Soalan-soalan Lazim Tentang Trip ke Korea

Salam guys, since lately aku banyak sangat dapat mesej bertanyakan pasal Korea. Actually aku ni memang suka sangat sembang bab-bab travel, tapi sampai satu tahap aku turn off giler nak reply whatapps atau mesej-mesej mereka yang tanya solan, sebab soalan yang ditanya ni macam sangatla banyak aku dah share kat blog dan mana-mana website lain. At least buat la research sikit so that aku nampak kesungguhan korang nak berjalan. Tak de la aku boring asyik jadi tukang jawab je. Hehehe…. Okay dah cukup dah memebel, so kat bawah ni aku nak summarize soalan-saolan yang biasa ditanya tentang Korea. Random questions dan answer based on aku punya pengalaman. Ko punya pengalaman aku tak tahu. Haha…. Kalau ade nak tambah, boleh drop kat komen.

1.       Selamat tak nak travel ke Korea seorang diri (Solo Backbackper)?
Untuk pengetahuan korang, Korea nie tersenarai dalam Top 10 negara paling selamat di dunia. So korang tak perlu risau sangat kalau nak travel ke Korea walaupun sorang-sorang. Tak kisah la ko perempuan ke lelaki ke sebab kat sana nanti ko akan jumpa bersepah orang Malaysia walaupun muke dorang kerek nak mampus time jumpa. Hahaa…. So ko tegur je la kalau risau sangat kena ngorat ngan mamat atau minah Korea.

2.       Musim apa yang paling best nak melawat Korea?
Soalan ni agak subjektif sebab depends pada ape minat ko. Ade orang suka salji, ade orang jenis mat bunga, ade orang suka main panas dan ade orang suke tengok permandangan lawa. Tapi kalau ko tanya aku, aku suka musim luruh sebab permandangan time musim luruh memang lawa giler baq hang. Spring pon lawa jugak tapi kena pergi waktu yang sesuai contohnya semasa bunga sakura sedang berkembang. Winter plak bagi aku tak best mana pon sebab sejuk melampau. Nak jalan pon x best. Setakat nak tengok salji, ko pergi i-City je. Hahaa….

3.       Waktu atau tarikh yang sesuai untuk melawat Korea?
Winter – Disember hingga Februari : Untuk winter nie x boleh nak agak bila salji akan turun sebab salji ni macam hujan, ikut suka dia nak turun bila. Kadang dah masuk March pon still ade snow fall.
Spring – March hingga Mei : If korang nak tengok bunga sakura boleh target end of march sampai early april. Nak senang cek forecast time bila dorang buat event untuk festival sakura so tarikh-tarikh tu memang sesuai nak tengok sakura. i.e Jinhae Guhangje Festival biasanya 1-10 April. Kat Youaeido Park, Seoul pon lebih kurang tu jugak. Cuma kat Jeju biasanya lagi awal seminggu macam tu.
Summer – Jun hingga Ogos : Summer aku tak pernah pergi sebab orang cakap panas lebih kurang Malaysia. So baik cuti-cuti Malaysia je. Haha….
Autumn – September hingga Novmber : Paling best nak pergi time autumn ialah end of October hingga early November sebab time ni daun-daun semua dah start bertukar warna. Kalau pergi awal, kemungkinan daun-daun still hijau cuma suhu la best sikit sebab tak sejuk sangat dan x panas sangat.

4.       Mahal ke barangan dan makanan kat sana?
First pasal makanan, bagi aku makanan kat sana memang la mahal sebab harga lebih kurang 3 kali ganda Malaysia i.e. Kebab kat Malaysia RM5, tapi kat Korea Won 5,000. Dari won nak convert RM kena kali lebih kurang RM3.50. Jadinya dalam RM17.50 satu Kebab. Lagi satu, kalau korang biasa travel ke mana-mana negara bukan Islam ni, makanan halal akan jadi eksklusif, so memang mahal la sikit dari biasa. Another alternative, korang boleh makan local foods yang xde certified halal tapi diperbuat dari sumber yang halal contohnya seafood atau buah-buahan. Faham? Hehe….

Pasal barangan plak, ramai jugak tanya, ape yang paling berbaloi shopping kat sana. Bagi aku satu je iaitu Kosmetik. Memang rata-rata perempuan yang pergi sana cakap Kosmetik branded macam Nature Republic, Holika-Holika, Innisfree, E-Tude, Face Shop semua tu murah banyak berbanding Malaysia. Lain-lain tu aku tak sure sangat sebab aku pergi tempat orang nak jalan je bukan nak shopping. Hehe…. Duit aku lagi banyak abes kat makanan sebab aku suke food hunting. Makanan kat Korea ni boleh tahan sedap. Hehe….

5.       Souvenir apa yang boleh dibeli di Korea/
Souvenir sebenarnya bergantung kepada berapa tebal wallet ko. Kalau ko bawak 2.6 Billions, macam-macam ko boleh beli. Tapi kalau ko spesis dah buat list dari awal sape yang ko nak bagi. Tu pon last minute banyak yang kena keluarkan dari list, so ko beli je la Key Chain or Nail Clipper sorang satu. Hahaha…. Kalau Key Chain dan Nail Clipper 1 papan ade 10 Key Chain boleh dapat dalam 7,000 Won. Kalau nak beli Brooch boleh beli Kat Namdaemun. Harga ikut size brooch tu besar mana. Harga serendah 2,000 seketul. Souvenir lain yang orang suka beli ialah, set sudu Korea (1,500 – 10,000 Won depends pada berapa set sudu) , Baju I Love Korea ( 3 helai 10,000 won), Book Mark (1,000 Won / piece), Stoking ( 1,000 Won / Sepasang) dan lain-lain. Tempat yang murah untuk beli Souvenir ialah Namdaemun, Insa-dong dan Dongdaemun. Kat tempat lain tu nasib la kalau dapt murah.


6.       Street Foods yang halal kat Korea?
1.       Hotteok : Macam pau goreng dalam tu ade inti kacang, kuaci dan badam. Famous kat Gukje Market, Busan. Kat Seoul kureng skit bagi aku. Harga dalam 1,000 won seketul.
2.       Fish cake / Odeng : Fish cake macam kat pasar malam kalau korang beli Yong Tau Fu tu. Biasanya banyak dijual tepi jalan especially time musim sejuk sebab makanan ni dihidang sekali ngan kuah sup panas. Sup kosong je. 1,000 won secucuk.
3.       Tteokbokki : Makanan fomous kat Korea iaitu Kek beras atau Rice Cake. Banyak dijual tepi jalan skali ngan Odeng. Tapi kena cek jugak sebab ade yang Tteokbokki yang dicampur dengan blood sausage. Rasa biasa je bagi aku. Tapi kalau dah sampai Korea, kena la rasa. Hehee… Harga dalam 2,000 won ke 3,000 semangkuk kecik.
4.       Bungeoppang : Roti berbetuk ikan berinti kacang merah atau custard. Yang ni sedap. Selalu kalau aku pergi mesti beli ni. Sedap makan time panas-panas. Kalau sejuk nanti lemau jadi tak best. Tapi kalau dah lapar semua benda sedap. Haha…. 1,000 Won dapat 3 ketul.
5.       Hodugwaja : Rupa macam kacang hazelnut yang menggerutu. Biasanya boleh jumpa kat dalam station subway. Sedap jugak… Diperbuat dari tepung dan berintikan kacang. Ala-ala kaya Ball kat Giant tu tapi bentuk dan inti dia improvised skit. Haha…
6.       Tempura : Biasanya tempura ni pon banyak dijual tepi jalan. Tempura ni ade macam-macam jenis, contohnya gimbap, udang, ubi keledek, cili, dan macam-macam lagi la. So kalau nak makan tu, cari kedai yang jual makanan yang xde unsur-unsur kebabian disitu. Kot la minyak goreng babi pastu goreng tempura. Haha….. harga ikut tempura apa ko makan. Bermula dari 500 won hingga 2,000 won.
7.       Gyeranppang / Egg Bread : Roti telur, kat Myeongdong banyak jual. Macam kuih berbentuk bujur dan ade telur sebijik dalam tu. Sedap jugak. Harga dalam 1,000 won ke 2,000 won sebiji.
8.       Sotong bakar : Yang ni banyak dijual. Korang kena try yang ni. Sedap gilos. AKu suka makan sotong ni especially dengan mak cik yang tolak cart dekat Namdaemun. Susah pulak nak jumpa mak cik tu. Tapi sotong die yang paling best stakat ni. Haha… 5,000 won untuk sekor sotong. Must try! Tapi ade yang liat nak mampus. Sakit gigi nak habiskan. :(
9.       Lain-lain makanan ko cek la sendiri. Sebab nama pelik-pelik so aku tak berapa nak hafal. Ade yang memang ade cop halal kat kedai dorang, so yang tu boleh la try tanpa was-was. KOT! J Dan kalau pergi time musim strawberi, jangan lupa makan strawberi. Sedap giler baq hang. Haha…. Banana uyu tu dah lapuk dah sebab dah banyak masuk Malaysia.

