Skip to main content

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish.

Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha.... 

Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan tiket masuk RM10 seorang. Untuk harga guide pulak ialah RM80 untuk seorang guide dan seorang guide boleh bawa maximum 5 orang pelawat sahaja. Aku buat tempahan dua hari sebelum kitorang nak ke sana. Nasib baik masih ada slot kosong. Dan kebetulan waktu tu dorang baru je buka balik aktiviti hiking di Gunung Silabur ni selepas PKP dan kami adalah group pertama yang panjat.




Sedikit info tentang Gua Silabur dari hasil google "Gua Gunung Silabur merupakan gua batu kapur yang terletak di Daerah Serian. Gua ini diketahui sebagai tempat bersarang untuk ribuan burung dan kelawar. Burung walit (aerodramus maximus) membina sarang menggunakan air liur dan bersarang tinggi di atas siling gua. Apabila cukup masa penduduk tempatan akan menuai sarang burung tersebut dan ia nya diproses menjadi produk yang bernilai tinggi. Kebanyakan produk tersebut di eksport ke luar negara seperti China."

Perjalanan dari Kuching ke Serian mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam bergantung pada cuaca dan kesesakan lalu lintas. Untuk ke sini korang boleh google atau waze je Gua Silabur. Kitorang bergerak dari Kuching pukul 6 pagi sebab dah janji dengan guide untuk sampai dalam pukul 8 pagi. Nasib tak berapa baik, pagi tu hujan je sepanjang perjalanan ke sana. Cuma nasib baik tak lebat sangat. Kalau korang drive sendiri, parking disediakan tapi caj RM4 untuk sebuah kereta. Sampai sana, lepas dah settle buat bayaran, guide akan bagi short briefing sebelum panjat bukit. 

Asalnya aku ingat sekadar nak masuk Gua Silabur je, tapi tak sangka sampai sana boleh terlajak sampai ke puncak gunung. Sebab masa awal aku call guide tu, dia cakap akan amik masa 4 jam. 2 jam perjalanan pergi dan balik dan 2 jam untuk explore gua. Kebetulan masa kami pergi ni ada lagi satu group yang panjat skali kitorang. Tak silap aku Group Kembara Anak Sarawak kot. Pagi tu kami bergerak sekali dengan group dorang ni.


Dari pintu masuk tu mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke papan tanda "Selamat Datang ke Gua Silabur". Sepanjang perjalanan untuk ke papan tanda ni akan melalui kebun-kebun getah dan kelapa sawit. Aku ingatkan dekat je dari pintu masuk, rupanya jauh jugak ke dalam. Bermula dari papan tanda ni maka bermula la sedikit cabaran pendakian sebab dari sini dah mula start mendaki dan laluan agak mencabar sebab banyak batu-batuan yang tajam. Tambah pulak masa kitorang group pertama yang mendaki selepas PKP, jadi laluan penuh dengan daun basah dan semak dah mula tumbuh. Dah la aku pakai kasut yang tak sesuai. Asyik nak tergelincir je sebab tapak licin. Bercerita pasal kasut ni, meh sini aku bagi siap-siap keperluan yang korang perlu bawak untuk menawan puncak Gunung Silabur ni.

1. Pakai kasut yang sesuai (Teramat sangatlah penting, kalau tak memang seksa sepanjang pendakian)
2. Bawa air secukupnya. Bukan cukup-cukup tapi kalau boleh bawak satu botol besar. Lagi-lagi kalau ko dah sampai lewat. Kat pucak nanti panas lain macam. Ni pon dari pengalaman jugak sebab aku bawa sebotol kecik je. Rasa macam nak mati kehausan sepanjang perjalanan turun tu.
3. Bawa bekal makanan atau energy bar. Tambah-tambah kalau tak sempat nak breakfast pagi tu.
4. Bawa pakaian extra sebab selain basah lencun sebab peluh, ko juga akan basah sebab masuk air.
5. Bawa torchlight sebab dalam gua gelap memang tak nampak apa-apa. 
6. Bawa kawan yang fit. Kalau tak fit, tinggal siap-siap sebelum pergi. Haha.... 

Sepanjang pendakian tu memang terseksa jiwa raga sebab risau terjatuh. Sebelum sampai puncak, kami masuk ke Gua Silabur dulu. Tapi bagi aku better ke puncak dulu supaya sampai sebelum tengahari. Kalau tak panas giler sebab matahari dan atas kepala.

Gua Silabur ni memang cantik. Cantik disebabkan dinding gua yang berwarna kehijauan. Aku tak pasti sama ada tu warna asli batuan tu atau disebakan kulat. Lama juga kitorang spend masa dalam gua ni sebab guide kami tunggu group lagi satu siap bergambar. Maklumlah ada geng wanita, setiap sudut nak bergambar. Then kitorang mintak kat guide untuk gerak dahulu supaya tak buang masa masa sangat dalam gua. Untuk pengetahuan korang gua ni terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi memburu kelawar sebab orang sini makan kelawar. Aku harap lepas kes Covid-19 ni dorang dah stop makan kelawar. Hehe..... Cuma yang tak best dalam gua ni ialah penuh dengan tahi kelawar dan sendiri boleh agak la bau yang terhasil dari tahi tu. Haha...

Lepas dah puas bergambar dalam gua, kami mulakan pendakian ke puncak. Di sini la bermula cabaran yang sebetulnya. Trek yang agak curam dan penuh dengan batuan dan akar-akar pokok. Silap langkah memang tergolek atas batu. Dah la pagi tadi hujan jadi laluan agak licin. Geng kitorang yang pergi pon ramai yang tergelincir. Nasib baik la tak sampai ke bawah. Guide bagi satu kat sini ade satu pokok yang dipanggil Pokok Api-api. Kalau tersentuh daun pokok ni, badan akan jadi gatal-gatal sampai ke isi. Selain Pokok Api-api, korang jugak kena jaga-jaga dengan semut api sebab kawan kitorang kena gigih sampai bengkak macam belon. Haha....

Masa panjat ni aku dah kehabisan air. Ingatkan perjalanan ke puncak ni kejap je. Rupanya boleh tahan lama. Lebih kurang sejam setengah. Bergantung pada kelajuan korang jugak sebab time kami pergi ni trek dah tak macam dulu. Guide kena tebas balik anak-anak pokok yang dah tumbuh. Dah la waktu nak sampai puncak ni dah tengah hari so bayangkan la kepanasanya macam mana. Dari puncak Gunung Silabur ni, boleh nampak sempadan Indonesia dan Malaysia.





Dulunya Gunung Silabur ni dijadikan sebagai lokasi menara tinjau untuk teropong geng-geng pendatang haram tapi sekarang dah tak ada. Aku cuba jugak google ketinggian Gunung Silabur ni tapi tak jumpa. Tapi aku rasa tak da la tinggi sangat berbanding Gunung Santubong. Dari segi darjah kesukaran tu aku rasa Gunung Silabur ni lebih sukar. Mungkin sebab hujan dan dah lama orang tak panjat.

Masa turun tu guide bawa kitorang lalu jalan lain. Sampai kat kaki gunung kami stop di Gua Siturib. Dalam gua ni ada sungai yang mengalir. Air tersangatlah jernih sampai boleh nampak ikan yang ada dalam air. Ikan pulak jinak dan bermain-main kat celah kaki. Nak lagi best, korang bawa la roti kering atau biskut untuk bagi ikan makan. Korang jugak boleh mandi dalam sungai tu. Aku sarankan korang masuk Gua Siturib tu.



Itu sajalah kot... Aku dah malas nak menaip. Haha.... Btw kalau nak pergi sini, boleh buat tempahan guide dengan Mr Benedik (H/P : 014-5898801). Kalau ko rasa kasut ko tak sesuai, boleh sewa kasut kat sana. Sepasang kasut RM3. Actually gambar banyak lagi tapi aku malas nak edit. So setakat tu je la.


Doakan semoga aku berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu Jumaat ni (10/07/2020)





Comments

  1. Cantikk. X pernah smpai Sarawak. Hopefully sampai sni one day


    ..and ofkos Bengoh Range yg tgh viral tu haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...