Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-7 & Ke-8

Assalamualikum dan salam sejahtera.... Sambungan untuk har seterusnya walaupun aku macam dah ingat-ingat lupa pasal trip aku hari tu sebab banyak sangat benda nak fikir kebelakangan ini. Dengan projek tak siap-siap, report dissertation yang xde progress. Haha.... Tetapi disebabkan ramai yang ternanti-nanti sambungan cerita ini, so terpaksa la aku teruskan. Cewah. Haha.... Hari ke-7, lepas balik dari Hooker Valley semalam, malam tu memang aku tidur je sebab penat. Esoknya after breakfast kitorang terus check out sebab nak singgah ke Tasman Valley plak dan terus gerak ke Lake Tekapo untuk bermalam kat sana selama 1 malam. Actually, dalam plan aku xde pon nak ke Tasman Valley ni. Tapi semalam masa borak ngan Mamat Australia ngan Korea yang tumpangkan aku semalam, terus rasa macam nak pergi jugak situ sebab gambar yang dorang tunjuk kat aku boleh tahan jugak lawa. So esok tu dalam pukul 8.30 pagi kitorang terus gerak ke Tasman valley. Jarak Tasman valley dari YHA Guesthouse ni dalam ...

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-5 & Ke-6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Sambungan untuk hari ke-5 dan seterusnya. Ikutkan plan asal, hari ni nak ke Mildford Sound. Memang dari Malaysia aku dah terbayang-bayang naik boat kat Mildford Sound ni. Amik gambar dengan view yang stunning giler. Siap terbayang nak update kat blog. Haha.... Tapi apakan daya travelmate tak nak pergi. So nak sedapkan harti aku pon terima je la alasan yang diberikan sebab penat main ski semalam. Kecewa giler hidup bila impian tak jadi kenyataan. Actually, aku ingat nak amik pakej je ke Mildford Sound ni, tapi malam semalam time aku nak pergi tanya kat kaunter hostel tu, staff situ gtaw kaunter utk nak tanya pasal pakej dah tutup. Pukul 7 pagi esok baru buka. Memang tak sempat la sebab trip ke Mildford ni gerak awal pagi. Kecewaaaaaaa....... So hari ni aku just pusing pekan Queenstown je sorang diri untuk mengubat hati yang duka lara. Dah berapa kali pusing dah. Haha... Tapi hari ni aku pusing lama sikit sebab aku memang tak de benda nak bua...

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-3 & Ke-4

  TRIP BAJET KE NEW ZEALAND Assalamualikum dan salam sejahtera. Sambungan untuk hari ke-3 plak. Untuk hari ke-3 ni aku ke The Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat main ski kat wilayah Otago  contohnya The Remarkcables, The Coronet Peak, The Treble Cone, dan Cadrona. Tapi paling dekat ngan Queenstown ialah The Coronet Peak. Semua tempat ski ni kat atas bukit, so jalan nak ke tempat ski ni boleh tahan macam ular kena palu.  Pagi ni kitorang awal la jugak. Lepak masak brekfast ngan makanan untuk lunch kitorang terus gerak keluar. Nak pergi The Coronet Peak ni guna waze je. Sampai Coronet Peak, lepak kejap kat situ sambil tengok orang main snow sebab esok kitorang akan main ski jugak tapi kat Cadrona. Agak ramai la orang kat sini. Yang menariknya pasal sukan ski ni, bukan setakat orang tua, budak-budak umur 3 tahun boleh main. Dorang ade provide macam nursery supaya mak bapak boleh main dengan tenang sambil anak dorang dijaga di nursery tu. Ta...

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Pertama & Ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni baru tergerak mood aku untuk update pasal trip ke New Zealand. Sebelum ni malas giler menaip. Bukan setakat menaip kat blog. Nak menaip thesis aku untuk master aku nip on malas. So macam biasa la, kali ni aku nak cerita trip aku ke New Zealand baru-baru ni iaitu pada 5-20 Ogos 2016. Tiket dah beli lama dah masa Airasia buka balik route ke NZ. Dapat la dengan harga RM1098 je. Kalau nak itinerary lengkap, klik SINI . Jangan mesej aku suruh email plak. Malas nak layan. Haha….. Flight dari KL ke NZ akan transit kejap kat Gold Coast. Tak lama mana pon. Sekejap sangat. Tak sempat panas bontot dah dipanggil untuk masuk balik dalam kapal terbang. Tapi still kena go through scan segala bagai. Transit ni lebih kurang sejam setengah macam tu dan ko tak perlu visa pon sebab tak merasa pon jejak tanah kat Gold Coast tu. Pijak tar ngan lantai airport je. Haha… Flight dari Malaysia ke Gold Coast lebih kurang 8 jam 30 minit. Dari Gold Coast ke Auc...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

10 Tempat Wajib Dilawati Di Seoul, Korea

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Kembali lagi dengan entry 'Jalan-jalan ke Korea'. Tak habis ngan Korea. Hahaha.... Maklumlah dah Korea je tempat yang aku selalu pergi. Btw saje la nak bagi tahu walaupun korang tak tanya, next week aku akan ke New Zealand selama 15 hari. Yuhuuuu.... So nanti tunggu la cerita trip ke New Zealand plak yer. Hehehe... Untuk kali ni, ko hadap la dulu cerita pasal Korea yang tiada penamatnya ni.  Entry ni khas untuk sesiapa yang tertanya-tanya mana nak pergi kalau ke Seoul, Korea. Seoul dulu, Busan nanti tunggu aku rajin plak okey. Senarai kat bawah ni kira tempat yang wajib la korang pergi. Wajib ni jenis tak berdosa pon kalau ko tak pergi cumanya macam tak berapa lengkap trip ko kalau tak pergi sini. Kalau tak pergi jugak pon xpe. Hehe....  1) Nami Island   Cara ke Nami Island : Berhenti di Gapyeong Station (Gyeongchun Line). Ambil teksi ke jeti untuk ke Nami Island. Tiket Masuk : 8,000 won termasuk tiket feri.

Soalan-soalan Lazim Tentang Trip ke Korea

Salam guys, since lately aku banyak sangat dapat mesej bertanyakan pasal Korea. Actually aku ni memang suka sangat sembang bab-bab travel, tapi sampai satu tahap aku turn off giler nak reply whatapps atau mesej-mesej mereka yang tanya solan, sebab soalan yang ditanya ni macam sangatla banyak aku dah share kat blog dan mana-mana website lain. At least buat la research sikit so that aku nampak kesungguhan korang nak berjalan. Tak de la aku boring asyik jadi tukang jawab je. Hehehe…. Okay dah cukup dah memebel, so kat bawah ni aku nak summarize soalan-saolan yang biasa ditanya tentang Korea. Random questions dan answer based on aku punya pengalaman . Ko punya pengalaman aku tak tahu. Haha…. Kalau ade nak tambah, boleh drop kat komen. 1.        Selamat tak nak travel ke Korea seorang diri (Solo Backbackper)? Untuk pengetahuan korang, Korea nie tersenarai dalam Top 10 negara paling selamat di dunia. So korang tak perlu risau sangat kalau nak travel ke Kor...

Trip 7 hari ke Seoul, Korea - Misi Memburu Sakura

Assalamalaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog aku. Yang tak baca pon ade sebab tengok gambar je... Pastu mula la drop komen mintak aku email itinerari. padahal aku dah bag link untuk download kat atas tu. Hehe... It's okay... Biasa la, bukan semua orang rajin macam aku. :p Entry kali ni aku nak ceritakan pasal trip aku ke Seoul plak pada 10-16 April 2016. Trip nie lebih kepada nak promote diri sikit sebab trip kali ni aku jadi guide bagi dua orang je iaitu Kak Em dan Husband. Seperti yang aku iklankan dalam entry sebelum ni, aku ade buat freelance as a guide ke Korea. Soal harga dan maklumat berkaitan servis ni boleh PM aku kat FB. Kiranya Kak Em dan Husband ni adalah 1st customer aku bawak sendiri-sendiri iaitu bukan diupah melalui agen. Ape bezanya servis yang aku offer dengan menggunakan agen sebelum ni? Untuk trip kali ni, peserta hanya bayar guide's fee je pada aku. Segala ground kos seperti makanan, penginapan dan pengangkutan akan dibayar sendiri oleh ...