Skip to main content

Posts

Trip Bajet ke Kashmir, India (Download Itinerari)

Assalamualaikum, kali ni aku nak share cerita aku ke India lagi. Yes lagi. Buat kali ke 4 ke India. Hahaa..... Tapi untuk kali ni aku ke Kashmir. Trip ni aku pergi seramai 6 orang. 4 perempuan dan 2 lelaki termasuk aku. Alhamdulillah dorang ni travelmates yang boleh dibawa berbincang dan tak buat perangai. Cuma satu je perangai dorang yang tak boleh dibendung, perangai suka shopping. Setiap kedai yang singgah mesti nak shopping. Walaupun dah cuba patahkan semangat dorang dengan hasutan-hasutan, tapi still akan beli at least satu benda setiap kali keluar dari kedai.  Kashmir ni bukanlah tempat asing sangat buat rakyat Malaysia sebab aku tengok dah bersepah orang share pasal Kashmir kat facebook. Actually sejak dari aku study sana lagi dah plan nak pergi Kashmir tapi masa tu tak jadi sebab kitorang nak cover tempat lain yang lagi dekat. Trip kali ni aku pergi ke Delhi dulu kemudian baru ke Kashmir sebab plan asal ingat nak ke Taj Mahal, Agra tapi last minute tukar plan. Lagipon...

Trip Bajet ke Darjeeling, West Bengal, India

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia pagi tadi dari India. Untuk kali ni aku nak update mengenai trip aku ke Darjeeling, West Bengal India. Actually ni kali ke-4 aku ke India dan inshaAllah next month aku akan ke Kashmir pulak. Trip ke Darjeeling ni ialah trip yang tak plan sangat pon sebab aku dapat jemputan dari syarikat Ez Qurban Sdn Bhd untuk jadi wakil dorang bagi memantau proses pelaksanaan qurban di sana. So alang-alang dah sampai sana, aku pon extend beberapa hari untuk berjalan. Orang cakap sambil menyelam minum air. Hehee... Aku bukan nak cerita mengenai aktiviti qurban ni tapi aku nak cerita trip aku after qurban iaitu trip paling mencabar aku lalui setakat ni. Tapi kalau korang nak buat Qurban di luar negara, jangan lupa daftar dengan Ez Qurban. Boleh klik SINI untuk ke web Ez Qurban. Antara negeri kat India yang aku pernah pergi ialah New Delhi, Mumbai, Uttar Pradesh, Kerala, Patna dan Tamilnadu. Tamilnadu paling lama sebab du...

Backpacking Trip ke New Zealand - Christchurch dan Auckland

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya setelah almost 2 years baru aku ade mood nak sambung cerita trip ke New Zealand aku ni. Ade yang tertunggu-tunggu tak? Hahaha.... Untuk entry kali ni aku akan cerita keseluruhan dari hari ke-9 hinggalah hari terakhir di Auckland iaitu 6 hari semuanya. Lagipon tak banyak sangat tempat yang aku melawat sekitar Christchurch dan Auckland. Sebabnya masa kat Christchurh minyak kereta dah E, so masing-masing kedekut nak isi minyak sebab nak jimat duit (Bukan aku). So terpaksa la pergi tempat-tempat yang boleh sampai dengan berjalan kaki je.  Actually pagi tu aku dah ajak member aku ni pergi Hill Port. Hill Port ni ialah puncak tertinggi kat Christchurh. So kat sini korang boleh tengok permandangan sekitar Christchurch dari atas bukit. Nak naik Gondola pon boleh. Memang dari Malaysia aku dah search pasal tempat ni dan memang nak sangat pergi. Tapi disebabkan makhluk Allah lagi sorang ni macam xnak pergi. Minyak pon xnak isi so pagi tu dah ...

Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-5 & ke-6

Salam.... setelah sekian lama aku cuba menaip balik. Bapak malas nak merapu kat blog. Aku pon hampir-hampir lupa perjalanan trip ke Jepun dulu. Aku cuba ingkatkan balik mana tahu ade yang menunggu sambungan post pasal Jepun ni. Bajet famous. Hahaa.... Lepas je kitorang sampai di Tokyo, kitorang terus amik bas ke Kawaguchi-go. Aku dah book bas ni dari Malaysia lagi. Terminal bas untuk ke Kawaguchi-go sama je yang terimnal bas express dari Osaka ni iaitu di Shinjuku Station. Sebelum kitorang naik bas, kitorang tinggalkan luggage kitorang di Tourist Information Counter. Harga bergantung pada jumlah beg, x silap aku 1 beg = 800yen.  Perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchi-go station ialah selama 100 minit. 

Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-3 & ke-4

Salam. Sambungan untuk hari ke-3 dan ke-4 trip kitorang ke Jepun. Malas giler weh naik menaip. Sebelum aku makin malas dan makin melupakan trip ni jadi aku kena gigihkan juga supaya next time senang aku nak recall balik dengan baca balik post kat blog aku. Salah seorang pembaca setia blog aku ialah aku sendiri. Hahaha.... Untuk hari ke-3, tempat pertama yang kitorang tuju ialah ialah Arashiyama Bamboo Groove. Ikutkan kitorang plan nak naik romantic train one way ke Arashiyama tapi train beroperasi bermula pukul 9 pagi. Pukul 8 pagi kitorang dah sampai stesen Arashiyama so malas nak menunggu jadi kitorang terus ke Hutan Buloh Arashiyama ni. Dari stesen Arashiyama kena amik bas untuk ke kawasan ni sebab boleh tahan jauh kalau nak menapak. Tambang bas dah include dalam KTP so naik je tanpa perlu bayar. Bagi aku tempat ni macam overrated skit. Macam xde benda sangat pon. Hutan buloh ni pon xde la besar mana pon. Dah la berdekatan dengan kawasan perkuburan.  Selain dari tarikan hu...

Backpacking Trip ke Jepun Hari Pertama & ke-2 (Download Itinerari)

Asslamualaikum dan salam sejahtera... Lama kan aku tak update blog? Sebab tahun 2017 ialah tahun mereput. Duk rumah je. Hahaa... Bukan xnak travel pergi memana tapi banyak sangat masalah. Kena scam ngan someone hampir RM60,000 dan kemalangan masa balik keje. Habis berparut muka aku yang hensem ini. Hahahaa.... Okay sila kecam ramai-ramai. :p Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Japan pada 10-17 November baru-baru ni. Sepatutnya trip ni aku pergi bertiga tapi last minute ade sorang cancel dan tambah lagi 2 orang untuk join. Sape travelmates aku untuk trip ni biarla rahisa. Yang penting bukan travelmates from hell. Haha... Boleh kata 100% itinerari aku yang plan dengan persetujuan travelmates yang lain. Kitorang pergi ke Osaka dan balik dari Tokyo. Alhamdulillah travelmates kali ni bagi kerjasama yang baik sebelum dan selepas pergi walaupun dorang ni actually tak kenal pon each other. Cukup dah kot intro, so jom aku start dengan cerita kitorang masa kat sana. Flight kitorang pu...

Travel Buddies From Hell

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai berjumpa lagi kita dalam post terbaru. Haha.... Okay entry ni bukan pasal sambungan citer di New Zealand.  Just nak citer pengalaman aku travel dengan travel buddies dari 'Neraka'. Hahaha.... Actually xde la dari neraka mana pon. Saje nak bergurau kasar sikit. Padahal dorang ni actually kawan aku jugak. Disebabkan pengalaman bersama dorang ni la membuatkan aku fikir banyak kali nak travel dengan strangers atau yang baru berjinak-jinak nak berjalan. Lain orang, lain minat. So kadang-kadang minat dorang tu mungkin tak ngam dengan apa yang korang minat. Honestly, aku nie ialah seorang yang minat dengan tarikan alam semula jadi dan bangunan yang menarik. Benda paling aku tak suka ialah tempat-tempat sejarah macam museum dan lain-lain. Tapi kalau tempat sejarah tu lawa, baru la aku minat nak pergi. Hehe.... Lawatan Sambil Belajar What The Fish 1st Pengalaman aku masa pergi Jeju tahun 2014. Masa permulaan trip ni sepatutnya aku per...