Throwback - Acu Try Ingat Kenapa Korang Buat Blog?


Assalamualaikum, korang ingat x ape sebab utama korang buat blog? Ade yang sebab nak berniaga, ade sebab nak post gambar cun-cun, ade nak criter pengalaman hidup, ade yang semata-mata sebab nak join contest, GA dan sebagainyalah. Samalah dengan aku. Objektif kewujudan blog aku nie berubah-rubah mengikut mood aku.

Aku ingat lagi time awal-awal aku create blog nie, actually sebab aku nak upload gambar cun-cun sebab aku bajet aku nie photographer pro giler padahal x pon. So bila aku sedar aku nie bukan photographer pro, aku pon start merapu-meraban cerita pasal hidup aku. Lepas tu pulak aku giler duk join contest nie contest tu, join GA nie GA tu, sampaikan aku sendiri pon pernah organize contest kat blog nie. Alhamdulillah aku pernah la jugak menang. (Sila tepuk tangan untuk saya). Lepas pada tu pulak aku mengila bajet jd photographer lagi. So aku upload gambar kat sini dan resize jadi besar giler. Kalau x caye korang boleh skroll previous1000x entry aku yang dulu. Lepas pada tu aku perasan lagi sekali yang aku nie memang x pro langsung. Aku pon tukar lagi objektif die iaitu aku nak ceritakan pengalaman hidup aku yang suke travel kat dunia nie. (Bajet macam dah g satu dunia). Dalam pada masa yang sama, aku realized setiap entry aku nie banyak betul la typo sebab aku suka publish lepas je aku taip tanpa aku check balik kesalah grammar dan vocab aku. Then dari nama blog "Budak baru Belajar" aku tukar jadi "I am Si Typo".

Actually aku nie xde la berharap sangat orang baca blog aku sebab aku sendiri pon jarang nak singgah blog orang. Cume ade satu dua blog je yang memang aku suke giler baca. Bila aku buka dashboard je aku mesti cari update entry dari blog nie. Aku x nak cerita banyak pasal blog orang cume aku nak rekemen satu blog nie iaitu "Dari Jari-jari Halusku" ownernya ialah Kak Chik Ella. 1st time aku singgah blog die masa die organized satu contest dan hadiahnya ialah perfume x silap aku. AKu x menang pon, tapi dari situ aku start baca blog die. Paling best aku suke pasal blog Kak Chik Ella ialah penulisan dia memang ikhlas, santai dan banyak pengajaran. Tapi yang paling tertarik memang dabooom ialah Kak Chik suke post gambar makanan. Tu yang buat aku suke singgah blog die. Aku nie jenis suke baca blog orang secara diam2x (Silent reader) Aku x suke komen kecuali bila perlu sebab aku malas nak menaip kecuali kat blog sendiri. Dari blog Kak Chik jugak aku belajar erti 'Dont judge book by its cover'. Luaran tu x semestinya mencerminkan dalaman. Dah macam-macam manusia aku jumpa. Ada ramai yang nampak baik, tp hakikatnya...hanya Allah yang tahu. So sehebat mana pon kita, kita xde kuasa nak menghakimi orang tu sama ada dia ahli neraka atau ahli syurga. Even kita sendiri pon perlu tahu mana dulu yang bakal kita masuk.

So bebalik kepada blog aku nie. Actually aku mmg jarang buat blog walking dan jarang pergi blog orang then drop komen kononnye nak suh orang tu dtg balik blog aku. Orang cakap benda baik x perlu kecoh, orang akan datang cari dengan sendiri. Macam tu jugak aku letakan taraf blog aku. Aku tak rasa blog aku nie bagus. Tapi bagi aku biarla yang baca tu datang bukan atas sebab dipaksa, macam apa yang aku rasa bila aku baca blog yang aku suka. So sambil baca tu aku boleh feel apa yang dorang cube sampaikan. Kadang-kadang tu aku x baca pon, aku cume tengok gambar dan baca caption bawah gambar tu. Aku nie jenis yang lebih tertarik dengan gambar, sebab tu setiap entry kat blog nie mesti aku masukan gambar kecuali time tenet problem.

Ade jugak beberapa blog tu aku rasa macam nak unfollow je. Entah, mungkin bukan salah die, tapi salah aku sebab x suka baca. hehee.... So berbalik pada kenapa korang create blog korang, kalau bole biarla ianya untuk tujuan yang baik2x.... At least kalau xde manfaat untuk pembaca tapi takkan memberi kesan yang buruk pada dorang. Dan lagi satu xyah nak drop komen kalau semata nak suh orang datang blog korang. TAK IKHLAS. Sebab tu aku x letak chat box kat blog nie sebab aku tahu ramai yang jenis suke blog walking tipu-tipu. Siap ade yang guna software auto blog walking. Sekian dari pakar motivasi blog merapau. Regards....... AZWAN

Gambar-gambar camni la yang buat aku bajet macam pro. Edited by me. Tapi bukan aku yng snap.

Nie pon sama. Gambar masa trip pergi kemboja ngan PEERs dulu.

Dan last but not least, nak promote sikit nie. Sape yang ade instagram tu, boleh la follow saya, cari je Az_one_90 atau klik SINI. Sekarang nie mood jadi photographer pro nak mampus tu dah bertukar ke Instagram. Tak de merapu-merapu, semua gambar2x yang bajet cun. hehehe.... ikhlas ea, saye x paksa.

Comments

  1. citer akak pulak,buat blog sbb sblum ni baca blog org xleh komen.so buat blog sbb nak komen blog org
    pdhal ada je yg column anonymous tu..akak je yg x tahu.so dr situ sedar tak sedar dah 7tahun akak merepek kat blog (sejak tahun 2006)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... dah baca kisah akak kat blog akak. Nice and lawak. hehee

      Delete
  2. dik..maaf ye sbb akak tetiba ada idea nak buat entri lepas baca blog kamu ;)

    ReplyDelete
  3. Singgah sini dari blog irfa. Follow ehhh :)

    ReplyDelete
  4. akak nangis guling-guling tengok gambar ko dik... pinjam camera bole?

    ReplyDelete
  5. Datang balik sbb lupa nak jawab soalan :)
    Terlintas masa terlentang di katil spital, kalau la akak pergi dulu.. tentu tak ada kenangan manis yg dapat di jadikan kenangan oleh anak2 dgn mamanya. 3tahun akak privatekan blog khusus utk anak2,suami & adik-beradik je.


    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa..... saya pulak nak nangis baca cerita akak. Semoga akak berada dalam keadaan sihat walaafiat dan sentiasa dilidungi oleh-Nya. In shaa Allah. Amin.....

      Camera compact biase je kak. Edit je lebih tu. hehee

      Delete
  6. penulisan anda memang terbaik, teruskan perjuangan anda dalam blog!

    ReplyDelete
  7. Sy buat blog sebab member ada blog, konon nk jadi tekno savvy punya remaja time tu, lepas dia meninggal saya xtahu nk buat apa. Disbbkan sy suka NACA, sy tulislah pasal buku. Tp semenjak kerja satu tempat ni.trus xaktif.letak post pun sekadar nak nampak entri update.kesian blog tu dianak tirikan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts