Trip Bajet Ke Pulau Jeju, Korea (1) - Chongjiyeon, Jeongbang & Chongjeyeon Waterfall

First entry untuk trip Jeju-Busan yang aku pergi pada 5th April hingga 12th April 2015. As my previous entry, kali nie aku pergi berempat. Tiga dah pernah pergi termasuk aku dan sorang lagi first time nak ke Korea. Sehari sebelum bertolak, aku bermalam kat airport untuk teman Adli sebab flight die malam tu dari Alor Setar ke KLIA2 so sementara tunggu flight ke Korea pagi esok, bermalam je terus kat airport. Kehulur ke hilir mengangkut beg yang berat penuh dengan makanan. Dah la masa tengah syok tidur atas lantai airpot tu, boleh pulak spek aku patah. Terpaksa mintak Zul bawak solatape nak solatape spek aku buat sementara waktu. Sebelum bertolak ke airport, sempat aku goreng ikan bilis dan buat sambal tumbuk sebagai bekal. Kali nie, makanan yang aku bawak tak sebanyak macam trip lepas tapi sekadar cukup-cukup untuk 8 hari.

Lebih kurang pukul 7 pagi, Aman dan Zul sampai airport. Disebabkan kitorang share baggage 20kg, so terpaksa tunggu semua orang sampai untuk asing-asingkan barang dalam satu bag sebelum drop baggage. As stated kat boarding pass, drop baggage adalah pada pukul 7.30 am, tapi aku sampai kat kaunter pukul 7.35 am, ground attendant Airasia tu cakap dorang dah close so tak leh bawak masuk lagi dah. Aku dah bengang giler time tu, bincang punya bincang tak dapat jugak. Dia cakap kalau nak, kena hantar esok. Tak pon bawak naik atas je. Beg kitorang berat almost 20kg kot, for sure tak lepas masuk cabin. Die cakap awak try je la dulu. Hotak luuuu……!! Nak je aku maki time tu. Nasib baik boleh control lagi. Aman dan Adli dah masuk kat Departure Hall, so tinggal aku ngan Zul je. Sebelum imigresen check, kitorang sempat agihkan balik barang-barang tu dalam beg masing-masing bagi ringin sikit beg aku walaupun still lebih 7kg. Alhamdulillah lepas tapi semua barang berbentuk cecair kena rampas. Nasib baik la perfume aku tak kena rampas. Kalau tak mengamuk aku kat situ. Bad experience dengan Airasia. Those yang nak travel ngan Airasia, please la alert dengan benda nie. Service dah la teruk, lepas tu duk makan duit passengers. 

Masuk je dalam kapal terbang aku terus lena. Malas dah nak fikir. Nasib baik barang-barang makanan kitorang lepas. 6 jam perjalanan, memang tak tahu nak buat ape dalam flight tu. Pukul 3.30 petang waktu Korea, kitorang sampai di Gimhae International Airport, Busan. Sampai kat Imigresen kat sana, berlaku plak satu lagi masalah. Kawan kitorang, Zul kena tahan sebab gambar dalam passport tak sama macam rupa die sekarang sebabnya passport tu dibuat 3 tahun lepas. Masa tu dia kurus tapi sekarang dah berisi sikit. Tak leh blah aku tengok muka Imigresen tu masa die duk usha muka si Zul tu banyak kali sebab nak compare ngan gambar dalam passport. Lepas tu die suruh Zul pergi masuk dalam satu bilik siasatan untuk soal siasat. Dah macam kena penjara plak. ;P Time Zul dipanggil untuk siasatan tu, aku dah fikir macam-macam dalam kepala otak. “Macam mana kalau Zul tak dilepaskan sampai esok?,”Macam mana kalau kita terlepas flight ke Jeju?”, “Macam mana kalau muka Zul tu macam penjenayah dikehendaki?”, “Adakah kita akan ditahan skali sebab bersubahat dengan die?”. Hahaha…. Nie mesti kes terlalu tengok TV. Alhamdulillah, after 30 minutes, Zul dibebaskan dengan selamat.

Selepas je selesai, kitorang terus ke Domestic airport untuk amik flight je Jeju. Kitorang punya flight pukul 7.20 malam. So ade masa a few hours lagi sebelum boarding. Sementara menunggu, aku ajak Zul kuar kejap sebab nak pergi tengok bunga sakura. Masa nak landing tu, aku dah boleh nampak pokok-pokok sakura yang tengah berkembang area Airport tu, jadi aku manfaatkan masa berbaki tu untuk berjalan-jalan sekitar airport. First time aku tengok bunga sakura live depan mata. SubhanaAllah, sumpah cantik giler. Cuma kat tempat aku pergi nie tak banyak sangat pokok tapi dah cukup memukau mata yang melihat. Alhamdulillah, hajat aku untuk tengok Sakura termakbul. Dari tahun lepas lagi aku beli tiket target untuk tengok sakura. Akhirnya dapat juga tengok secara live walaupun pada mulanya risau bos tak bagi cuti. Thanks bos.   

** ada banyak gambar yang aku ambil tapi menggunakan SJcam. Tapi gambar jadi tak sharp bila transfer dalam laptop. Gambar-gambar dibawah nie aku snap menggunakan iPhone 5 je. 
Bunga sakura yang masih berkembang penuh.


7.20 malam, berlepas ke Jeju Island dengan Jeju Air. Service much better than Airasia. Boleh check in paling lewat 20 minutes before boarding time. Staff pon okay dan boleh cakap English. Siap dapat 15kg Free Baggage. Perjalanan dari Busan ke Jeju lebih kurang 45 minutes. Sampai Jeju, aku ngan Zul kena tunggu Aman dan Adli sampai sebab flight dorang 1 hour later than us sebab dorang naik Air Busan.

Dari airport terus proceed ke You and I Guesthouse yang aku dah tempah through Booking.com. Rate satu malam 19,000 won. Kitorang stay kat sini 4 malam so total satu kepala 76,000 won. Satu bilik 6 orang, since kitorang Cuma 4 orang so lagi 2 adalah strangers. Guesthouse nie aku ratekan 9/10 sebab staff kat sini memang friendly and boleh cakap English. Bilik sedikit sempit tapi masih muat untuk solat. Bilik air pon bersih dan setiap bilik besar akan ade satu bilik air. Facilities kat sini pon okay dan selesa. Lokasi berdekatan dengan kedai makan (non-halal), convenient store, kedai-kedai pakaian, accessories dan bus stop. Mudah nak access. Lepas check in, kitorang makan malam then terus tidur.


“It's never easy to admit you've made a mistake, but it's a crucial step in learning, growing, and improving yourself. 

You can only learn from a mistake after you admit you've made it. As soon as you start blaming other people (or the universe itself), you distance yourself from any possible lesson. But if you courageously stand up and honestly say "This is my mistake and I am responsible" the possibilities for learning will move towards you. Admission of a mistake, even if only privately to yourself, makes learning possible by moving the focus away from blame assignment and towards understanding. Wise people admit their mistakes easily. They know progress accelerates when they do.”
 
Scott Berkun


Hari kedua di kepulauan Jeju. Misi menjejak tiga jenis air terjun di Jeju. Hari nie awal-awal pagi after je breakfast kat Guesthouse, kitorang terus ke airport untuk amik kereta yang kitorang sewa. Aku dah book kete nie sebulan yang lepas melalui website ktkumho car rental. Refer SINI. Sampai je airport, kitorang ke kaunter kt kumho yang betul2 sebelah Tourist Information Counter kat Gate 2. After dorang check dalam system dorang, then dorang suh kitorang proceed ke Gate 5 untuk amik shuttle bas ke Jeju Auto House untuk amik kereta kat situ. If korang tak buat tempahan lagi, korang boleh je ke Car Rental Office dekat luar Jeju Airport. Kuar je dari Gate 5, korang lintas jalan dan turn right, then boleh nampak Car Rental Office just besides parking area. Actually, selain dari Ktkumho, ade lagi banyak company sewa kerata, tapi harga tu aku tak sure. Tapi better korang tempah je melalui website Ktkumho sebab boleh dapat less up to 60%.

FYI, bayaran hanya menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja. TAPI ade sorang akak yang aku jumpa kat GH, dia cakap yang dorang bayar cash tapi after merayu-rayu kat cashier tu. Kalau nasib korang baik macam akak tu kira okay la. Kalau xde sangat kad kredit, just activate je kad debit korang untuk kegunaan antarabangsa. A few Banks tak payah activate sebab memang kad bank dorang boleh guna untuk international transaction. Jangan lupa jugak IDP sebab tanpa IDP korang takkan dibenarkan untuk sewa kereta. Aku sewa selama 3 hari, start dari 8.00 am 6th April 2015 hinga 9.30 pm 8th April 2015 dengan bayaran sebanyak 108,000 won. Disebabkan kitorang sampai lambat kat Auto House tu, so dorang tolak 3000 won.
Kereta Kia Morning. Kecik dan jimat minyak.
Lepas buat pembayaran, staff dorang akan bawak korang ke kereta yang korang sewa. Make sure time tu korang cek semua defect yang ade pada kerata tu. Jangan lupa amik gambar sebagai bukti yang bukan korang penyebab kereta tu jadi macam tu. Sebelum bergerak, jangan lupa tanya staff tu macam mana nak guna dorang punya GPS. Incase ko dapat GPS dalam Bahasa Korea, tak ke mati kutu nak explore benda tu. Actually kitorang sendiri pon dapat GPS Bahasa Korea tapi amatlah membantu sepanjang perjalanan. Senang je nak guna GPS dorang nie, just masukan no phone tempat yang kita nak pergi tu then ikut je direction yang dipaparkan. Walaupun audio tu Bahasa Korea, tapi kalau dah skrin tu tunjuk turn left, jangan la plak ko pergi turn right. Hehee….
Sepanjang hari hujan memanjang. Cubaan memandu disebelah kanan walau agak kekok pada permulaannya.

First place kitorang pergi ialah Chongjiyeon Fall. Kalau ikutkan itinerary, sepatutnya kitorang akan ke tempat lain dulu tapi dalam itinerary aku xde masukan phone no. untuk GPS, so proceed je la ke Chongjiyeon Fall. Kebetulan hari tu satu hari hujan. Dari pagi sampai malam hujan. We skipped a few places dalam 1st day itinerary. Dari tempat sewa kete tu nak ke Chonjiyeon nie lebih kurang dalam 46km. Perjalanan amik masa dalam 1 jam jugak. Sebelum ke Chonjiyeon Fall, kitorang singgah kat kedai jual limau tepi jalan. Orang cakap kalau dah sampai Jeju, mesti try Hallabong (Nama limau Jeju). Aku ingat murah je. Rupa-rupanya satu kotak ilah 35,000 won. Tu upon after discount. Kawan aku nak sangat rasa, then dia beli satu kotak yang ade lebih kurang 20 biji Hallabong. Disebabkan cuaca kat luar sejuk sangat, so kitorang makan dalam kedai tu. Selain Hallabong, dorang ade jual benda lain lagi macam coklat, tea, cendawan dan lain-lain. 

Korean GPS for Chongjiyeon Fall : 7331528
7331528
7331528

Lepas tu plak, kitorang singgah kat Jeju World Cup Stadium. Almaklumlah, travel dengan pengemar segala jenis stadium. So singgah la kejap situ, pusing satu stadium. Dekat stadium tu plak ade Mart. Kitorang singgah situ kejap untuk cari makanan untuk alas perut. Aku beli sotong bakar 2 ekor 10,000 won dan satu plastic strawberi 7,000 won. Sotong liat nak mampus sebab dah sejuk. Strawberi tu plak tak semanis yang aku beli kat Seoul dulu tapi still okay compare ngan yang Cameron Highland. Hehe… Lepas makan, proceed our journey to Chongjiyeon Fall. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam tempat menarik yang boleh singgah tapi mostly adalah museum. Jadi kitorang skip je sbb x berminat nak masuk. 
Pokok-pokok sakura disekitar stadium World Cup Jeju.
Dolhareubang. Patung yang paling banyak boleh dijumpai di Jeju. Mengikut kepercayaan dorang, kalau suami isteri sentuh hidung patung nie, nanti akan dikurniakan anak.

