Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Pertama & Ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni baru tergerak mood aku untuk update pasal trip ke New Zealand. Sebelum ni malas giler menaip. Bukan setakat menaip kat blog. Nak menaip thesis aku untuk master aku nip on malas. So macam biasa la, kali ni aku nak cerita trip aku ke New Zealand baru-baru ni iaitu pada 5-20 Ogos 2016. Tiket dah beli lama dah masa Airasia buka balik route ke NZ. Dapat la dengan harga RM1098 je. Kalau nak itinerary lengkap, klik SINI. Jangan mesej aku suruh email plak. Malas nak layan. Haha…..

Flight dari KL ke NZ akan transit kejap kat Gold Coast. Tak lama mana pon. Sekejap sangat. Tak sempat panas bontot dah dipanggil untuk masuk balik dalam kapal terbang. Tapi still kena go through scan segala bagai. Transit ni lebih kurang sejam setengah macam tu dan ko tak perlu visa pon sebab tak merasa pon jejak tanah kat Gold Coast tu. Pijak tar ngan lantai airport je. Haha…

Flight dari Malaysia ke Gold Coast lebih kurang 8 jam 30 minit. Dari Gold Coast ke Auckland plak dalam 3 jam 20 minit macam tu kot. Lupa dah. Kematu bontot nak tunggu sampai. Nie adalag destinasi aku paling jauh aku pernah pergi setakat ni. Sebelum ni paling jauh Korea. 6 kali pergi Korea sebab tu update pasal Korea je. Tapi tak jugak-jugak jumpa jodoh orang Korea. Haha…..

Flight dari Malaysia pukul 11 malam, sampai di Auckland pukul 4 petang. Beza waktu NZ ngan Malaysia iailah Auckland 4 jam kedepan berbanding Malaysia. Sampai je airport tak pergi memana sebab nak tunggu flight ke Auckland pagi esok pukul 7 pagi. Tak bestnya airport kat Auckland ni Cuma bagi free wifi selama 30 minit je sehari. Kedekut giler! Dah la internet kat sana mahal. Beli simcard je NZD49 sekali 200 minit call percuma ke luar negara dan 3Gb data plan. Aku sarankan ko beli la simcard ni sorang satu sebab sengsara giler nak share beramai-ramai walaupun ko bayar sama rata. 200 minit percuma tu pon aku tak merasa. Hehhhh……
Permandangan air kapal terbang. Excited giler nak tunggu sampai.

Sampai je airport terus call Apex Car Rental untuk amik kereta yang dah tempah dari Malaysia. Satu hari NZD21. Kitorang book untuk 10 hari selama kitorang di South Island. Nanti staff dorang akan pick up kat airport dan bawak ke Office dorang untul settlekan segala proses sewaan dan bagi kereta. Since kitorang datang time winter. Kitorang sewa skali snow chain. Padahal jalan raya xde snow pon. Bazir je NZD25 sewa snow chain. Nasib baik NZD25 tu bukan per day. Kereta yang kitorang sewa ialah Nissan Tiida. Okay la untuk dua orang. Tapi kalau dapat compact car lagi bagus sebab jimat sikit minyak. Dah la minyak sana mahal. Kereta ni dapat sekali ngan minyak full. So nanti nak pulangkan pon kena isi full.
** Gambar semua raw dari camera. Malas nak edit sebab banyak sangat gambar. 1st time aku travel, gambar sampai nak penuh memori camera. hehe...
Airport kecik je. Comei plak tu...
Tempat kitorang menunggu sebelum staff Apex datang amik.
Nissan Tiida, kereta yang berjasa selama 10 hari kat sana. :)
Lepas dapat kereta terus ke Countdown untuk beli groceries. Countdown ni macam giant la. Semua benda ade. Harga pon boleh tahan murah. Murah kalau tak convert duit Malaysia. Harga barang kat sana actually sama macam harga kat Malaysia. Kicap ABC sini RM2.50, kat sana NZD2.50. So kalau convert jadi la 3 kali ganda dari Malaysia. So anggap je NZD tu sama macam RM. Haha….. Bajet untuk Groceries ni ialah NZD10 untuk sehari, so total untuk 10 hari di South Island ialah NZD100. Tapi xde la terus belanja untuk 10 hari sebab kitorang stay kat Queenstown 6 hari je. Lepas beli groceries then terus ke hostel untuk hantar barang walaupun  tak leh nak check in lagi. Penginapan di aku di Queenstown ialah Base X Travel Queenstown. Harga satu malam NZD15. Harga ni untuk online booking je tak silap aku sebab aku dengar Mat Saleh yang book direct di kaunter dapat harga NZD19.
Tasik Wakatipu. Dekat je ngan hostel kitorang menginap.
Hostel ni betul-betul kat tengah Bandar Queenstown. Kat bawah ade pub. Malam-malam bising giler. Nasib tilam empuk. Lena jugak la aku tidur selama 6 hari kat sana. Lepak check in, masak untuk makan tengahari dan jalan-jalan sekitar pekan Queenstown. Permandangan kat pekan Queenstown memang lawa giler. Gunung-ganang kiri kanan belakang depan. Pekan dip on cantik. Bersih jer…. Cumanya kalau nak cari makanan Halal kat sini susah skit. Yang aku jumpa satu kedai Turkish kebab je yang Halal. Tapi kitorang tak makan kat kedai pon. Masak sendiri je hari-hari. Jimat banyak. Hehe….

Rumah-rumah di sekitar pekan Queenstown yang menghadap Tasik Wakatipu. Cantik je susunan rumah kat sini. Rasa nak pindah duduk sini je. :p
Hebat itik-itik ni. Cuaca sejuk beku pon still boleh berenang kat tasik.
Malam pon xde buat ape. Kuah jalan-jalan kat Pekan jugak pastu balik masak untuk dinner pastu tidur sebab semalam tak cukup tidur masa kat airport.

Hari kedua, lepas breakfast kitorang ke Kawarau Bridge untuk tengok orang main bungy jumping. Niat di hati memang nak main. Tapi bila tengok harga sekali terjun t upon dah mampu beli tiket pergi Maldives. Terus abam cancel niat di hati. Haha….. Harga untuk Bungy Jumping di Kawal Bridge ni ialah NZD195. Orang cakap Bungy paling best kat sini la. So yang mana duit berkepuk tu boleh cuba. Next time abam kumpul duit banyak abam datang lagi untuk try. Haha… Selain bungy jumping, korang boleh jugak try Zip Ride. Satu kali Zip Ride NZD50, kalau 3 orang NZD105, kalau 5 orang NZD150. Mula-mula nak try jugak yang ni, tapi nampak macam xde sambutan je. Terus tawar hati nak cuba. Haha….


Ade je yang dah bayar pastu tak jadi terjun. Tak tahu la duit tu burn ke atau dapat balik. Baik sedekah kat aku je.
Ko boleh je naik bridge tu untuk tengok dari jarak yang dekat.
Kalau musim summer, ko boleh request untuk terjun sampai kepala ko celup dalam air sungai Kawarau ni.
Zip Ride. Boleh request untuk buat gaya meniarap, terlentang atau kuak kupu-kupu. hahaa...
Sebelum nak ke Kawarau Bridge ni kitorang tersesat ke mana ntah sebab waze ke Kawarau Fall pastu tetiba masuk sampai ladang orang. Pastu Search Balik Hacket Kawarau Bridge, barulah jumpa tempat ni. Spent kat sini separuh hari semata-mata nak tengok orang terjun je. Haha…. Balik tu singgah groceries lagi. Hmmmm…. Ade orang minat stadium, ade orang minat shopping groceries. Kita ikut je. Tapi turn kita nak pergi tempat best, tak nak pulak orang ikut. Sadisss kan?

