Skip to main content

Siapa Nak Buat Pahala, Singgah La Sini Kejap.




Salam semua blogger.... Hai, Apa Khabar..... Em..... Nak mitak tolong tolong sikit nie. Maybe tak la sikit sangat, sikit+banyak sikit JER... Ape pening? hahaha..... okeh2x... Camni sebenarnya.. Kami dari UiTM Shah Alam nie ade nak buat Program Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja. So sekarang tengah mengumpul dana atau sumbangan dari badan korporat bagi melancarkan program nie. So mana-mana yang nak bagi sumbangan tu boleh la roger-roger saya kat sini. Orang cakap, sedekah nie tak perlu paksa-paksa, kalau hati Ikhlas bagi la.....

So nak mintak tolong la.... Mane-mane blogger yang ade company atau kenalan yang ade company tu untuk menyumbang ke Tabung Baktisiswa Kemboja ini. Apa faedahnya kalau anda bagi sumbangan:-

1)Of Course la dapat pahalakan.... pahala tu penting dari segalanya. Macam kami jugak nak pergi tolong masyarakat kat sana. Hehehe...
2)Sumbangan dalam bentuk kewangan Akan Mendapat Perlepasan Cukai. So company2x yang besar mesti ade cukai tahunan kan. So, sumbangan nie boleh dikira sebagai pembayaran cukai. Bila dah bagi sumbangan nanti, UiTM akan keluarkan Resit yanag bercop dan disahkan untuk perlepasan cukai.
3)Peyumbang@penderma juga boleh membuat advertisement melalui buku cenderahati dari pihak kami.

Macam mana nak menderma?
1)Email alamat dan nama empunya syarikat pada saya di cynoxaz_one90@yahoo.com
2)Saya akan keluarkan surat rasmi dari UiTM dan hantarkan kepada anda. Termasuk surat kelulusan dan pemohonan untuk meminta sumbangan dari pihak UiTM bagi membuktikan ini bukanlah satu penipuan. Setelah dapat surat yang sah dari UiTM, barulah bagi sumbangan sama ada dari segi cash atau check.
3)Selepas sumbangan diberikan, pihak UiTM akan mengeluarkan Resit rasmi bagi memboleh syarikat-syarikat mendapat perlepasan cukai.

Camna nak taw benda nie betul ke tipu?
1) Macam saya bagi tahu tadi, penderma akan membuat bayaran selepas surat dikeluarkan oleh pihak UiTM.
2)Duit akan di Bank In ke akaun UiTM Malaysia dan BUKAN akaun saya. No akaun akan diberikan pada helain kedua surat yang akan syrikat tersebut terima.
3)Sebarang pertanyaan boleh email kepada saya.


Pengajur Program
Badan Peer Kaunselor UiTM Shah ALam

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Trip Bajet ke Hatyai 5 Hari 4 Malam (Download Itinerari)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Actaually post ni aku dah taip lama giler, sebab ni trip tahun 2017. Haha... so disebabkan aku rasa sayang untuk simpan dalam draft je, jadi aku nak postkan jugak walaupun aku macam totally lupa kronologi trip ni. Haha... Aku just nak cerita mana tempat yang kitorang pergi je. Sementara datang mood rajin ni, so aku nak bercerita tentang trip aku and the geng ke Hatyai pada 14-18 Februari yang lepas (2017). macam biasa, tiket dah beli setahun yang lalu sebab nak murah punya pasal. Hehe... Trip kali ni aku pergi berenam dengan geng yang kami gelarkan Kaki Kondem. Kenapa nama Kaki Kondem tu biarla kami je yang tahu. hehee.... Plan asal actually banyak tempat jugak nak cover. Ingat dari Hatyai nak ke Lopburi, Bangkok tapi perjalanan menggunakan train amik masa selama 15 jam. Disebabkan one of my travelmates ni pregnant, so we decided untuk stay kat Hatyai je selama 5 hari tu. Bagi aku 3 hari dah cukup untuk cover Hatyai. So ape kitorang buat lama-l...