Travelog Day 1 - PEERs GLOBAL to Korea

8.23am (5/10/2014)
Hari nie aku bangun awal sebab nak pastikan yang semua barang aku nak bawak tak tertinggal. Actually aku dah pon kemaskan dari semalam. Tapi selalunya ade je benda yang aku tertinggal. Alhamdulillah semua cukup mengikut list yang aku dah buat. Hari nie aku alaskan perut aku dengan sebungkus maggie disebabkan akak ipar dan abang aku dah balik beraya di Terengganu, so tak de orang yang nak masakkan. 

1.56pm
Aku minta Dido tolong hantarkan ke Stesen Kepong Sentral untuk ke Shah Alam. Sampai je kat Stesen KL sebelum nak tukar train ke laluan Pelabuhan Klang, aku mesej Kiena nak maklumkan yang aku dah gerak. Kiena cakap dah sampai Stesen Batu 3 mesej die supaya die ready untuk datang amik.

 4.21pm
 Aku sampai di Stesen Padang Jawa. Teringat zaman belajar di UiTM dulu. Selalu guna KTM untuk turun KL kalau nak jumpe member. 2 kali call Kiena tak dijawab. Ingatkan Kiena tertido atau terlupa nak amikkan. Hampir nak naik teksi. Kemudian Kiena mesej suruh tunggu kejap. Lepas tu aku cuba call Rain sebab nak tumpang rumah die kejap sebelum tunggu bas nak ke airport malam nie. Tapi Rain dengan Arep tengah makan kat Johnny's di Jusco Bukit Raja. Aku plak ngah lapar giler. Nak je mintak dorang tapau tapi segan. Last-last aku call Hafiz untuk tumpang rumah die kejap. Sebelum ke rumah Hafiz, aku mintak Kiena singgah KFC kejap sebab nak bungkus makanan.

4.46pm 
Aku sampai kat rumah Hafiz. Sebelum sampai terserempak dengan Boy. Actually, Kiena tak nak bagi tahu orang lain yang die yang nak amik aku kat stesen KTM nanti. Maybe die segan kot. Last-last kantoi ngan Boy. Dah la bawak beg berat, rumah Hafiz nie pulak tingkat 5, xde lift plak so kena menapak naik tangga. Mengah jugak la. Masuk je rumah terus melantak KFC sorang-sorang. Dah offer kat Hafiz tapi die xnak. Tengah-tengah makan, Hafiz tunjuk jacket yang die baru beli kat UpTown Shah Alam khas untuk ke Korea. Kemudian aku tidur sampai la ke petang.

8.13pm
Aku dan Rain antara yang terawal sampai di Bus Stop Seroja. Lepas tu Iffa, Ira, Haziana, Arep, Hafiz dan Boy. Haziana siap bawak family. :) Tetiba aku nampak Acap pon datang sekali. Serius bagus Acap nie. Dulu masa kitorang nak pergi Beijing pon die ade datang. Actually die nak jumpa Hadi dan Adzri, tapi dua orang tu tunggu kat Airport so Acap x dapat jumpa dorang. Kesian Acap siap bawak KFC nak bagi Hadi dan Adzri. Kata Acap tu dari hasil duit gaji pertama die kat tempat keje baru. Tahniah Acap. Lepas je sembahyang isya', dan semua dah sampai, kitorang terus naik bas. Sepeti biasa, seat kedua dari belakang adalah pilihan aku. Dan aku tak suke duduk berdua. Aku lagi prefer duduk sorang. Acap decide nak ikut kitorang sampai airport sebab nanti parent die akan datang sebab nak jumpe kitorang jugak. 

9.12pm
Bas bergerak ke airport walaupun lambat dari masa yang dijanjikan sebelum nie. Sebelum bas bergerak, Hafiz ke depan untuk baca doa. Tapi disebabkan semasa die baca doa En Sham xde dalam bas, then die suh Hafiz baca doa untuk kali ke-2.

10.11pm 
Kitorang tiba di Airport, terus ke kaunter dimana si Zul (tour agent) sedang menunggu kitorang. Sebelum kuar bas, aku perasan yang Ira tegur Haziana pakai beg baru khas untuk datang ke Korea. Masing-masing excited sebab ade yang first time nak naik kapal terbang, ade yang first time nak keluar negara dan ade yang first time merasa boarding dari KLIA 2 (Aku la tu). Since flight kitorang pukul 1 pagi, so kitorang diberi masa lebih kurang satu jam untuk makan. 'Geng-geng Rendang' dah siap-siap dengan makanan yang dorang bawak dari rumah disebabkan hari nie Raya Haji, so semua makanan best-best. Nasi minyak Nani bawak memang terbaik rasanya. Nasi kunyit Haziana plak yang paling banyak aku makan dengan rendang ayam sebab Haziana orang Terengganu so kena dengan selera aku. Rendang ayam daun puding mama Ain pon sedap. Iffa plak bawak daging masak black paper, x sempat nak merasa sebab laku sangat. Hadi pon bawak rendang jugak, boleh tahan sedap. Hazim bawak ketupat nasi tapi xde orang nak makan sebab ramai prefer makan nasi. Last-last dibuang begitu saja. Hehe.... Ade banyak lagi makanan yang Geng-geng Rendang nie bawak tapi aku tak perasan sebab kusyuk makan sampai dah sedar diri. Orang suruh kebalakang pon xnak. hehe..... Wani cakap, dah macam pelarian Rohingya. Hahaa......

11.00pm
Lepas je kitorang check in luggage. Masa check-in luggage, masing-masing duk compare beg sape paling berat. Mana taknya, sorang-sorang beg dah macam nak pergi tak balik-balik. hehee.... Adzri dinobatkan sebagai juara beg paling ringin. Beg pon kecik je. Lepas tu semua pakat cek seat masing-masing. Sape yang duduk sebelah dorang. Alhamdulillah aku dapat seat sebelah tingkap, seat 31A. Sebelah aku ialah Rain, 31B dan Ajim, 31C. Lepas tu, En Sham mintak terus ke departure hall tapi kitorng lengah-lengahkan masa kejap sebab nak tunggu parent acap sampai. Lepas je parent acap sampai, kitorang berjumpa dan bergambar kejap, then terus ke daprture hall. Masuk je dalam flight, tengok-tengok seat aku sebelah sayap plak. Block aku punya permandangan nak tengok ground. :( Dalam flight aku tido je hingga la sampai.

Ahli-ahli rombongan, Azwan, Adzri, Arep, AJim, Hazim, Hadi, Rain, Jali, Boy, Hafiz, Ain, Ira, Haziana, Iffa, Hanim, Amy, Nani, Izatty, Fatin, Kiena, Fateen, dan Wani. En Sham, Pak Su & Keluarga, Pn Maria & Keluarga.



5.45am (Waktu tempatan 6/10/2014) *waktu yang dinyatakan selepas ini ialah waktu Korea

Kitorang tiba in Icheon Airport. Kitorang sampai 15 minit awal dari masa yang sepatutnya. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya di Tanah Korea. Susu yang dilaporkan ketika itu ialah 13 degree celcius. Boleh tahan la sejuk. Aku dah siap-siap pakai winter jacket yang dibeli dari Fynn Jamal, kononya nak bergaya la kat luar nanti. Ternampak muka excited semua orang jelas terpancar. Sebelum nak tuntut luggage, kitorang kena naik subway. Walaupun nie dah kali ke dua aku ke Korea, tapi first time aku turun di Incheon Airport. Semasa immigration check, semua orang beratur kat International Passengers, tapi aku beratur kat Korean Passengers. Tak sangka plak yang aku nie ade rupa Korea sikit-sikit. So lepas je immigration check tu, semua pakat gelakkan kat aku. Well, bangga kot. Hahaa..... Sampai je arrival hall, dorang nie x henti-henti bergambar. Dapat pulak airport wifi, then semua orang nak update status FB dan Instagram. Bermulalah, adengan anti sosial dorang.

Status Instagram
Rain : We are flying high. (Padahal dah touch down, :p) *gambar selfie dalam flight
Fateen : Annyeonghaseyo!! ^^v (Mungkin perkataan nie je yang die tahu) *gambar sorang2 tapi kene photo bomb oleh si Hazim.
Fatin : Bismillah.... #peersglobal2014 *gambar muke selebek Fatin, Kiena, Izatty, Hanim, Wani dan Ira dalam flight. En Sham ngan Jali pon menyelit skali.

Belum cek status FB lagi........... hehehe....

Sementara menunggu bas sampai, aku ajak Adzri dan Rain ke 7Eleven jap sebab nak beli susu pisang. Adzri tak minat susu, tapi teringin nak rasa. Kitorang beli sorang satu dan bagi semua orang rasa. Semua orang bagi feedback positif dan memang tak dinafikan susu tu memang sedap walaupun aku nie pon spesis tak minat susu.


7.50am
Kita bergerak ke tempat pertama iaitu Istana Gyeongbokgung yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Dalam perjalanan Zul bagi sedikit briefing pasal korea dan tentatif perjalanan hari nie. Dalam bas tu la, aku baru perasan yang aku macam kenal sape Zul. Kenal secara tak langsung disebabkan satu kisah antara aku dan die je yang tahu. hehe.... Kami dibekal roti sambal bilis dan air kotak cokelat. Disebabkan aku nie tak minat susu cokelat, so aku bagi zatty. Izatty dan Hadi, dua orang crime partner yang sembunyi air kotak lebih. haha..... Since aku tak suke air susu cokelat tu, so aku diam je. Kalau tak mesti aku dah report kat En. Sham. As usual, seat ke dua dari belakang jugak jadi pilihan aku. Paling belakang ialah Adzri, Nani dan Hadi. Kemudian En. Sham datang duduk sebelah Nani. lebih kurang 1 jam lebih jugak nak sampai ke Gyeongbokgung Palace, so ramai jugak yang tidur dalam bas. Yang si Ajim plak duk sibuk nak ambil gambar dorang yang tido dengan gaya masing-masing. Aku tak tidur sebab tak mengantuk sangat. Mana taknya, dalam flight tadi aku dah tidur lena sampai la sampai airport. hehe....

9.00am
Kami tiba di Gyeongbokgung Palace dan time nie jugak la perut aku buat hal. Dah la duduk seat paling belakang, orang depan nie lambat pulak keluar. Lepas tu ramai pulak yang nak ke tandas. Aku mintak dorang cepat sikit sebab dah tak tahan sangat, "Dah di hujung 'bibir'". Nani tergelak bila aku cakap macam tu. Keluar je bas, aku laju kedepan sebab nak cari toilet. Ke hulur ke hilir ngan Nani, orang ingat aku dah biasa ngan tempat nie, so semua ikut aku. Padahal aku pon first time datang sini. Zul cakap kalau nak ke toilet kena masuk ke dalam kawasan palace dulu, so kena tunggu die beli tiket masuk dulu. Yang En Sham pulak duk marah-marah kitorang sebab dah kehulu-kehilir takut terpisah dari ahli group yang lain. Die tak faham yang kitorang je merasa kesakitannya. Dah hujung 'bibir' kot. Faham x huuuujunggg bibiiiirrrrr?! Hahahaa......... Masuk je dalam palace aku terus mencari toilet, rupanya ramai lagi yang nak ke toilet, Adzri, Wani, Izzaty, Arep dan Iffa pon sama. Masa yang diberikan untuk kitorang melawat tempat nie lebih kurang 1 jam 30 minit. Since geng-geng ke toilet nie dah terpisah dari yang lain, so kitorang bertujuh jalan sesama kitorang. Cantik jugak la tempat nie, lebih kurang macam Cheongdokgung Palace yang aku pergi masa trip lepas. Tak sempat nak pusing satu palace sebab masa yang diberikan suntuk sangat. 'Melabur' je dah 15 minit, cari toilet je dah setengah jam. So sempat ambil gambar kejap je, tu pon siap berlari-lari. Nani ajak kitorang buat movie clip, tapi nyanyi lagu yang die sorang je tahu, orang lain tak tahu. So terus x jadi nak buat. Sorry yer Nani. Hahaha.....Lepas tu kitorang terus berkumpul di tempat bas.
  
Geng-geng toilet. Semua muka puas je lepas pg toilet. hahaa....
Gambar tak sempat letak watermark. Sape curi die B.E.R.D.O.S.A.


 

11.26am
Tiba di Dongdaemun untuk makan tengah hari. Dari dalam bas tadi Zul dah bagi tahu yang tengah hari nanti kitorang akan makan ikan bakar. Time tu semua dah macam "Wowww....". Zul cakap,"Kita tengok camne nanti, korang boleh makan ke x?". Terus semua macam hilang rasa keterujaan. Since kedai makan tu tak berapa besar, so kitorang terpaksa tunggu customer yang selesai makan baru kitorang boleh masuk. So sikit-sikit masuk sampai la turn semua orang. Aku duduk satu meja dengan Arep. Meja sebelah kanan aku pulak Nani, Ira, ngan Haziana. Meja sebelah kiri ialah Keluarga Pn Maria dan Rain. Masing-masing dah tak sabar tunggu hidangan sampai sebab semua dah lapar. Makan tengah hari kitorang hari nie ialah nasi putih, sayur jeruk iaitu kimchi, sirih masam, fish cake sejuk, sayur taugeh besar gedabak, sup kacang soya dan ikan bakar ala Korea.Tapi meja aku dan meja Nani and the geng paling lambat dapat ikan bakar. Nasi dah habis baru ikan nak sampai. Nak tergelak tengok cara Nani dan Haziana mintak ikan kat ahjumma kedai makan tu tapi tak jugak-jugak faham. Dah macam ayam ngan itik. Hahaa..... Nani mintak aku rakam video die seolah-olah mengacara program "Jalan-Jalan Cari Makan". Aku tukang rakam, Ira pulak jadi artis jemputan. Aku doakan satu hari nanti Nani berjaya jadi pengacara TV. Bakat dah ada cuma perlu diasah lagi. Haha.... Dulu masa first time aku makan kimchi kat Korea xde la sedap mana. Tapi hari nie rasa sedap pulak kimchi kat kedai nie. Siap mintak tambah. Tapi daun sirih masam tu je xde orang sentuh sebab Rain cakap lain macam je rasa. Banyak pulak ahjumma tu bagi ikan, ingatkan sekor je. Dah la besar. Last-last kitorang bungkus bawak balik guesthouse.



1.00pm
Kami tiba di tempat lawatan ke-2 iaitu Namsangol Hanok Village. Sebuah perkampungan tradisional masyarakat Korea. Lebih kurang macam Bukchon Hanok Village tapi yang nie kecik sikit. Tapi aku lagi prefer Bukchon Hanok Village sebab lebih besar dan banyak tempat boleh explore. Aku tertarik dengan sejenis permainan tradisional Korea iaitu membaling sebatang kayu masuk kedalam lubang pasu (Walaupun rupa tak macam pasu). Aku, Amy dan Nani bertanding sape yang dapat masukan paling banyak. En Sham dan Adzri jadi pemerhati. Amy peserta pertama yang disqualified, dan Nani terpaksa akur ditempat ke-2. Dan Juaranya pasti la aku. Hahaha..... Nani, Ain ngan Amy nak cuba pakaian Hanbok. Dah semangat dorang beratur, tapi tak dapat nak cuba sebab dorang kena buat bayaran dulu di bahagian depan. Last-last dorang tak jadi nak pakai. Masa tengah-tengah pusing tu, aku ternampak pokok pisang kaki yang buah semua macam dah masak. Aku ajak dorang pergi petik, sampai je kat pokok tu, tengok ade sorang ahjumma yang jaga kat situ. Ain cube tanya ahjumma tu sama ada kitorang boleh amik ke tak, tapi ain cakap buah tu cuma orang-orang yang berjawatan besar je boleh amik. So kitorang lepak situ kejap dengan Ain borak ngan ahjumma tu. Nani, Amy ngan Ain seronok bila ahjumma tu cakap "Yepundeee", cantik kot maksudnye. Aku pon suh ain tanye, antara aku, Adzri ngan En Sham sape paling hensem. Ahjumma tu cakap semua sama. Hampeh betul ahjumma. Mesti tak nak kecilkan hati kitorang. Hahaha.... Lepas tu kitorang lepak kat taman area village tu. Bagi makan burung makan roti sambal bilis yang aku dapat pagi tadi. Masa pusing taman, ternampak yang Hafiz dan Fatin kehulu-kehilir dengan monopod ditangan. Nani suggest dorang pergi amik gambar dekat satu kawasan air terjun yang sedikit tercorot la. Tapi aku nak tergelak dengar jawapan Hafiz yang dengan muka innocent nye die jawab "Tadi kitorang dah nak pergi situ, tapi risau takut kena fitnah". Hahaha...... Sumpah lawak. Since kitorang belum solat lagi, so kitorang solat bawah pokok dekat taman tu. Terima kasih Izatty sebab pinjamkan alas untuk kitorang solat. Lepas tu kitorang terus ke guesthouse untuk check in.


Lokasi Air Terjun yang Hafiz risau takut difitnah. hahaha
4.25pm
Kami tiba di Shinchon Guesthouse. Sedikit salah faham berlaku bila pada asalnya Amy yang uruskan sesi pembahagian bilik. Tapi sampai sana, rupanya Fateen dah deal dengan Halim pasal pembahagian bilik. Mengikut senarai nama dari Amy, aku akan satu bilik dengan Adzri dan Hadi. Tapi Fateen masukan nama Arep dalam bilik kitorang jugak. Aku tak kisah pon. Then, En Sham mintak tukar bilik, die nak masuk bilik kitorang. So dengan rasminya, penghuni bilik 105 ialah Aku, Adzri, Hadi dan En Sham. Masuk je bilik, aku terus lena sampai malam. Malam tu Izatty mesej ajak keluar makan dengan kawan die. Adzri pon nak join skali. En Sham marah sebab kitorang tak maklumkan pada die. Maybe die nak ikut skali kot. hehee.... So malam tu aku ikut kawan Izatty aka Apek and the geng makan di sebuah restauran berdekatan City Hall Station. Makanan memang sedap iaitu sotong sambal, ikan bakar, sup taufu ape ntah dan lauk sampingan seperti kimchi dan lain-lain. Ade satu air tu, Apek cakap tu air beras dan rase boleh tahan sedap. Adzri takut-takut nak cube, padahal air tu xde rasa pape pon. Cuma rasa macam air mineral biasa je. Sorang bayar W5,400. Hari nie, first time aku dengar nama course 'Teology' yang diambil oleh kawan kepada kawan Izatty aka kawan Apek aka Eid nama die. Hahaa..... Lepas makan kami balik ke guesthouse dengan menaiki subway. Apek belanja Adzri, Nani dan Izatty kad T-Money sorang satu. SInce aku dah bawak aku punya, so melepas la dapat benda FREE. hehe... Sampai guesthouse, Izatty kelam kabut cari makanan yang si Apek order sebab tak tahu dalam beg siapa die masukan. Orang nie cakap dalam beg orang nie, orang nie cakap dalam beg orang lain pulak. Dah la time tu semua xde kat bilik sebab keluar berjalan-jalan. Lama jugak la menunggu, akhrinya cukup kesemua barang yang dipesan tu. Malam tu pulak En Sham buat perjumpaan kejap untuk briefing pasal perjalanan esok. Lepas meeting aku lepak ngan Nani, Izatty dan Adzri sambil makan Nasi Chon dan meratah ikan yang tengah hari tadi. Nasi Chon tu boleh tahan sedap, tapi since aku dah kenyang, so aku bagi sikit kat Hadi. Lepas sembang, aku terus masuk tidur.
Bergambar bersama kawan Izatty, Apek and the geng. Sebab tak tahu nama kawan die.
Menu makan malam kami. Siyesly rasa memang superb.
Adzri si peneman.

Comments

Post a Comment

Popular Posts