Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-3 & ke-4

Salam. Sambungan untuk hari ke-3 dan ke-4 trip kitorang ke Jepun. Malas giler weh naik menaip. Sebelum aku makin malas dan makin melupakan trip ni jadi aku kena gigihkan juga supaya next time senang aku nak recall balik dengan baca balik post kat blog aku. Salah seorang pembaca setia blog aku ialah aku sendiri. Hahaha.... Untuk hari ke-3, tempat pertama yang kitorang tuju ialah ialah Arashiyama Bamboo Groove. Ikutkan kitorang plan nak naik romantic train one way ke Arashiyama tapi train beroperasi bermula pukul 9 pagi. Pukul 8 pagi kitorang dah sampai stesen Arashiyama so malas nak menunggu jadi kitorang terus ke Hutan Buloh Arashiyama ni. Dari stesen Arashiyama kena amik bas untuk ke kawasan ni sebab boleh tahan jauh kalau nak menapak. Tambang bas dah include dalam KTP so naik je tanpa perlu bayar. Bagi aku tempat ni macam overrated skit. Macam xde benda sangat pon. Hutan buloh ni pon xde la besar mana pon. Dah la berdekatan dengan kawasan perkuburan.  Selain dari tarikan hutan

Backpacking Trip ke Jepun Hari Pertama & ke-2 (Download Itinerari)

Asslamualaikum dan salam sejahtera... Lama kan aku tak update blog? Sebab tahun 2017 ialah tahun mereput. Duk rumah je. Hahaa... Bukan xnak travel pergi memana tapi banyak sangat masalah. Kena scam ngan someone hampir RM60,000 dan kemalangan masa balik keje. Habis berparut muka aku yang hensem ini. Hahahaa.... Okay sila kecam ramai-ramai. :p Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Japan pada 10-17 November baru-baru ni. Sepatutnya trip ni aku pergi bertiga tapi last minute ade sorang cancel dan tambah lagi 2 orang untuk join. Sape travelmates aku untuk trip ni biarla rahisa. Yang penting bukan travelmates from hell. Haha... Boleh kata 100% itinerari aku yang plan dengan persetujuan travelmates yang lain. Kitorang pergi ke Osaka dan balik dari Tokyo. Alhamdulillah travelmates kali ni bagi kerjasama yang baik sebelum dan selepas pergi walaupun dorang ni actually tak kenal pon each other. Cukup dah kot intro, so jom aku start dengan cerita kitorang masa kat sana. Flight kitorang pu

Travel Buddies From Hell

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai berjumpa lagi kita dalam post terbaru. Haha.... Okay entry ni bukan pasal sambungan citer di New Zealand.  Just nak citer pengalaman aku travel dengan travel buddies dari 'Neraka'. Hahaha.... Actually xde la dari neraka mana pon. Saje nak bergurau kasar sikit. Padahal dorang ni actually kawan aku jugak. Disebabkan pengalaman bersama dorang ni la membuatkan aku fikir banyak kali nak travel dengan strangers atau yang baru berjinak-jinak nak berjalan. Lain orang, lain minat. So kadang-kadang minat dorang tu mungkin tak ngam dengan apa yang korang minat. Honestly, aku nie ialah seorang yang minat dengan tarikan alam semula jadi dan bangunan yang menarik. Benda paling aku tak suka ialah tempat-tempat sejarah macam museum dan lain-lain. Tapi kalau tempat sejarah tu lawa, baru la aku minat nak pergi. Hehe.... Lawatan Sambil Belajar What The Fish 1st Pengalaman aku masa pergi Jeju tahun 2014. Masa permulaan trip ni sepatutnya aku per

Senarai Kedai Makanan Halal di Seoul, Korea

Salam, since tadi aku ade nampak orang tanya mengenai makanan Halal di Seoul, Korea. So kat sini aku ade listkan 15 kedai makanan Halal selain dari di Itaewon sebab memang ramai tahu kedai makanan Halal paling banyak ialah kat Itaewon. Lepas ni xde la ko nak kena pergi ke Itaewon je kalau nak cari makanan halal. Tapi actually, list kat bawah ni bukan aku yang buat. Aku dapat dari kawan aku. So aku tak sure sapa punya. If owner dia ade baca, boleh bagi tahu, nanti aku creditkan. :) Siapa yang download itinerari yang aku share tu memang aku dah include senarai kedai makanan halal ni. So rajin-rajin la download. 1. Yoogane (nasi goreng)  Myeondong Station exit #7 ... jalan sampai main road myeongdong tu... nampak Migliore kat belah kiri..jalan sampai junction yg ade Nature Republic besar kat belah kiri... turun right .. jalan terus sampai first junction belah kiri... masuk junction belah kiri tu...jalan terus, nanti nampak kedai ni kat belah kiri... signboard kaler kuning +