7.       Macam mana nak dapat tiket murah ke Korea?
Sorry dik, abang tak keje ngan syarikat penerbangan so abang pon tak tahu bila tiket nak murah dan bila die nak jadi mahal. Hahaa…. Tapi jawapan abang, tunggu la time promo. Jangan lupa subscribe advertisement dari mana-mana airlines yang ada ke Korea. So bila dapat news pasal Promo terus duk depan laptop cek tiket cepat-cepat sebelum rombongan mak jemah book semua tiket promo. Hahaha…… Aku biasa fly dengan Airasia X sebab tu je flight yang murah dan direct. Selain Airasia X, boleh try Vietnam Airlines tapi biasanya akan transit for few hours kat Vietnam. Takyah tanye orang brape murah yang dorang pernah dapat sebab kalau ko nak dapat macam dia dapat, memang tak pergi Korea la ko. Average tiket ke Korea dalam RM600 – RM800, kalau dapat dalam harga tu kira okay la. Kalau last minit standard la kalau harga mencanak jadi RM1000 lebh.

8.       Macam mana nak pergi ke tempat ni dari tempat ni?
Sorry dik, abang bukan GPS atau Googleman.. Kalau adik rajin main facebook, why not adik google kejap sebab website Visit Korea memang banyak share info pasal tempat-tempat menarik di Korea termasuk la cara nak pergi ke tempat tu. Kalu adik rajin sikit je, bukan stakat tempat kat Korea, nak pergi planet Pluto pon boleh sampai. Haha…. Dan dalam itinerary yang aku share kat sticky post tu pon aku dan listkan cara  macam mana nak pergi. Kalau tanya jugak, nanti aku hempuk ngan key board. Haha….

9.       Tempat mana yang strategic saya nak menginap?
Susah jugak nak jawab soalan ni. Strategik dari sudut ape? Ade orang suke tempat yang tak crowded, ade orang suke duk kat tempat-tempat senang nak shopping, ade orang suke nak duk tempat yang senang cari makanan Halal. So ikut citarasa ko. Belum dikira factor kos dan sebagainya lagi sebab ade orang nak yang jimat ade orang nak yang at least 3 bintang. So aku sarankan ko survey sendiri mana nak menginap dan baca review pasal penginapan tu. Biasanya orang akan komen skali sama ada lokasi penginapan tu strategik ke tak. Kalau tanya aku, aku sarankan stay kat area Dongdaemun, Myeondong, Itaewon, Ewha Woman’s University dan Hongik. Sebab tempat-tempat ni kira macam havox skit dan banyak tempat-tempat best. Tips nak book hotel boleh refer SINI.

10.   Tempat makanan Halal di Seoul?
Ko download itinerary kat sticky post diatas, dalam tu aku ade listkan tempat-tempat makan yang korang boleh cuba. Penat dah nak menaip kat sini. Hehee….. Tapi mostly makanan yang halal berdekatan ngan masjid contohnya Itaewon di Seoul, Dusil di Busan.

11.   Susah tak nak faham macam mana system subway/train di Korea especially interchange station?
To be honest, masa awal aku study pasal Subway kat Korea dulu pening jugak, tapi once ko dah sampai sana dan after 1st day memang automatik ko akan faham macam mana nak guna subway tu, mana nak tukar dan paling penting sila tahu exit mana korang nak keluar nanti. Ingat aku pesan, sila ingat atau catatkan exit mana korang nak keluar nanti sebab salah exit menapak la ko ulang alik turun naik tangga untuk pergi ke exit yang sepatutnya. So tak perlu la ko nak risau sangat selagi ko tak sampai sana. Just make sure ko dapatkan atau print Korail Maps atau download je apps kat phone.

12.   T-Money nak beli kat mana?
Sampai je airport, ko boleh cari 7E atau mana-man convenient store untuk beli T-Money atau Cashbee dan jangan lupa top up. Penggunaan T-Money ni sama je macam T&G, tapi ko boleh guna untuk subway, bas, taxi dan macam-macam lagi. Nak beli barang kat convenient store pon boleh. Satu T-Money untuk sorang sahaja. Satu kad 2,500 won je pon. Xyah nak kedekut sangat. Haha….

13.   Berapa banyak nak top up dalam T-Money?
Tak perlu risau soal berapa banyak nak top up sebab korang boleh top up anytime if duit tak cukup dalam tu. Kalau terlebih pon korang boleh refund balik. Vending machine untuk top up dan refund memang ade dimana-mana station. Kalau pergi dalam 5 hari, 20,000 won cukup dah rasanya. Unless ko tak pandai plan perjalanan dan asyik exit kat setiap tempat. If korang nak tukar line, tak perlu exit dari station tu, just follow directory untuk tukar line. Tapi ade certain line macam nak ke Everland kena exit dulu then masuk balik.

14.   Kalau nak pergi Busan/ Seoul balik hari boleh tak?
Boleh je awak. Demi awak semua boleh. Hahah…. Actually tak berbaloi pon ko nak pergi Seoul atau Busan balik Hari sebab kos untuk ko pergi tu bukan sikit. Let say ko amik domestic flight, boleh la sampai dalam 1 jam macam tu. Tapi mana je ko nak pergi? Kalau naik train plak, paling laju 2 jam 30 minit by KTX tapi harga lebih kurang domestic flight. Kalau Mugunghwa train amik masa 5 jam 30 minit. So agak-agak mana je korang nak pergi? So aku sarankan x payah la gigih pergi balik hari. At least tay satu malam okay kot. Then amik overnight train. Kan jimat. Hehee….

15.   Kat Seoul/Busan ape yang BEST?
Soalan macam ni memang mintak kena hempuk jugak… Haha… Dah ko dengan rela hati beli tiket ke Korea pastu ko tanya ape yang best. Kalau aku cakap xde yang best macam mana? Nak jual balik tiket tu? Survey la dulu cik kak. Tak pon baca je previous entries aku sebelum nih. Dah ko nak sangat pergi Korea tu sebenarnya nak jumpa Song Jong Ki ke? Ke nak jumpa Song Ji Hyo? Hahaa…..

16.   Orang Korea friendly tak?
Bergantung kepada yang macam mane yang ko jumpa. Ade yang ramah tamah. Ade  pemalu, dan ade kerek nak mampus. Sama je macam kat Malaysia. Tapi don’t worry, if korang sesat or perlukan pertolongan jangan malu bertanya. Even dorang tak reti cakap BI, ade yang sanggup explain kat korang sampai korang faham, especially ahjumma dan ahjussi. Budak muda memang muka cam kerek skit. Tapi lagi kerek rakyat Malaysia yang ko jumpa kat sana nanti. Selisih bahu pon tak tegur. Aku sorang je mampu ke Korea kata kau….. Hahaaa……

Saje nak share yang aku tahu. Kalau tak nak tahu sudah. Kalau salah tolong betulkan sebab aku cerita ape yang aku tahu berdasarkan pengalaman 6 kali pergi Korea. Aku tak pernah belajar dan stay sana pon. Hehee.....


Comments

  1. Replies
    1. Thanks yer... Tak sangka ada perminat. Hahaa.....

      Delete
  2. Thank youuu for all the tips! Habis dah khatam semua entry pasal korea dlm blog ni. Siap dah print itinerary lagi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts