Bye-bye Seoul. 4 th Day di Korea, we proceed pengembaraan kami menuju ke Busan. Alhamdulillah hampir 90% itinerary yang aku buat semasa di Seoul berjaya diikuti kecuali Gyeongbukgung Palace je yang kitorang tak pergi. Actually banyak lagi tempat menarik di Seoul tapi disebabkan masa kitorang yang tak berapa nak lama so terpaksa la pilih yang mana dekat dan menarik. InshaaAllah 2 nd trip ke Korea bakal menyusul. Perjalanan selama 2 jam 30 minit dari Seoul ke Busan. Pukul 10.30 pagi kami tiba di Busan KTX Station. Walaupun terpaksa berdiri hampir 2 jam dalam train, tapi terasa berbaloi bila dapat sampai ke Busan dan excited nak ke tempat-tempat menarik seterusnya. Semasa di Busan kami stay di Sub Bak Guest House. Very-very-very recommended place to stay in Busan. Sub Bak Guest House nie betul-betul depan Busan KTX Station. Klik SINI untuk lihat tentang Suk Bak Guest House.Gambar-gambar yang ditunjukkan dalam website tu sebijik macam kat sana. So tiada istilah indah khabar ...