My Homestown Is The BEST

Salam, akibat duk sorang-sorang kat Shah Alam nie, tertiba terasa rindu dengan kampung halaman aku iaitu Kuala Terengganu. Kalau kat umah, macam aku boleh buat. Anak sedara pon ramai, boleh usik-usik dorang. Makanan apatah lagi. kalau kat sini, nak makan pon berkira takut duit habis. Tapi cume aku bosan bila balik sana sebab tak de kawan. Almaklumlah dulu aku sekolah kat Perlis so kawan-kawan semua kat sana, yang kat Terengganu ade jer cume dorang belajar Maktab, poli, kolej so cuti tak sama ngan aku. So kalau balik berkurung dalam rumah la jawabnye. Kalau korang nak tahu, kedudukan rumah aku memang strategik giler. wah, macam nak berperang lak kan. Sebenarnya rumah aku nie kat area Seberang takir dan kat situ dengan dengan semua prasarana. Dekat dengan Airport Sultan Mahmud, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kem Askar RAM, Bandar Kuala Terengganu dan paling best dekat giler dengan pantai. Sebab tu la aku gelap dah ari-ari asyik sun bath jer tanpa sunblock. hehehe..... Tapikan aku tak pernah bosan dengan pantai sebab tu aku suka giler pergi pulau-pulau. dan pulau paling Best aku pernah pergi setakat nie ialah Pulau Redang. Siyes cantik giler. Tak caya boleh tengok gambar kat bawah nie.


Nie gambar sebuah anak sungai kat Pulau Redang. Cantik seyh.. macam kat obersea.

Lirik lagu. "Pasir Putih tepi pantai". Putih tak? Walaupun rumah aku dekat ngan pantai, tapi pantai kat pulau nie jauh lebih cantik dari kat kampung aku.hehehe

Blue crystal water.... ari tu aku ade pergi Pulau Pangkor tapi air kat sana langsung tak jernih macam Pulau Redang. Memang jauh-jauh sangat bezanya. Sorry to say, sorry to say.

This place where my brother is working (Berjaya Redang Beach Resort). 5 star punyer tempat, kalau rasa duit tu berkepuk boleh la tidur sini. hehhee

Comments

  1. Terengganu bnyk tempat best.....sye study kt unisza, ske gak gi masjid kristal...

    ReplyDelete
  2. mmg cantik tempat ni.teringin nak p sini..kawan2 pun selalu cerita =) huuu..
    blogwalking here..

    do follow my blog =)

    ReplyDelete
  3. huhuhu...hopefully ada rezeki kerja kt tempat nie..(The Taaras Beach Spa resort.

    also blogwalking :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts