Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Euro Trip - Athens dan Santorini, Greece

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mood masih berbelah bagi, nak update pasal trip ke Korea dengan Group Kak Zack ari tu ke atau trip ke Europe? Tapi disebabkan permintaan Trip Europe lagi tinggi, so aku dahulukan Trip Europe dulu. Haha....Ramai yang mesej tanya pasal kos aku ke 10 negara di Europe hari tu. Kali ni aku just nak share cerita dari awal sampai tamat trip. Dalam ni aku akan selit sikit pasal kos. Tak terlalu details macam trip sebelum ni sebab bagi aku kos yang kami habiskan untuk trip euro ni agak tinggi sebab perancangan yang last minute. Bayangkan kawan aku mesej nak ajak join trip ni bulan September dan trip start awal bulan November hari tu. Dah la bulan October aku busy dengan Malaysia Road Conference 2018. So macam biasa, itinerari, tempahan hotel, pengangkutan dan lain-lain semua aku uruskan. Soal itinerari ni pon main hentam je sebab tak cukup masa nak buat research tapi alhamdulillah 99% dari itinerari bejaya dipenuhi.  Untuk trip kali ni aku pergi ...

Pakej Musim Luruh ke Korea 2018 oleh Ez Kembara Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, tak sangka entry pasal trip ke Kasmir hari tu ramai yang share. Setakat hari ni dah nak dekat 3000 shares. InshaAllah lepas ni, aku akan post lagi info-info bermanfaat tentang negara yang aku lawati. Kalau ikutkan, aku nak stop je jadi Engineer buat job lain yang more flexible atau kerja berkaitan dengan bidang tourism. Tapi apakan daya, komitmen banyak sangat so benda tu hanya jadi mimpi dalam mimpi sahaja. Cewah gittew... Untuk post aku kali ni bukan untuk nak cerita trip terbaru ke apa, tapi nak cerita pasal Korea. Yeah Korea lagi. Hahaa.... Info paling banyak aku share dalam blog ini ialah mengenai Korea. Almaklumlah, Korea ni ialah negara paling kerap aku pergi walaupun rupa lebih kepada ala-ala negara aku baru balik hari tu. Hahaha....  Actually post ni adalah post iklan berbayar. Wah, sejak dah viral terus buat duit. Hahaha.... Aku nak promot pakej ke Korea yang ditawarkan oleh syarikat yang aku pernah kerja sebelum ni . Ak...

Total bajet trip ke Kashmir

Disebabkan hari tu aku lupa nak senaraikan kos trip Kashmir. Sape yg nak tahu tu boleh rujuk sini. ✈️Flight Airasia KL - Delhi - KL : RM576.84 ✈️Flight AirIndia Delhi - Srinagar -Delhi : RM332.95 **Untuk duit rupee (Rs), aku dah convert siap-siap ke RM dengan tukar Rs100 = RM5.80 1st Day (17/09/2018)-Local Sight-Seeing di New Delhi 🏡Hotel Bloomrooms Delhi : RM174 (2 malam) *so far hotel ni paling terbaik antara hotel yg pernah aku stay kat Delhi Airport Express To ND Railway Station : RM3.50 🚆Metro Qutb Minar : RM3.20 🚕Auto Rickshaw : RM1.20 (2 way - Better amik uber sebab tuktuk ni bawak pergi tempat lain dulu walaupun murah) 🏞Qutub Minar Entrance Fee : RM35 🚆Metro Chandi Chowk utk ke Jamak Masjid: RM2.30 🚕Auto Rickshaw to Karim : RM5.80/auto Lunch : RM18.70 (Order mcm2 pastu share 6 orang) 🚆Metro Rajiv Chowk utk ke Connaught Place: RM0.60 🚙Uber Balik Hotel : RM9/car Total : RM253.30 2nd Day (18/09/2018)-Delhi ke Srinagar (Local Sight-seeing di Srinag...

Trip Bajet ke Kashmir, India (Download Itinerari)

Assalamualaikum, kali ni aku nak share cerita aku ke India lagi. Yes lagi. Buat kali ke 4 ke India. Hahaa..... Tapi untuk kali ni aku ke Kashmir. Trip ni aku pergi seramai 6 orang. 4 perempuan dan 2 lelaki termasuk aku. Alhamdulillah dorang ni travelmates yang boleh dibawa berbincang dan tak buat perangai. Cuma satu je perangai dorang yang tak boleh dibendung, perangai suka shopping. Setiap kedai yang singgah mesti nak shopping. Walaupun dah cuba patahkan semangat dorang dengan hasutan-hasutan, tapi still akan beli at least satu benda setiap kali keluar dari kedai.  Kashmir ni bukanlah tempat asing sangat buat rakyat Malaysia sebab aku tengok dah bersepah orang share pasal Kashmir kat facebook. Actually sejak dari aku study sana lagi dah plan nak pergi Kashmir tapi masa tu tak jadi sebab kitorang nak cover tempat lain yang lagi dekat. Trip kali ni aku pergi ke Delhi dulu kemudian baru ke Kashmir sebab plan asal ingat nak ke Taj Mahal, Agra tapi last minute tukar plan. Lagipon...

Trip Bajet ke Darjeeling, West Bengal, India

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia pagi tadi dari India. Untuk kali ni aku nak update mengenai trip aku ke Darjeeling, West Bengal India. Actually ni kali ke-4 aku ke India dan inshaAllah next month aku akan ke Kashmir pulak. Trip ke Darjeeling ni ialah trip yang tak plan sangat pon sebab aku dapat jemputan dari syarikat Ez Qurban Sdn Bhd untuk jadi wakil dorang bagi memantau proses pelaksanaan qurban di sana. So alang-alang dah sampai sana, aku pon extend beberapa hari untuk berjalan. Orang cakap sambil menyelam minum air. Hehee... Aku bukan nak cerita mengenai aktiviti qurban ni tapi aku nak cerita trip aku after qurban iaitu trip paling mencabar aku lalui setakat ni. Tapi kalau korang nak buat Qurban di luar negara, jangan lupa daftar dengan Ez Qurban. Boleh klik SINI untuk ke web Ez Qurban. Antara negeri kat India yang aku pernah pergi ialah New Delhi, Mumbai, Uttar Pradesh, Kerala, Patna dan Tamilnadu. Tamilnadu paling lama sebab du...

Backpacking Trip ke New Zealand - Christchurch dan Auckland

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya setelah almost 2 years baru aku ade mood nak sambung cerita trip ke New Zealand aku ni. Ade yang tertunggu-tunggu tak? Hahaha.... Untuk entry kali ni aku akan cerita keseluruhan dari hari ke-9 hinggalah hari terakhir di Auckland iaitu 6 hari semuanya. Lagipon tak banyak sangat tempat yang aku melawat sekitar Christchurch dan Auckland. Sebabnya masa kat Christchurh minyak kereta dah E, so masing-masing kedekut nak isi minyak sebab nak jimat duit (Bukan aku). So terpaksa la pergi tempat-tempat yang boleh sampai dengan berjalan kaki je.  Actually pagi tu aku dah ajak member aku ni pergi Hill Port. Hill Port ni ialah puncak tertinggi kat Christchurh. So kat sini korang boleh tengok permandangan sekitar Christchurch dari atas bukit. Nak naik Gondola pon boleh. Memang dari Malaysia aku dah search pasal tempat ni dan memang nak sangat pergi. Tapi disebabkan makhluk Allah lagi sorang ni macam xnak pergi. Minyak pon xnak isi so pagi tu dah ...

Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-5 & ke-6

Salam.... setelah sekian lama aku cuba menaip balik. Bapak malas nak merapu kat blog. Aku pon hampir-hampir lupa perjalanan trip ke Jepun dulu. Aku cuba ingkatkan balik mana tahu ade yang menunggu sambungan post pasal Jepun ni. Bajet famous. Hahaa.... Lepas je kitorang sampai di Tokyo, kitorang terus amik bas ke Kawaguchi-go. Aku dah book bas ni dari Malaysia lagi. Terminal bas untuk ke Kawaguchi-go sama je yang terimnal bas express dari Osaka ni iaitu di Shinjuku Station. Sebelum kitorang naik bas, kitorang tinggalkan luggage kitorang di Tourist Information Counter. Harga bergantung pada jumlah beg, x silap aku 1 beg = 800yen.  Perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchi-go station ialah selama 100 minit.