Skip to main content

Jinhae Gunhangje Festival - Festival Bunga Sakura di Busan, Korea

Assalamualaikum…. FYI minggu lepas aku baru je balik dari Seoul, dan minggu sebelum tu pulak aku ke Busan. Kiranya gap antara dua trip nie memang agak dekat sebab after balik je Busan, then aku kena masuk kelas balik untuk satu minggu then pergi Seoul pulak selama 7 hari. Both trip ni adalah fully sponsored sebab aku dibawa as a tour guide. Untuk trip ke Busan, aku dtugaskan untuk bawak seramai 22 orang. Dan untuk trip Seoul pulak 2 orang je iaitu Husband and Wife. Disebabkan aku nie busy yang teramat sangat, so dalam entry kali ni aku nak cerita pasal pemburuan sakura di Busan dan Seoul tempoh hari. Di Busan kitorang sempat ke Jinhae Gunhangje Festival, manakala di Seoul plak kitorang ke Youeido Park. Memang tak mampu la aku nak menaip part by part atau day by day macam trip sebelum ni. Lagi pon mostly tempat yang dilawati adalah tempat yang sama kecuali semasa di Seoul disebabkan trip tu 7 hari dan banyak masa untuk explore tempat-tempat lain.

30 mac – 3 April 2016 : Trip Ke Busan ni dianggotai oleh 22 orang peserta yang rata-ratanya tidak mengenali antara satu sama lain. Trip ni, aku dibayar oleh syarikat Ez Kembara Sdn Bhd untuk menjadi guide dorang. Yang bestnya pasal trip ni ialah, trip berkonsepkan Backpacker Style. So perjalanan yang diatur seolah dorang ni join trip yang biasa aku arrange dengan member-member yang lain. Menggunakan pengangkutan awam dan menginap di guesthouse. Sebelum pilih tarikh ni, aku memang dah bajet untuk pilih tarikh yang bersempena dengan festival bunga sakura di Jinhae. After tengok forecast, memang tarikh yang aku pilih tu kena pada tarikh Jinhae Gunhangje Festival iaitu 1 – 10 April 2016. Tahun lepas aku sempat pergi waktu hari last festival je, so kali ni sempat merasa permulaan sambutan festival kat Jinhae ni. Siyesly, view pada permulaan dan hujung festival ni sangat-sangat jauh beza. 

Untuk direction nak ke sini, korang boleh refer previous entry aku pasal festival ni yang aku pergi tahun lepas. Klik SINI.  Tak macam yang aku pergi tahun lepas, nak naik bas pon kena beratur panjang giler sebab hari yang kitorang pergi ni ialah hari minggu so lagi ramai orang yang nak kesana. Dalam 45 minit jugak beratur then barulah kitorang dapat naik bas. Perjalan dari Seobu Bas Station nak ke Jinhae ni mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dah la ramai manusia dalam bas, sampai berpeluh-peluh ketiak nak tunggu sampai.

Inilah rupa-rupa peserta yang join trip ke Busan. Semua terbaik dan macam dah lama kenal. Hehe....

Sampai je di Stesen Bas Jinhae, ingatkan nak tahan teksi untuk ke Yeojwecheon Bridge, tapi semua teksi tak nak hantar sebab jalan jammed. Nasib baik semua peserta kental dan gigih ajak aku jalan kaki walaupun time tu rasa bersalah giler kat dorang sebab hari-hari lepas dah penat berjalan.. Hari ni terpaksa jalan kaki lagi. Boleh tahan jauh jugak dari stesen bas nak tu Yeojwecheon Bridge tu. Mungkin sebab dorang 1st time sampai, so rasa keterujaan tu membuatkan hilang rasa penat. Haha....

Sampai je kat bridge, Oh mak aiii..... rasa gilos manusia. Nak jalan pon sampai berlaga bahu. Last time aku pergi langsung tak macam ni. Nak tidur tengah jalan pon boleh, tapi kali ni memang teramat ramai gilos pelancong dan penduduk tempatan yang datang ke festival ni. Patut la masa nak naik bas beratur bukan main panjang. Sepatutnya after ke Yeojwecheon Bridge, aku berhajat untuk ke Gyeonghwa Station iaitu satu lagi tempat yang popular untuk melihat bunga sakura di Jinhae. tetapi masa amat mencemburui kitorang sebab rushing nak ke Nakdong River untuk bergambar dengan bunga canola plak.



Tarikh yang dipilih memang sangat tepat untuk tengok sakura. Sepanjang jalan dihiasi dengan bunga sakura yang tengah berkembang penuh. Untuk pengetahuan korang, bunga sakura ni tak berkembang lama. Bunga ni hanya bertahan selama seminggu je. Kemudian bunga-bunga akan mula gugur dan daun-daun mula keluar dan akan gugur pada musim luruh dan berbunga kembali pada musim bunga tahun depan.



Sepanjang jalan nak ke Yeojwecheon Bridge tu pon korang tak kan rasa bosan sebab sepanjang jalan korang akan lalu di bawah pokok-pokok bunga sakura. Sambil jalan sambil amik gambar. Mungkin ni salah satu cara untuk korang hilangkan penat semasa berjalan. Hehe...




Sepanjang tempoh festival ni jugak, terdapat gerai-gerai jualan dan juga persembahan berjadual yang diadakan di tapak festival. So korang boleh refer page Korea Tourism untuk cek jadual persembahan sepanjang festival. Mana tahu dapat jumpa artis Kpop bagi yang gila mamat & minah Kpop. :)




Aku macam dah tak de idea nak menaip ape. So kat bawah ni korang boleh tengok gambar-gambar yang aku snap semasa ke sana. Kalau nak tengok gambar pada trip lepas, boleh klik link yang aku bagi kat atas tadi. Berbondong-bondong manusia yang datang. Nak amik gambar dicelah-celah pokok sambil feeling-feeling dilwale pon susah. haha....


 


Hiasan sepanjang stream pada tahun ni tak secantik tahun lepas. Bagi aku, tahun lepas punya lagi cantik cumanya waktu aku pergi tahun lepas, bunga sakura dah start gugur dan tak lawa macam tahun ni.







Untuk trip di Seoul aku akan cerita dalam next entry. Gazebo kat atas ni la tempat kitorang lepak untuk makan tengahari. Disebabkan Jinhae dekat pedalaman sikit, so kitorang bawak bekal siap-siap dari Guesthouse untuk makan disini. So those yang nak kesini, aku sarankan untuk tapau makanan siap-siap sebab sini susah nak cari makanan yang halal. Sape nak itinerari ke Korea boleh download dari sticky post di atas.

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...