sama ja kot. Ada baik dan buruknya. Kan2x?
Comments
Post a Comment