Okay, seperti dijanjikan, aku akan kongsikan tips dan kelengkapan yang korang patut sediakan sebelum nak travel ke Beijing, China. Lupakan sementara kes kena tipu tu. Beijing nie kira salah satu tempat yang best jugak la untuk travel tapi kena berhati-hati dan tahu selok-belok disana. Aku akan kongsikan ngan korang tips untuk membeli belah, aspek kebersihan, kelengkapan yang perlu dibawa dan makanan. A) First skali ialah tips membeli belah sebab aku tahu memang ramai yang giler shopping. Lagi-lagi Beijing nie tempat yang heaven giler bagi kaki shopping. 1. Tukar duit siap-siap dari Malaysia sebab duit sesuatu negara tu lagi mahal kat negara sendiri berbanding negara luar. 2. Kalau ko teragak-agak nak bawak duit banyak mana. Korang boleh bawak duit Malaysia pergi sana sebab certain kedai terima duit Malaysia tapi harga akan susut la sedikit. Kalau dorang tak terima, boleh pergi money changer sana utk tukar duit. 3.Yang kaki shopping tu, better tukar duit lebih dari RM500 ...
Comments
Post a Comment