Benci Pada Perubahan

Salam buat semua, sudah dua hari aku berada di kampung halamanku. Tiada apa plan lansung yang mampu menghiburkan hati aku. Sekadar duduk di rumah dan melayani kerenah anak saudara. Kemalasan membuak-buak sampaikan nak pergi top up pon malas. Disebabkan terlalu bosan tadi, aku mengambil keputusan untuk mengangkat kaki, start motor dan cari kedai top up. Sungguh, menyedihkan hampir satu kampung aku mencari, tapi semua kedai tutup.

Berpusing kesanan kemari, sempat jugak aku meronda-ronda kawansan sekitar kampung aku. Boleh dikatakan 60% berlaku perubahan disebabkan era modenisasi sekarang. Perubahan yang amat jelas. Kedai-kedai baru mula terbina seperti cendawan tumbuh selepas hujan, bukan setakat kedai makan, malah kedai sayur, kedai memproses keropok lekor dan salon kecantikan juga. Sememangnya, ianya memudahkan perjalanan hidup masyarakat seharian di kampung aku untuk mendapatkan keperluan mereka


Tapi masih ade keburukannya, pantai yang terletak hanya 100m dari rumah aku, kini tidak lagi seindah dulu. Kelihatan jentolak dan kapal-kapal besar penuh menghiasi di tebing dan di tengah pantai. Proses pendalaman giat dijalankan. Tiada lagi kelihatan para pemancing yang dulunya bagai berpesta di gigi-gigi air. keriuhan kanak-kanak bermandi manda digantikan dengan bunyi enjin dari jentera besar.


Jika diimbas kembali. Pantai itulah tempat yang menyimpan pelbagai kenangan aku semasa kecil dahulu. walaupun sering dimarah oleh mak aku setiap kali mandi kat pantai, tapi aku masih mengulangi kegitan tu. sampaikan kitorang sanggup berjemur sehingga baju kering baru balik rumah. Ketenangan ombak laut sememangnya cukup mempersonakan. Tiupan angin, cukup melalaikan.

Mintak-mintak, biarlah perubahan yang berlaku lebih indah dan boleh dibanggakan. Jangan sekadar hangat-hangat tahi jalan dan terbengkalai di separuh jalan.

Comments

  1. kau punya ayat dah macam buat artikel untuk majalah pencinta alam dah ...huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahahaha............ inilah akibatnya jika terlalu bosan. hahahaha.........

    ReplyDelete
  3. best nye bleh slalu pi pntai..hari tu blik kb bru bleh jumpe pntai..tpi dtg jln2 kt pntai je..lame da rse nye x mndi pntai..tringt wktu kecik2 dlu..

    pntai dlu mmg beza ngn pntai skg..x macm dulu..huhuu..

    ReplyDelete
  4. lorh... jom dtg umah aku. hahaha........
    siyes lol, pntai skg dah x best....
    nak mandi x bleh dah sebab terlampau dalam....

    x tahu la lepas nie cmna?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts