Skip to main content

Eh U kau nie bagus sangat ker?!

Salam... semua pembaca. Sekarang nie minggu exam, aku tinggal satu je lagi paper iaitu pada 20/1/2013 nie. Jarak lama sangat, so melepak la dulu walaupun bosan teramat sebab semua housemate balik kampung (mentang2x kampung dekat). Actually aku dah malas nak taip entry emo-emo kat blog nie. Just pasal bende yang mengembirakan dan pengalaman-pengalaman yang menarik yang pernah aku lalui. Tapi hari nie aku nak buat satu entry pasal kes x puas ati dengan manusia yang suka-suka compare nie. Aku rasa ramai je manusia yang tak suka benda camtu sebenarnya. Tapikan kita mesti pernah alaminya dan mungkin pernah buat camtu. Ada banyak bende bab compare-compare ni sebenarnya, cuma aku nak tekankan pasal isu semasa berkaitan ngan aku iaitu mengenai kehidupan kat universitu sekarang.

1. "Eleh takat belajar UiTM bukan hebat pon, U nak tolong Melayu. Tak kelass langsung"
Owh kelasss kau jah cakap UiTM macam tu. Yang nie aku paling bengang. Nak main compare-compare U. "U aku bagus kot. Top 1 kat Malaysia", "U aku nie dah berapa kali menang award". Ada aku kisah?? Aku bangga jadi students UiTM, lagi bangga bila U tu nak tolong orang Melayu. Memang la ko akan cakap better U yang ade pelbagai bangsa nt ko bleh nak compete dengan dorang, tengok cara camna dorang belajar. Eh2x.... aku rasa tu semua terletak pada diri ko sendiri la. Kalau rasa nak cemerlang, belajar la dengan cara cemerlang. kat UiTM ramai je belajar tekun, usaha, jaya. Tak perlu nak compete ngan orang lan, better ko compete dengan diri ko sendiri, sejauh mana ko boleh pergi. U bagus camna pon kalau usaha ko cam HAMPEh xde nye nak bagi ko dapat Dean's List every sem. Ko ingat bapak ko punya U. Duk U hebat-hebat pon, perabih duit je bayar yuran mahal-mahal tu pon belum tentu grad on time. . Dan aku rasa yuran U paling murah kat Malaysia nie ialah UiTM. but then ilmu yg dapat sama jer. Kalau ko usaha lebih lagi lebih la. Ramai je member aku belajar U bajet bagus laaa syaaaangaaat, padahal repeat paper berlambak. Sorry to, sorry to say...

2."Ala.. ko amik kos ape.......? aku kos ape? Kos ko senang je kot, main-main pon boleh lulus."
 Aku rasa statement nie paling buat ramai student bengang kecuali hati die betul-betul kering. Cuba tanya kat mamak or minah tu camni, "Ko pernah amik kos aku ke? Brape kali dah dapat dean?" Tolong la jangan nak merendahkan kos-kos yang kawan kita amik. Dan tu pilihan die, even kos yang die amik tu nampak mudah dan senang, ko tahu ke result SPM die dapat brape? Mane tahu lagi gempak dari ko. Dan ramai students sekrang nie yang aku boleh katakan 'BODOH' dalam membuat pilihan kos. Termasuk jugak aku, sebab dorang apply kos yang langsung dorang tak minta tapi just kerana desakan keluarga, kawan-kawan atau nak nama. Contoh,"eh best la jadi Doktor. Best la jadi Engineer" Padahal die lebih suka seni, memasak, kira duit. Ape tak hebat ke jadi Chef? Tak hebat ke jadi accountant? X hebat ke jadi Artis? (Owh yg artis nie aku tak berape berkenan, Tp artis nie macam2x, so jadi yng la terbaik). Even aku yang amik kos Civil Engineering, Engineer wanna be walaupun aku tak minat, tapi ak tak pernah pulak nak compare ngan kos-kos lain. Dah memang nie pilihan aku walaupun salah. Tapi aku teruskan la jugak. Confirm la kan mmg ade kos yang senang skit berbanding kos lain-lain. Macam medic ape semua tu kan. So kesusahan tu mmg kena la ngan level kepandaian ko tu. Kalau tak, takkan ko dapat belajar dalam bidang tu kan?. So pasni stop compare ngan budak kos lain. Kalau rasa susah sangat kos ko amik, sila quit dan amik kos yang ko rasa senang tu.

3. "Ala budak U, belum tentu menjamin kerjaya masa depan, lain la kami SPA, MAKTAB, dan bla...bla..blaaa..."-Bleh blah. (Maktab dan SPA tu just contoh)
Yang nie lagi satu aku paling pantang. Dulu aku pernah jumpa sorang member nie, poyos nak mampuih. Die quit dari UiTM sebab dapat SPA. Tu pon dah brape banyak paper repeat. Eh asal repeat, cakap UiTM senang nak lulus kan? So ada satu hari tu aku jumpa die tanye skrang belajar kat na? Pastu dengan style poyos nya die cakap."Owh aku sekarang belajar bergaji, setiap bulan dapat alaun" blaaa...blaaa...blaaa.... Aku yang lampi nie tak dapat tangkap lagi. Lepas tu die pon cakap la, aku amik SPA jadi pembantu juru x-ray. Nak je aku cakap, "Hek eleh... pembantu je pon, goverment plak tu. Mane kelas babe". Eh... xde la.... tpi dalam hati aku la sbb tak tahan dengan ayat poyosss giler nak mampus die tu. Dan xleh blah lagi die cakap camni, "Oh ko amik civil ea? Senang kot kos tu, member aku dulu brape ramai yang dapat Dean's List.""Kos aku amik dulu susah kot, brape ramai repeat". Lagi sekali aku nak je cakap"Hek eleh dah ko pergi tanya yang bodoh bangang memang la cakap susah, cube ko g tnya yang dapat 4 flat every sem tu tengok dorang cakap ape." Suka hati mak nenek kau je cakap kos aku senang. Try amik tengok. Baru tahu langit tinggi rendah. 

Korang pernah tengok citer 3 Idiots tak? That's how engineer works. So proud dengan kos aku amik sekrang dan juga University aku belajar sekrang. Sekrang pon dah berangan ala-ala 3 idiots sebab ak nak apply praktikal kat India. Sape yang baca, wish me luck yer.


So setakat nie je la emo aku untuk hari nie. Malas nak memanjangkan cerita sebab aku memang seorang pemalas. So sorry la kalau ade sesape yang terasa sebab tu memang niat aku nak bagi korang terasa. AAK. bye..bye.... jumpa lagi.

Comments

  1. Hhahah---3idiots...kellass aazwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...... stiap kali dapat komen dr cik anom nie, selalu tertanya siapakah individu sebalik nama cik anom nie?

      Delete
  2. hm, kos aper pun, u aper pun, x penting, yg penting survival...

    ReplyDelete
  3. insyaa Allah ada rezeki boleh dpt tu...nt jmpa pelakon 3 idiots jgn lpe send my regard....ehehehhe

    ReplyDelete
  4. Hehe..yg tang salah pilih course tu agak setuju. Spm sy kira not bad jugak la w'pn tak semua A. Mcm2 family suggest suh ambik bidang engineering la, perubatan la, itu la, ini la. Tp seriously dr zaman sekolah sy kurang minat subjek sains mcm kimia & bio. Spm dpt result bagus pn atas jasa cikgu2 yg garang ank mati. Hihi. Klu boleh takmo blja dah subjek sains kat u. Sy minat lukis2, & teringin nak jd interior designer tp family tak kasi. So sy apply bidang IT. Dpt diploma IT, tp sy pilih utk pergi matrikulasi. Habis matrik, masih sama.Dpt degree IT jugak. So sy ambik bidang IT. W'pn x tahu pape ttg IT, tp sy pikir lg bagus dr course yga da subjek kimia & bio...Skrg, terima la padahnya. Ingat IT tu senang, susah tahu. Terasa mcm salah pilik course. Nak kena belajar programming, tak minat. Tp redha jela. Huhuuu...tak suka, tp sy positivekan diri. Mungkin mmg ni yg terbaik utk sy kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. We're in the same boat. tp family tak larang pon cume saje ikut kawan. hehee.... same la kite, mmg x minat pon kimia bio tu. Nak x nak kena jugak belajar. masa sem 1 ktorg ade amik paper programming, mmg teramat sangat susah. Alhamdulillah dah survive. hehee..... Takpe teruskan je. mungkin itu yg ditakdirkan buat kita. rezeki Allah tu dimana2x. Just dont give up. (1st time dapat komen panjang cam gini) hehehe.... btw thanks sbb willing utk baca n komen kat sini. ehehe

      Delete
  5. yup. pantang betol org yg nk banding2 kan U nih! huh! kat mana kite blajar, smua sama je.atas muke bumi Allah jgak kan.. >:(

    ReplyDelete
  6. nk tnya ni.....aq ingt nk tukar kos civil kt degree tpi kt matrik aq just amik elektrik n elektronik,..
    just pelajar kolej matrikulasi teknikal je... agak2 nk bljr subjek civil kt U nnti senang x nk tangkp.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jawab soaln tu. Senang tangkap tu depend on individu tu sendiri. Tapi x dinafikan dalam banyak2 kos Engineering (yg aku tahu), Civil senang sikit la dr yg lain. Skit la x banyak. Tapi civil nie more to addmath and mengahafal. So kalau jenis minat, proceed. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...