Bila Orang Malas Buat Sushi

Assalamualaikum..... Sudah lama tak menaip. Kalau blogger yang malas macam aku nie, intro je mesti na gtaw pasal bende cenggini. Siyesly aku nie memang spesis yang malas. Tak tahu dah camna nak perbaiki tabiat tu. Study malas, buat keje malas, kadang2x makan pon aku malas. Sebab tu la x besar-besar kot. Hehe... Nak dijadikan cerita, satu hari nie aku jadi rajin tak tentu pasal. Memula kawan aku ade bagi sushi kat aku. Pastu semangat pulak aku nak cuba buat. Sehari tu duk menggoogle camne nak buat sushi. Baca punya baca. Ceh senang je buat sushi nie. Ingat susah sangat. Petang tu aku pon pergi Giant Sek 7, Shah Alam beli barang-barang. Abes la dalam RM50. 

Macam-macam ak beli. bajet pro la. Siap post kat twitter dan FB cakap "Masterchef Pakwang nak buat sushi". Well, prasan tu satu bende yang bagus jugak sebenarnya. untuk tingkatkan tahap keyakinan. Bagi manusia muka tebal macam aku la. :) So dah balik beli barang tu. Ak basuh beras untuk tanak nasi. Semangat berkobar-kobar nieh. Bila ak switch on periuk letrik tu, tetiba x bernyala pula. Puas sepak terajang, pon tak bernyala jugak. Hampeh betul periuk, brand dan mahal dah PANASONIC kot. Last terpaksa pergi tumpang rumah member aku. Dah siap masak nasi tu. Ak pon bawak la balik rumah, potong bahan-bahan dan masak mana yang diperlukan. Berabis RM50 pon masih ade barang yang aku tak beli. So memang hentam sajalah sushi aku nie. Member aku yang lain sibuk study sebab esok tu ade test. Ak pulak sibuk buat sushi.

Lepas tu ak pon mengulung la sushi-sushi tersebut. Semangat masih 100% nie. Gulung dah cantik dah. tetiba pisau pulak xde. Ape kejadah buat sushi xde pisau. Pandaikan aku. Lepas tu ak x tahu nak potong guna apa. Last ak call member ak dan aku bagi kat dorang 3 gulung sushi tanpa potong. Aku tengok pon nak tergelak. Orang kata, xpe lah. Cubaan pertama. Hahaa.....


Nah amikkau sushi style Masterchef Pakwang yang macam kayu arang dah aku tengok. Nasib baik tak terbelalak kawan aku yang makan. Panjang-panjang dan besar pulak aku gulung. Mane taknye penuh dengan nasi aku letak. hahaha....


Nie la ghope selepas dipotong. Kalau aku tak cakap tu sushi, korang perasan tak yang tu sushi? Perasan kan? terima kasih. hohahohao......

Lepas dah bagi kat bebudak member aku tu, aku pon suh dorg potong dan uploadkan kat fb sebab nak tengok camne ghope selepas dipotong. Tadaaa...............

Sono sushi wa oishii desu.... Pakwang no sushi wa 'home made' desu. Kirei desu yo.


Kualiti gambar tak berapa nak cantik sebab guna camera phone je. Orang cakap dont judge book by its cover. So jgn ingat sushi ak buat nie, rope hodoh dan rase x best. Kalau korang rase, mesti pengsan terus lepas nie (kawan aku cakap camtu la) hahaha

Comments

  1. Hahah nasib baik tak tercekik kan makan sushi panjang2 cenggitu. Mmg nampak la nasik tu banyak.kalau kat jepun kan sushi gulung ni depa panggil makizushi( maki=gulung ) and kalau kt korea panggil kimbap. Tapi ada sikit la beza antara makizushi dgn kimbap ni.makizushi nasi dia campur cuka tapi kimbap nasi dia campur minyak bijan. Kalau betul2 punya sushi kat jepun bentuk dia lain.ada nasi kepal bentuk bulat and panjang then atas tu dia letak la salmon mentah ke, salmon grill ke.macam2 la.datang la jalan2 kat jepun pulak.kl datang kena rasa sushi kat sini sbb sgt fresh dan sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ten nie belajar kat Jepun ke? Best nye. Lepas nie kalau pergi jepun bleh la guide kitorang kan? hehee

      Delete

Post a Comment

Popular Posts