Skip to main content

10 Tempat Wajib Dilawati Di Seoul, Korea

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Kembali lagi dengan entry 'Jalan-jalan ke Korea'. Tak habis ngan Korea. Hahaha.... Maklumlah dah Korea je tempat yang aku selalu pergi. Btw saje la nak bagi tahu walaupun korang tak tanya, next week aku akan ke New Zealand selama 15 hari. Yuhuuuu.... So nanti tunggu la cerita trip ke New Zealand plak yer. Hehehe... Untuk kali ni, ko hadap la dulu cerita pasal Korea yang tiada penamatnya ni. 

Entry ni khas untuk sesiapa yang tertanya-tanya mana nak pergi kalau ke Seoul, Korea. Seoul dulu, Busan nanti tunggu aku rajin plak okey. Senarai kat bawah ni kira tempat yang wajib la korang pergi. Wajib ni jenis tak berdosa pon kalau ko tak pergi cumanya macam tak berapa lengkap trip ko kalau tak pergi sini. Kalau tak pergi jugak pon xpe. Hehe.... 

1) Nami Island

 
Cara ke Nami Island : Berhenti di Gapyeong Station (Gyeongchun Line). Ambil teksi ke jeti untuk ke Nami Island.
Tiket Masuk : 8,000 won termasuk tiket feri.



Pulau Nami ni kira antara tempat yang terkenal di Korea. Sebut Korea je mesti orang tanya "Pergi tak Nami Island?". So kalau pergi sini dengan bangganya ko boleh la cakap "Pernah". Hehe... Actually pulau ni tak de sebesar Pulau Pangkor atau Pulau Perhentian, cuma pulau kecik je kat tengah-tengah sungai atau tasik. Kalau ko pandai berenang, nak berenang pon boleh pergi sini kalau rasa 8,000 won tu mahal. Haha... Pulau ni terkenal dengan kecantikan yang tersendiri pada berlainan musim. Tapi bagi aku, musim luruh adalah musim paling lawa kat sini. Untuk yang Muslim plak, x perlu risau untuk nak solat dan cari makanan halal sebab kat sini ade disediakan bilik solat dan ade beberapa kedai makanan halal yang korang boleh cuba. Makanan Malaysia pon ade. Tapi those yang nak berjimat boleh cuba nasi goncang. 

 2) Chandokgung Palace

Cara ke Chandokgung Palace : Angguk Station. Keluar Exit 3, then terus je sampai jumpa pintu gerbang ke Chandokgung Palace.
Tiket Masuk : Palace : 3,000 won, Secret Garden : 5,000 won

Ade dua historical palace yang famous kat Seoul ni. Satu lagi Gyeonbokgung Palace. Jarak antara dua palace ni tak jauh mana pon. Korang boleh menapak je untuk kedua palace ni. Dua palace ni almost sama je rupa cumanya Gyeonbokgung lagi besar dari Chandokgung. Since aku ni tak berapa minat sejarah, so aku suggest kat ko yang kecik sebab sekadar cukup la melawat salah satu palace. Then lepas ko lawat palace ni boleh la ko singgah Insa-dong plak sebab tak jauh mana pon. Aku tak masuk Insa-dong dalam 10 senarai tempat wajib pergi sebab mostly tempat kat Korea ni lebih kurang sama je. Nanti aku akan suggest tempat lain yang lebih kurang Insa-dong. Yang best kat Chandokgung ialah sini ade Secret Garden yang memang cantik untuk korang lawat pada especially musim luruh. Cumannya tak best sebab kena bayar tiket asing. Tak mahal mana pon, 5,000 won je.

3) Namsangol Hanok Village

Cara ke Namsangol Hanok Village : Chungmuro Station. Dari Chungmura Station, then keluar Exit 3 atau 4, nanti akan nampak satu stesen minyak. Terus je kearah simpang sebelah stesen minyak tu, then nanti nampak la pintu gerbang ke Namsangol Hanok Village.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Namsangol Hanok Village kira macam sebuah kampung warisan ditengah-tengah Bandar Seoul yang dijadikan tempat perlancongan. Ade beberapa rumah tradisional yang dah dikosongkan dan diubah suai untuk tatapan pelancong. Kalau nak yang real punya, korang boleh ke Bukchon Hanok Village. Sini kampung yang memang masih didiami oleh orang tempatan. Kat sini korang boleh cuba permainan tradisi dan pakaian tradisi orang Korea iaitu Hanbok. Ade caj bayaran ye untuk try Hanbok tu. Ingat semua dapat Free ke? Hahaa..... Kalau nak free korang boleh try kat Tourism Centre di Myeong-dong. Kampung ni berkonsepkan taman yang memang cantik. Siap ade air terjun lagi. Kalau time summer, boleh main celup-celup kaki dalam air especially setelah penat berjalan seharian. Make sure kaki ko tak kepam. Kan mati abes ikan dalam tu. Haha....

 4) Itaewon

Cara ke Seoul Mosque, Itaewon : Itaewon Station. Keluar Exit 3 dan terus je sampai jumpa kedai kebab sebelah kanan. lepas tu boleh kanan naik bukit sampai jumpa simpang 3 terus belok kiri. Terus lagi dalam 200 m akan jumpa pintu masuk ke masjid.

Tiada bayaran dikenankan. As orang Islam, kira Masjid kat Itaewon ni adalah tempat wajib la untuk korang singgah. Ye la, bukan senang nak cari masjid yang kebanyakan masyarakat dorang bukan beragama Islam. Yang paling best dekat Itaewon ni ialah banyak kedai makan halal. Bukan setakat local foods, middle east dan makanan dari Malaysia dan Indonesia pon ade. Sekitar Itaewon ni jugak ade macam-macam kedai yang korang boleh singgah. 


5) Dongdaemun History & Culture Park

Cara ke Dongdaemun History & Culture Park : Dongdaemun History & Culture Park Station.

Untuk Dongdaemun History & Culture Park ni aku sarankan korang pergi malam sebab permandangan pada waktu malam kat sini memang lawa sebab korang boleh tengok view lampu-lampu yang cangat cantik. Berdekatan dengan bangunan ni ada satu taman yang dihiasi dengan bunga lampu-lampu berbentuk bunga ros yang sangat lawa giler baq hang. Awek-awek mesti suka datang sini. Hehehe..... Dari sini jugak korang boleh jalan kaki ke Dongdaemun Market. Kat sini banyak jual produk local dan souvenir-souvenir.

6) Everland

Everland ni tak wajib sangat kalau ko setakat stay kat Seoul kurang dari 5 hari. Tapi kalau ko boleh stay lebih sehari dan tak tahu nak pergi mana, aku sarankan ko ke Everland. Make sure korang stay sini the whole day sebab banyak gilos permainan best-best korang kena try. Yang wajib try ialah T-Express iaitu Wooden Roller Coaster. Ko nampak tak kat atas tu? Rangka-rangka roller coaster tu dibuat dari kayu. Nak tercabut jantung main benda tu. Tapi aku dah try 2 kali dan teringin nak try lagi. Hehee.... Kelau yang jenis penakut pon sesuai jugak datang sini sebab ade indoor activities yang menarik jugak. Tapi kat sini susah nak cari makanan Halal. Kalau datang sini, better ko tapau siap-siap.

7) Myeond-dong

Cara ke Myeong-dong: Myeondong Station


Myeondong ni terkenal sebagai fashion street. Kat sini banyak dijual produk-produk branded dari dalam dan luar negara. Paling famous kat sini ialah kedai-kedai kosmetik. Macam-macam brand ade. Dan aku rasa benda paling berbaloi nak beli kat Korea ialah Kosmetik. Memang murah giler compare ngan kat Malaysia. Sebab tu la skali aku bawak orang datang sini mesti penuh beg plastik dorang bawak balik. Tapi aku ni bukan spesis minat shopping sangat tapi aku suke datang sini sebab banyak street foods yang dijual kat sini. Dan kebanyakan Halal. Kalau ko nak datang sini, aku sarankan ko datang waktu petang time dah nak dekat-dekat malam sebab time waktu macam ni baru la banyak  food cart dibuka.

8) Youiedo Park

Cara ke Youiedo Park : Youiedo Park. Keluar Exit 3 dan terus je ke arah Bangunan National Assembly.


Youeido Park ni terletak berdekatan dengan Stesen TV KBS. Kalau rasa nak tengok artis korea boleh la cuba datang sini. Tapi ikut nasib la jugak sebab masa aku pergi ari tu ade la ternampak 2 3 orang artis Korea tapi aku tak kenal nama. Di Youeido Park ni banyak aktiviti korang boleh buat sepeti sight-seeing, main basikal, main basketball dan lain-lain. Taman ni betul-betul kat tengah bandar dan dikelilingin bangunan yang lawa plak tu. Tempat ni paling famous bila tiba Musim Bunga Sakura. Memang berdoyong-doyong manusia datang sini sebab nak tengok sakura.Tapi time xde sakura pon ko boleh datang sini. Just buat aktiviti leisure ngan kawan-kawan korang. Takkan setiap hari nak shopping je manjang. Hehee.....

9) Namdaemun Market

Cara ke Namdaemun Market : Hoehyeon Station. Exit 5. 

Kalau orang tanya aku mana tempat nak borang souvenir paling murah, aku akan sarankan ke Namdaemun sebab sini banyak pilihan souvenir dan juga produk-produk lain. Actually tempat macam Insa-Dong dan Dongdaemun pon ade jugak yang murah. Cumanya aku prefer Namdaemun ni sebab dekat dengan Myeond-dong dan Namsan Tower. So korang boleh pergi ke tempat-tempat ni dalam hari yang sama supaya tak buang masa dan tenaga korang. Kalau nak cari barang macam brooch tu better datang sebelum pkul 7 malam sebab lepas pada tu banyak kedai-kedai yang dah tutup kecuali kedai-kedai souvenir dan gerai-gerai kecil. Kat sini kebanyakan perniaga ialah orang tua, sebab tu la kot kedai tutup awal. Hehe.....

10) Namsan Tower


Cara ke Namsan Tower : Boleh jalan kaki dari Myeon-dong atau Namdaemun Market ke Stesen Kereta Kable, then amik cable car ke atas. Nak senang amik taxi je untuk ke Stesen Kereta Kable. Charge pon tak mahal sangat kalau share 4 orang satu kereta. Dalam 1,000 won je sorang.

Namsan Tower ni pon antara tempat wajib singgah jugak. Aku suke pergi time malam sebab suke tengok permandangan Seoul pada waktu malam yang dipenuhi dengan cahaya-cahaya lampu bangunan yang memang cantik. Kalau nak datang siang pon okay cuma aku lagi suka malam. Kat sini la yang famous dengan padlock tergantung banyak-banyak tu. Untuk ke observatory deck, korang kena bayar. Berapa tu, google la sendiri. Sebab ni tempat ke-10 so aku dah malas nak menaip. Hahah.... Untuk ke sini korang boleh amik bas, teksi atau naik cable car. Aku suke naik cable car sebab tak perlu menapak jauh. Dari stesen cable car tu ko amik teksi plak.


Senarai 10 tempat di atas ni adalah pendapat aku sendiri. Bukan ade undian pon dibuatnya. Cumanya berdasar pengalaman dan pemerhatian aku, mostly memang akan ke sini dulu then baru la tempat lain. Kalau ko rasa tempat-tempat ni tak menarik boleh suggest tempat lain  :) So ikut suke ko la nak pergi mana.... Tiada paksaan. Kalau tetiba ko pergi then rasa tak berbaloi, jangan la plak salahkan aku. Haha....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...