RANDOM Things about ME and India

 
Kebosanan, sebab hari-hari aku cume buat projek dalam bilik jer sebab projek kitorang nie just buat design guna software Pro E Creo 2.0. Kalau rajin buat, kalau malas tidur tak pon facebooking or layan movie. Tapi bila dah selalu sangat buka FB, notification pon x selalu ade. FB pon jadi bosan. Last blog jugak jadi pilihan. Hari nie aku nak bercerita pasal random things yangkat India nie. Xde kronologi, so benda nie terabur je, ikut suka aku mana aku nak taip dulu.

Benda pertama ialah berkaitan dengan harga barang kat sini. Sememangnya tersangatlah murah berbanding Malaysia. Tapi ade jugak yang lebih kurang dan lagi mahal dari Malaysia tapi mostly lagi murah la. Contohnya barang makanan dan barang keperluan harian seperti kosmetik, sabun dan bermacam lagi. Yang mahal pulak macam barangan elektrik dan barangan plastik. Sebab tu la kalau korang pergi airport Malaysia kan korang akan nampak Indian nie suka beli TV plasma yang besar gabak tu bawak balik negara dorang. Bukan satu, tapi banyak kot. Maybe untuk jiran sebelah rumah skali yang kirim. Kitorang kalau dapat keluar suka habiskan duit beli makanan seperti biskut, junk food, air dan macam-macam lagi la. Biskut dorang pulak xde kat Malaysia tapi rasa die memang rare dan sedap. Kalau beli makanan kat dalam U dorang nie pon cume dalam range Rs5-Rs10. Rs10 baru 60sen. So memang tersangatlah lah bajet kalau duduk sini. Kalau kuar makan kat luar pon, harga makanan biasa-biasa je. Contohnya Beriani Kambing Rs130=RM7.80. Mana nak dapat, kat Shah Alam pon berbelas-belas ringgit. Tambang teksi, tambang bas pon same. Aku x tahu la camne dorang dapat untung, maybe minyak kat sini murah kot.

Nie la biskut yang kitorang selalu beli. Orea tu kat Malaysia pon ade. Tapi yang Dark Fantasy ngan Fab tu memang terbaik.

Veg Indian Symbol, Bukan Bendera PAS OK!
Kedua ialah berkaitan kehalalan dan juga tanda harga. Mula-mula time kitorang sampai sini, benda yang paling kitorang risau ialah KEHALALAN makanan kat sini. And bila ditanya, disiasat dikaji, so kami dapat tahu yang mostly makanan hindu yang vegetarian nie adalah halal. Camne nak tahu? Bila korang beli barang tu kan nanti ade satu tanda macam bendera PAS tu tapi bulan die warna hijau, kat luar die putih. Macam invert colour bendera PAS tu la. (Xde kena mengena ngan politik, mentang2x nak PRU). Tanda nie lebih kurang macam tanda HALAL JAKIM kat Malaysiala. Bukan je kat barang makanan, kat barang kosmetik pon ade. Dorang nie memang sangat-sangat menjaga 'KEHALALAN' produk dorang. Kalau kat Malaysia, even ade tanda HALAL pon belum tentu halal sebab banyak sangat yg letak logo tu secara HARAM. Kat sini Allahu alam..... Dan soal hargakan, korang tak perlu risau nak pergi cari tempat scan untuk nak cek harga sebab kat setiap produk dorang dah ada harga. Jadi dorang tak boleh la nak tipu harga macam perniaga selalu buat kat Malaysia tu, kedai nie lain, kedaai tu lain. Dan mostly kedai2x atau mini market kat sini, kalau korang beli barang siap dapat diskaun lagi. Tak perlu nak haggle bagai nak rak, nanti korang boleh cek kat resit tu berape korang saving hari nie. best kan?

Nie la rupe kedai kat sana... sorry sebab x berapa nak nampak kedai sngat. Model je posing lebih kat depan. Hahaa....
Ketiga berkaitan ngan bahasa kat sini. Ramai jugak yang tanya aku, 'Ko dah pandai cakap tamil belom?'. Actuallykan macam aku gtaw awal2x tadi, aku nie lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik so tak bergaul sangat. Ade la dua 3 orang budak Hindi datang bilik kitorang borak-borak tapi tu pon dalam English. So memang kitorang x tahu la nak bercakap tamil. Lagi pon bukan semua students kat sini tamil. Ramai jugak yang datang dari luar TamilNadu nie. So dorang sendiri pon tak tahu cakap tamil. bahasa kebangsaan dorang ialah HINDI macam citer hindustan tu. Tapi disebabkan India nie sangatlah besar, jadi setiap tempat tu ade bahasa atau loghat dorang sendiri. Even budak-budak India nie pon communicate in English antara dorang sebab dorang datang dari berlainan tempat yang berlainan bahasa. Aku cume tahu, Namaste, Syukiyaa... Bhaya... Kabhi Kushi Kabhi Gham, Kal Ho Na Pyaar Hai... Kuch Kuch Hota Hai.... Atleast tahu la jugak kan. hahaha

Yang pakai baju oren tu budak Hindi, dialah yang selalu datang bilik kitorang malam-malam. Memang ramah kadang tak terlayan. hahahaa

Keempat berkaitan culture, actually aku tak tahu sangat pasal culture dorang nie, just aku nak cerita hari tu kitorang kena marah kat sorang leturer nie pasal die cakap kitorang tak respek dorang. Ceritanya bermula bergini... Pada suatu hari.... Jeng..jeng... (Sound effect cam citer horror).... Kitorang nak pg amik Students Card ngan sorang lecturer nie. Die nie supervisor kitorang la untuk projek satellite nie. Muke memang ketat dan x pernah senyum pon kat kitorang, xtahu la memang jenis cam tu or die x suke kitorang ke ape. Time kitorang pergi bilik die tu, kitorang nampak die tengah mengajar kat satu kelas nie. So kitorang pon tunggu la kat luar bilik die. Duduk sambil main phone kat atas kerusi yang disediakan kat luar bilik die. Aku duk kat tempat lain, lagi dua kawan aku betul2 depan bilik die. Tetiba ade seorang lagi supervisor kitorang lalu and tegur kitorang tanya pasal progress  projek kitorang. Lecturer tu berdiri dan kitorang duduk atas kerusi sebab time tu kitorang penat giler jalan jauh then cuaca pulak panas giler. Lecturer  nie sembanglah ngan kitorang tanye macam-macam. Tetiba datang pulak si lecturer yang muke ketat nie marah-marah kat kitorang. Terkejut giler. Dah la time tu ade students dorang. Agak memalukanla.... Aku x tahu ape motif die, die marah kat kitorang sebab tak berdiri masa cakap ngan lecturer tu. Macam xde respek. Padahal kitorang pon x perasan sebab penat giler time tu. Lecturer yg lagi sorang tu rileks je. Xde nak kecoh pon. Pastu die tanye kitorang mane ID kad? padahal die dah tahu benda tu ada pada die sbb kitorang dah tengok atas meja die. Pastu kitorang cakap la bende tu atas meja die.Die pon panggil masuk bilik die, lepastu barulah cakap leklok.... Ape daa..... Kalau ye pon nak tegur, tegurla cara leklok. Mana lah kitorang tahu... Kalau betul tu culture kat sini, mana la aku nak tahu. Nak bagi orang respek, tapi memalukan orang kat depan orang ramai. haish..... (SANGATLAH RANDOM STORY, sbb x tahu ape nak cerita) haha.... teguran die memang untuk kebaikan tapi cara tu tak kena.
Inilah kerusi berpuaka tu. Xleh nak duduk. Nie gambar sebelum kena marah. Budak India 2 orang tu pon kena marah Tapi dorang kena marah dalam bahasa tamil. So aku x taw la dorang kena marah pasal ape. hehehee

Dan yang terakhir sekali terlintas difikiran aku untuk aku cerita kali nie ialah DEKAN Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam sangatlah baik. Hahaha.... Aku siap post kat facebook lagi pasal bende nie. Mungkin yang baca tu tertanya-tanya kenape? Tapi kalau x tanye pon aku nak gtaw jugak. Alkisahnya ialah, isnin lepas aku ade hantar report minggu pertama kat fakulti aku, dan kat email tu aku ade komen macam-macam pasal masalah yang aku alami kat sini. Actually bukanlah masalah pon, cume aku and the geng je yang xleh adapt dengan peraturan dan juga makanan kat sini. Punya la panjang lebar aku karang komen dan aduan tu kat email. Yang WAJIB nya ialah mesti ade typo. So sehari lepas tu dekan fakulti aku reply. Masha Allah xsangka giler dengn susunan ayat dan tatabahasa yang digunakan oleh dekan aku nie sangatlah BOMBASTIK kebabooomm.... Mesti dulu time SPM die dapat A+. Sangatlah polite bahasa yang digunakan. Ini bukan sindiran tapi jujur dan ikhlas sebab cume budak FKA je yang tahu perwatakan DEKAN kitorang nie time kat U. Boleh kata semua students takut ngan die.Sangat strict dan fierce dan cengel dan bekeng dan sebagainya. Tapi sebenarnya dia nie tersangatlah baik sbb dulu die pernah ajar aku dan aku memang suke cara die mengajar. Aku malas nak copy paste apa yang die reply tu. Member aku kat sini yang baca pon x sangka dan agak terkejut. haha.....  
Aku terlupa la nak cerita pasal Abang nie yang kitorang jumpa masa kat Airport. Die blanja kitorang minum 'Cha'. Bila minum Cha je mesti teringat kat Abang nie. Die lah yang guide kitorang time kat Airport Chennai. Kalau tak mati kutu kitorang kat sana.

So itulah sajalah cerita RANDOM aku... memang sangat RANDOM sebab aku tak tahu nak cerita ape sebenarnya tapi ape yang terlintas semua aku taip. Actually banyak lagi tapi nanti korang pulak x larat baca. (Bajet macam ade yang baca).

Hujung minggu seorang banduan di Nagercoil.

Semalam kitorang curi-curi fly pergi Nagercoil macam banduan. Macam apa yang aku cerita sebelum nie. Rules kat sini sangatlah ketat macam penjara. Nak keluar pon tak dapat. Disebabkan semalam weekend so kitorang minta permission untuk keluar. Budak FKE cerita selalu memang susah untuk dapat permission nak keluar. Cume die akan bagi kalau macam alasan kitorang sangat kukuh. Kebetulan member aku nak cari mouse sebab nak guna untuk projek, so call la staff yg jaga kitorang tu dan die pon bagi la keluar. Tu pon boleh pergi Thuckalay je, Negercoil die tak bagi. Thuckalay nie dekat jer, 10 minit dah sampai. Tapi pekan kecik jer. Xde pape sangat kalau nak beli. So semalam kitorang nekad nak fly pergi Nagercoil untuk pergi Rajas Mall.
Antara muke-muke yang fly semalam. haha... Ade lagi sorang, tengah busy beli barang so xde dalam gambar.
Mula-mula kitorang perlu dapatkan Gate Pass dari Warden, sampai gate tunggu bas then turun kat junction, tambang Rs5 = RM0.30. Sampai junction tu plak kitorang amik next bas untuk ke Negercoil, tambang Rs10 = RM0.60. Murah giler, perjalanan dalam 30 minit jugak la. Bas Rapit kat UiTM, tak sampai 1km pon dah charge RM1.00. Dalam bas tu, aku dapat duduk seat tepi tingkap. memang sangat-sangat best. Dapat tengok persekitaran dan kehidupan masyarakat kat India. Jauh perjalanan Luas Permandangan.

Bus Stop depan U kitorang. Kena menapak dari gate utama. Dah la cuaca panas.
Port yang paling best bila naik kenderaan ialah tepi tingkap. Naikflight pon nak duk tepi tingkap. Hoyeah....
Antara permandangan yang menarik yang boleh dilihat sepanjang perjalanan kitorang dari Kumaracoil ke Nagercoil.

Sampai je stesen bas Nagercoil, kitorang amik Auto Rickshaw pergi ke Rajas Mall. Sebelum nak sampai ke stesen bas tu, aku terkejut giler bila nampak Penjahat Angry Bird yang warna hijau tu bersepah-sepah kat stesen bas tu. Kalau yang tak pernah main game Angry Bird tu biar aku bagi hint, alah menatang yang oink-oink warna pink tu. Tapi kat sini bukan warna pink, warna hitam. Mula-mula aku ingatkan kambing, tapi gemuk semacam jer, kaki kontot plak tu. Si oink-oink tu sondol sampah. Kawasan yang aku pergi nie sangatlah kotor, dorang buang sampah merata dan buang air aka kecing pon merata. Even depan orang ramai. Berak aku tak pernah jumpa lagi. Tapi yang peliknya si oink-oink kat sini tak takut plak manusia, kalau kat Malaysia dah nak pupus rasanya.

Nie la Stesen Bas Nagercoil tu. Aku tak sempat nak amik gambar si oink-oink tu sebab geli giler tengok.
Dah jadi kebiasaan bagi dorang, tak pakai selipar dan pakai kain macam kat atas tu. Pompuan yang tak leh tahan nafsu jangan datang sini. =)
Aku pergi Nagercoil nie 6 orang. So semasa nak naik auto rickshaw nie, kitorang naik enam-enam skali. Padahal benda tu boleh muat 3 orang jer. tak pernah dibuat orang. Orang India yang lalu sebelah kitorang pon pandang semacam jer sebab bontot terkeluar. hahaha..... Pengalaman yang sangat tak boleh dilupakan. AKu rasa kalau kat Malaysia confirm dah kena saman ngan JPJ atau Polis trafik. tambang die Rs100 = RM6 untuk 6 orang. Sampai la depan Rajas Mall. Aku ingat bila nama MALL nie besar la sangat, rupanya lagi besar The Store kat Perlis. Kitorang pergi beli barang skit then pergi makan kat ChicKing. Buskin Robin pon ade cume macam xde orang je yang makan. Maybe sbb mahal sangat kot. Aku pon x suke sangat BR tu. Aiskrim Mat Kool lagi best.

 
Nie la ghope Rajas Mall tu. Korang boleh anggarkan sendiri besar mana.



Clock Tower tengah Bandar Ngercoil. Dibina pada tahun 1893.
Anna Stadium. Aku tak tahu la nie stadium bola ke stadium kriket. Yang 3 biji kat depan tu, tu la Auto Rickshaw.

Junk Food yang dorang jual semua gantung-gantung. Menarik je nampak.
Lebih kurang camni la suasana kat bandar dorang. Banyak kedai tutup pada hari ahad,
Jangan terkejut bila korang datang sini nampak hotel bersepah. Padahal bukan hotel pon tapi kedai makan. Dorang panggil hotel.

Lepas je makan kitorang jejalan sekitar bandar Nagercoil tu. Banyak kedai yang tutup sebab ahad hari cuti dorang kot. Dorang banyak bina deretan kedai kat betul-betul tepi jalan. Memang muat-muat untuk kereta lalu jer. Nak parking pon x dapat. Ngan berdebunya. Kalau korang nak jalan kaki pon rasa macam takut giler sebab bila bas lalu, rasa macam nak langgar korang je. Paling tak tahan ialah bunyi hon. Dah memang kebiasaan bagi dorang bunyi hon tu, kalau xde bunyi jadi macam pelik pulak. Jalan punya jalan last sampai balik kat Stesen Bas yg kami stop awal-awal tadi. Tak perasan pon yang jauh jugak kami berjalan sebenarnya. Dari Nagercoil nak balik Thuckalay tu berapa buah bas dah yang kami salah naik. Last-last jumpa jugak. 

Sampai Thuckalay tu kitorang singgah kat Restoren Nahu untuk makan malam. Selalunya bile keluar mesti singgah restoren nie dan makan puas-puas sebab makanan kat hostel sangatlah tidak begitu mengiurkan. Aku order beriani kambing. Makan-makan, borak-borak. Dah habis makan, kami balik ke NIU. Actually kitorang kena masuk sebelum pukul 6 petang. Tapi kami sampai hostel pukul 7.20 malam. Warden tegur la jugak tapi die tak berani marah sebab kami nie foreigner. Hahaha....
Nie plak pekan Thuckalay. Kitorang singgah untuk makan malam.
Jalan kat sini sangat-sangat busy. nak melintas jalan pon takut, mengucap dulu baru lintas. :)
Kekenyangan....... Hanya gambar mampu berkata-kata.
 

Actually ape yang aku cerita nie berdasarkan pengalaman aku. Mungkin nampak macam banyak kritikan dan rasa tak puas ati. Maybe tu cara aku pandang persekitaran yang mungkin tak biasa bagi aku. Lain orang lain pendapat so kalau ko rasa ok bagi ko, teruskan.Tak semua benda yang aku alami kat sini tak BEST. Banyak benda yang seronok sebenarny dan mungkin aku xkan dapat rasai dekat Malaysia. Ini adalah apa yang aku rasai buat masa ini dan mana tahu suatu hari nanti aku dah celik minda so aku boleh musahabah balik diri aku bila aku baca entry nie. Okay....

OK ke TamilNadu,INDIA?

Alhamdulillah aku dah pon sampai Tamil Nadu, India. Dah hampir seminggu kat sini. Dari first day sampai la hari nie, macam-macam dugaan yang aku tempuh. Apa yang paling tak boleh lupa masa first day kitorang datang sini. Ketiga-tiga tak pernah jejak kaki kat India so banyak jugak la masalahnya. Dah la pihak Universiti yg kitorang nak wat praktikal nie tak tahu pon kitorang nak datang hari tu sbb kitorang dah banyak sangat delay tarikh gara-gara masalah visa. So kehulur-kehilir kitorang cari public phone nak call pihak U, dah banyak kali try tapi xde jugak yang angkat. FYI kitorang terpaksa transit kat Chennai selama 7 jam sebelum nak ke Airport Thiruvanathapuram. So selama kat airport tu kitorang sangatlah macam orang giler tak tahu nak buat ape. Nak makan pon risau takut makanan tak HALAL. Nak rehat pon xde tempat menunggu sbb kitorang hanya dibenarkan masuk ke dalam airport tu 2 hour before flight nak berlepas. Last2 keajaiban berlaku, beberapa minit je sebelum kitorang nak naik flight, kitorang buat panggilan lagi (mmg kental dan x berputus asa), panggilan tu terjawab jugak akhirnya. Alhamdulillah sampai je airport Thiruvanathapuram, ade yang amik kami untuk ke Noorul Islam Universiti (NIU). Berjam-jam kami travel, satu hari tu dah lebih dari 24 jam sebab waktu kat India nie lewat 2 jam 30 minit dari Malaysia.

Bandar Chennai, sangat padat. Yang hijau tu pon maybe padang kriket. hehee

Ramai yang tanya aku, ape ok ke duk sana? Makanan camne? Beza ke ngan Malaysia? So banyak sangat soalan dan aku pon penat dah nak jawab kat FB Chat tu. Dah la line selowwww nak mampuih.... Macam guna broadband celcom time hujung2x bulan. So alang-alang aku dah rajin nak menaip panjang nie, so aku nak cerita dan jawab la soalan korang tu. Aku cerita benda yang OK dulu baru TAK OK, okay?? 

Kat Tamil Nadu nie actually kawasan yang sangat miskin, so kebanyakan orang kat sini pon macam golongan bawah-bawah. Kalau korang ingat lagi pasal sejarah,korang mesti ingat pasal sistem kasta yang diamalkan di India. So masyarakat dorang nie xde lah belagak sangat. Boleh la nak layan and nak buat kawan. Tapi awal-awal tu muke dorang memang sangat ketat. Aku senyum pon dorang buat dekkkk jer... Padahal jauh disudut hati, dorang nak je tegur kitorang. Bila dah tegur tu, nah amik ko, ramah plak dorang nie. Macam-macam soalan dorang tanye. Last2x aku pulak malas nak layan sebab SUSAH GILER KOT NAK FAHAM. Dorang cakap BI versi yennadey purenggey. 

Antara kawan-kawan kat sini yang kitorang kenal. Selalu datang lepak bilik aku malam-malam. Nasib baik time tu x black out. hahahaaa
Suasana semasa sembahyang jumaat. Sangat-sangat kagum ngan dorang. Even fasiliti tak sebagus Malaysia tapi dorang still tunaikan ibadah dengan sebaik-baiknya. Yang baca khutbah tu pon student jugak.
Bas dorang, pompuan kat depan, lelaki kat belakang. Kat malaysia train je ade koc perempuan.

Lagi satu yang bagusnya pasal dorang nie ialah, dorang sangat beriya-iya kalau nak tolong. Example lecturer dorang, bila kitorang x faham pasal something tu. Gigih dia ajar sampai kitorang faham. Memang x kedekut ilmu. Kalau nak diikutkan padahal kitorang nie foreigner dan bukan nak menyumbang kat negara dorang pon, tapi dorang macam tak fikir semua tu. So kepada bebudak Malaysia dan senantero dunia, contohilah style dorang nie. Kedekut ilmu tak ke mana pon. Ilmu tu Allah jugak yg bagi.
Rupa kelas dorang. Xde la secanggih Malaysia tapi dorang still datang kelas untuk menuntut ilmu. Budak Malaysia xde aircond pon dah bising.
Dari segi suasana plak, basically sama je macam Malaysia tapi kat area-area kampung. Ko bayangkan kampung mak nenek ko tu semua jiran-jirannya ialah orang India. So macam tu la rupanya. NIU nie terletak kat pedalaman, nama tempatnya ialah Kumaracoil. Dikelilingi bukit bukau dan ladang pokok kelapa dan pisang. Sangatlah la hulu. Dan lagi satu kan, India kat sini tak macam India kat Malaysia. Emmm..... Malas nak cerita, jom tukar topik. hehee....

Dan ape yang TAK OK nye kat sini? First skali ialah MAKANAN, aku sangat takleh terima makanan yang disediakan kat hostel aku duduk nie. Owh kejap, actually kan U dorang nie tak macam kat Malaysia. Dorang belajar 6 hari dalam 1 minggu. Hari Ahad je cuti. Mostly students duk hostel. Dorang pergi kelas kena pakai uniform, macam budak sekolah. Baju dorang berbeza mengikut batch. Kelas pulak full dari 9.30 pagi sampai pukul 4.30 petang. rehat kejap time tengah hari. Xdenye macam U kat Malaysia, gaps bersepah. Siap sempat balik rumah print assignment bagai. Kat sini jangan haraplah. Dahla setiap hari akan ade principle yang berjaga kat jalan nak ke kelas. Die akan marah student2x yang datang lambat. SEJIBIK macam sekolah kot. Banyak lagi la, ko bayangkan sistem sekolah diguna pakai dekat U. Eh aku nie dah jauh sangat dari topik makanan. Okay back to makanan. Makanan kat hostel nie sangatlah fail. Hari-hari menu dia mesti DAL, CURRY, dan pape je la yang guna banyak nak mampus rempah. Tukang masak sini plak hindus jadi dorang nie vegetarians, makanan yang die masak pon untuk vegetarians je la. Cube ko banyangkan hari-hari ko makan nasi ngan sayur je. Nak diet boleh la. Kalau macam aku yang memang slim nie confirm la makin slim. Disebabkan kitorang nie foreigner die pon bagi la special skit iaitu telur rebus sebiji. SPECIAL SANGAT......

Agak-agak korang berselera tak hari-hari makan cam nie? Bawang bersepah. Tu la punaca bau badan.

Makan pagi. Yang nie antara menu yang okay la....

Lagi satu sini cuaca die sangatlah panas. Panas giler kot. Even kat Malaysia pon panas, tapi sini lagi panas. Salah satu punya dorang nie kulit gelap maybe sebab cuaca la kot. Hari-hari kena menapak pergi kelas. Dah la jauh panas pulak tu. Aku pon dah nak lebih kurang cam dorang dah.  Pokok-pokok area NIU nie pon kering jer. Macam kat Malaysia, slalunya orang kita suka tanam pokok bunga tapi kat sini dorang lebih suka tanam pokok yang dapat hasil contohnya pokok kelapa, pokok mangga, cempedak dan macam-macam lagi la. Senang ade buah je boleh terus petik. nasib baik xde pokok durian. Pokok kelapa pon dah buat aku risau. Kalau jatuh atas kepala, memang Innalillah la jawabnya....

Gunung-ganang yang kering kontang.
Selain makanan, benda yang aku tak suka kat sini ialah kitorang duduk hostel yang rule nya macam penjara. Nak kuar pon xboleh. Hari-hari duk dalam bilik jer. Macam orang takde life. Dah la aku nie suke berjalan. Lagi satu masalah ialah sini selalu giler black out. Dalam sehari 5 hingga 6 kali balck out. Kitorang dah siap hafal bila time2 akan black out. Nasib baik la kat sini ade 4 orang budak Malaysia yang dah datang awal 2 bulan dari kitorang. So boleh la kitorang tnye ape yang tak tahu.

Tak semua benda yang tak OK. Bagi aku OK jer. Cume certain benda tu amik masa untuk aku biasakan. macam makanan tu la. Kalau hari-hari dah makan tu, mungkin aku akan biasa. So tahan je la. Aku kat sini pon cume empat bulan. Seriously aku lagi suka Tanah Tumpah Darahku. Setakat nie untuk kali nie. Nanti aku cerita lagi. :)


Pakej Melancong dan Baktisiswa Yang Menarik!


Salam korang semua, teringin nak melancong tak atau nak buat program dengan budak-budak office atau tempat korang belajar? Kat sini ade beberapa pakej yang ingin ditawarkan. Kalau berminat boleh roger. Nak diskaun? No hal harga still boleh nego. Lagi ramai yang pergi, lagi banyak diskaun korang boleh dapat.

Apa yang ada dengan pakej kami? Penginapan, pengankutan (darat), makanan minum dan tiket ke beberapa destinasi adalah termasuk dalam bayaran. TETAPI tiket flight tidak termasuk. Kenapa tidak? Sebab kami lagi prefer peserta beli sendiri sebab dorang boleh dapat harga lagii murah. Kalau agen yang belikan, confirm-confirm akan ada sedikit komisyen. Mungkin juga banyak, so rugi la untuk korang. Lagi pon AirAsia selalu buat promo, so tiket pon boleh dapat dengan harga murah. 

Bagi mereka yang nak buat program tu, jangan risau, kami akan sediakan bas sepanjang program korang. Dari hari korang sampai hingga hari last korang kat sana. Bas tu akan follow korang 24 hour. Makanan dijamin halal sebab company kami sangat mementingkan kehalalan.. Boleh rujuk sini Ez Kembara Company kami adalah company yang berdaftar. So jangan takut kalau ade penipuan atau ape. Boleh datang office jugak kalau mahu, dekat batu caves. Alamat boleh lihat di website kami (just click previous link).

Alang-alang dah promote nie so saya nak cerita la sikit pengalaman buat program kat luar negara nie. Siyesly TERSANGATLAH BEST. Lagi pon masa korang belajar nie la banyak masa FREE dan senang nak cari sponsor bagai sebab ade sokongan dari pihak Universiti. Bila dah kerja nanti, nak dapat cuti pon susah. Alhamdulillah setakat nie, saya dah pergi ke 3 tempat tanpa menggunakan bajet yang besar sebab sebahagiannya disponsor dan hasil dari kutipan yang kami buat. Nak tahu camna? Boleh drop komen. Anatara tempat yang saya pernah pergi ialah Kemboja, Vietnam, Surabaya dan in shaa Allah bulan September nie akan pergi Beijing pulak. In Shah Allah juga xkan keluar satu sen pun, semua melalui kutipan dana dengan menbuat jualan-jualan di UiTM. 

Ada banyak lagi tempat menarik. Dan yang paling best tentatif perjalanan boleh ditentukan oleh pihak anda sendiri. Kalau nak kami buatkan pon boleh. Just inform je pada kami. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di 
017-9104092 
atau like page facebook kami


Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.