Assalamualikum, petang sabtu dengan mood yang bercelaru. Mungkin blog satu-satunya tempat yang aku boleh luahkan ape yang aku rasa. Aku tak minta orang baca. Cuma biarlah ia menjadi diari hidup aku bila aku kenangkan balik setiap detik dan saat aku yang mungkin menjadi perkara silam beberapa detik sahaja lagi. Kecelaruan dalam berkawan. Aku mungkin ramai kawan, tapi sejak kebelakangan ini aku rasa macam aku ramai musuh dan golongan yang membenci aku. Mungkin kebencian yang wujud tu juga disebabkan kesalahan aku sendiri. Tapi cume aku minta satu jer, tolong jangan jadi manusia yang hipokrit dan cari aku hanya bila perlu. Dari dulu aku perasan, ramai yang datang minta tolong bila susah. Tapi bercerita keburukan aku bila belakang-belakang. Aku tak minta ko balas balik apa yang aku bagi, cuma aku tak faham kenapa salah aku yang korang cari. Aku tak pernah burukan korang pada orang lain. Usah kau ceritakan cerita silam aku yang kau sendiri pon tak tahu sama ada betul atau tida...