Ladang tempat kitorang tersesat. Nasib lawa. haha....
Countdown yang jadi tempat paling kerap dilawati ketika di Queenstown. Oh Countdown ku sayang.... Haha....
 Lepas dah siap shopping groceries, pastu singgah hostel untuk Lunch. Tapi tak sempat nak lunch terus ke tempat nak main Luge. Pakej luge ni dah book dari Malaysia. Dapat pakej gondola + 4 x Luge ride iaitu NZD49. Kalau tak harga gondola sahaja NZD33 dan sekali Luge NZD12. So untung NZD34. Hehe…. 

Permandangan dari atas bukit. Ade cafe. Sini ade wifi free. Haha...
Once dah sampai atas. Ko boleh naik benda ni banyak kali pon xpe. Tak perlu bayar dah. Sampai muntah pon xpe. hehe....
Best giler wa cakap lu main Luge ni. Sangat la recommended. Harga pon tak semahal ko nak main benda lain i.e bungy jumping, sky dive, jet shotover semua tu. Untuk 1st ride ko kena lalu Blue Track iaitu track untuk beginner. Track ni tak mencabar mana pon tapi aku hampir jugak terbabas. Haha…. Then untuk 2nd time dan seterusnya ko boleh pilih nak lalu kat Blue atau Red track. Red track paling best sebab ade slope dan boleh kona leper orang Tganu kata. Haha….. Puas la amik 4 kali Luge Ride tu. Permandangan dari atas bukit ni pon lawa. Boleh tengok satu kawasan pekan Queenstown. Orang cakap paling best ialah tunggu sampau sunset. Since aku pergi ni time winter, suhu pon dah negative, memang xde la nak tunggu sampai malam. Lagi pon bila dah malam, suhu lagi sejuk. Lepas abes ride kitorang terus balik hostel untuk siapkan makan malam. Malam lepak hostel jugak sebab suhu kat luar terlampau sejuk. Nak jalan kat luar pon malas. 

Yang cenonet tengah jalan tu la Luge. Macam go cart tapi yang ni xde engin. Just guna kuasa graviti je. Gittew....
Track depan skali Red Track, yang ade masuk terowong tu Blue Track.
Kat atas bukit je bersalji. Bawah xde pon salji.
Sepanjang perjalanan kat sini permandangan memang superb lawa. Teruja tengok. 1st time aku tengok negara yang lawa macam ni. Tak de satu tempat pon tak lawa. Semak samun pon lawa. haha.... Tapi aku nak bagi satu tips supaya trip korang jad lagi best ialah make sure travelmates ko pon best. Enjoy trip dari pergi sampai balik. Tak perlu pendam perasaan. Lama-lama boleh jadi giler. Biar die giler sorang, korang jangan jadi giler. Haha.... Best giler weh trip ke NZ ni. Memang akan repeat lagi lepas ni. Sape nak ikut??

Sambung hari seterusnya akan dicerita kemudian. Malas dah nak menaip. :)



Comments

  1. Replies
    1. Tuan x bergambar sebab xde org nak amikan. hehe

      Delete
  2. Lamanya cuti... patutlah memory card penuh... anyway NZ memang negara yang cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sem... sebab tu dapat cuti lama-lama. hehe

      Delete
  3. Kat mana beli pakej luge dgn gondola tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat website mana ntah. Sorry dah lupa.

      Delete
  4. salam. hai saya anis. nak tanya, malaysian driver's license tu memang kena pg JPJ untuk translate ke? yg kena pay RM10 tu. sebab i ada baca blog yg pg buat and some tak. tak sure mmg tak buat, or dorg tak mention. so i wonder how about yours?

    thank you so much. your reply is highly appreciated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah.... sbb lesen baru mmg dah ade BI.

      Delete
  5. Boleh tak bagi link nak booking pakej luge ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lupe dah... tp boleh google je. Ktorg book kat website betul dorg bukan tru agen.

      Delete
  6. Assalamualaikm En. Azwan, encik ambk kereta kat airport mane ye? sebab tetiba dah sampai Queenstown. dari Aukland ke Queenstown tu encik join flight jet star or new zeland air? airline mane yg lagi murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, airport Queenstown. Jet Star lagi murah.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts