Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Musim Luruh di Korea - Waktu Yang Sesuai Untuk Melawat Korea

Assalamualaikum..... dan Salam Sejahtera..... Alhamdulillah, kembali lagi dengan cerita seterusnya. Actually last month, aku ke Korea lagi bersama Ez Kembara untuk bawa a group of peserta ke sana dengan konsep backpacking. Kebetulan time tu was the peak season of autumn so the view is superb awesome giler.  But before that, actually aku dapat banyak giler comments requesting for itinerary ke Koh Samui. Sekarang ni musim melawat Koh Samui ke? Ade jgak yang mintak itinerari ke Korea, tapi yang ke Korea nie mmg aku tak reply sbb dorang ni jenis malas membaca. Aku dah gigih buat sticky post untuk dorang download itinerary, but still mintak aku email. Kesian aku menaip panjang-panjang tapi xde orang pon nak baca. Hehehe..... Currently aku dah moved back to Shah Alam sbb sambung belajar, dan rumah sewa aku plak takde internet. Jadi, itulah sebabnya, aku x dapat nk reply email korang sepantas kilat.... Tips melawat Korea. Post kali nie, just nak cerita how beautiful Korea is...

Aku Seorang Pengorek Telinga

Bukan aku pon yang korek telinga. Hehe.... Sebelum fly ke Patna, aku sempat pusing kat Connaught Place, New Delhi sebab nak cari kedai makan. Tetiba kitorang ternampak ade sorang brother Indian ni tengah cari pelanggan untuk servis korek telinga. Lepas tu ade sorang customer datang dan dia korek je tepi laluan orang lalu lalang tu. Aku sempat curi-curi amik gambar sebab bagi aku mcm rare giler pekerjaan ni.  Sampai Patna, aku jumpa dengan sorang local kat sana. Sambil borak-borak, dia ada cerita pasal tempat-tempat kat India. Salah satunya ialah Mumbai. Mumbai ni kira lubuk untuk mencari pekerjaan untuk orang India. Selagi ko ade usaha untuk buat apa-apa kerja, pasti ko boleh survive kat sana. Die pon bagi contoh orang yang korek telinga.  Time tu aku dah tergelak-gelak sebab ingat balik apa yang aku tengok kat Delhi tu. Aku pon buka phone dan tunjuk gambar yang aku amik ari tu kat die. Lepas tu dia cakap, abang die dulu pernah keje macam tu jugak tapi ...

Kes Penipuan Oleh Pemandu Auto Rickshaw di Taj Mahal, India

 [TIPS MELANCONG KE INDIA] "Kalau tak kena tipu bukan pergi India namanya". Dulu aku pernah dengar ayat ni tapi semalam aku alami sendiri. 1st day kat Delhi dah kena tipu ngan driver auto mintak Rs100 padahal jarak tempat aku nak pergi tu x sampai 50m. Salah aku jugak tak alert sbb time tu x tahu kat mana dgn internet pon xde. Tapi yang aku nak cerita ialah trip aku ke Taj Mahal, Agra semalam. Aku amik train dari Delhi ke Agra Cant pukul 6 pagi. Sampai Agra aku amik prepaid auto rickshaw. Aku pergi sini halfday je sebab malam nanti flight aku dah nak balik Malaysia dari Delhi. Masa nak ke Taj Mahal tu aku dah pelik dah kenape tetiba ade sorang Indian ikut kitorang sekali. Rupanya dia nak promote pakej tour die. Aku memang dah x sedap hati masa tu. Lagi pon nie kali ke-2 aku kesana  so aku tahu la sikit muslihat dorang ni. Lepas tu si mamat ni nama die Akeel Khan, duk cerita pum pang pum pang pasal Agra. Die offer kat aku untuk bayar Rs1000 untuk halfday trip tu. T...

Cara-cara Memohon Visa ke India

Assalamualaikum, mood tengah sedih sebab terbaca whatsapp group kawan-kawan yang akan fly ke Perth malam nie yang mana sepatutnya aku fly skali ngan dorang. Disebab aku dah mula masuk kelas isnin nie, so terpaksa aku tunggu je update FB dan Instagram mana dorang pergi. :( Tapi dalam mood sedih nie jugak aku nak bagitahu dan kongsikan ngan korang cara-cara untuk membuat permohonan visa untuk ke India. Nak mohon visa ke India ni tak susah sebenarnya cuma kalau salah sikit je terbang duit dan masa. Hari nie aku ditugaskan untuk buat visa bos aku yang nak fly ke India Jumaat nie. Disebabkan bos aku baru je fly ke Filipina minggu lepas, so terpaksa apply visa a bit last minute sbb passport original dia bawak pergi sana. Aku ingat nak buat Visa India nie boleh wakilkan je mcm buat pasport pergi China, TAPI kena owner passport tu sendiri yang pergi buat sebab nak kena dapatkan cap jari. Wakil hanya dibenarkan untuk collect visa sahaja. So urusan aku hari ni ternyata membuang masa sahaj...

Kisah Aku Mula ke Luar Negara (Compilation of All Travel Entries)

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Alhamdulillah, hari nie dah hampir ke penghujung kita berpuasa dan aku masih bertuah kerana masih ditemukan dengan bulan Ramadhan tahun ni. Teringat kenangan berpuasa di India pada tahun 2013. Hari-hari buka puasa makan nasi berlaukan kari dan sebiji telur rebus dan lauk-lauk sampingan yang lain. Pengalaman pertama berpuasa di nagara orang.  Seperti tajuk entry kali nie, aku nak ceritakan pengalaman semasa pertama kali aku keluar negara yang menjadi penyebab aku ketagih nak ke tempat orang lagi. Dari aku lahir sampai la umur aku 20 tahun, aku tak pernah pon merasa naik kapal terbang. Walaupun rumah aku dengan Airport Kuala Terengganu sangatlah dekat dan selalu tengok kapal terbang berlegar-legar diruang angkasa. Haha..... Of course la aku teringin nak merasa naik kapal terbang. Teringat lagi dulu masa kecik, aku beriya-riya tanya kat kawan aku pengalaman dorang masa naik kapal terbang. Terbayang-bayang dah macam aku dalam kapal terbang tu...

Trip Bajet ke Busan (6) - Taejongdae Park & Songdo Beach

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, kiranya ni adalah entry terakhir aku untuk trip bajet ke Korea kali nie. Actually ada lagi satu hari tapi hari terakhir tu aku tak pergi memana sebab kawan aku risau sangat kitorang terlewat sampai ke airport. Trauma yang berlaku masa 1 st day kat KLIA belum hilang lagi. Pagi nie sepatutnya kitorang akan ke Beomeosa Temple iaitu the largest Buddisht Temple kat Busan. Aku plan nak ke temple nie sebab aku tertarik dengan permandangan sekeliling je sebenarnya. Disebabkan kitorang akan ke airport awal pagi esok, so kitorang skip Beomeosa Temple dan tukar plan untuk ke Taejongdae Park. Sepatutnya Taejondae Park nie kitorang akan pergi pagi esok. After breakfast kitorang terus gerak ke Taejongdae dengan Bas no 101. Kalau korang amik bas dari Busan Station, selain bas 101, korang boleh jugak amik Bas no 88. Last stop bagi kedua-dua bas nia adalah Taejongdae. So tak perlulah korang pening-pening nak fikir mana nak turun. Actually trip sebelum nie...

Trip Bajet ke Busan (5) - Jinhae Gunhangje Festival, Gamcheon Culture Village, Jagalchi Market, Gukje Market, Yandusang Park

Hari yang ke 5 untuk trip Jeju dan Busan nie. Hari nie adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu sebab nak ke Jinhae Gunhangje Festival, festival bunga sakura yang antara paling famous di Korea. Actually festival nie dah start pada 1 April lagi dan hari nie adalah hari terakhir. Kalau korang nak cek tarikh festival bunga sakura di Korea, boleh klik SINI . Sepanjang tempoh festival tu, ada macam-macam event yang dorang anjurkan. Kitorang gerak dari hotel pukul 7.30 pagi untuk ke Intercity Bas Station berdekatan Sasang Subway Station (Line 2). Dari Sasang Station, keluar Exit 5 dan proceed ke Seobu Bus Station. Keluar dari Exit 5 tu korang akan nampak McDonalds sebelah kiri, then korang terus je sehingga korang nampak ade satu bangunan yang ramai manusia menuju ke situ. Kat kaunter tiket nanti, korang cakap je ‘Jinhae’ atau secara sebutan orang Korea iaitu ‘Gin Hay’. Harga tiket bas ialah 5,100 won sehala. Tiket bas nie xde time restriction so korang boleh je amik bas bila-bila masa...