Untuk first day, Zul ngan Adli yang drive kereta. Tengah hari kitorang sampai kat Chongjiyeon Fall. Best kat Jeju nie ialah tempat parking kereta dorang kebanyakkan adalah FREE. Dan yang paling best ialah Wifi FREE bersepah-sepah. Tiap masa boleh update Instagram dan facebook.

Entrance Fee untuk Chonjiyeon nie ialah 2000 won. Make sure sebelum ko masuk, jangan lupa beli tiket sebab dah sampai kat pintu masuk nanti kena halau ngan Ahjumma penjaga gate sebab xde tiket macam kitorang kena. Ingatkan kaunter tiket kat dalam, rupanya kat luar tadi. Terpaksa patah balik dalam hujan. Jauh jugak berjalan untuk sampai ke air terjun Chonjiyeon nie dari entrance gate tu. Tapi sepanjang perjalanan boleh tengok permandangan yang memang cantik. Kebetulan time aku pergi nie musim sakura, so dari jauh dah boleh tengok pokok-pokok yang berwarna warni. Cuma yang xbestnya ialah hujan. Since dah sampai, kitorang redah jugak dengan baju hujan yang dibeli kat gerai area parking kerata. Satu baju hujan 4,000 won. Yang murah pon ade, dalam 2000 won tapi pendek dan nipis. Xde ape-ape aktiviti best pon kat sini. Just datang tengok air terjun, then blah. Nak mandi pon tak dibenarkan, kalau dibenarkan pon memang cari pasal la kalau nak mandi jugak sebab cuaca time nie memang sejuk yang amat.

Geng-geng Power Rangers yang dihalau oleh Ahjumma penjaga tiket sebab tak beli tiket. Haha...
Air Terjun Chonjiyeong. Air keruh sebab tengah hujan.
Lepas ke Chongjiyeon Fall, kitorang singgah 7E kejap untuk lunch. Berbekalkan sambal goreng dan ikan bilis goreng, dapat jugak kenyangkan perut. Nasi pulak kitorang just beli kat 7E je. Satu bekas instant rice dalam 1300 won. 7E yang kitorang singgah nie dah dekat dengan Jeongbang Fall. Lepas je makan, kitorang jalan kaki ke Jeongbang Fall. Kalau korang dah sampai Chongjiyeon Fall, jangan lupa ke Jeongbang Fall. Dua air terjun nie memang dah dekat sangat. Dalam 1.5 kilometer je. Kitorang park kete depan 7E dan menapak ke Jeongbang Fall. Tiket masuk ke Jeongbang Fall ialah 2000 won. Jeongbang Fall adalah the only waterfall kat Asia yang fall directly into the ocean. Waterfall nie lagi cantik dari Chongjiyeon sbb lebih tinggi dan berdekatan laut. Betul-betul sebelah laut. 

Korean GPS for Jeongbang Fall : 7331530
 
7E , tempat Lunch kitorang. Mesra customer.
Our Lunch. Bilis goreng dan sambal tubuk yang direka sendiri oleh aku. hehee

Sebelum sampai waterfall, kitorang singgah kat satu khemah tepi pantai yang menjual sashimi tetimun laut, siput dan sejenis menatang pelik macam binatang pokemon dah aku tengok. Harga satu pinggan 20,000 won. Aku ingat nak try tapi 20,000 won makan sorang memang sengaja habiskan duit la jawabnya. Kalau aku makan habis okay lagi, nie setakat nak try rasa je maybe lain la kot. Ahjumma tu dah semangat dah panggil, siap nak bagi diskaun tapi kitorang blah je. Hehe… Sama macam Chonjiyeong Fall, aktiviti kat sini yang ramai orang buat ialah selfie… Lepas puas selfie, kitorang terus blah ke next destination.

Permandangan dari sebuah taman sebelum sampai ke Jeongban Waterfall.
Khemah biru yang menjual sashimi.
Jeongbang Fall. Gambar diambil menggunakan Sj5000wifi.
Selepas ke Jeongbang Fall, kitorang singgah kat satu bridge yang berdekatan dengan Chongjiyeon Fall sebab dikebetulan kitorang lalu situ untuk ke next destination, Chongjeyeon Fall. Bridge nie menyambung satu pulau kecil dengan darat. Time kitorang sampai nie, ramai giler manusia mostly adalah pelancong dari China dan local tourist. Hari-hari minggu pon ramai orang. Kitorang ingatkan ade benda best kat pulau kecik tu, tapi tak de pape pon. Yang ade cuma tumbuh-tumbuhan sahaja. Buat penat je menapak pusing satu pulau tu.
Sebelum ke Chongjeyeon, kitorang singgah sini jap untuk bergambar. :)
Actually, after singgah bridge tu, kitorang nak ke museum Ripley Believe It or Not tapi tiket masuk mahal sangat iaitu 9000 won. So kitorang tak jadi masuk walaupun dah sampai depan kaunter tiket. Kat area museum nie ade banyak lagi museum iaitu Teddy Bear Museum, Art Museum dan Chocolate Land. Tapi semua kitorang tak singgah. Chonjeyeon Waterfall nie pon dekat area sini jugak. Blah je dari museum tu kitorang terus ke Chongjeyeon Fall.

Korean GPS for Chongjeyeon Fall : 7381529
Tiket masuk ke Chongjeyeon Fall ialah 2500 won. Kat sini ada 3 waterfalls. 1st waterfall hanya ada bila hujan lebat, 2nd waterfall just dekat je dengan 1st waterfall. Untuk sampai ke waterfall nie, kena naik tangga, turun tangga yang sangat tinggi dan licin sebab baru je lepas hujan. Permandangan kat sini memang cantik. Kalau tengok gambar kat internet, sepatutnya air terjun nie jernih dan kebiru-biruan, tapi disebabkan baru je lepas hujan, jadi air keruh dan tak berapa nak jernih. Walaupun dah lewat masa kitorang sampai nie, tapi kitorang sempat ke ketiga-tiga waterfall.

Permandangan dari sebuah Arch Bridge sebelum sampai ke Chonjeyeon Fall.
1st Waterfall. Air terjun cuma ada bila hujan lebat sahaja. Time nie hujan dah renyai-renyai.
2nd Waterfall.
3rd Waterfall.
Bunga Tulip yang dihiasa di depan pintu masuk ke Chongjeyeon Fall.
Bunga Canola.
Lepas ke Chongjeyeon, kitorang terus balik GH. Masa nak balik tu pulak kitorang tak tahu direction nak ke GH sebab tak tahu GPS no. Last2x kitorang main search je mana-mana tempat yang berdekatan dengan GH dan Alhamdulillah, kitorang selamat sampai sana lebih kurang pukul 8 malam. 


Antara salah satu permandangan sepanjang perrjalanan kitorang yang dihiasi dengan bunga-bunga sakura.

Comments

  1. rindunya korea. dulu time stay kt korea x tau pun cherry blossom ni only lasts for 1/2 week. nnti nk gi lagi la. so overall pergi Jeju puas hati tak time spring Azwan?

    ReplyDelete
  2. best2x... hehe... tapi kalau nak pergi jeju time spring, make sure pg pd masa yang betul sbb time kami pergi sakura almost nak gugur habis. rasanya end of march adalah masa yg terbaik. heheee

    ReplyDelete
  3. Ya alah, sehari tiga air terjun je...mesti susah nak capai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually jarak antara 3 waterfalls nie tak jauh pon. Cuma jarak dari kitorang punya guesthouse tu je jauh sikit. hehee

      Delete
  4. Cantiknya sakura time spring. Tengah meriki untuk trip next year :)

    ReplyDelete
  5. Korean GPS for Chongjeyeon Fall : 7381529 & Chongjiyeon Fall : 7331528
    Tempat yang berbeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, nama hampir sama tp dua tempat berlainan. :)

      Delete
    2. mane yg paling best antara 2tmpt ni?

      Delete
    3. Chongjeyeon lagi best dan lawa sbb ade 3 waterfall. Chonjiyeon biasa2 je... Tp Jeongbang tu pon okay. Alang2 dah dekat ngn Chonjiyeon, pg la skali. Hehee....

      Delete
    4. ok, thanks 4 ur advice.. trip bln march nie... tgh nak wat itinerary..

      Delete
  6. amek masa berapa lama dari Chongjiyeon Fall ke Jeongbang Fall? mmg xdibenarkan mandi ke kat waterfall ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 10 minit je naik kete. Dekat sngat. Kalau jalan kaki jauh la jgak. Hehe.... X boleh mandi.

      Delete
    2. kalau mandi pn sejuk amat..hahahaha...

      Delete
    3. Pegi x dekat tmpat ahjuma (women divers) area tepi pantai tu...

      Delete
    4. Aah sejuk giler masa ktorg pg tu... Ahjumma tu ada kat jeonbang msa kami pg.... Hehee

      Delete
  7. as salam..nak tny..senang x klu nak jln sendiri je ke pulau jeju..sy akan g dlm bulan 4 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan sendiri tu xde masalah tp kena plan betul2 sbb pulau tu besar... Cari siap2 GPS tempat nak pg kalau sewa kereta... Disarankan sewa kereta.

      Delete
  8. salam dik.

    nak tanya pasal sewa kereta tu. nak kena ada international licence ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, aah wajib ada kalau tak dia x benarkan sewa kete. Lagi satu, payment mesti guna kad (debit/credit)... cash x diterima unless kalau mood dorg okat sangat nak accept. hehee

      Delete
  9. Nk tanya kalau nak beli tiket jeju air lama ke dia nk confirm booking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat la jgak. Lepas bayar terus dapat. :) cumanya duit dlm akaun je yg lambat skit ditolak.

      Delete
  10. Salam, boleh bagi suggestion tak untuk stay di jeju ni berapa lama . Dalam dua tiga hari okay ke ? Or sehari dah boleh pusing satu jeju ?
    Hari tu tak sempat nak ke sana.. Rindu Koreaaaaa...
    Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari mmg tak cukup cover satu jeju.... Kalau boleh stay dalam 4-5 hari untuk pergi semua tempat. jeju ni besar. hehee :)

      Delete
  11. Salam nak tanya.. Macam mana nak tempah jeju air.? Ada website dia ka? Makaseh

    ReplyDelete
  12. Salam nak tanya.. Macam mana nak tempah jeju air.? Ada website dia ka? Makaseh

    ReplyDelete
  13. salam. Berapa harga tiket awak ke Jeju naik jeju air?

    ReplyDelete
  14. Tq for sharing..sangat berguna..

    ReplyDelete
  15. salam. nak tanya. range berapa yaa flight busan-jeju?

    ReplyDelete
  16. Sy time check imi dekat gimhae int aiport xlepas sebab xtulis nama GH. Mana la sy nk tau. Firt time katanya. Muka imi tue kerek giler. Terus suruh sy beratur blk. Time tue mata dah bertentang mata. Ape dia menbebel pun xtau. Haha. Kelakar plak rasanya.

    ReplyDelete
  17. Salam. Sya nak ke jeju 2.2.17.
    3.2.17 sewa kete. So kalau guna debit card boleh ke? sbb memang tkde kredit card. tp dah turn on utk international punya.
    Mohon pencerahan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh... Last time sy pon guna debit card.

      Delete
  18. Salam. Senang tak nak drive dekat jejudo? According to student malaysia dkt korea, driving dkt sane not recommended due polis akan tahan if kite salah lorong etc. Pls advise. Tanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. First day tu pening la jugak lepas tu okay je. Xyah la drive laju sangat. Ktorg drive ari tu okay je. Kena alert pasal lorong dan bila nak memotong.

      Delete
  19. Hmm bestnya.. Kalau kita pergi musim sejuk okay tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts