Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ada yang request untuk aku sambung cerita trip aku ke euro 3 tahun lepas. So hari ni aku nak sambung balik walaupun aku dah ingat-ingat lupa. Tapi aku dah taip lama sebenarnya, cuma dah lama sangat aku simpan dalam draft. BTW terima kasih pada yang baca blog aku walaupun banyak aku merapu dan typo sana-sini. Hehe... Aku cuba untuk habiskan ketiga-tiga negara terakhir aku pergi dalam entry ni. Gambar pon tak berapa nak lawa sebab aku guna snipping tool dan crop dari instagram aku. Kalau nak tengok gambar lain boleh follow instagram aku. Klik SINI . Dari Budapest kitorang ambil bas awal pagi iaitu pukul 7:30 pagi untuk ke Zagreb. Dari Budapest ke Zagreb tak silap aku ambil masa 4 jam 40 minit dan tiket bas kitorang beli ialan 17 Euro seorang. Nasib baik apartment yang aku book kat Zagreb ni tak jauh dari stesen bas so tak de la penat sangat nak mengangkut beg. Aku book penginapan kat sini melalui Airbnb, satu malam RM181 untuk 3 oran...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha.... Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...